CEPAT HAMIL DENGAN SET KESUBURAN SHAKLEE

Mesti pasangan yang baru bernikah dapat soalan macam ni ' dah ada ke belum?' Walhal baru sahaja sebulan bernikah. Ada juga pasangan yang hendak cepat-cepat hamil sebab kahwin lewat. Agak tertekan juga bila orang sekeliling tanya bila nak dapat zuriat. Kalau lah anak tu boleh dapat dengan petik jari...
 
Baru-baru ini pelanggan saya telah mengambil Set Kesuburan Basic. Beliau memang nak sangat cepat dapat zuriat. Dia memang suka sangat budak-budak. Jadi saya cadangkan set ini iaitu Zinc, BComplex, Gla Complex dan ESP. Beliau dan suami tiada apa-apa masalah, cuma ada masalah kekeringan bila bersama. Ye lah pengantin baru masih malu-malu.. hehe..
 
Bulan pertama beliau amalkan kesannya nampak pada kulit, kulitnya semakin gebu dah tak perlu pakai foundation. Keletihan juga semakin kurang. Faham-faham je la orang baru kahwin ini memang penat. Semuanya perlu diuruskan. Masa bersama pun cecair servik semakin banyak. Bila cecair serviks banyak mudah la sperma berenang secara berirama ke ovum. Hehe..
 
Bulan kedua pula saya pantau kalendar ovulasinya dan bilakah saat yang paling sesuai untuk beliau bersama dengan suami ( dah macam doktor pakar sakit puan ye). Alhamdulillah bulan seterusnya dia dah lambat datang period.
 
Check punya check.. Tadaaaa!!! Positif!! Alhamdulillah.. Semuanya atas izin Allah..
 
 
Pengambilan hanya 2 bulan sahaja dan dengan konsultasi yang saya berikan beliau berjaya.. Rasa bersyukur sangat bila dapat buat orang gembira..
 
 
Nak tau apa fungsi Set Kesuburan Shaklee Asas ni?
 
 
♡ Gla Complex - Mengeluarkan cecair serviks yang banyak ketika bersama untuk mengelakkan masalah kekeringan. Menstabilkan hormon.
 
♡ Bcomplex - Mengandungi asid folic yang penting untuk persediaan kehamilan bagi mengelakkan kecacatan pada bayi serta mengurangkan stress.
 
♡ Zinc Complex - Memperbaiki tahap prostat lelaki dan membantu meningkatkan kualiti sperma.
 
♡ ESP - Membantu menghasilkan sperma dan ovum yang sihat serta menguatkan rahim. Memberi tenaga yang berpanjangan.
 
Jom order!!
 
Untuk mengetahui lagi lebih lanjut, sila klik artikel penuh bagaimana Set Kesuburan Shaklee membantu mempercepatkan kehamilan.
 
 
Jika ingin membuat bisnes online bersama Shaklee KLIK DISINI

Saya adalah agen Shaklee anda!!

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668

FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/

FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:

:) Jadual pemakanan PERCUMA

:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA

:) Dimasukkan ke dalam group EXCLUSIVE

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

FAMILY DAY DI HYATT REGENCY HOTEL, KUANTAN

Seronoknye bila bercuti! Lebih-lebih lagi cuti sekolah bersama anak-anak dan keluarga. Tempat yang paling best sekali kalau bawa anak-anak bercuti semestinya ke Hotel dan tempat-tempat peranginan. Anak-anak saya kalau cakap nak pergi tidur hotel memang melompat-lompat la.. hehehe
 
Terbaru ni kami pergi ke Hyatt Regency Hotel, Kuantan sempena menghadiri Hari Keluarga anjuran tempat kerja saya. Memang teruja sangat! Perjalanan dari Shah Alam ke Kuantan mengambil masa 4 jam. Nasib baik anak-anak tak buat hal. Yelah sebab kitaorang bertolak dari rumah jam 8 malam. Jadi derang tidur aje lah. Sampai hotel je dah nak dekat jam 12.00 tengah malam.
 
Anak-anak kelaparan nak makan..
 
Aktiviti keesokkan harinya ialah MANDI KOLAM dan MANDI LAUT!!! Yeehaa!! Ada juga syarikat anjurkan sukaneka untuk kanak-kanak dan orang dewasa tapi budak-budak bila dah nampak kolam kannnn..... memang tak pandang kiri kanan.. sabar jelah...
 
Waitress jadi askar!! 
Petang sikit tu kami pergi ke Kuantan Prade sambil-sambil cuci mata dan bersiar-siar di kawasan bandar Kuantan.. Dulu suami belajar di MRSM KUANTAN.. memang melawat kawasan yang pernah dia 'fly' masa dulu-dulu..
 
 
Malam hari pula ada dinner.. tema malam tu ialah 'Patriotik'.. masing-masing melaram baju askar dan bendera.. kanak-kanak ada acara pakaian beragam.. macam-macam kerenah.. ada yang nangis, ada yang nak terkencing pon ada. Hehehe.. Saya tak ikut tema sebab pakai baju mana yang ada je.. anak- anak je lah saya pakaikan baju askar.. Majlis selesai jam 10.30 malam... siap dapat duit raya lagi untuk anak-anak.. Thanks Boss!!
 
 
Esoknya dah nak balik jadi anak-anak kena awal lah sebab dah janji nak bawa mandi kolam. Cuma lepas balik mandi kolam tu, ayahnye bagi tau Jasmine dapat mandi dengan Fasha Sandha.. Jeleess tau! Dia datang kat Hyatt Regency Hotel sebab ada jemputan..
 
Itu aje ringkasan perjalanan percutian saya yang tak seberapa ni... korang camne?

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in