SENAMAN UNTUK MENINGKATKAN KEMAMPUAN SEKS LELAKI

Saya pasti ramai para suami –isteri memendam perasaan bila melibatkan hubungan kelamin. Senyap-senyap saja janji dapat melaksanakan tanggungjawab dan melepaskan kemahuan.. pasangan puas atau tidak jarang diambil pusing… Kalau tidak berbunyi makna nya ok la tu. Tahukah suami-suami… orang perempuan ni memang malu-malu nak cerita pasal perkara macam ni walaupun dengan suami sendiri. Jadi suami-suami sekalian perlu peka dengan prestasi sendiri dan reaksi pasangan ketika bersama. Jangan buat asal boleh aje.. kelak rumahtangga boleh berantakkan…



Disini saya kongsikan tip-tips senaman untuk meningkatkan kemampuan seksual lelaki yang boleh para suami buat panduan:

Senaman Kegel
Jangan tak tahu orang lelaki pun ada senaman Kegel ye bukan hanya wanita sahaja. Senaman ini diperkenalkan oleh Doktor Arnold Kegel dan sangat bagus diaplikasikan kerana ia membantu ketahanan dan kawalan otot pubococcygeus (PC). Latihan ini seperti menahan air kencing dan ia membantu mengukuhkan otot lantai pelvik yang boleh melambatkan ejakulasi.


Angkat Berat
Latihan angkat berat akan menghasilkan hormon testosterone yang merupakan elemen utama bagi nafsu seks lelaki. Justeru, disyorkan supaya lelaki mengangkat beban berat pada kadar ulangan 10 kali yang termampu. Kajian juga mendapati senaman angkat berat walaupun dilakukan dalam tempoh yang singkat ia boleh meningkatan tahap testosterone. Para suami juga boleh mencuba beberapa jenis senaman yang lain seperti push-up, sit-up, plank dan crunches.


Berenang
Berenang selama sekurang-kurangnya 30 minit tiga kali seminggu akan meningkatkan daya tahan seksual. Ia adalah aktiviti untuk menghilangkan berat badan dan terbukti boleh membawa kuliti seks yang baik. Disamping itu boleh juga mengajak para isteri berenang bersama untuk meningkatan kemesraan suami isteri.


Berjalan Pantas
Berjalan pantas boleh meningkatkan peredaran pengaliran darah. Ia juga boleh memperbaiki kualiti seks dan mencegah serangan jantung. Hasilnya anda akan jadi lebih kuat dan ereksi lebih lama. Ketika pergi ke parking kereta, anda boleh menggunakan cara ini. Letaklah kereta di tempat jauh sedikit.


Ini lah perkongsian saya untuk anda. Diharap dengan sedikit perkongsian ilmu ini dapat memberi makna kepada kehidupan kalian. Insyallah..

KLIK INI UNTUK MENGETAHUI SUPLEMENT PERANSANG TENAGA LELAKI

Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

JASMINE DAN ZAFRI DAH ADA BILIK MAINAN

Dulu letak mainan anak-anak dekat ruang tamu depan televisyen aje. Yelah balik-balik je dari taska terus main mainan, ibunya pulak boleh nengok drama melayu (konon-kononnya dapat lah perhatikan diorang sambil nengok t.v… hehehe).. Tetapi akibatnya rumah jadi sangat bersepah sampai pening jadinya.. Hari-hari kene kemas dan kemas tak sampai 5 minit dah bersepah balik.. uuhh!! Penatnya… Jadi atas persetujuan bersama dengan bapaknye kitaorang decide nak letakkan mainan anak-anak dalam satu bilik… kira nak buat bilik mainan la ni.. hehehe… ok boleh aja pak! Janji kerja saya senang… Maka terhasillah bilik mainan anak-anakku.. tadaaaaa!!!! (Ceh! Macam dapat bungalow sebijik je kan efek dia.. hahaha)



Maka bermula lah fasa bermain bersama anak-anak… Memang sangat amazing!! Jasmine dan Zafri  sangat happy ko! Sebab anak-anak nampak mak bapak main bersama… Mulut Jasmine tak henti-henti tanya saya ibu buat apa tu ibu? Ibu tengah buat rumah ni.. (masa ni tengah menyusun lego)… Jasmine pulak tengah buat apa tu? Jasmine jawab: Jasmine tengah buat kapal ni Bu… Wah! Cantiknya kapal Jasmine buat (dengan efek suara exited).. Muka Jasmine terus kembang semangkuk!! Budak-budak ni memang suka sangat kene puji.. lagi banyak kita puji lagi tinggi self-esteem (tahap keyakinan) dia… 

Ni Jasmine tengah bina kapal katanya..



Zafri pula sibuk main perang dengan ayahnya siap main langgar-langgar lepas tu tergolek-golek… hahaha… hai anak-anak.. kau lah permata hati ayah dan ibu..


Zafri dan ayahnya. Ibunya sibuk snap gambar.. hehehe.. (kerja sampingan mak-mak zaman sekarang)..


Ok la... babai... (^_^)
Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

TIPS MENANGANI ANAK SEDANG MARAH


Anak ni adalah anugerah daripada Allah yang perlu kita jaga, belai dan didik mereka dengan kasih sayang. Bila anak-anak buat hal atau ‘tantrum’ kita kene selidik kenapa. Dulu-dulu masa saya mengandungkan Zafri anak yang kedua, kakaknye Jasmine sangat-sangat banyak buat hal. Orang tua-tua cakap ‘nak dapat adik memang macamni’… oh… memang menguji kesabaran.. Kalau tak sabar memang naik tangan. Lebih-lebih lagi Jasmine ni dari lahir memang jenis kuat nangis, so bila ayahnye balik kerja lambat memang berperang lah..

Ni dia tengah 'tantrum'...


Waaahhhhh!!! sedihnya....



Lalu saya pon bertanya rakan-rakan tentang pengalaman mereka mengatasi masalah ini. Dan sememangnya mereka mengalami perkara yang sama. Anak buat perangai bila nak dapat adik baru. Huhuhu… Tak pe-tak pe mungkin sekejap je kot masalah ni… tapi bila di nengokkan dari hari kehari makin menjadi-jadi ‘tantrumnye’. Jadi rakan saya telah di perkenalkan dengan seorang tokoh motivasi kekeluargaan iaitu Prof. Rozieta Shaari… Maka saya pon like page nye.. memang sangat memberansangkan dan rupayanya saya banyak buat benda yang salah… oh, patutla… makin extrim jadinye.. benda yang dilarang dibuatnya… Maafkan ibu nak… (-_-`)…

Antara teknik yang saya gunakan dan sangat berkesan ialah apabila Jasmine tengah buat perangai, baling-baling barang dan sedang marah (emosi ketika ini sedang teransang) maka saya peluk dan cium Jasmine… Know what! Lepas je saya peluk terus senyap! No tantrum ok!! Dah jadi budak baik dan mendengar kata. Kalau dulu memang susah… nak tidur pun macam nak pergi perang.. Alhamdulillah…

Kepada ibu-bapa yang mempunyai anak-anak seperti ini, sabarlah… layanilah anak-anak kita dengan penuh kasih sayang… Memang kalau nak diikutkan hati memang rasa rotan tak lepas dari tangan tetapi berfikirlah secara waras… yang kita nampak hanyalah parut berbekas 2-3 hari hilang la tetapi parut di dalam hati mungkin berbekas hingga dewasa. Lagi satu tips untuk mengatasi anak yang sedang amarah ialah bisikkan istighfar di telinga anak kita kerana pada saat kemarahan lah anak kita sedang dikuasai syaitan. Sapukan lah muka anak kita dengan air paip atau lagi elok air yang telah bacakan dengan ayat al-Quran. Semoga perkongsian saya ini serba sedikit akan memberi manafaat kepada ibu bapa semua Insyallah…

Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

HARI YANG SIBUK DAN DEMAM PANAS

Minggu lepas saya meraikan majlis perkahwinan adik saya. Biasalah bila nak buat persiapan majlis perkahwinan ni memang banyak kerja. Nak kemas rumah, gantung langsir ler (dah macam nak raye lak... hehehe), bungkus goodies, hiasan bilik pengantin dan dengan nak melayan ragam budak 2 orang yang comel ni... kebetulan ayahnye kene demam panas sebab workaholic sangat...


Jadi saye pon mengambil insiatif cepat-cepat bagi ayahnya vitaC 500mg dan bcomplex untuk kesan yang lebih cepat. Alhamdulillah cepat surut panasnye... sementara nak bawa ke klinik boleh la bagi supplement seharian yang kita makan sebagai penawar... ni pon sebab dia tak larat nak bangun....  saya pon tiap kali rase macam dah pening dan tekak gatal-gatal mesti amek VitaC , bcomplex, nutriferon sebagai immune booster dan Performance Drink untuk mengurangkan dehirat... senangnye bila dah ada remedi semulajadi dirumah... disamping badan sihat kulit pon cantik....

Untuk tempahan produk shaklee anda boleh terus hubungi saya di 0166684862 (Ain)

NUTRIFERON PENYELAMAT SAYA !!!


Dua minggu lalu Zafri demam. Almaklumlah sekarang ni kan musim hujan panas. Tambahan pula Zafri duduk taska. Memang asyik meleleh jer hidung tu. Bila malam jer merengek sebab hidung tersumbat. Saya memang tak bagi anak-anak saya makan antibiotic atau sebarangan ubat jika mereka demam. Bukannya tak bagi langsung tetapi kalau keperluan saya akan bagi juga. Buat masa ini saya memang mengelak memberi antibiotic. Mengapa saya mengelak makan antibiotic? Antibiotik adalah satu ubat yang membantu meningkatkan system immune badan jika terkena sebarang penyakit. Antibiotik membantu melawan bacteria jahat. (kira macam antibiotic bergabung dengan bacteria baik menentang bacteria jahat). Apabila seseorang terlalu bergantung dengan antibiotic, tubuh akan malas menghasilkan antibody sendiri. Jadi apabila penyakit menyerang tubuh tidak dapat menghasilkan antibody kerana terlalu bergantung dengan antibiotic. Kira macam tubuh dah tak boleh nak recover sendiri kalau terlalu bergantung dengan antibiotic.


Bagi menyelesaikan masalah ini, saya memberi Zafri satu sachet Nutriferon. Nutriferon adalah sejenis immune booster. Alhamdulillah… Bangun paginye Zafri dah sihat sampai ketawa terkekek.. hehehe. Demam dah baik hidung pun dah tak meleleh…




Ni muka zafri tengah demam. Saje bawa jumpe Dr. Marina, Putra Medical Centre (my paed) nak nengok kalau ada apa-apa yang tak kena. Last- last paed bagi paracetamol 500 mg je..

Ni dah baik demam…cerianyaaa…



Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

SOLAT DHUHA PEMBUKA REZEKI

Salam buat pembaca blog ini... Rasanya sudah lama tidak ketemu.. hehehe walhal baru 2-3 hari je... Bersempena pagi Jumaat yang mulia ini, saya nak share tentang Solat Dhuha.. Solat Dhuha adalah salah satu amalan untuk menjemput rezeki atau pelaris untuk buka pintu rezeki.

Solat Dhuha bukan sahaja boleh diamalkan oleh orang yang berniaga tetapi kehidupan kita sebagai umat islam. Rezeki bukan sahaja datang dalam bentuk wang ringgit tetapi dalam bentuk kesihatan, kebahagiaan bersama pasangan dan anak-anak yang soleh. Jadi bagaimanakah cara melakukan Solat Dhuha?

Rakaat 1:

Niat Solat Dhuha: Sahaja aku Solat sunat dhuha dua rakaat kerana Allah taala.

Diikuti dengan surah alfatihah dan surah lazim. Rukuk dan sujud.

Rakaat 2:

Baca surah alfatihah dan disusuli surah al-Dhuha. Rukuk, sujud dan tahiyyad akhir.

Setelah selesai Solat Dhuha,  baca doa Dhuha.



Amalan solat dhuha sangat berkesan jika dilakukan setiap hari.

Semoga bermanafaat!!!!

TIPS MENJAGA KULIT EKZEMA


Penyakit ekzema merupakan sejenis penyakit genetik yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca lahan. Ini menyebakan kulit rasa gatal-gatal dan pedih. Bagi mengatasi atau mengurangkan iritasi kulit dan rasa gatal, disini saya kongsikan tips penjagaan kulit eczema:

Hadkan penggunaan isi rumah

Elakkan penggunaan produk seperti pembersih detergen, sabun basuh pinggan mangkuk, losyen lepas bercukur dan lain-lain lagi. Produk-produk ini akan menambah iritasi kulit.

Pakai sarung tangan
Sarung tangan plastik dapat mengelakkan daripada terdedah secara langsung penyebab iritasi. Elakkan sarung tangan bergetah kera dikhuatiri tangan akan berpeluh.

Elakkan penggunaan air panas ketika mandi
Menggunakan air panas ketika mandi akan menyebabkan kulit cepat kering dan pedih. Anda digalakkan untuk berendam di dalam tab mandian sekurang-kurangnya 30 min untuk menyerap lembapan. Ini kerana lapisan luar kulit dapat menyerap air dan mengelakkan kekeringan.

Penggunaan losen pelembap.

Penggunaan pelembap dapat mengurangkan iritasi kulit dan menjadikan kulit semakin lembut. Elakkan pelembap yang mempunyai pewangi dan pelbagai bahan tambahan. Bentuk krim ini bersesuaian dengan kanak-kanak yang mempunyai kulit bermasalah. Ini kerana kandungannya tidak berminyak dan mengandungi anti keradangan yang membekalkan kelembapan kulit.

Elakkan menggaru

Elakkan daripada menggaru di kawasan terdedah walaupun gatal. Menggaru boleh menyebabkan kulit merekah. Bagi bayi boleh menggunakan sarung tangan bagi mengelakkan bayi menggaru.

Berpeluh

Elakkan aktiviti berpeluh secara berlebihan dan membuatkan anda berasa panas. Kepanasan melampau akan menyebabkan kegatalan pada kulit


Pengambilan minyak Omega-3 dan immune booster

Pengambilan minyak Omega-3 dan immune booster dapat mengurangkan dan menyelesaikan masalah iritasi kulit. Antara Omega-3 yang membantu mengurangkan masalah eczema ialah Omega Guard Shaklee. Omega Guard mempunyai Omega 3 yang bersifat anti inflamasi yang dapat mengawal keradangan kulit serta dapat menghaluskan kulit dan meningkatkan imuniti kulit terhadap jangkitan. Manakala Nutriferon dapat menggalakkan peningkatan immune di dalam tubuh.

Berikut adalah testimoni pengguna yang telah berjaya pulih daripada ekzema dengan mengunakan Omega Guard dan Nutriferon:

Testimoni 1:


Testimoni 2:



Testimoni 3:

Klik sini untuk order secara SELAMAT dan PANTAS. Order korang akan dihantar terus ke rumah atau ke pejabat.
 
 

 
Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

CARA MEMANDIKAN BAYI


Memandikan bayi yang baru lahir memang sangat merumitkan. Ada sesetengah ibu bapa yang takut memandikan bayi mereka dan meminta pertolongan orang yang arif. Macam saya pada anak yang pertama, pada awal kelahiran ibu saya yang memandikannya. Bukannya apa takut terlepas. Hehehe… Bila masuk anak yang kedua barulah rasa yakin untuk memandikan bayi. Ok, disini saya kongsikan cara-cara memandikan bayi buat panduan bakal-bakal ibu jadikan panduan.

Waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi ialah pada jam 8.00 pagi – 9.00 pagi dan hendaklah bayi diberi minum air susu ibu terlebih dahulu sebelum mandi. Ini kerana kebiasaannya selepas dimandikan bayi selalunya akan tidur. Jika waktu hujan ckulah sekadar di lap sahaja dengan air suam.

Peralatan yang diperlukan untuk memandikan bayi:
  • Besen/tab mandian bayi
  • Syampu dan sabun yang khas untuk bayi
  • Tisu basah (Wet tissue) digunakan untuk membersih kemaluan bayi
  • Air suam
  • Set pakaian bayi dan lampin
  • Minyak telon atau minyak kayu putih
  • Bedak bayi
  • Alkohol 70% untuk tali pusat yang belum putus

Cara sebelum memandikan bayi
  • Letakkan alat-alat mandian di tempat yang mendatar supaya bekas tidak mudah terbalik.
  • Pastikan alat-alat yang diperlukan sudah tersedia
  • Cuci tangan sehingga bersih
  • Apabila bayi buang air besar, bersihkan dengan tisu basah. Caranya mengusap dari depan ke belakang terutamanya bayi perempuan.


Cara memandikan bayi
  • Mulakan dengan bacaan Bismillah
  • Masukkan air suam sekitar 37 darjah. Anda boleh merasa dengan tangan atau menyukat suhu dengan thermometer.
  • Tuangkan air sejuk dahulu kemudian baru air panas. Jika air panas dimasukkan terlebih dahulu, dikhuatiri dasar besen mandian itu akan panas.
  • Masukkan bayi di dalam besen mandian dalam keadaan kepala bayi tinggi sedikit dari badan kerana dikhuatiri air masuk telinga. Sokong kepala bayi dan tengkuk dengan tangan kiri dengan jari ibu dan jari manis memegang kepala bayi dan dikepitkan telinga manakala tangan kanan membersihkan badan bayi.
  • Sabunlah kepala bayi secara keseluruhan dari atas ke bawah.
  • Balikkan bayi sekali-sekala dan bersihkan punggung.
  • Setelah selesai angkatkan bayi dan letakkan diatas permaidani atau tuala yang dibentangkan. Lap sehingga kering.
  • Setelah bayi bersih dan kering, bedaklah bayi anda. Tujuan berbedak ialah supaya kulit bayi tidak mudah ruam, luka dan berpeluh.
  • Sapukan minyak telon atau minyak bawang putih di ke perut bayi dan tapak kaki bayi bagi mengelakkan kembung.

Untuk ibu bapa yang masih lagi kekok memandikan bayi anda boleh mencuba cara ini.
Ok selamat beramal ya!!


Peringatan: Jangan tinggalkan bayi anda berseorangan di dalam bilik air kerana ia sangat merbahaya!!

SET SAKIT SENDI SHAKLEE

Arthritis merujuk kepada kehausan atau radang yang melibatkan rawan dalam sendi. Arthritis adalah nama singkatan kepada istilah perubatan 'osteoarthritis'. Penyakit osteoarthritis lazimnya menyerang sendi lutut lebih dari sendi lain. Ini kerana, sendi lutut mengalami sebahagian besar daripada tekanan dan berat badan kita. Dengan itu, rawan lutut lebih kerap mengalami keausan atau degenerasi apabila umur kita meningkat.


Bukan semua orang menghidap penyakit arthritis lutut. Sesetengah orang lebih cenderung mengalami kehausan rawan lutut. Misalnya, orang yang ada berat badan berlebihan atau obes, orang yang lututnya lebih bengkok dan mereka yang pernah ada kecederaan lutut semasa muda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami penyakit arthritis atau osteoarthritis. Penyakit ini juga lebih kerap di kalangan wanita daripada lelaki.

Penyakit arthritis lutut biasanya berlaku apabila mereka mencapai umur pertengahan (50 tahun ke atas) atau tua.  Untuk mereka yang ada kecederaan ligamen atau rawan lutut yang teruk semasa muda, arthritis mungkin dialami pada umur yang lebih muda, 30-an atau 40-an. Bagi membantu mengurangkan dan melegakan sakit lutut atau arthritis, anda boleh mencuba gabungan Joint Health Tablet, Omega Guard dan Ostematrix. Mari kita lihat apakah fungsi suplemen-suplemen sakit lutut ini:


Advanced Joint Health: Membantu mengekalkan tulang rawan yang sihat
  • Menyokong keselesaan sendi
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Meningkatkan kesan kusyen

Omega Guard: Mengurangkan keradangan atau inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah Omega-3 yang melambatkan kehausan tulang rawan. Ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi kerana Omega-3 bertindak sebagai pelincir. Omega-3 tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh maka kita perlu mencari alternative sendiri dengan memakan supplemen. Hasil penyelidikan mendapati bahawa anti-radang (Anti-Inflammatory) asid lemak Omega 3 yang ditemui dalam makanan tambahan minyak ikan dapat membantu mengurangkan gejala-gejala Rheumatoid Arthritis seperti kesakitan dan keradangan pada sendi penghidapnya.

Ostematrix: Mengekalkan sel tulang yang sihat
Kalsium adalah penting untuk kesihatan lulang dan gigi yang kuat manakala magnesium pula di perlukan untuk mempercepatkan serapan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium sangat penting kepada kita kerana kalsium adalah salah satu zat yang sangat diperlukan tubuh badan.

Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


PERSEDIAAN KEHAMILAN

Anak adalah insan comel yang ditunggu-tunggu oleh insan yang telah berkahwin. Anak adalah pengikat kebahagiaan suami isteri. Namun begitu bukan semua pasangan yang telah berkahwin cepat dikurniakan anak. Ada yang tidak perlu menunggu kerana bunting pelamin dan ada yang perlu menunggu sehingga 7-8 tahun. Sesungguhnya pemberian zuriat  itu adalah rahsia Allah. Dia akan memberi apabila tiba masanya. Tetapi kita sebagai calon ibu bapa harus bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyambut kelahiran orang baru.


Antara persediaan suami isteri untuk hamil dan menimang cahaya mata ialah:



Kesihatan tubuh – Kesihatan tubuh haruslah optima dan bersedia untuk menerima perubahan di dalam tubuh. Untuk mendapat bayi yang sihat dan sempurna, ibu perlu melengkapkan diri dengan menjaga pemakanan yang seimbang bagi membekalkan yang terbaik untuk bayi. Sebagai contoh, kaum wanita masa kini kerap balik kerja lewat malam dan makan apa yang sempat saje. Keadaan ini tidak elok diamalkan kerana tubuh anda dalam keadaan tekanan dan bagaimana boleh berlaku persenyawaan jika tubuh sendiri tidak bersedia menerimanya?

Elakkan tekanan – Tekanan hidup dalam era moden ini sangat kuat. Semua orang mengejar kesempurnaan, gaya hidup dan nak yang terbaik. Jika kita lihat datuk nenek kita zaman dahulu masalah lambat dapat zuriat ini jarang berlaku tetapi pada masa kini terdapat banyak pasangan yang lambat dapat zuriat. Apabila badan kita sentiasa penat dan berada dalam tekanan peluang untuk hamil adalah sedikit.

Berat badan yang berlebihan –  Anda perlu turunkan berat badan jika berlebihan berat badan. Berat badan yang berlebihan akan menganggu proses persenyawaan dan kadangkala kualiti sperma rendah.

Hindari persekitaran bertoksin – Persekitaran bertoksin memang merbahaya untuk tubuh badan. Jika anda mahukan zuriat dan sayangkan pasangan anda, saya nasihatkan anda berhenti kerja tersebut dan tukar pada kerja yang lain. Terdapat sesetengah orang yang berkerja di kawasan bertoksin didapati mandul kerana sperma cacat atau ovum tidak matang.

Gaya hidup yang sihat – Gaya hidup yang sihat seperti bersenam dan berekreasi adalah sangat penting. Curilah masa berdua bersama pasangan untuk melakukan aktiviti mencabar seperti memanjat gunung, berenang, berbasikal untuk merehatkan minda.

Makan makanan yang berkhasiat – Pilih makanan yang segar dan menyihatkan. Kurangkan makanan yang berlemak, tinggi kandungan garam dan gulanya. Makanan proses selalunya tinggi kandungan garam dan tinggi kandungan bahan perisanya.


Ok.. ini saja perkongsian saya.. jumpa lagi di next entry..

SET BERSALIN SHAKLEE BUDGET

Set Bersalin Shaklee Budget



Amalan berpantang sangat dititik beratkan oleh masyarakat kita. Bersauna, bertungku dan berurut sememangnya menjadi kemestian setiap ibu bersalin. Ia bertujuan untuk mengekalkan kesihatan dan tahap keintiman setelah habis berpantang. Namun bergitu pada masa kini amalan berpantang seringkali dipandang remeh oleh golongan muda masa kini. Ada yang cukup hari atau habis nifas sahaja dah mulai 'bersama'. Dalam hal ini kerjasama dan kefahaman suami sangat diperlukan. Ye memang apabila seorang suami memanggil isteri maka hukumnya wajib untuk memenuhi tetapi pernah kah anda terfikir bahwa tubuh isteri telah mengalami suatu perubahan yang sangat besar dan memerlukan penjagaan rapi. Mengandung dan melahirkan adalah suatu proses alami yang sangat memenatkan. Hampir keseluruhan sistem dalaman dalam tubuh isteri berubah. Penyerapan zat-zat penting di dalam tubuh perlu di ganti balik. Walaupun setelah habis berpantang ada juga ibu-ibu yang mengadu badan sakit-sakit dan lemah anggota badan. Ini adalah kesan daripada penjagaan semasa berpantang sambil lewa dan cara pemakanan yang tidak seimbang. Untuk suami-suami yang kasihkan isterinya, hadiahkanlah isteri anda Set Bersalin Shaklee Fullset atau jika mempunyai kekangan kewangan anda boleb mencuba Set Bersalin Shaklee Budget. Harganya mampu milik berbanding dengan pengorbanan seorang isteri mengandungkan dan melahirkan anak kita.

Di dalam Set Bersalin Shaklee terdapat VitaC, Bcomplex, Vitalea dan Zinc. Suplemen-suplemen ini membantu memulihkan tubuh dengan cara menggantikan zata-zat yang hilang semasa proses mengandung. Peranan VitaC ialah untuk meningkatkan sistem immune tubuh seseorang. Selain dari itu ia juga membantu mempercepatka luka cepat sembuh. Peranan Bcomplex pula ialah untuk menghindari daripada meroyan atau 'monday blues' pada ibu bersalin. Meroyan berlaku apabila ibu tidak dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru dan merasakan mereka gagal menjadi seorang ibu. Pada masa ini sokongan suami dan kaum keluarga yang terdekat sangat penting. Bantulah isteri anda menguruskan anak. Pada awal kelahiran selalunya bayi akan menangis di malam hari. Ini kerana bayi tidak biasa dengan keadaan sekeliling yang baru bagi mereka. Manakan tidak di dalam rahim ibu, keadaanya tenang dan aman tetapi di dalam dunia sebenar keadaannya bising, sejuk dan menakutkan. 

Fungsi vitalea pula membantu menggantikan semula darah yang banyak hilang semasa proses kelahiran. Ada dikalangan kita memakan bahagian dalaman anggota haiwan sebagai penambah darah tetapi tahukah anda di dalam hati dan limpa haiwan itu terdapat segala toksin? Fungsi hati ialah menapis segala toksin di dalam tubuh. Manakala fungsi Zinc Complex pula mempercepatkan lagi proses penyembuhan luka. Gabungan keempat-empat suplemen ini perlu diambil kerana ia melengkapi satu sama lain asas suplemen.


Set ini sangat sesuai diambil jika anak mengidap kuning kerana ia tidak menggunakan sebarang herba. Untuk makluman lanjut, anda boleh terus hubungi saya:

Pn. Ain 016-6684762 (sms, wassap, call)
ID: 881668

STATUS HALAL SHAKLEE

Assalamualaikum…
Sebagai orang islam kita WAJIB untuk mencari yang halal. Ramai yang bertanya dengan saya samada halal tak Shaklee ni?
Ye.. Produk Shaklee yang dipasarkan di MALAYSIA adalah HALAL. Kebanyakkan gelatin yang digunakan didalam produk Shaklee di perbuat daripada soya. Berikut adalah bukti atau sijil Halal yang di perolehi oleh Shaklee.


Soalan: Shaklee tidak dapat pengesahan halal dari JAKIM ke?
Soalan yang bijak!! Kebanyakkan produk daripada luar Negara tidak mempunyai pengesahan sijil halal dari JAKIM tetapi JAKIM telah melantik beberapa Badan pengesahan halal yang bertauliah untuk mengesahkan ke’halal’annya. Produk Shaklee telah disahkan halal oleh Islamic Service America (ISA).

Kenapa tiada logo halal di botol Shaklee?
Standard Halal Farmaseutikal tidak sama dengan Standard Makanan Halal. Untuk makanan memang perlu letak logo pengesahan halal tetapi untuk supplemen tidak perlu. Cuba anda periksa kembali botol-botol ubat anda, ada logo halal tak?

Apakah status halal Softgel Omega, VitaE dan Lecithin?
Berikut adalah feedback daripada Shaklee US setelah En, Abd. Rahman Bako bertanya soalan kepadanya.

Jadi gunakan tanpa WAS-WAS PRODUK SHAKLEE

SURI RUMAH BERJAYA DENGAN PENDAPATAN LUMAYAN

Bekerja dari rumah sememangnya impian kita sebagai ibu. Saban hari menghantar anak-anak ke taska atau rumah pengasuh pasti sayu hati meninggalkan mereka. Pagi-pagi kena kejutkan anak-anak dari bangun tidur untuk keluar bersama ke Taska. Macam saya selalunya bila malam baru dapat jumpa dengan anak-anak itu pun setakat 3-4 jam sehari. Dalam masa inilah nak manjakan mereka, nak bermain, nak mendengar cerita mereka. Macam-macam nak diceritakan… Sampai nak tidur pon sibuk bercerita.. Alahai anak… Kalaulah ibu dapat menikmati bersama waktu membesarkan mu…Bila kita berikan kepada orang lain untuk didikan, kita tidak boleh harapkan hasil yang diinginkan. Ada anak-anak bila di Taska suka buli kawan-kawan lain tetapi bila dirumah jadi budak baik. Sampaikan sesetengah ibu bapa tidak percaya anak mereka nakal di Taska. Itulah hasilnya jika kita harapkan orang lain jagakan anak kita. Tapi nak buat macam mana, kita perlu mencari rezeki untuk tambah pendapatan keluarga. Bil air, bil elektrik dan kereta semua perlu dibayar setiap bulan.


Sememangnya hajat saya untuk membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri dan saya sedang berusaha mencapai impian SURI RUMAH BERPENDAPATAN TINGGI. Dengan Shaklee saya yakin yang saya boleh berjaya. Di dalam Group yang saya sertai ini mempunyai pelbagai latar belakang ibu-ibu yang mempunyai impian yang sama. Mempunyai impian yang besar sememangnya perkara biasa kita sebagai manusia tetapi untuk merealisasikan impian kita perlukan jalan yang betul dan orang-orang yang telah berjaya membimbing kita ke arah kejayaan. Ini adalah sebahagian ibu-ibu yang bercita-cita besar untuk menjadi suri rumah berjaya.


Saya amat bersyukur kerana dipertemukan di dalam Group Jutawan Muslimah yang banyak membimbing saya tentang online marketing, cara pemasaran produk Shaklee dan amalan kerohanian. Di dalam Group Jutawan Muslimah sangat di pentingkan aspek kerohanian. Amalan tahajjud Cinta memang menjadi keutamaan kami. Keseimbangan dunia dan akhirat sangat dititik beratkan. Untuk pengetahuan anda, pendapatan salah seorang Presidential Master di dalam group kami ialah RM 500 ribu sebulan. Walhal dahulu beliau adalah seorang Engineer tetapi sanggup berhenti kerja semata-mata nak menjaga anak sendiri dan bebas daripada kongkongan majikan. Pendapatan di dalam Shaklee adalah ‘unlimited’. Selagi kita rajin selagi itu kita akan berjaya. Tiada apa yang mustahil jika kita memang nakkan sesuatu.



Sekiranya anda berminat untuk sama-sama berjaya dengan saya di dalam Shaklee anda boleh hubungi saya untuk menjadi ahli Shaklee. Pemilihan group atau leader sangat penting untuk mencapai impian. Pastikan anda berfikir semasak-masaknya untuk memilih pemimpin yang layak. Jika anda bersama saya, saya akan membimbing anda sehingga berjaya dan tiada istilah dipinggirkan. Jom sertai saya!!!

Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

CARA MENJADI AHLI SHAKLEE


Nak berniaga tetapi tiada modal yang tinggi? Jangan risau saya ada penyelesaiannya. Hanya bermodalkan RM 65.00 dan anda telah memiliki sebuah perniagaan. Macam mana caranya? Anda perlu mendaftar sebagai pengedar sah Shaklee dan saya akan memberi coaching secara online atau offline.


Pertanyaan tentang perniagaan Shaklee:

Yuran Pendaftaran Keahlian Shaklee

Yuran pendaftaran keahlian Shaklee hanya RM 65.00 (jika mengambil sendiri di branch) seumur hidup. Jika melalui saya perlu tambah RM 10.00 untuk semenanjung atau RM 20.00 Sabah Sarawak untuk penghantaran melaui pos.

Perlukan Maintain point?

Tidak perlu maintain point jika anda mendaftar ahli Shaklee untuk kegunaan sendiri dan kaum keluarga. Keahlian juga tidak terbatal jika anda tidak membeli apa-apa kerana keahlian Shaklee adalah seumur hidup.

Jika saya nak mendaftar sendiri di branch bagaimana?

Anda perlukan sponsor (penaja) iaitu ahli berdaftar Shaklee. Anda boleh menggunakan ID saya 881668 jika anda ingin bersama-sama saya di dalam bisness Shaklee. Setelah anda mendaftar keahlian Shaklee di branch anda boleh terus hubungi saya untuk bimbingan dalam perniagaan Shaklee dan tatacara pemakanan suplemen Shaklee.

Apakah kelebihan menjadi ahli Shaklee?
Anda boleh membuat pembelian suplemen Shaklee dengan harga ahli. Setiap pembelian anda akan ditukarkan kepada point dan akan diberi CASH setiap bulan jika melebihi 150 uv. Selain itu anda juga berpeluang untuk mengerjakan umrah dan melancong di luar negara dengan layanan 5 bintang. Tidak ketinggalan juga insentif CAR BONUS.

Saya berminat nak menambah pendapatan dengan Shaklee, bagaimana saya nak mulakan? Saya tidak tahu apa-apa tentang bisnes.

Hubungi saya di 016-6684862 SMS, Wassup untuk mendapat coaching atau 
pembelajaran ekslusif secara berterusan. Saya akan masukkan anda di Group tertutup (Coaching Group) dan Group Wassup .

Coaching tentang perniagaan Shaklee hanya ekslusif untuk ahli yang berdaftar di bawah saya saja. (menggunaka ID 881668 sebagai sponsor). Saya akan membantu anda dari permulaan tentang online marketing dan teknik-teknik perniagaan sehingga berjaya. Anda hanya perlu mengikut segala tips yang diberikan dan semangat untuk berjaya.

Saya perlu kumpul stok ke?

Anda tidak perlu kumpul stok kerana Shaklee akan menghantar barang yang dipesan kepada pelanggan. Tambahan pula sekarang ni Sistem Order Shaklee di lakukan secara online.

KEMPIS PERUT SELEPAS BERSALIN DENGAN OMEGA GUARD SHAKLEE

Masalah perut menggeleber lepas bersalin memang sangat menghantui ibu-ibu lepas bersalin. Bentuk badan telah bertukar dari bergaya langsing ke lebihan lemak di seluruh badan. Bentuk badan sudah tidak seanggun dahulu. Tambahan pula, semasa berpantang bengkung jarang pakai. Punca perut menggeleber selepas bersalin ialah otot dibahagian perut telah kendur dan tidak tegang lagi.


Bagi menghilangkan perut buncit selepas bersalin, anda boleh:
  • Melakukan senaman sit-up yang bertumpu kepada perut dan punggung. Senaman sit-up akan menegangkan kembali otot di bahagian perut.
  • Pemakaian bengkung atau korset sangat membantu kerana apabila kita memakai korset/bengkung secara automatic pengambilan (portion) makanan juga berkurangan. Masalah perut buncit selalu berlaku apabila kita makan lebih dari biasa dan akan membesarkan ruangan sedia ada di dalam perut.
  • Menyusukan bayi anda. Tahukah anda setiap kali anda menyusukan bayi sebanyak 500 kalori akan terbakar? Jadi apalagi, nikmatilah nikmat yang sedia ada untuk kurus.
  • Pengambilan Set Kempiskan Perut juga SANGAT membantu kerana ia menyetal lemak-lemak yang tidak diingini. Antara cadangan saya untuk Set Kempiskan Perut iaitu Chinch Shake, Omega Guard dan Herblax. Gandingan ini adalah gandingan MANTAP untuk me’nyah’ keluar toksin dan lelemak di dalam tubuh.



Mari kita lihat apakah fungsi setiap vitamin di dalam set ini:

Cinch Shake: Membantu membina otot yang kuat kerana untuk dengan otot yang kuat, proses peningkatan metabolisma (membakar kalori ) akan berjaya.  Untuk ahli gym juga sangat di galakkan mengambil Cinch Shake tetapi tidak bermakna kalau anda mengambil Cinch Shake badan anda akan jadi ahli bina badan.. Peranan Cinch Shake membantu menegangkan otot-otot di tubuh. Sebab tu ada sesetengah orang bila kurus kulit jadi mengeleber. Selain itu ia memberikan rasa kenyang dan tenaga  yang berpanjangan.

Omega Guard:  Adalah sejenis minyak ikan yang berkhasiat yang bukan hanya untuk mengembangkan fungsi otak, ia juga membantu dalam menurunkan berat badan. Malah penurunan berat badan akan menjadi lebih pantas jika di lakukan dengan senaman yang berkualiti. Ia juga membatu megawal paras gula di dalam tubuh dan mengurangkan selera hendak makan.

Apakah perbezaan Lecithin dengan Omega Guard?
Pembakaran/ pencairan lemak dengan lebih pantas dan lebih banyak khasiat. Ibarat naik kapal terbang ke Kota Bharu dengan naik kereta ke Khota Bharu, mana yang lebih cepat sampai? Sudah tentu kapal terbang. Begitulah perbezaan Lecithin dan Omega Guard. Walaupun harganye lebih mahal daripada Lecithin tetapi kesannya sangat memuaskan.

Herblax

Sangat membantu dalam penyingkiran toksin yang lembut. Ia juga meransang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan kepada najis yang tersekat dan tersimpan lama di dalam tubuh kita. Kesannya lebih kuat daripada Alfalfa. Sekiranya rasa perut banyak angina dan terlebih buncit, boleh mengambil Herblax.

Berikut adalah testimoni mereka yang berjaya mengamalkan Set Kempiskan Perut ini:



Jom nengok video kakak comel yang semakin bergaya selepas bersalin ini. Amboi...




Untuk tempahan hubungi saya di 016-6684862 (Ain Ridzuan)

Anda juga boleh mencuba Set Kurus Shaklee yang paling budget..
Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in