JASMINE DAN ZAFRI DAH ADA BILIK MAINAN

Dulu letak mainan anak-anak dekat ruang tamu depan televisyen aje. Yelah balik-balik je dari taska terus main mainan, ibunya pulak boleh nengok drama melayu (konon-kononnya dapat lah perhatikan diorang sambil nengok t.v… hehehe).. Tetapi akibatnya rumah jadi sangat bersepah sampai pening jadinya.. Hari-hari kene kemas dan kemas tak sampai 5 minit dah bersepah balik.. uuhh!! Penatnya… Jadi atas persetujuan bersama dengan bapaknye kitaorang decide nak letakkan mainan anak-anak dalam satu bilik… kira nak buat bilik mainan la ni.. hehehe… ok boleh aja pak! Janji kerja saya senang… Maka terhasillah bilik mainan anak-anakku.. tadaaaaa!!!! (Ceh! Macam dapat bungalow sebijik je kan efek dia.. hahaha)



Maka bermula lah fasa bermain bersama anak-anak… Memang sangat amazing!! Jasmine dan Zafri  sangat happy ko! Sebab anak-anak nampak mak bapak main bersama… Mulut Jasmine tak henti-henti tanya saya ibu buat apa tu ibu? Ibu tengah buat rumah ni.. (masa ni tengah menyusun lego)… Jasmine pulak tengah buat apa tu? Jasmine jawab: Jasmine tengah buat kapal ni Bu… Wah! Cantiknya kapal Jasmine buat (dengan efek suara exited).. Muka Jasmine terus kembang semangkuk!! Budak-budak ni memang suka sangat kene puji.. lagi banyak kita puji lagi tinggi self-esteem (tahap keyakinan) dia… 

Ni Jasmine tengah bina kapal katanya..



Zafri pula sibuk main perang dengan ayahnya siap main langgar-langgar lepas tu tergolek-golek… hahaha… hai anak-anak.. kau lah permata hati ayah dan ibu..


Zafri dan ayahnya. Ibunya sibuk snap gambar.. hehehe.. (kerja sampingan mak-mak zaman sekarang)..


Ok la... babai... (^_^)
Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in