PROMOSI ESP LAGI 2 HARI LAGI!!

Promosi ESP dengan harga jimat tinggal lagi 2 hari je lagi! Rugi tau siapa yang tak sambar promosi ESP ni sebab tak tahu lagi bila lagi Shaklee nak buat Promosi ESP Buy 6 Free 1. 

Promosi ESP Shaklee

Siapa yang patut ambil ESP?

    Set Kesuburan Shaklee
  • Orang yang nak mengandung - Protien merupakan sumber penting untuk pembentukan sel-sel yang sihat. Umpamanya kalau nak bina rumah sudah tentu perlukan bahan-bahan yang berkualiti supaya rumah yang dibina cantik dan kukuh. Kalau sel-sel tubuh tak sihat macam mana nak mengandung?
Banyakkan susu Shaklee

  • Ibu yang menyusukan anak - Ada yang kata tak perlu ambil suplement jika menyusukan anak. Bagi saya ia bergantung pada badan seseorang. Kalau saya memang perlukan suplemen sebab pola pemakanan saya tunggang langgang, kerap stress (bila stress susu tak nak keluar), saya jarang mengambil protien. Kalau saya tak makan suplemen badan saya akan menggigil dan pusing. Jadi saya memang memerlukan ESP dan suplemen penyusuan untuk mengekalkan production dan memperbanyakkan susu ibu. 


  • Orang yang ada gastrik - Orang yang ada gastrik ni selalunya sebab kadar asid dalam perut tinggi. ESP di perlukan untuk mengurangkan asid di dalam perut untuk rasa selesa.

  • Orang yang ada parut jerawat - Jerawat dah tak de tapi parut jerawat ada. Memang spoil betul. ESP membantu memperbaiki sel-sel kulit dari dalaman hingga kepermukaan kulit.
Set Kurus Shaklee
  • Orang yang nak kurus - Cepat rasa kenyang dan kekal bertenaga sepanjang hari!

Berminat? Hubungi saya untuk tempahan!

Nak dapat harga murah klik disini:

KEMPEN SAYA SAYANG MAK ANJURAN SWEET MOM BLOG

Kasih ayah membawa bahagia, kasih ibu membawa ke syurga. Hari ini saya nak cerita tentang kasih kita kepada keluarga terutamanya ibu bapa. Nak tanya bila kali terakhir kita cakap 'Saya sayang Mak'? Mungkin ketika usia kita 10 tahun atau lansung tak ingat?


Secara jujurnya masyarakat kita terutamanya sangat susah nak mengungkapkan 'saya sayang mak atau saya sayang ayah'. Kasih sayang banyak diungkapkan melalui perbuatan dan sayang tu faham-faham sendiri la. Tapi kan kalau korang cakap " saya sayang mak" kat mak/ ayah korang mesti dia terkejut giler. Dah buang tebiat ke anak aku ni. Hehe..

Sebenarnya pengalaman saya sendiri bila nak hantar text messaging aje pon kat mak, cakap saya sayang mak berhari-hari terletak draft.. Adoiilah !! Malu beb! Nak cakap lagi lah kelu lidah. Bila hantar text messaging kat laki sendiri 'Ayang sayang abang' laju pulak send. Tu lah kita ni, dengan mak sendiri yang kandungkan kita 9 bulan, yang besarkan kita dengan susah payah pon malu padahal segala isi hati kita semua mak tahu. 

Jangan sampai kita semua tak sempat cakap sayang kat mak dan ayah. Masa tu kalau cakap sensorang pon tak guna. Selalu-selalulah telefon mak dan ayah kita di kampung, sebenarnya derang rindu sangat dengan kita. Bila balik kampung memang derang membebel tak henti sampai naik rimas tapi sebenarnya derang masih anggap kita ni sebagai anak kecil yang masih tak tahu apa-apa. Jadi dengar je apa yang derang nak dondang sayangkan dan ambil mana perlu. 

Saya selalu jugak telefon mak tapi selalu buat suara keras atau kontrol ayu gituw. Hahaha... Pasni kene sayang-sayang sikit mak lah. Korang lepas baca entry ni terus telefon atau SMS mak ayah korang tau. Tanya khabar dan cakap 'saya sayang mak' pastu share kat sini boleh? Kalau ada SMS saya sayang mak printscreen pastu tepek kat blog masing-masing link kan dengan entry blog ini boleh? Link tu tepek kat comment entry ni..  Hadiah? Tak de hadiah k... rasanya doa mak dan ayah lah hadiah yang terbaik.. Joms..

Nak beri mak ayah hadiah? Jom hadiahkan Vivix!


TESTIMONI ESP HILANGKAN PEDIH ULU HATI

Masalah sakit pedih ulu hati memang sangat menyiksakan. Lebih-lebih lagi jika lepas makan makanan pedas dan makan dalam keadaan tergesa-gesa. Rasa macam ada sesuatu yang tak lepas je kat ulu hati. Macam-macam cara nak hilangkan sakit pedih ulu hati tapi tak berkesan. 

masalah pedih ulu hati

Ada juga produk untuk melegakan pedih ulu hati lepas makan seperti Gaviscon, ENO dan macam-macam lagi. Tapi sampai bila nak bergantung pada produk tersebut.

Saya memang pengamal tegar ESP ni sebab saya suka rasanya. Pastu boleh buat macam-macam smoothies. Boleh camput strawberry ke, mangga ke, nenas ke atau macam-macam. Kira ala-ala macam smoothies yang mahal-mahal kat restoran tu. Nak beli hari-hari macam tak mampu lak. Baik buat sendiri di rumah.

Lagipun macam-macam khasiat boleh dapat bila minum ESP ni walaupun suka-suka. Tak de lah membazir sangat. Kenyang dapat.. sihat pon dapat. 

Antara khasiat ESP ialah:
● Memutihkan kulit
● Menganjalkan kulit
● Mencantikkan kulit supaya tidak kusam
● Menghilangkan pedih ulu hati. Sangat sesuai untuk pesakit gastrik kerana ia mengawal kadar asid di dalam perut.
● Menguatkan rahim
● Memberi tenaga yang pantas dan berpanjangan.
● Membantu menguruskan badan
● Memperbanyakkan air susu ibu
● Mempercepatkan luka pembedahan pulih
● Meransang penghasilan susu badan dengan cepat.
● Menghilangkan parut jerawat , parut pembedahan


Bestkan? Sambil-sambil minum minuman kegemaran semakin cantik dan sihat. Ni lah wajahku setelah mengamalkan ESP secara konsisten. Nak interprem sket..


Ini adalah testimoni pengguna yang telah hilang pedih ulu hati atau gastrik kerana mengamalkan ESP.

Testimoni ESP Shaklee

Harga 1 canister ialah RM 150.00. Nak jimat? Daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan kesemua produk Shaklee..

GOTONG ROYANG BANTERAS NYAMUK DENGGI

Hai all. Siang tadi taman perumahan saya menganjurkan gotong royong bagi membersihkan taman. Almaklumlah semakin menjadi-jadi demam denggi. Terbaru ini melibatkan kematian. Menakutkan aje. Alhamdullillah dikurniakan jiran-jiran yang bagus walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa. Masing-masing saling bantu membantu.

Tidak hanya usaha tenaga, sumbangan duit, perkakasan seperti plastik sampah, ridsect, lori sampah juga di berikan oleh jiran-jiran yang tidak dapat mengambil bahagian gotong royong. Time ni lah baru kenal siapa jiran-jiran.. hehe..

Misi utama ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Fuh! Banyak tin-tin cat kosong yang ditemui dan dibuang. Ada juga rumah yang macam stor. Yang macam stor tu memang memerlukan kerja yang lebih.

Lepas je abis bergotong royong, ada sedikit makan-makan hasil sumbangan jiran-jiran. Heppy giler masing-masing dapat makan. Bukan sebab dapat makan tau tapi dapat merapatkan ukhwah. Jadi derang mencadangkan supaya program macam ini dapat di lakukan setiap 4 bulan sekali. Pada saya tiada halangan sebab saya memang suka benda-benda macam ni.. Dapat juga bercampur dengan orang.. hehehe.. 

Jom banteras aedes!!

SIRAP ALA RIBENA YANG MEMBUATKAN KORANG GIGIT JARI JIKA TIDAK MENCUBA

Sebut jer pasal kanser mesti semua orang seram sejuk. Terbayang rawatan kanser yang perlu di ikuti yang amat menyakitkan seperti Kimoterapi, pengambilan sampel darah dan macam-macam. Rawatan penyakit kanser juga mahal dan mengambil masa yang agak lama sehingga pesakit menderita akibat kanser. Tahukah anda pengasas Shaklee adalah seorang pesakit Tuberculosis dan doktor menjangkakan beliau tidak akan hidup lama.  Tetapi ibu bapa Dr. Forrest Shaklee tidak berputus asa dan menggunakan herba-herba membawanya ke persekitaran yang sihat untuk merawat penyakit itu. Pelik bin ajaib penyakit tuberculosis hilang!
statistik kanser payudara
Statistik kanser di Malaysia pada tahun 2007
Berdasarkan evolusi dari masa kesemasa, Shaklee telah mencipta satu tonik ajaib atau suplemen anti kanser iaitu Vivix. Vivix merupakan sejenis sirap Shaklee yang tinggi aktioksidan bagi merawat radikal bebas yang berada disekeliling kita. Sel kanser di dalam tubuh kita aktif kerana radikal bebas daripada persekitaran seperti pencemaran udara, pemakanan yang tidak sihat, tekanan perasaan dan lain-lain merosakkan tubuh kita.

Contohnya seperti besi buruk yang berkarat. Besi itu berkarat kerana radikal bebas. Cuba kita bersihkan besi berkarat itu dengan spray anti karat, mesti besi tersebut cantik seperti asal. Macam tu lah badan kita. Banyak toksik-toksik yang terkumpul di dalam badan kita dan tunggu masa nak meletop aje. Tu sebab orang tua ramai menjadi penunggu setia Hospital kerana badan dah tak tertahan lagi dengan toksin di dalam badan.

Apakah Khasiat Vivix?

Vivix Shaklee memusnahkan sel kanser
Vivix Shaklee
  • Vivix mempunyai asid ellagik dalam kepekatan yang tinggi membantu menghentikan kimia penyebab kanser, antivirus dan antibakteria.
  • Mengubati simptom selsema seperti influenza B.
  • Mengandungi Resveratrol yang membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, merendahkan tekanan darah tinggi, mengurangkan berat badan dan lain-lain.
  • Memusnahkan sel-sel kenser dengan menggantikan sel-sel lama kepada sel-sel baru yang lebih sihat.
  • Memperbaiki sel selular DNA
  • Meningkatkan sistem Immuniti Badan
  • Menyokong kesihatan jantung
  • Menyokong kesihatan keseluruhan
  • Menjadikan kulit kekal muda
Siapakah yang sesuai mengambil Vivix?

Cara Makan Vivix Shaklee

Vivix ni adalah sejenis cecair berbantuk sirap. Bila ia berbentuk cecair maka lebih cepatlah ia sampi ketempat yang bermasalah. Cara makan Vivix ialah satu hari sesudu. Sebotol Vivix boleh tahan sehingga 1 bulan setengah. 

Harga sebotol Vivix ialah RM 475.00.

Mahal? Lagi mahal rawatan kanser yang kena buat setiap bulan itu. Lagi mahal dari bil hospital yang mencecah sehingga puluhan ribu tu.

Nak harga murah? Pembelian 2 botol Vivix dalam satu resit akan secara automatik dapat KEAHLIAN SHAKLEE PERCUMA. Bila dapat keahlian Shaklee sudah tentulah dapat harga ahli yang super duper murah!

Hubungi saya untuk pembelian dan maklumat lanjut 016-6684862 (Ain Ridzuan)

Klik disini untuk daftar keahlian Shaklee:


CARA MANDI WAJIB LEPAS BERSALIN - WILADAH DAN NIFAS

Ibu mengandung dan bakal melahirkan anak patut tahu tentang mandi wajib selepas bersalin. Bagi orang Islam adalah WAJIB untuk mandi hadas besar ini supaya amalan kita di terima Allah. Ada juga sesetengah ibu yang telah melahirkan anak 5 orang tidak tahu adanya mandi wajib lepas bersalin.

Mandi wajib selepas bersalin terbahagi kepada dua iaitu:

Wiladah: Mandi wajib selepas melahirkan bayi samada secara normal atau pembedahan. Maknanya bila bayi keluar je dari perut ibu, WAJIB terus mandi wajib. Jika bersalin normal pada waktu pagi, petang dah boleh mandi Wiladah.

Niatnya: 

"Sahaja aku mandi wajib Wiladah kerana Allah Taala"

Ratakan air keseluruh badan.

Nifas: Mandi wajib setelah darah nifas berhenti. Tempoh darah nifas keluar paling lama adalah 60 hari. Jika darah nifas keluar lebih daripada 60 hari ia dikira sebagai darah Istihadha. Mandi Nifas wajib dilakukan walaupun hanya setitis darah nifas. Jika darah nifas tidak keluar memadailah hanya Mandi wiladah sahaja dan perlu solat seperti biasa selepas bersalin. Tetapi jika darah nifas keluar setelah hari yang ke10 selepas melahirkan anak anda perlu berhenti seketika dari mengerjakan solat.

Jika anda keguguran perlu mandi nifas. 

Niat:

"Sahaja aku mandi Nifas kerana Allah Taala"

Ratakan air keseluruhan badan.

MERAWAT GASTRIK DENGAN ESP SHAKLEE

Sekarang ni memang trending di media sosial tentang jeruk mempelam. Kecur air liur nengok sampai cari resepi jeruk mangga lah. Nengok resepi ini macam senang je.. Hehehe.. senang memang senang tapi bila penyakit MALAS sampai memang susah.. Macam saya order aje esok sampai rumah. Order dengan kengkawan Shaklee gak.

Ni resepi jeruk mangga..


Ni jeruk mangga yang saya order..


Tapikan kalau orang ada sakit gastrik memang seboleh-bolehnya kena elak jeruk. Memang pantang besar lah kalau makan jeruk kerana jeruk mempunyai asid yang tinggi dan boleh menyebabkan keradangan pada ulser perut. Boleh guling-guling bila sakit. Lebih-lebih lagi kalau jeruk beli kat kedai yang menggunakan cuka dan bahan kimia yang dibenarkan. Saya dulu ada juga gastrik sebab malas nak makan hehehe.. Bila lambat makan mesti angin masuk menderu-deru, terkentut-kentut dan pedih ulu hati. Nak minum air bikarbonat pon tak boleh. 



Tapikan lepas saya makan ESP, terus hilang gastrik... Dah boleh makan jeruk, nenas dan air gas dengan bahagianya. ESP ini bersifat alkali dan apabila ia bergabung dengan makanan yang tinggi asid, ia meneutralkan. Serius saya dah lama tak kena gastrik! Puasa Ramadhan pun dapat penuh. Haa... Ni testimoni ESP tentang Gastrik..




Haa... nilah ESP yang hilangkan gastrik tu. Harga RM 150.00 dan tahan sehingga 2 bulan. Tak mahalpun sebab selain boleh hilangkan gastrik ia juga boleh memutihkan kulit. Saya ada menulis entry tentang ESP tentang Khasiat ESP. ESP juga boleh untuk merawat jeragat dan kecantikan kulit.

Pesanan: Berminat nak daftar ahli Shaklee? Boleh je daftar keahlian Shaklee untuk makan sendiri atau nak tambah pendapatan sampingan, saya akan bantu sebaik mungkin. Modalnya hanya sebanyak RM 75.00 SM/RM 85.00 SS aje.

Jika anda berminat nak order ESP atau nak daftar ahli Shaklee, Boleh je terus hubungi saya...

BELI KELENGKAPAN BAYI DAN BERSALIN DI MOM & BABY EXPO SHAH ALAM, SELANGOR

Ibu-ibu dah beli kelengkapan bayi dan kelengkapan untuk bersalin? Nak beli barangan bayi juga perlukan perancangan. Boleh pengsan bila kena belanja sekaligus. Lain lah jika simpan duit dulu lepas tu beli semua sekali. Waktu yang paling sesuai untuk membeli kelengkapan bayi, kelengkapan penyusuan dan set bersalin ialah seawal 6 bulan atau 6 bulan setengah sebab berdasarkan pengalaman mengandungkan 2 orang cahaya mata, masuk je 7 bulan dah tak larat nak jalan dan berdiri lama. Kalau 6 bulan ke 6 bulan setengah tu kira cun-cun la.

Kelengkapan bayi set bersalin shaklee

Bulan ini ada satu expo yang akan diadakan bakal membantu ibu-bapa mencari kelengkapan bayi samada baru lahir atau berumur dua tahun kebawah. Ia diadakan di IDCC Shah Alam, Selangor. Jadi orang-orang Selangor yang berdekatan jangan lepaskan peluang ini! Kelebihan membeli-belah di Mom & Baby Expo ini ialah ia One Stop Centre. Senang nak cari semuanya ada! Dan ia berlansung selama 3 hari iaitu dari 31 Oktober 2014 - 1 November 2014. Selalunya kalau pergi hari Jumaat memang tak ramai orang. Kalau hari Sabtu Ahad tu boleh jadi raksasa gorgon nak mengadap orang ramai. So korang laki bini boleh ambil cuti atau separuh hari untuk shopping barang bayi.

Baby carrier set penyusuan shaklee
Saya suka pergi ke Mom & Expo Baby sebab harga yang berpatutan disamping promosi-promosi yang di jalankan oleh Syarikat-syarikat berkaitan. Antara produk atau brand yang mengambil bahagian ialah Combi (Stroller), Autumn (Kelengkapan penyusuan), Pigeon (kelengkapan Bayi), Medela (Breastpump), Lampin pakai buang dan pelbagai lagi. Nak tulis pon tak ingat.. hehehe.. Joms layan beberapa promo yang derang buat sempena Expo ini.













Bila korang nengok ni boleh lah budget-budget dengan suami mana nak beli. Tips pembelian Stroller kalau korang memang kaki jalan atau kaki Shopping adalah digalakkan membeli Stroller tapi kalau korang bukan kaki shopping memang tidak digalakkan membeli Stroller sebab membazir kerana bayi konpem nangis tak nak duduk dalam Stroller.. last-last berdokong. Lagi satu tips pembelian Stroller pastikan Stroller tu mudah dilipat dan tak tidak merumitkan serta muat masuk dalam bonet kereta. 

Keperluan Baby Seat ni pula sangat penting jika nak hantar anak ke rumah pengasuh atau taska. Sebab sangat bahaya tau bila letak cam tu je anak kat seat kereta. Seriau! Buatnya break emergency.. terus bergolek baby ke bawah... Huhuhu... Nauzubillah!!


Kalau saya, saya memang suka jenis baby carrier sebab senang nak menyusukan anak. Lagipun bonding antara ibu dan anak kuat. Kalau kaum bapa nak pakai pon boleh. 

So korang dah ready nak shopping? Hahaha... Sila tahan nafsu bila nengok baju-baju bayi yang comel dan kiut.. hehehe

Kalau korang nak nengok checklist barang bayi dan ibu selepas bersalin boleh klik link ini:

Kalau korang nak cari Set Bersalin Shaklee boleh klik link ini:

Kalau korang nak produk untuk banyakkan susu badan boleh klik link ini:

Kalau korang nak belajar tentang penyusuan ibu boleh klik link ini:



KEPUTUSAN PEMENANG GIVEAWAY SWEET MOM BLOG

Diam tak diam dah nak dekat sebulan tarikh tutup Giveaway Baik Punya Sweet Mom Blog. Minta maaf banyak-banyak pada yang join sebab tak sempat menyempat nak nengok satu persatu.. ni baru boleh tekun mengadap lappy. Hehe... jangan mare ar..


Pemenangnya ialah:

1. Yumida Hudahttp://umikasum.blogspot.com

2. Izzeyda: http://izzeyda.blogspot.com

3. Eirza: http://eirza.blogspot.com



Korang boleh terus contact saya untuk redeem hadiah. 

Hadiahnya...


  • Hadiah tempat pertama Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 50.00 + Free Gift
  • Hadiah tempat kedua Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 30.00+ Free Gift
  • Hadiah tempat ketiga Vaucer Jaya Jusco bernilai RM 20.00+ Free Gift

MASAKAN INDONESIA DI WARONG LEKO

Siapa suka makan makanan Indonesia angkat tangan! Hehe.. Saya dulu sebenarnya tak minat langsung makanan Indonesia. Ye lah asyik pandang asam pedas dan masak lemak cili padi aje.
Dulu-dulu ingatkan ayam penyet tu ayam yang diketuk sampai penyet. Haha... rupa-rupannya ayam goreng yang dimakan bersama tempe, tauhu dan sayur.


Dalam banyak-banyak restoran Indonesia yang yang saya pernah pergi ada satu restoran Indonesia yang sedap iaitu Warong Lekò terletak di Pusat Perniagaan Sungai Buloh, Selangor. Memula terjumpa restoran ni sebab masa tu dah lambat balik dari Hospital jadi hanya restoran ni je lah yang menerima kami. Hehe..

Dekorasi nya boleh tahan cantik ala-ala warong dan disediakan perkhidmatan WiFi tapi kene minta password la. Anda menu yang hot di sini ialah Iga Hot Plate dan Pisang Goreng Cheese... Memang sedap! Jom layan beberapa keping gambar...


Menu makanan..


Ni IGA Hot Plate... Mantap!


Ayam penyet berserta Sup Otot.. Pasni laki ku terus boleh join angkat berat sebab dah makan otot.. hehe


Air dia memang meleleh.. Ni Fresh Orange, Apple Jus, Air Bandung Gembira..


Korang boleh je datang kat sini sebab tutup jam 10.30 malam.. rasanya ia buka setiap hari. Kat sini tak de lah sesak sangat... kira senang la nak dating dan makan bersama keluarga...

TIPS HILANGKAN JERAWAT BATU BAK GUNUNG BERAPI

Dah lama menderita jerawat batu wei! Malu giler bila jerawat batu keluar. Macam gunung berapi tunggu nak meletup aje. Dah macam-macam petua hilangkan jerawat batu cuba tapi tak jalan. Lagi membiak ade lah. Nak keluar bersosial dengan kengkawan pun malu. Dah cuba pergi pusat rawatan kecantikan tapi hasilnya tetap mengecewakan.


Hilangkan jerawat batu Shaklee


Meh sini nak bagitahu, punca jerawat batu membiak bagai juara sebab:

  • Masalah hormon yang tidak stabil
  • Makan makanan yang berminyak
  • Persekitaran yang kotor dan berhabuk
  • Penjagaan kulit tidak dijaga dengan betul
  • Stress
Jadi apakah kekdahnya nak mencegah jerawat batu dari bermaharajalela di muka? Jom baca:

  • Jangan picit atau cungkil jerawat kerana ia akan meningkatkan keradangan pada kulit dan akan meninggalkan parut jerawat. Jika tangan tidak bersih, jerawat akan semakin bertambah.

  • Guna produk kecantikan jerawat yang natural dan tidak terlalu keras sehingga mengeringkan kulit wajah kerana kelenjar akan menghasilkan lebih banyak minyak dan mengakibatkan jerawat tumbuh lebih banyak.

  • Bersihkan muka sebelum tidur dan jangan tidur dengan make up kerana iakan menyebabkan liang roma tersumbat dan jerawat akan muncul.

  • Gunakan make up yang sesuai dengan kulit. Ada sesetengah alat make up akan menyebabkan kulit lebih berminyak dan kering. Gunakan krim yang salisilik yang membantu menyah jangkitan sambil menutupnya.

  • Basuh sarung bantal dengan kerap supaya tiada kuman dan bakteria terkumpul di atasnya.

  • Gosok kulit muka dengan perlahan dengan tuala bersih selepas mencuci muka bagi mengelakkan kulit merengsa. 


  • Mandi selepas bersukan atau melakukan aktiviti berat kerana peluh dan minyak akan mendap di permukaan kulit.

  • Jaga kebersihan rambut dan elakkan daripada terkena muka.

Kajian terkini dijalankan oleh kumpulan penyelidik University of California Angeles (UCLA) mendapati reveratrol, sejenis antioksidan yang diperoleh daripada buah anggur boleh merencatkan pertumbuhan bakteria penyebab jerawat. 

Keputusan awal makmal mendapati resveratrol dan Benzoyl peroxide menyerang bakteria jerawat yang dikenali sebagai Propionibacterium dengan cara yang berbeza. Benzoyl peroxide adalah oksidan yang berkerja bebas radikal yang mana membunuh bakteria jerawat. 

Resveratrol adalah salah satu bahan yang terdapat di dalam wain merah yang sering di amalkan oleh rakyat Perancis untuk mengelakkan masalah jantung. Antioksidan ini membantu menghentikan radikal bebas yang menyebabkan sel dan tisu rosak. 

Jadi penyelesaiannya adalah Vivix Shaklee yang sangat tinggi anti oksidan dan Vivix di perbuat daripada anggur Muscadine.Purple Carrot, Elderberry dan Polygonum Cuspidatum serta kaya dengan agen Reveratrol. Vivix Shaklee pada dasarnya memang sangat sesuai untuk pesakit-pesakit kanser bertujuan untuk membunuh sel-sel kanser secara semulajadi dan tidak memerlukan pembedahan (bergantung pada keadaan. Jadi memang sangat untung yang mengambil Vivix. Muka cantik badan pun sihat.

Untuk maklumat lanjut tentang Vivix sila lihat di link ini:

Vivix Shaklee untuk jerawat batu
Tips Kecantikan wanita

Untuk tempahan hubungi saya di 016-6684862 (Ain Ridzuan) Pembelian untuk 2 botol Vivix PERCUMA keahlian Shaklee!

SALOON RAMBUT MUSLIMAH DI SHAH ALAM

Minggu lepas diriku pergi memanja rambut di Saloon Rambut Siti Zahrah di Seksyen 7, Shah Alam sebab dah rasa macam sakai.. Hahaha... Almaklumlah dah jadi mak budak ni tak sempat nak duduk berejam dalam bilik air. Salon Rambut ini khas untuk muslimah aje.

Sebenarnya saya tak biasa sangat dengan Pusat Perniagaan Seksyen 7 ni. Jadi agak menganggau mencarinya. Nasib baik ada Google Maps ada. Rupanya salon rambut ni betul-betul dekat dengan SugarScarf, Fareeda dan Pearl Haya. Ia berada di tingkat 2.  Saya parking dekat parking tertutup yang dekat Roshini. RM 1.00 je.

Bila sampai je kat depan pintu kedai terdapat sofa khas untuk para suami/lelaki duduk jadi tak delah nampak orang dalam. Di dalamnya di ruang menunggu pula ada sofa dan televisyen. Tak delah boring sangat menunggu bila bawa anak kecil.

Saya cuci rambut aje. Memang puas hati. Pernah juga kengkawan yang pergi cuci rambut ke saloon yang lain. Derang pakai kuku ko! Habis rabak kulit kepala. Kat sini pon ada juga rawatan SPA. Tapi hari tu tak sempat nak wat SPA sebab sampai pon dah lewat jadi cuci rambut dan blow aje lah..

Salon rambut ini tutup hari Selasa. So kalau nak pergi secara berjemaah atau beramai-ramai harus buat appoinment terlebih dahulu tau.. kang tak pepasal kena tunggu lama.

Ni alamat dan no. telefon:

Shah Alam:
14B, Jalan Plumbum Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
No. Tel: 03-55239211

Bangi:
Unit B-17-1, Bangi Gateway Complex, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor
No. Tel: 03-89120387

Sri Rampai/ Wangsa Maju:
No.16-1, Rampai Business Park South,Jalan Rampai Maju, Taman Sri Rampai 53300 Setapak, Wilayah Persekutuan.
No. Tel: 03-41316386

Seri Manjung:
P9, Fasa 1C 3, 32040, Seri Manjung, Perak.
No. Tel: 05-6887570





 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in