Showing posts with label Ostematrix. Show all posts
Showing posts with label Ostematrix. Show all posts

ATASI SENGGUGUT TERUK SEMASA HAID BERSAMA SHAKLEE

Ada sesetengah wanita mengalami senggugut teruk semasa haid. Antara tanda-tanda senggugut ialah sakit dibahagian ari-ari dengan rasa seperti mencengkam sehingga tidak boleh melakukan apa-apa, sakit pinggang, muntah-muntah, cirit birit dan mual. Senggugut juga boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang wanita.

Mengapakah senggugut boleh terjadi?

Senggugut boleh dialami seseorang selepas 6-12 bulan datang haid. Ia berlaku kerana berlaku pengecutan rahim secara paksa untuk mengeluarkan darah kotor yang tebal di dinding rahim. Senggugut juga boleh berlaku kerana disebabkan anda mempunyai ketumbuhan seperti cyst, Fibroid, Endometriosis, jangkitan dalam rahim, penggunaan alat perancang IUD dan rahim terbalik. 

Saya teringat semasa di sekolah menengah sesetengah rakan-rakan yang mempunyai senggugut yang teruk semasa haid minum minyak cap kapak campur dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan semasa datang haid. Ada juga yang mengambil minuman bikarbonat atau makanan tajam untuk mempercepatkan pengeluaran darah haid. Memang menakutkan!  Ada juga rakan-rakan yang terpaksa ambil MC tiap kali haid. Ada juga rakan-rakan saya selepas berkahwin secara tiba-tiba terkena senggugut selepas kahwin tetapi ada juga semasa bujang kena senggugut yang teruk tetapi selepas bersalin terus hilang senggugutnya. 

Jadi apakah penyelesaiannya? Sampai bila nak menanggung derita? Pesakit senggugut juga berkemungkinan untuk mandul. Lebih baik kita berusaha terlebih dahulu sebelum terjadi apa-apa. Antara produk Shaklee yang saya cadangkan untuk mengurangkan dan menghilangkan senggugut ketika haid haid ialah:

SENGGUGUT TERUK SHAKLEE

GLA Complex: Membantu membentuk protaglandin yang mengawalselia hormon wanita. Mengurangkan sistem PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara. Selain itu ia juga membantu mengecutkan ketumbuhan seperti cyst, fibroid dan lain-lain lagi

Ostematrix: Membantu melegakan urat-urat rahim daripada tegang. Ostematrix adalah sejenis kalsium. Pengambilan kalsium sehari sebelum haid benar-beanr membantu mengurangkan kekejangan pada ari-ari perut.

Bcomplex: Membantu mengurangkan ketegangan atau mood swing ketika datang haid. Ia juga membantu merehatkan urat-urat di rahim. Orang perempuan bila marah-marah je mesti orang akan cakap datang bulan la tu. Ia sangat membantu dalam aspek meredakan kemarahan.

Testimoni pengguna yang mengambil Set Senggugut Shaklee:

Testimoni pertama:


Testimoni set senggugut teruk shaklee


Testimoni kedua:

Set Senggugut teruk lepas kahwin Shaklee


Untuk tempahan anda boleh terus order ke:


Atau boleh je terus hubungi saya untuk harga kasih sayang di 016-6684862 (Ain Ridzuan). Nak lagi jimat boleh daftar keahlian Shaklee terus dapat 20% diskaun setiap pembelian produk.

Hanya pembelian dengan saya sahaja akan mendapat khidmat rundingan terbaik:
  • Cara pemakanan vitamin dengan betul
  • Tips-tips kesuburan (jika anda ingin hamil)
  • Tips-tips menghilangkan sakit senggugut


Pastikan anda memilih pengedar Shaklee yang betul-betul berpengetahuan sebelum menggunakan produk. Ditakuti kesannya kurang memberansangkan.

GIGI RAPUH SEMASA KEHAMILAN DAN PENYUSUAN

Ibu mengandung seringkali di bekalkan oleh klinik kesihatan asid folic, zat besi dan obimin. Jarang sekali mereka dibekalkan KALSIUM sedangkan kalsium adalah salah satu nutrient yang sangat penting dalam tumbesaran bayi di dalam kandungan. Permasalahan yang sering dihadapi oleh ibu hamil dan menyusu ialah gigi rapuh, gigi berlubang, kaki kejang, sakit pinggang dan sakit kepala.


Keperluan kalsium setiap orang

Kalsium merupakan nutrient yang penting untuk semua peringkat umur bukan hanya untuk bayi dan orang tua. Ibu hamil dan menyusu memerlukan kalsium tambahan lebih daripada orang biasa kerana untuk menampung tumbesaran tulang bayi. Bercerita pada pengalaman saya, saya mengandungkan anak yang pertama dan kedua agak rapat. Tahun 2012 dan 2013. Semasa mengandungkan anak yang kedua saya masih menyusukan anak yang pertama kerana pada masa itu anak yang pertama baru 7 bulan setengah. Memang terasa sangat badan lemah-lemah, selalu kejang kaki dan lutut sakit ketika mengandung. Padahal waktu itu kandungan baru berusia 3 bulan. Saya minum fresh milk tapi tak banyak sebab tak lalu. Jadi penyelesaiannya, saya mengambil Ostematrik, Ostematrix adalah pil kalsium untuk orang yang tidak boleh minum susu. Gigi dan lutut pun dah jarang sakit.

Apakah Ostematrix?



Ostematrix Shaklee diperbuat daripaa kalsium, magnesium, fosforus dan vitmin D, zinc, kuprum, manganes dan boron iaitu mineral daripada Laut Mati. Kajian membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang berumur secara berkesan.

Vitamin D: Mampu merawat penyakit ricket. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus dan meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan rangka, Individu yang patut mengambil vitamin D ialah orang yang kurang terdedah daripada matahari, individu yang berur lebih daripada 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak.

Magnesium: Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. . Ia membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf otak, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, menghalang endapan kalsium,

Zinc, boron, manganes dan kuprum: Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.



Tips pemilihan tablet kalsium premium:


  • Pilih produk yang mempunyai Vitamin D dan Magnesum
  • Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses penyerapan mineral.
Ingin membeli Ostematrix? Sila klik disini:


Sila hubungi saya untuk mengetahui cara makan.

SAKIT PINGGANG KETIKA HAMIL

Sakit pinggang ketika hamil memang tidak dapat dipisahkan. Ramai wanita yang mengeluh sakit pinggang terutamanya apabila usia kandungan hampir ke 2 trimister. Sakit pinggang ketika hamil terjadi kerana faktor hormon kehamilan  yang meningkat dan membuatkan sendi  tidak stabil sehingga ke kawasan pelvik yang mengembang mengikut perkembangan bayi. 

Selain itu kenaikan berat badan ketika hamil antara 11-15 kg menyebabkan rasa sakit menjalar sehingga ke sekeliling perut. Sebab itu ketika bangun tido awal pagi dari katil memang amat menyiksakan. Perubahan bentuk badan kita yang besar  dan banyak semasa hamil juga menganggu kestabilan diri.

Antara pencegahan awal yang anda boleh mencegah dan mengurangkan rasa sakit pinggang ketika hamil ialah:


  • Pakai kasut yang rata yang direka khas untuk ibu mengandung. Elakkan kasut yang bertumit. Ia dapat mengurangkan masalah regangan pada tulang

  • Elakkan daripada duduk dengan posisi yang sama dalam waktu yang lama

  • Tidur dalam posisi mengiring dengan bantal diantara dua kaki anda seperti posisi memeluk orang. Terdapat juga bantal khas untuk ibu hamil. Anda boleh cuba mengguna bantal itu.

  • Anda juga boleh meletakkan bantal sebagai alas perut apabila perut semakin membesar.

  • Gunakan tali pinggan khas untuk ibu hamil bagi membantu menyokong ibu hamil mengurangkan rasa sakit pinggang.

  • Jika rasa tegang atau cramp menyerang, anda boleh cuba dengan cara memasukkan ais atau air suam di dalam kantung compress dan tuam. Lakukan sekurang-kurangnya 10-15 minit.
  • Hindari mengangkat benda berat dan yang mendatangkan beban pada tubuh anda.

  • Biasakan berjalan kaki paling tidak 20-30 minit setiap hari.

  • Perhatikan postur tubuh anda, jangan terlalu membongkok atau tegak.

  • Selain melakukan kesemua diatas, pengambilan pil kalsium juga sangat membantu bagi masalah sakit pinggang ketika hamil. Ia membantu memelihara saraf yang mana saraf inilah yang mengawal pengecutan otot-otot tubuh kita. 


Kalsium juga penting semasa proses kelahiran nanti dimana otot-otot badan berkerja keras semasa kontraksi. Pengambilan kalsium yang cukup juga dapat membantu mengurangkan pendarahan ketika bersalin kerana platlet darah cepat terbentuk sekaligus mengurangkan risiko pendarahan ketika bersalin.




Tetapi dalam seharian kita jarang minum susu, makan yourgut, keju dan sumber kalsium lain. Tambahan pula ada sesetengah ibu hamil memang tidak boleh telan langsung susu. Jadi bagaimana nak menggantikannya?

Ibu-ibu semua jangan risau sebab Shaklee ada mengeluarkan pil kalsium magnesium iaitu Ostematrix yang akan membantu menyelesaikan masalah sakit pinggang anda. Gabungan kalsium dan magnesium di dalam Ostematrik sangat membantu penyerapannya.

Antara khasiat Ostematrix ialah:
Membantu menghilangkan rasa kejang dan rasa kebas
Melegakan migraine
Bagus untuk pembentukan janin yang kuat
Mendapat tidur yang lena dan berkualiti
Mengurangkan sakit lutut dan sakit pinggang
Mencegah osteoporosis
Bagus untuk pelawasan dan sembelit

Jom kita nengok pengalaman ibu-ibu hamil yang mengamalkan ostematrik ketika hamil:







Lagi satu! Pengalaman berani kakak ni menggunakan Ostematrix yang memang tidak disangkal lagi.. Fuh!





Untuk maklumat lanjut anda boleh terus hubungi saya!!

Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in