CARA KEMPISKAN PERUT SELEPAS BERSALIN PEMBEDAHAN

Assalamualaikum wbt. Masalah bersalin secara pembedahan yang paling biasa di temui ialah perut buncit dan susah di kempiskan. Ia kerana luka pembedahan masih lagi baru dan di bimbangi akan terbuka semula. Orang tua-tua kata perut memboyau. Agak memalukan jika dah bersalin hampir 6 bulan tetapi perut masih lagi macam lepas bersalin. 

kempiskan perut lepas bersalin

Bagi merungkai masalah ibu-ibu ini. Saya ingin kongsikan cara bagaimana nak kempiskan perut selepas bersalin samada untuk ibu bersalin pembedahan atau normal.


  • Pemakaian bengkung sangat membantu mengempiskan perut ditambah pula dengan sapuan limau nipis bersama dengan kapur. Otot perut pada ketika ini tidak kuat. Pemakaian bengkung pada ketika ini membantu menyokong dan menguatkan otot di samping membuang lemak yang terkumpul di perut. Jika anda bersalin secara pembedahan di galakkan supaya menggunakan bengkung moden yang boleh di ubahsuai tahap ketatnya. Waktu yang seelok-eloknya memakai bengkung moden jika bersalin pembedahan ialah 2-3 minggu selepas melahirkan. Memang akan rasa sedikit ngilu tetapi boleh ubah mengikut keselesaan anda. 
  • Elakkan meminum air sekaligus. Minum air sekaligus akan menyebabkan ruangan perut menjadi besar dan buncit.Seeloknya minum air sedikit-sedikit dan minum dalam keadaan duduk. Apabila minum dalam keadaan berdiri air yang masuk kedalam perut sambil berdiri itu akan memberikan tekanan kepada perut.
  • Membuat tarian zumba atau gelekkan pinggang. Tarian gelekkan pinggang seperti tarian Arab membantu menguatkan otot di bahagian pelvis. Cuba anda gelekkan perut sekarang. Rasa perut keraskan? Itu maknanya otot anda sedang bersenam. Jangan risau senaman ini tidak menganggu luka pembedahan.
  • Elakkan mengambil makanan bergula dan berlemak. Ini memang pantang besar jika nak kempiskan perut! Lemak dan gula yang berlebihan yang tidak di tukarkan kepada tenaga akan menimbun di dalam badan. 
  • Korset. Korset ni boleh di pakai selepas pantang. Penggunaan korset ini bertujuan untuk menstrukturkan semula lemak dan mengurangkan nafsu makan. Korset agak ketat. Apabila ketat ia akan mengecilkan ruangan bagaian perut dan anda akan rasa kenyang walaupun makan sedikit. Ia bergantung kepada seseorang. Ada yang selesa dan ada yang tidak selesa. Ada yang mahal dan ada yang murah bergantung pada budget korang.
Walau apa pun semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Tiada jalan pintas untuk kurus. Yang penting jaga makan dan rajin bersenam. Selamat mencuba!

Anda mungkin berminat artikel ini:

7 comments:

  1. masa berpantang tu lah nak kena jaga betul-betul kan..supaya lepas tu lebih slim...hehe

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas informasinya :)

    ReplyDelete
  3. tq for sharing..dh 2 kali bersalin czer..nk try tips2 ni..

    ReplyDelete
  4. pemakaian bengkung amalan org dulu2 tapi sgt berkesan belum cuba belum tahu

    ReplyDelete
  5. guna korser tp buncit le juga 😂😂

    ReplyDelete
  6. Sy berslin czer...tpi bila pkai bengkung skit tu rse lgi..dokter ade ckp xblh pkai bengkung..pastu ade mntk pndapat kwn2 yg czer jgk dorang ckp pun xblh pkai bengkung...mcm mne tu... ��

    ReplyDelete
  7. Sy berslin czer...tpi bila pkai bengkung skit tu rse lgi..dokter ade ckp xblh pkai bengkung..pastu ade mntk pndapat kwn2 yg czer jgk dorang ckp pun xblh pkai bengkung...mcm mne tu... ��

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in