Hampir menitis air mata saya apabila mendengar cerita kawan saya yang ditipu hidup-hidup semasa proses pengambilan anak angkat. Kawan saya ini dah berkahwin hampir 10 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat sendiri. Macam-macam persediaan dah dibuat untuk menyambut bayi dah di buat termasuk memohon cuti tanpa gaji untuk menjaga bayi tersebut. Namun atok dan nenek bayi tersebut menghalang daripada cucunya di jaga oleh kawan saya. Ibu bayi tersebut meyerahkan pada kawan saya kerana faktor kemiskinan di samping suami yang tidak bertanggungjawab. Sedih nye kan?
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itulah dilema pasangan yang belum di kurniakan zuriat. Saya faham sangat dengan perasaan kawan saya itu sebab perasaan orang yang nak sangat anak ni. Walaubagaimanapun jika kata Allah belum rezeki lagi maknanya belum lagi lah. Sebenarnya masalah mendapatkan zuriat sendiri bukan hanya pada wanita sahaja tetapi melibatkan lelaki juga seperti masalah:
- Sperma cacat
- Sperma lembam
- Stress
- Kurang bertenaga
Ada kaum suami yang ego dengan diri sendiri menyalahkan isteri yang sukar mengandung di tambah pula dengan ibu sendiri yang menyatakan keturunannya tiada masalah kesuburan. Masalah ini perlu di atasi dengan harmorni bukannya emosi. Buatlah ujian sperma di klinik-klinik swasta/ kerajaan untuk mengetahui apakah masalah sebenar susah dapat anak. Ada suami yang beria-ria salahkan isteri susah mengandung, bila di buat pemeriksaan sperma jelas nyata spermanya hampir tiada. Sedih giler kot bini dia.. Disangkanya dirinya mandul tetapi suaminya yang mandul. Orang lelaki ada juga yang mandul tau.
Nak dapatkan anak bukannya semudah 1,2,3 aje. Badan perlu bersedia menerima ahli baru. Untuk menerima ahli baru, tubuh kena sihat. Tak boleh banyak toksin, selalu mengatuk, lemah longlai. Suami perlu bebas rokok. Kandungan racun di dalam rokok selalunya akan menyebabkan sperma cacat dan lembam. Isteri perlu pastikan telur ovum yang dikeluarkan sihat dan matang. Badan isteri juga perlu sihat dan lengkap dengan nutrisi. Persekitaran kita sekarang ini beracun. Kalau dulu kita duduk di kampung-kampung tiada pencemaran udara, pergi bendang pon naik basikal. Sekarang ni buka pintu rumah pun dah terbau asap kereta. Makanan sayur-sayuran juga di gunkan racun sintetik bukannya organik. Tahukah anda tahap kesuburan rakyat Malaysia telah menurun?
Jadi apakah penyelesaiannya? Kiri kanan kita penuh dengan pencemaran. Air dengan klorinnya, sayur dengan racun serangganya, ayam dengan suntikan hormonnya, ikan dengan ubat pengawetnya, daging lembu dengan vaksinnya jadi dimana kita boleh lari. Penyelesainnya dengan mengamalkan suplemen.
Suplemen membantu tubuh untuk membuang toksin-toksin dan lelemak jahat di dalam badan. Terdapat nutrien yang tidak boleh di kelurkan sendiri oleh badan seperti kalsium, Fatty Acid, Beta Carrotena. antioksidan dan lain-lain. Pengambilan suplemen membantu badan kekal sihat di tahap optimum.
Disini saya cadangkan beberapa entry tentang kepentingan pengambilan suplemen untuk senang hamil.
Hubungi saya untuk khimat konsultansi masalah anda:
Tula... kadang saya pesan kat kawan-kawan yang bujang terutamanya... jangan tanya bila nak dapat anak pada orang yang dah kawin lebih setahun tapi tak dapat anak... benda simple tu boleh jadi satu benda sensitif, kita tak tahu apa masalah mereka kan?
ReplyDeletemoga pasangan tadi dpat ganti yang lebih baik..
ReplyDelete