KAITAN KESUBURAN LELAKI DENGAN KESIHATAN SPERMA

Nak dapat cepat mengandung dan dapat anak kena suami isteri sihat. Selalunya kaum isteri yang sibuk bagai nak rak makan macam-macam dan buat ujian kesuburan tetapi suami buat tidak tahu aje. Kebanyakkan pelanggan saya mengambil Set Kesuburan Shaklee terdiri daripada wanita saja. Suami tidak minat nak mengambil ubat kesuburan lelaki atau mana-mana suplemen. Anak ini dihasilkan atas hasil usaha bersama ibu-bapa jadi sangat penting kefahaman suami isteri.

Saya nak kongsikan tentang betapa pentingnya sperma yang sihat. Salah satu faktor masalah kesuburan lelaki ialah sperma lelaki tidak sihat atau cacat. Jom kita intai menda apa sperma ni ye..

ubat kesuburan lelaki shaklee

Sebelum itu mari kita lihat tentang kepentingan sperma pada video ini:


Kualiti sperma ditentukan daripada beberapa faktor iaitu:
  • Kuantiti: Terdapat 15 juta sperma pada ejakulasi yang pertama dan ini sangat menentukan tahap kesuburan seorang lelaki. 
  • Kualiti: Sperma yang sihat mestilah berkepala bujur dan mempunyai ekor yang panjang. Semakin normal bentuk sperma maka semakin suburlah anda.
  • Pergerakan: Sperma perlu bergerak untuk sampai dan menembusi ovum. Sperma perlu menggeliat, berenang melalui serviks, rahim dan tiub fallopio. Ini di panggil sebagai mobiliti. Jangan tak tahu sperma juga mempunyai perlu ada GPS kalau tidak sperma akan terpusing-pusing di dalam serviks wanita. Tidak tahu arah mana yang perlu ditujui. Jika 40%s sperma bergerak lebih meningkatkan peluang kesuburan.

Bagaimana mendapatkan sperma yang sihat dan berkuatili?

  • Mengamalkan seks yang selamat: Amalkan kebersihan ketika bersama kerana terdapat kuman jenis chlamydia dan gonorrhea yang menyebabkan ketidaksuburan. Elakkan bertukar-tukar pasangan. 
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang: Amalkan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan yang antioksidan untuk meningkatkan kesihatan sperma. Antioksida berfungsi untuk memperbaiki sel-sel yang rosak.
  • Berat badan yang unggul: Berat badan yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan, bilangan dan pergerakan sperma. Aktifkan diri anda bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kajian mendapai semakin seorang lelaki boroi, semakin kurang tahap kesuburannya.
  • Elakkan tekanan: Tekanan yang berlebihan akan menganggu hormon yang mengeluarkan sperma serta fungsi seksual. Amalkan gaya hidup sihat seperti melancong, berekreasi, bersosial bersama keluarga dan teman.
  • Selalulah sentiasa bergerak untuk kekal aktif. Jadikan sebagai aktiviti harian.

Sperma boleh rosak, cacat atau sakit berdasarkan faktor cuaca, haba dan persekitaran yang bertoksik. Untuk mengatasinya amalkan tips ini:

  • Elakkan persekitaran panas kerana haba panas akan menyebabkan tahap pengeluaran sperma akan berkurangan. 
  • Elakkan pemakaian seluar yang ketat dan duduk terlalu lama. Sesekali bagun untuk rehatkan diri. 
  • Elak meletakkan komputer riba di pangku kerana ia mengeluarkan haba yang panas.
  • Elak mandi sauna atau air panas
  • Berhenti merokok. Rata-rata lelaki yang merokok mempunyai tahap kesuburan yang rendah kerana kandungan rokok itu sendiri mempunyai 4000 racun. Jika inginkan cahaya mata, berhentilah merokok. Dapatkan nasihat pakar dan sokongan keluarga/rakan untuk berhenti merokok.
  • Kurangkan pengambilan minuman keras kerana ia menganggu tahap kesuburan lelaki.
  • Elakkan pengambilan dadah seperti ganja atau kokain. Ia menyebabkan sperma cacat dan kurang pergerakkan.
  • Elakkan pengambilan pelincir faraj dan air liur kerana mengandungi banyak kuman dan asid yang membunuh/ mencacatkan sperma. Gunakan pelincir faraj yang di cadangkan oleh doktor.
  • Elakkan penggunaan bahan kimia secara terus dan berterusan. Kajian mendapati orang yang berkerja secara langsung dengan bahan kimia mempunyai tahap kesuburan yang rendah seperti saintis, penyembur racun dan lain-lain lagi.
  • Ambil suplemen yang membantu memperbaiki, meransang kesihatan dan mengelakkan kecacatan sperma. Antara suplemen yang membantu menambahbaik kesihatan sperma sekaligus meningkatkan peluang menimang cahaya mata ialah Zinc, VitaE Complex, COQ10  dan Vivix. 

Zinc Complex membantu meningkatkan mobiliti sperma. Apakah mobiliti? Mobiliti ialah GPS pergerakan sperma supaya ia sampai ketempat yang dituju. Tak de lah terpusing-pusing di dalam serviks. Selain itu memperbaiki sperma yang tidak normal atau cacat.


VitaE Complex - Sumber antioksida yang larut di dalam air terdiri daripada selenium dan biji anggur yang membantu  memelihara prostat. Kajian mendapati pengambilan secara berterusan VitaE dapat mengelakkan daripada kanser prostat. Ia juga dapat meningkatkan kepekatan air mani dan menambah bilangan sperma.


COQ10 Enzyme Health - Terdiri daripada gabungan Vitamn E dan Green Tea ektract berperanan untuk melindungi telur dan sperma daripada termusnah akibat proses oksidatif yang membawa kepada kematian sel. 


Vivix - Antioksidan yang paling terbaik daripada Shaklee kerana mempunyai kandungan yang bermutu tinggi. Ia membantu memperbaiki sel dari dalam lagi.Tubuh kita ini terdiri daripada sel-sel dan tisu.  Gabungan tisu dan sel terjadilah organ dan seterusnya sistem. Vivix membantu merawat sistem kesuburan lelaki dan wanita. Ia juga memberi tenaga kepada sel supaya badan kita sentiasa bertenaga dan sihat. 

Anda juga digalakkan supaya mengambil Set Kesuburan Suami Isteri. Klik di sini untuk Set Kesuburan Suami Isteri.

Untuk tempahan Set Kesuburan Lelaki ini boleh dibeli secara online melalui pembayaran kad kredit atau kad debit di sini:


Pembelian melalui bank transfer. Cash Deposit, COD (Cash On Delivery) boleh terus hubungi saya di:

Kawasan COD: Subang Bestari, Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh, Kota Damansara, Shah Alam, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang.

Anda mungkin meminati artikel:


Sumber rujukan:



1 comments:

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in