Anemia Ketika Hamil




Anemia ialah sesuatu keadaan kekurangan hemoglobin dalam darah. Ia di panggil sebagai kurang darah tetapi bukanlah isipadu darah yang berkurangan. Hemoglobin ialah bahan protien yang berpigmen merah yang terkandung di dalam sel darah merah. Pigmen ini memberi warna merah kepada darah dan berfunsi sebagai pengangkut oksigen. Oleh itu hemoglobin adalah sangat penting dan bacaan yang baik bagi seorang dewasa yang sihat adalah secara puratanya 12 gram/100ml darah. Anemia dikenalpasti / didiagnosis jika kandungan hemoglobin di dalam darah kurang daripada 11 gram/100ml atau kurang 10 gram/100ml semasa hamil.

Antara sebab anemia ialah mempunyai penyakit kronik yang menjejaskan penyerapan gastro-usus  atau fungsi buah pinggang, penyakit berkaitan sum-sum tulang seperti barah tulang atau leukemia, thalasemia atau cara pemakanan. Namun begitu, antara sebab yang paling sering didapati masalah anemia ialah kekurangan zat besi, asid folik atau vitamin B12 dimana ia adalah kandungan asas sel darah merah. Kandungan asas tersebut datangnya dari cara pemakanan dan yang paling selalu berkurangan adalah zat besi. Tambahan pula zat besi akan hilang sedikit disebabkan pengeluaran haid setiap bulan. Kehilangan zat besi melalui darah haid perlu dibekalkan kembali untuk mengelakkan masalah anemia menjadi lebih teruk. Oleh itu risiko menghidapi anemi anemi lebih tinggi kepada wanita yang tidak mengamalkan diet yang seimbang dan asyik mengawal berat badan hingga mengabaikan makanan yang sepatutnya diambil.


Semasa hamil, isipadu bekalan darah meningkat , justeru itu zat besi dan zat-zat lain amat diperlukan. Keperluan zat bertambah disebabkan perkembangan bakal ibu dan bayi dalam kandungan. Tambahan pula kehilangan zat besi tanpa dibekalkan kembali daripada kehamilan dan kelahiran terdahulu akan menambah masalah anemia jika kaedah pemakanan tidak diambil secara optima. 

Semasa hamil, kekurangan zat besi seringkali berlaku kerana diet biasa tidak mencukupi kerana terdapat pertambahan keperluan zat besi yang agak banyak. Akibatnya bekalan oksigen tidak mencukupi bagi fungsi organ dan kesihatan ibu tidak optima. Semasa hamil, bekalan oksigen juga tidak mencukupi bagi perkembangan uri dan janin. Dalam keadaan cemas seperti kemalangan atau tumpah darah ketika melahirkan anak anemia boleh membawa maut.

Berikut adalah kadar hemoglobin yang bersesauian mengikut peringkat umur dan keadaan:


Tanda-tanda anemia:
  • Pucat lesi
  • Mudah penat dan kurang bertenaga
  • Mudah sesak nafas apabila menggunkan tenaga yang berlebihan
  • Kepala seperti berpusing-pusing
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kehilangan berat badan
Antara makanan yang disyorkan diambil ialah:

Sumber Zat Besi
Sumber Asid Folik
Sumber Vitamin B12
  •          Kekacang

  •            Hati

  •            Hati

  •         Sayur sayuran berdaun hijau tua

  •            Sayur sayuran berdaun hijau tua

  •            Daging, ayam, ikan

  •         Daging, ayam, ikan

  •           Kacang dhal, kacang kuda

  •            Telur

  •           Bijirin

  •            Bijirin ‘wheat germ’

  •            Susu dan hasilan tenusu

  •            Tempe

  •            Bijirin ‘wheat germ’

* Vitamin C meningkatkan daya penyerapan zat besi di gastro-usus. Penyerapan daripada sumber haiwan juga lebih berkesan daripada sumber sayur-sayuran.

Bagi wanita/ ibu hamil yang mengalami masalah kekurangan zat besi atau anemia, saya selalu mencadangkan pengambilan Set Kehamilan Shaklee dan Egnergizing Soy Protien (ESP) untuk mengatasi masalah mereka. Rata-rata pengguna yang menggunakan gabungan set ini berpuashati dengan hasilnya dan setiap kali checkup bulanan bacaan hemoglobin tidak terlalu rendah. Lebih baik mencegah daripada merawat.

Untuk pertanyaan lebih lanjut sila hubungi:

No. Tel: 016-6684862 (Ain)
FB Fanpage: Natural Healthy (untuk info terkini)
FB: Hantu Durian (untuk live chat)
Email: kedaivitaminsemulajadi@gmail.com


Panduan Hadapi Anak Mengamuk


1. Alih perhatian dia.
Pernah seorang ibu menangis apabila anaknya mengamuk dan meragam. Melihat ibunya menangis, anak itu bertanya kenapa ibunya menangis. Jawab ibu itu, dia menangis kerana anaknya yang baik meragam. Mendengar jawapan ibunya, anak itu berhenti meragam lalu terus memeluk dan mencium ibunya. Cara ini mungkin boleh dilakukan oleh ibu dalam usaha memujuk anak yang menangis dan meragam.

2. Jangan mengikut kehendaknya.
Biasanya anak mengamuk kerana dia tahu cara itu dia akan dapat apa yang dia inginkan. Elakkan daripada mengalah dengan kehendak anak dan memenuhi permintaannya yang tidak sepatutnya kerana kanak-kanak memang bijak. Sekali kita mengalah apabila anak mengamuk, mereka akan tahu kelemahan kita dan akan mengamuk setiap kali keperluannya tidak dipenuhi. Juga jangka masa mengamuk akan lebih panjang.

3. Elak daripada memarahi atau menjerit
Jangan memarahi pada anak kerana ia tidak akan membantu. Berbual dengan anak dan terangkan kenapa dia tidak boleh atau tidak dapat melakukan sesuatu. Jika anak mengamuk kerana tidak dapat melakukan sesuatu tugasan atau permainan, cuba beri tugasan atau permainan lebih mudah atau bantu anak untuk mencapai objektifnya. Memberi pelukan dan ciuman kasih sayang juga membantu.

4. Jangan pedulikan
Dr Hugh Jolly dalam bukunya, A Book of Child Care, menjelaskan bahawa membiarkan anak ini meragam adalah ‘ubat mujarab’. Jika anda memujuknya ini akan memberi anak gambaran bahwa dia akan dapat semua yang dia mahu bila dia meragam. Cuma pastikan anak selamat kerana ada budak yang akan mencederakan diri seperti menghantuk kepala ke lantai semasa mengamuk. Ada juga yang menjadi sesak dan sukar bernafas.

5. Apabila anak berhenti mengamuk
Berbincanglah kepada mereka kenapa perangainya tidak elok dan kenapa permintaannya tidak boleh dipenuhi. Juga beritahu bahawa tindakannya mengamuk dan meradang tidak akan membawa kebaikan dan itu adalah tingkahlaku yang tidak baik.

Sumber: Majalah PaMa

Rahim Terbalik atau Retroverted Uterus


Rahim terbalik lazim dikaitkan dengan kesukaran mengandung dan jika bersalin ia perlu menjalani kelahiran secara pembedahan. Apakah rahim terbalik/ retrovert uterus?


Rahim terbalik ialah kedudukan rahim yang condong kebelakang manakala bagi rahim normal lazimnya mencondong sujud ke hadapan. Namun menurut data yang diperoleh, 20% kaum wanita didapati kedudukan rahimnya tidak condong ke belakang yang dipanggil rahim terbalik. Keadaan ini juga dikenali sebagai 'tipped uterus', 'retroverted uterus' atau tilted uterus'.


Tanda-tanda anda mempunyai rahim terbalik:

Biasanya keadaan ini sebenarnya tidak perlu dibimbangkan jika ia melanda diri anda. Cuma sekali-sekala ia boleh meninggalkan kesan sampingan kepada anda. Antara simptom-simptom rahim terbalik ialah:

Sakit sewaktu berhubungan bersama suami

Sewaktu melakukan hubungan suami isteri, anda akan mengalami kesakitan apabila zakar suami terkena pintu rahim (serviks) atau bahagian rahim (uterus) lantaran kedudukan rahim yang terbalik. Dalam terminologi perubatan, ia dikenali sebagai 'collision dyspareunia'.

Untuk mengelakkan rasa sakit sewaktu anda berhubungan dengan suami, anda perlu mengubah posisi semasa melakukan hubungan intim. Ini membolehkan uterus berubah posisi, dengan itu boleh melegakan rasa sakit.

Rasa sakit semasa haid

Semasa datang haid, anda akan merasa kesakitan di bahagian rahim dan sekitar pinggang. Terminologi perubatan untuk ini ialah 'dysmenorrhea'.

Sakit pinggang yang kronik

Ramai wanita mengalami sakit pinggang yang kronik. Rumusan terakhir yang boleh dibuat oleh pakar sakit puan jika ia tidak berpunca daripada sebab-sebab yang lain, ini bermakna sakit pinggang yang kronik itu adalah datangnya daripada kedudukan rahim terbalik.

Apa yang perlu dilakukan?
Jika keadaan ini berlaku, anda dinasihati agar membuat pemeriksaan pelviks atau ujian scan melalui bahagian faraj yang mampu terus ke dalam uterus. Dengan cara ini kedudukannya boleh diketahui dengan jelas.

Ada wanita yang dilahirkan memang punyai masalah rahim terbalik tetapi ada juga yg di sebabkan oleh trauma dan pertumbuan luar biasa organ peranakan. Selalunya sukar di kesan kerana gejalanya nampak biasa. Tetapi jika anda mahu kepastian boleh lakukan ujian 'pelvic examination' ataupun ujian imbasan melalui faraj yg mampu melihat hingga ke uterus, kedudukan rahim akan diketahui lebih jelas.

Kedudukan rahim terbalik boleh menyebabkan risiko perdarahan diawal kehamilan dan berisiko tinggi untuk melahirkan anak secara pembedahan. Oleh itu rawatan perlu untuk rahim terbalik. Antara rawatan yang di cadangkan doktor ialah pembedahan up-lift atau ventro-suspension. keadah ini adalah satu pembedahan yang melibatkan pemendekan atau pemanjangan ligamen-ligamen uterus supaya kembali kedudukan yang betul. cuna hirisan kecil dilakukan dan pembedahan dilakukan dengan memasukkan teropong laparoskopi. Ia merupakan surgery ringkas sehari saja tanpa perlu bermalam di hospital. Ada juga keadah lain seperti berikut:

1. ubat tahan sakit- memberi kelegaan sementara dan dapatkan nasihat doktor jika ingin menggunakannya

2. menukar posisi hubungan kelamin. lakukan bersama suami jika ingin bersama.

3. Pessary - alat seperti cincin di letakan dlm faraj bertujuan menyokong kedudukan rahim yang betul. Penggunaannya perlu doktor bertauliah kerana ia perlu kerap di bersihkan dan dipasang jika tidak dilakukan oleh doktor bertauliah boleh menyebabkan jangkitan kuman. Ia juga dikatakan akan menggangu nikmat seks.

4. Hysterectomy - jika sakit amat teruk, baru doktor akan cadangkan ini. iaitu satu jenis pembedahan membuang rahim, ialah jalan menyelesaian terakhir. Tetapi anda masih boleh mengandung jika doktor tidak membuang organ peranakan.

Jika anda memilih teknik Up-lift, merupakan yang terbaik. anda perlu tahu kesannya. Selalunya kesakitan akan hilang dan tidak berulang lagi. Pembedahan juga tidak rumit, tempoh sembuh yang pendek. Walau bagaimanapun setiap pembedahan tetap ada risikonya antaranya kesan tindakbalas bius, pendarahan dan kerosakan organ lain. Bagaimanapun komplikasi tersebut jarang berlaku dan kebanyakannya boleh di selesaikan.

Setelah berkahwin sekian lama, pasti pasangan mahukan cahaya mata. Saya adalah salah seorang yang mengalami rahim terbalik. Setelah menjalani rawatan di salah satu Hospital Pakar dan disahkan mempunyai rahim terbalik saya men 'google' kan diri mencari apakah rahim terbalik. Rupanya orang yang mempunyai masalah rahim terbalik agak susah untuk hamil kerana air mani yang masuk melalui faraj wanita akan keluar kembali dan tidak sampai ke ovum. Dalam hal ini para suami harus memainkan peranan yang penting kerana sperma yang kuat dan laju memainkan peranan yang penting disamping posisi seks yang sesuai. Namun perlu diingatkan usaha, doa dan tawakal juga memainkan peranan yang penting untuk mengandung kerana setiap rezeki adalah daripadaNya. Bagaimana nak memekatkan air mani dan menguatkan sperma? Dengan pengambilan VitaE Complex Shaklee dan Zinc ia sangat membantu dalam penghasilan air mani yang berkualiti. 



Antara kebaikkan VitaE:
~ Lebih bertenaga (seksual) 
~ Tahan lebih lama
~ Lebih mudah teransang
~ Libido yang lebih kuat
~ Orgasma yang lebih kuat dan bersemangat
~ Dikenali sebagai pengganti viagra dan 'vitamin cinta'
~ Mengelakkan mati pucuk

Antara kebaikan Zink:
~ Meningkatkan kualiti sperma
~ Menguatkan sperma
~ Menjaga kesihatan testikal


Bagi Set Kesuburan Shaklee untu wanita pula dicadangkan GLA Complex, Alfalfa, Bcomplex dan Energizing Soy Protien (ESP):
GLA Complex:
~ Membantu mengeluarkan cecair serviks dimana sangat membantu mempercepatkan  pergerakkan sperma sampai ke ovum
~ Membantu menstabilkan hormon terutama pesakit PCOS (hormon lelaki terlebih)
~ Mencantikkan kulit
~ Menurunkan berat badan

Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu hamil?
 GLA Complex Shaklee membantu dalam penghasilan cecair servik (cecair kesuburan) yang membantu sperma berenang terus ke uterus terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu sahaja, cecair ini membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak 'kena' hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih ada lagi disitu sehingga hari yang ke-5.
Alfalfa
~ Membantu mengeluarkan toksin dan kotoran dalam tubuh
~ Membantu mengeluarkan darah haid (haid lama tak datang)
~ Mengetatkan faraj
~ Menghilangkan keputihan dan masalah vagina berbau
~ Membuang angin dalam badan
Bcomplex
~ Membantu mengurangkan stress dimana untuk hamil stress perlu dijauhi
~ Mengandungi asid folic yang sangat penting untuk perkembangan bayi
Energizing Soy Protien (ESP)
~ Membantu menguatkan rahim
~ Memberi tenaga dengan pantas
~ memberi rasa kenyang yang berpanjangan
~ Mencantikkan kulit
~ Protien adalah makanan asas sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, pelekatan telur dan lain-lain.
~ ESP Shaklee bole membentuk tisu rahim serta sel ovum dan sel sperma yang sihat.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

all/Wassup: 016-6684862 (Pn. Ain)
Add FB: Ain Ridzuan untuk chat bersama saya
FB Fanpage: Klik Like FB Fanpage Set Bersalin Shaklee  untuk mendapatkan diskaun hebat
Email: kedaivitaminsemulajadi@gmail.com


 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in