Showing posts with label Penapis Air- Get Clean Water Pitcher. Show all posts
Showing posts with label Penapis Air- Get Clean Water Pitcher. Show all posts

PENAPIS AIR MUDAH DIGUNAKAN KETIKA DI RUMAH ATAU PERCUTIAN

Assalamualaikum w.b.t. Bebarapa hari kebelakangan ini saya banyak urusan diluar dan perlu menginap di hotel. Kalau bermalam di hotel sudah tentunya airnya macam teh o nipis dengan bau karat. Tak selara mak nak telan. Selalunya saya akan beli air mineral untuk minum. Kan bagus jika hotel menyediakan penapis air. Hehehe... Saya ada pengalaman air tanah keluar saat nak buat susu anak.



Bukannya apa kalau hotel lama bau airnya memang boleh pengsan lah tambahan pula nak beri suami dan anak-anak air ibarat macam beri air racun pula. Semasa saya mengandungkan Zafri dulu, saya langsung tidak boleh minum air masak keranan tidak tahan dengan baunya. Bila minum je mesti muntah balik. Akhirnya terpaksa beli air mineral. Mahal tu... Sebotol air mineral 2 litre RM 2.50. Bayangkan kalau seminggu 20 botol air mineral. Kaya raya taukeh air mineral.

Bagi mengatasi masalah ini, mak dan abah saya telah belikan saya penapis air C****.... Terharu habis bila mak dan abah belikan untuk anaknya ni. Ye la penapis air yang harganya beribu kot siapa yang tak suka. Namun begitu langit tidak selalunya cerah... chewah! Disebabkan mak dan abah belikan cash untuk tahun kedua kami kena bayar servis penyelenggaraan tahunan sebanyak RM 500.00.. Banyak wooo!!

Kalau tak nak bayar maknanya tiada penggantian filter la.. sedih ko.. minum air kotor.. Mengigil juga nak keluarkan RM 500.00 untuk 5 kali servis filter. Macam kena tipu pula dengan syarikat itu. Fikir punya fikir baru perasan Shaklee pon ada keluarkan penapis air. Adoi ai macam mana boleh tak perasan ni... Takjub sangat dengan benda beribu, benda murah tak perasan pula.


Memula tak yakin juga penapis air yang kecik tu boleh ke nak tapis air berkarat dan berbau. Ye lah selalunya penapis airkan besar-besar dan pasang di singki rumah dekat dengan paip sekali. Tapi penapis air ini dah lah kecil lepas tu mudah di pasang. Mampukah ia beraksi dengan logam dan bakteria itu? Macam tak percaya pula...

Jadi beranikan hati mencuba penapis air shaklee ini. Tak cuba kita tak tahukan. Masa memula pasang " Eh senangnya nak pasang penapis air ni, tak perlu panggil suami tolong pasang" Nampak sikit kebijakkan isterinya di situ... hehehe... Ok dah pasang dah cun.. masukkan air pula. Penapis air ini ada penanda aras bila waktu yang perlu di tukarkan filter.


Bila penunjuk warna merah maknanya kena tukar filter yang lain. Sebiji filter tu selalunya boleh menapis air sebanyak 80 gelen air bersamaan 303 litre air dan tahan dalam 4 bulan. Selalunya kalau ambil pakej penapis air ini mesti akan di beri sekali 3 biji biji filter tambahan. Jadi jangka hayat penggunaan kesemua filter adalah setahun lebih bergantung kepada penggunaanya.

Oh ya! Penapis air ini tidak perlu guna elektrik tau. So pembaziran elektrik tidak akan berlaku dan boleh kemana-kemana walaupun untuk percutian bersama keluarga. Pendek kata kalau masuk hutan minum air sungai dah tiada masalah.

Lagipun ada juga isu sesetengah penapis air tidak halal kerana pada filternya terdapat tulang b***. Filter penapis air ini di perbuat daripada arang dan tempurung kelapa. Jadi sangat-sangat semulajadi dan halal. Tambahan pula penapis air yang comel kecil molek ini diiktiraf oleh Water Quality Association (WQA). Apabila badan professional mengiktriraf penapis air ini sudah tentu ianya bagus dan selamat di minum.

Saya juga ada membuat eksperimen menggunakan air ribena. Nah, ini hasilnya! Nampak ketakjuban disitu... bayangkan kalau air paip kita bergitu.. memang power!

Harganya murah banget dong! RM 460.00 untuk housing kit dan 4 filter untuk kegunaan setahun lebih! Tidak perlu penyelenggaraan secara tahunan hanya perlu tukar filter yang hanya RM 161.00 untuk setahun. Murahnyaaa! Boleh meracau nengok penjimatannya. 


Korang apa lagi? Silalah order sepantas kilat memandangkan kualiti air negara kita ado-ado je... Untuk tempahan sepantas kilat hubungi saya melalui SMS/ Whassup 016-6684862 (Ain Ridzuan) daaaa....




AIR TANAH KELUAR SAAT NAK BUAT SUSU ANAK

Malam ni berderau darah mak bila buka paip je berjujuran air tanah keluar. Di saat anak-anak mak minta susu, takkan mak nak bagi susu air tanah. Secara tiba-tiba mak terkesima kejap. Eh, bukan ke ade penapis air Get Clean Water Pitcher Shaklee? Kat rumah ni memang ada penapis air Coway tapi kalau lah kena masa melancong sakan dengan keluarga kan haru nak cari air yang bersih. Air-air di hotel ni ada yang rasa karat.


Nasib baiklah ada penapis air ada dirumah. Mak tak sanggup nak bagi susu air tanah kat anak-anak. Ibu-ibu mesti pernah alami situasi macam ni kan? Kalau simpan stok air bersih tak pe boleh guna sikit-sikit tapi sampai bila. Krisis air Selangor pada awal tahun yang terjadi betul-betul memberi iktibar pada mak untuk menyediakan air yang bersih pada keluarga sebab banyak penyakit boleh dapat akibat pembawakan air.

Kalau area rumah korang selalu dapat air tanah macam ni, sangat digalakkan untuk menggunakan penapis air. Zaman dulu kalau terminum air tanah tak pe sebab tak guna racun kimia. Semuanya organik dari baja ke racun. Kalau tertelan pon tak de masalah. Ibarat terminum air sungai lah katakan. Zaman sekarang ni kalau terminum air tanah agaknya rasa macam apa? Macam air longkang kot siap berbau.

Jadi fikir-fikirkan lah yang terbaik untuk keluarga. 

Apakah kebaikan Penapis Air Get Clean Water Pitcher?

penapis air shaklee
  • Menyingkirkan logam berat seperti plumbum, merkuri, kadmium, kuprum hampir 99% di dalam air.
  • Menandingi jenama terkemuka yang berharga beribu-ribu.
  • Tidak perlu bersihkan penapis. Cukup hanya menukar filternya.
  • Get Clean Water Pitcher boleh di gunakan sehingga 330 litre/ 80 galen.
  • Get Clean Water Pitcher merupakan penapis air berbentuk jug yang pertama menggunakan sistem penapisan air blok karbon yang boleh diisi semula.
  • Berkesan mengurangkan kandungan klorin dan mengurangkan risiko penyakit akibat klorin.
  • Get Clean Water Pitcher diiktiraf oleh Persatuan kualiti Air (WQA) kerana berkesan mengurangkan kandungan plumbum dan bendasing di dalam air.

Anda bijak jika menggunakan Get Clean Water Pitcher kerana:
  • Kos hanya beberapa sen untuk satu litre air!
  • Air yang sihat dan rasa yang sedap. Dah tak de bau tanah dan karat!
  • Ringan dan mudah dibawa kemana-mana.
  • Menjimatkan kos
  • Mempunyai meter untuk memberitahu bilakah masa sesuai untuk menukar filter air.
  • Mengambil masa kurang dari 4 minit untuk memenuhi 1 jug.
  • Penapis air di perbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan mesra alam. Tak perlu dah nak risau..
Makcik Oprah pon suke dengan Get Clean Water Pitcher. Klik link ini:


Nak order guna kad kredit atau debit klik link ini:


Kalau tak de kad kredit boleh je order dengan saya:


PENAPIS AIR JIMAT - GET CLEAN WATER PITCHER


Air adalah nadi kehidupan. Tanpa air yang bersih, kualiti hidup akan terjejas. Air yang kotor dan tercemar akan menyebab cirit birit, penyakin taun dan pelbagai lagi Saya rasa ramai yang tidak sanggup nak minum air yang berkeladak dan berkarat terutamanya dan buat susu anak. Situasi yang selalu saya alami ialah apabila bermusafir dan terpaksa bermalam dihotel. Memang menangis nengok air macam tu. Jadi penyelesaiannya yang saya selalu buat beli air mineral buat stok. Tapi sampai bilakan? Nak-nak bila rumah sendiri yang air berkeladak, kuning gitu.. Pernah nak masak nasi air jadi warna oren. Sadis tau!!

 
Jadi penyelesaiannya yang jimat dan efisyen marilah kita gunakan Get Clean Water Shaklee yang super ohsem.. Ringan dan senang nak di bawa kemana-mana. Jadi apakah kelebihan Get Clean Water Pitcher?

 
Setaraf dengan jenama terkemuka penapis air yang lain

Dapat menyingkirkan merkuri, cadmium dan plumbum dan bahan-bahan tercemar yang lain. Ia juga mengekalkan mineral di dalam air tersebut.

Mudah di bawa kemana-mana

Proses penurasan hanya selama 4 minit sahaja!

Tidak perlu mencuci! Hanya ganti sahaja penurasannya apabila sampai 80 galen (330 litre)

Tidak memerlukan elektrik

Jimat tempat.

Mengurangkan kalorin di dalam air..

Jom lihat testimony pengguna yang sukakannya:

 
 

 
Mahu harga jimat dengan jadi ahli?
Anda mahu daftar ahli Shaklee dan ingin mengetahui bagaimana daftar ahli Shaklee? Klik disini.. 


Untuk pertanyaan lanjut dan konsultansi boleh terus hubungi saya:

Saya adalah agen Shaklee anda!!

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668

FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/

FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:

:) Jadual pemakanan PERCUMA

:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..


 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in