EKZEMA KULIT HILANG DALAM MASA 5 HARI DENGAN KRIM TANPA STERIOD

Assalamualaikum w.b.t. Kasihankan bila lihat anak kecil merengek akibat kegatalan ekzema. Lebih-lebih lagi musim panas sekarang jika tidak di kawal ekzema semakin merebak. Ekzema merebak melalui peluh dan kebanyakkan bayi atau kanak-kanak tidak tahan berpeluh. Saya teringat anak-anak saya memang jenis tidak tahan berpeluh. Mesti kulit merah-merah bila berpeluh. Orang kata anak London. 

Tetapi bayangkan jika anak korang jadi macam ini. Rasanya pilu tak hati bila hari-hari dengar anak meregek kegatalan. Sedihnya Allah yang tahu. Nak keluar rumah pun rasa malu.


Kanak-kanak ini sebenarnya telah lama menderita ekzema ini. Dah macam-macam jenis ubat, krim, antibiotik di ambil termasuk pergi pakar namun tidak menemui penyelesaiannya. Pendek kata berhabis juga duit nak merawatnya.

Namun atas izin Allah ibunya terbuka hati untuk mencuba krim Herbal Blend berikutan banyak testimoni dan pengalaman ibu-ibu yang jatuh hati menggunakan Herbal Blend ini. Ini hasilnya setelah 5 hari menggunakan krim ajaib ini. Rasa macam tidak percaya pula dan rasa bersyukur sangat bila dapat membantu pelanggan mempunyai masalah sebegini.

Krim ajaib ini selain boleh merawat ekzema, ia juga membantu merawat tumit kaki pecah. Tumit kaki pecah selalu terjadi jika mempunyai berat badan berlebihan dan berdiri terlalu lama. Lagi satu jika tiba-tiba ada sebiji jerawat tumbuh kat pipi, calitkan aje Herbal Blend ini. insyallah esok bangun tidur dah hilang jerawatnya.

Hari itu kaki saya melecet kerana pakai kasut ketat sampai berdarah. Sakit wooo... Saya sapukan dengan herbal Blend dan akhir ia pulih seperti ini.. hehehe..

Jadi korang sila lah order dengan pantas krim ajaib ini di 016-6684862 (Ain Ridzuan).. murah jer.. RM 27.50 sahaja!

RAHSIA KAKAK INI BERJAYA ATASI KELETIHAN SEMASA BERPUASA WALAUPUN KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum w.b.t. Rata-rata ibu mengandung takut nak berpuasa ketika hamil. Saya juga pernah mengalami perasaan itu semasa mengandungkan anak yang pertama. Tambahan pula ketika itu usia kandungan baru mencecah 12 minggu. Macam-macam perasaan yang berkecamuk di hati. Semasa saya mengandungkan anak yang pertama, saya mengalami masalah tekanan darah rendah tambahan pula dilanda morning sickness di awal kehamilan. Makan apa semuanya muntah balik.



Saya juga bertanya pada pakar agama apakah hukum ibu mengandung yang tidak berpuasa. Jawapannya terbahagi kepada 2 iaitu:



Jika ibu mengandung sihat tetapi risaukan kandungan/ bayi dan meninggalkan puasa kerana bayinya, ibu perlu mengganti puasa dan membayar fidyah selama mana puasa yang di tinggalkan.


Jika ibu mengandung itu tidak rasa sihat dan bimbang akan kesihatan dirinya maka beliau di bolehkan berbuka puasa dan hanya perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan tanpa membayar fidyah.

Rujukan pembayaran fidyah boleh di rujuk di Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.



Jadi pada situasi saya ketika itu, saya hanya perlu menggantikan puasa tanpa membayar fidyah. Walaupun telah melahirkan dan perlu menggantikan puasa tersebut, agak mencabar juga sebenarnya. Ye lah.. saya juga menyusukan anak. Sesekali tekak terasa memanggil-manggil berbuka puasa. Nak-nak bila masa banyak kerja memang lembik badan. Saya rasa ramai juga ibu-ibu mengalami masalah seperti saya dulu. 


atasi keletihan semasa berpuasa

Tetapi sesungguhnya pengalaman mengandung ini sambil berpuasa pasti yang paling saya ingati sebab saya pernah sampai menggigil dan hampir pitam bawa kereta. Akhirnya saya di marahi suami kerana degil sangat nak puasa. Mau taknya mak-mak lain bangga sangat bila tidak perlu ganti puasa. Hrmm.. sebenarnya ia mengikut kemampuan badan seseorang. Islamkan agama yang mudah dan banyak kemudahan yang Islam berikan pada penganutnya.



Alhamdulillah semasa mengandungkan anak yang kedua saya sudah berkenalan dengan Shaklee. Segalanya di permudahkannya. Pengalaman mengandung anak yang pertama dan kedua memang amat berlainan. Semuanya atas izin Allah yang mempermudahkannya.. Jom ikuti Video kakak ini yang menggunakan set kehamilan shaklee semasa berpuasa..







Klik disini untuk:

PENAPIS AIR MUDAH DIGUNAKAN KETIKA DI RUMAH ATAU PERCUTIAN

Assalamualaikum w.b.t. Bebarapa hari kebelakangan ini saya banyak urusan diluar dan perlu menginap di hotel. Kalau bermalam di hotel sudah tentunya airnya macam teh o nipis dengan bau karat. Tak selara mak nak telan. Selalunya saya akan beli air mineral untuk minum. Kan bagus jika hotel menyediakan penapis air. Hehehe... Saya ada pengalaman air tanah keluar saat nak buat susu anak.



Bukannya apa kalau hotel lama bau airnya memang boleh pengsan lah tambahan pula nak beri suami dan anak-anak air ibarat macam beri air racun pula. Semasa saya mengandungkan Zafri dulu, saya langsung tidak boleh minum air masak keranan tidak tahan dengan baunya. Bila minum je mesti muntah balik. Akhirnya terpaksa beli air mineral. Mahal tu... Sebotol air mineral 2 litre RM 2.50. Bayangkan kalau seminggu 20 botol air mineral. Kaya raya taukeh air mineral.

Bagi mengatasi masalah ini, mak dan abah saya telah belikan saya penapis air C****.... Terharu habis bila mak dan abah belikan untuk anaknya ni. Ye la penapis air yang harganya beribu kot siapa yang tak suka. Namun begitu langit tidak selalunya cerah... chewah! Disebabkan mak dan abah belikan cash untuk tahun kedua kami kena bayar servis penyelenggaraan tahunan sebanyak RM 500.00.. Banyak wooo!!

Kalau tak nak bayar maknanya tiada penggantian filter la.. sedih ko.. minum air kotor.. Mengigil juga nak keluarkan RM 500.00 untuk 5 kali servis filter. Macam kena tipu pula dengan syarikat itu. Fikir punya fikir baru perasan Shaklee pon ada keluarkan penapis air. Adoi ai macam mana boleh tak perasan ni... Takjub sangat dengan benda beribu, benda murah tak perasan pula.


Memula tak yakin juga penapis air yang kecik tu boleh ke nak tapis air berkarat dan berbau. Ye lah selalunya penapis airkan besar-besar dan pasang di singki rumah dekat dengan paip sekali. Tapi penapis air ini dah lah kecil lepas tu mudah di pasang. Mampukah ia beraksi dengan logam dan bakteria itu? Macam tak percaya pula...

Jadi beranikan hati mencuba penapis air shaklee ini. Tak cuba kita tak tahukan. Masa memula pasang " Eh senangnya nak pasang penapis air ni, tak perlu panggil suami tolong pasang" Nampak sikit kebijakkan isterinya di situ... hehehe... Ok dah pasang dah cun.. masukkan air pula. Penapis air ini ada penanda aras bila waktu yang perlu di tukarkan filter.


Bila penunjuk warna merah maknanya kena tukar filter yang lain. Sebiji filter tu selalunya boleh menapis air sebanyak 80 gelen air bersamaan 303 litre air dan tahan dalam 4 bulan. Selalunya kalau ambil pakej penapis air ini mesti akan di beri sekali 3 biji biji filter tambahan. Jadi jangka hayat penggunaan kesemua filter adalah setahun lebih bergantung kepada penggunaanya.

Oh ya! Penapis air ini tidak perlu guna elektrik tau. So pembaziran elektrik tidak akan berlaku dan boleh kemana-kemana walaupun untuk percutian bersama keluarga. Pendek kata kalau masuk hutan minum air sungai dah tiada masalah.

Lagipun ada juga isu sesetengah penapis air tidak halal kerana pada filternya terdapat tulang b***. Filter penapis air ini di perbuat daripada arang dan tempurung kelapa. Jadi sangat-sangat semulajadi dan halal. Tambahan pula penapis air yang comel kecil molek ini diiktiraf oleh Water Quality Association (WQA). Apabila badan professional mengiktriraf penapis air ini sudah tentu ianya bagus dan selamat di minum.

Saya juga ada membuat eksperimen menggunakan air ribena. Nah, ini hasilnya! Nampak ketakjuban disitu... bayangkan kalau air paip kita bergitu.. memang power!

Harganya murah banget dong! RM 460.00 untuk housing kit dan 4 filter untuk kegunaan setahun lebih! Tidak perlu penyelenggaraan secara tahunan hanya perlu tukar filter yang hanya RM 161.00 untuk setahun. Murahnyaaa! Boleh meracau nengok penjimatannya. 


Korang apa lagi? Silalah order sepantas kilat memandangkan kualiti air negara kita ado-ado je... Untuk tempahan sepantas kilat hubungi saya melalui SMS/ Whassup 016-6684862 (Ain Ridzuan) daaaa....




TIPS JIMAT KETIKA MEMBELI KELENGKAPAN BAYI

Assalamualaikum w.b.t. Saat  membeli kelengkapan bayi yang bakal lahir sangat mengujakan. Lagi mengujakan jika membeli sama kelengkapan ibu bersalin bersama suami tercinta. Saya dulu masa mengandungkan anak-anak, tidak tahu online shopping ni. Beli dekat pasaraya je.. hehe.. Boleh jimat! Lagipun baju bayi baru lahir ni bukannya lama boleh di pakai. Paling lama sehingga 6 bulan.

kelengkapan bayi

Jadi ibu-bapa yang merancang nak beli kelengkapan bayi ni boleh la ikuti tips yang saya berikan ini. Ye lah orang baru dapat anak ni banyak yang kena pakai duit. Tambahan pula keadaan ekonomi negara kita yang tidak menentu.

  • Asingkan duit secara bulanan apabila mengetahui isteri mengandung. Contohnya sebulan RM 300.00 dengan mencampurkan simpanan suami isteri. Yang ini korang boleh buat tabungan namanya 'Tabung Bersalin'. Pastikan disiplin apabila memasukkan duit di dalam tabung itu. Kalau korang cengelat, korang yang tanggung bila anak dah bersalin nanti.
  • Senaraikan keperluan yang perlu dibeli. asingkan mengikut kategori seperti kelengkapan berpantang, perkakas mandian anak, dan lain-lain lagi. Bila korang senaraikan begini secara tidak langsung boleh nampak apa yang perlu beli dan apa yang tidak. Ini adalah senarai checklist kelengkapan bayi yang korang boleh buat rujukan... Checklist kelengkapan bayi
  • Buat perbandingan harga di antara kedai barangan bayi dan pasaraya. Ambil masa satu hari berjalan dengan suami untuk menyemak harga. Selalu semasa expo bayi barang akan sedikit murah.
  • Jangan pentingkan jenama. Apa yang penting bayi selesa pakai pakaian tersebut dan tidak mendatangkan ruam.
  • Guna pakai barang yang sedia ada seperti stroller, baby coat, walker, buaian dan banyak lagi. Ini kerana peralatan ini hanya di gunakan sekejap sahaya. Bila anak dah jalan langsung derang tak pandang stroller tu. Korang juga boleh beli website www.mudah.my atau kumpulan yang menjual pre-loved item bayi.
  • Kalau teringin sangat nak buat majlis cukur jambul macam Scha Al-yahya tu, korang boleh decorate sendiri. Mahal tu nak sewa pelamin bagai. RM 500- RM 1000.00 tau! Duit tu boleh masuk tabung anak.
Amacam ok tak tips yang saya beri ni? Apa yang penting disiplin dan jangan rasa nak pengsan bila nengok baju bayi yang comel-comel tu. Berbelanjalah dengan berhemah...

MAKANAN YANG SUAMI PERLU AMBIL UNTUK ISTERI CEPAT MENGANDUNG

Assalamualaikum w.b.t. Nak cepat dapat anak ni banyak perkara yang perlu dilakukan jika korang menghadapi masalah kesuburan. Lebih-lebih lagi jika korang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Makan ikut suka hati, bersenam lansung tidak (bersenam mengeliat atas katil tidak diambil kira ye), berenang seminggu sekali pon tiada (harap berenang dalam air liur basi je) . 

kesuburan lelaki

Jika ini yang korang amalkan dalam kehidupan sekarang, saya pohon cuba cubit diri sendiri. Kalau sakit maknanya korang tidak bermimpi lagi.

Maaf cakap untuk menerima cahaya mata atau orang baru dalam kehidupan, kita kena bersedia mental dan fizikal. Badan kena sihat dan mental kena sentiasa positif. Antara langkah permulaan yang korang perlu buat untuk senang hamil ialah jaga pemakanan. Suami isteri kena jaga makan. 

Oleh itu saya nak kongsi tips pemakanan yang perlu suami ambil untuk meningkatkan kesuburan. Para isteri kena ambil tanggungjawab ini untuk menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk suami.

  • Ambil pemakanan yang tinggi sumber protien seperti ikan, tauhu, susu, telur dan daging. Sehari di cadangan mengambil 2-3 hidangan protien sehari. Protien membantu penghasilan hormon, memperbaiki tisu lama dan menggantikannya dengan tisu baru, ketahanan badan dan pelbagai lagi.
  • Vitamin C sangat penting di ambil kerana ia antioksida dan boleh meningkatkan sistem pertahanan badan. Jika orang lelaki kekurangan Vitamin C di dalam badan akan menyebabkan sperma mudah rosak, cepat mati dan tidak berkualiti. Lebih-lebih lagi jika suami perokok. Banyak kandungan Vitamin C yang termusnah.
  • Ambil pemakanan yang tinggi Zinc seperti tiram, daging merah, kekacang dan makanan laut. Pengambilan makanan yang tinggi Zinc akan meningkat paras Testosteron dan simen lelaki. Bukan simen buat rumah tu tau... ha korang jangan ingat simen buat rumah tu lak. Simen ni lah yang buatkan sperma berenang bagai jaguh tak terkalah lagi hensem ke ovum isteri. Zinc ni penting untuk menghasilkan sperma yang sihat lagi bergaya. Ia juga meningkatkan jumlah sperma yang sihat. Apalah maknanya kalau 15 juta sperma yang dikeluarkan tetapi hanya 10 ribu sperma yang hidup. Tak mampu dik nak sampai ke ovum isteri..
  • Kalsium dan Vitamin D boleh meningkatkan kesuburan suami.
Ramai suami tidak mahu mengaku tentang keadaan mereka. Kita sebagai isteri kena faham betul-betul suami kita. Masak sedap-sedap. Elakkan makan di kedai kerana sudah tentu penggunaan bahan perisa digunakan sebagai penyedap. Lagipun bila isteri memasak di rumah lagi abang sayang rumah tangga makin hari harmoni.. Ameen..

Klik disini untuk dapatkan sperma yang sihat dan kacak

BENARKAH MAKAN SUPLEMEN BAYI BESAR?

Assalamualaikum w.b.t... Hari ini Selangor cuti Thaipusam. Jadi dengan relanya diriku bergolek-golek gaya ikan duyung di atas tilam. Masa inilah nak luruskan pinggang. Hehe.. Sambil bergolek bak ikan duyung tu, saya tiba-tiba terkenangkan perkara 5 tahun lepas dimana seseorang telah memarahi saya kerana mengambil vitamin ketika mengandung. Katanya bayi dalam perut nanti besar.


Terkesima mak tau! Apalah salahnya sebiji pil itu sehinggakan menyebabkan bayi dalam kandungan besar berbanding makan nasi berkilo-kilo. Masyarakat kita ini terlalu di sogokkan macam-macam perkara sampai tidak tahu mana betul mana salah tanpa sebarang kajian.

Sebenarnya keperluan suplemen untuk ibu mengandung itu sangat penting untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan. Ada yang cakap "Saya ambil makanan sebenar". Ya sebaik-baiknya ambil makanan sebenar tidak di nafikan. Tapi saya nak tanya ayam sebenar yang di jual di pasaran tu betul-betul selamat ke tanpa suntikan hormon? Sayur yang kita makan tu adakah di sembur dengan baja organik (tahi ayam) yang macam orang zaman dulu buat? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Suplemen ini bukan pengganti makanan sebenar sampaikan semata-mata bergantung kepada suplemen. Suplemen hanyalah makanan tambahan yang mengisi lompong-lompong nutrisi yang kurang dalam badan. Contohnya, Puan Mario Gonzales selalu sakit pinggang dan sakit lutut selepas melahirkan anaknya. Itu adalah tanda beliau kekurangan kalsium. Tambahan pula Puan Mario Gonzales memang tidak minum susu. Rasa nak muntah katanya.

Nampak di situ? Saya ini memang pemakan suplemen yang tegar tetapi makanan sebenar seperti buah-buahan dan sayuran saya tidak abaikan. Malah saya masak sendiri dirumah. Ni bukan ayat nak gebang tau! Nak beritahu saya tidaklah menjadikan suplemen itu sebagai makanan ruji. Hehe..

Berbalik isu makan suplemen sebabkan bayi besar. Sebenarnya yang menyebabkan bayi besar kerana ibu menghidapi kencing manis semasa mengandung. Ye lah selalunya mak-mak apabila morning sickness berlalu mula nampak makanan ibarat sajian makanan sungguh menyelerakan. Macam saya mengandung anak pertama hari-hari wajib Milo ais tak kira siang malam. Hasilnya dapat penyakit kencing manis. Minuman yang berais selalunya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Akhirnya saya bersalinkan Jasmine 3.14kg.. ok la tu kot... hehe..

Jadi ibu-ibu jangan takut ambil suplemen ketika mengandung kerana ia memang untuk keperluan bayi dan anda!

PEMENANG GIVEAWAY SAYA NAK KULIT CANTIK MACAM BIDADARI

Assalamualaikum w.b.t. Lama benar diriku tidak bersiaran. Maafkan saya kerana terlalu sibuk (la sangat) menguruskan beberapa perkara untuk penambahan rumah baru di www.ainridzuan.com . Posting kali ini berkaitan dengan Giveaway Saya Nak Kulit Cantik macam Bidadari.



Sebenarnya proses pemilihan pemenang giveaway kali ini agak sukar sehingga berkali-kali saya menilik setiap bait tulisan yang di tulis. Yang pasti saya inginkan originaliti walaupun bukan 100% dan sedikit penambahbaikan. Tanpa menunggu dan meraban lebih banyak lagi, saya umumkan pemenangnya.. jeng...jeng...jeng..

PEMENANG TEMPAT PERTAMA 

http://kinderbueno-wolf.blogspot.com/

PEMENANG TEMPAT KEDUA

http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/

PEMENANG TEMPAT KETIGA

http://sallyyatiey.blogspot.com/

Akak-akak di atas boleh hubungi saya untuk claim hadiah! Jangan tak perasan pengumuman ini sudah.. hehehe.. 
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in