Showing posts with label Kaedah perancangan keluarga. Show all posts
Showing posts with label Kaedah perancangan keluarga. Show all posts

RAHSIA FARAJ SIHAT DENGAN MERUANG

Rahsia kecantikan wanita adalah daripada rahim yang sihat. Jika rahim tidak sihat ia akan menjejaskan hubungan suami isteri dan rumahtangga. Manakan tidak bila waktu nak bersama sahaja, Kemaluan berbau macam bangkai. Sampai suami pun tak tahan. Nak cakap takut isteri terasa hati. Jadi para wanita terutamanya yang telah berkahwin, jaga betul-betul anugerah dan maruah kita depan suami, Kemaluan berbau berpunca daripada darah-darah kotor yang tidak habis keluar dan masih melekat di dinding rahim. Apakah penyelesaiannya? Anda boleh amalkan teknik MERUANG. 

Hah! apeke bendenya tu.

Teknik Meruang ialah amalan yang dilakukan oleh wanita untuk membersihkan rahim selepas kedatangan haid. Dalam Islam, jika di tuala wanita tiada kesan darah, anda perlu membersihkan sehingga di dalam rahim. Ditakuti terdapat sisa-sisa darah kotor masih lagi ada dan solat adalah HARAM. Meruang ini seelok-eloknya dilakukan sebulan sekali setelah habis haid. Bagaimanakah cara Meruang? 

CEPAT HAMIL

CEPAT DAN SENANG HAMIL


  1. Duduk di mangkuk tandas (tandas duduk)
  2. Mencangkung dengan satu lutut kebawah
  3. Satu lutut lagi dalam keadaan berdiri.

Cara Meruang ialah:

  1. Bersihkan tangan dengan sabun antibakteria
  2. Masukkan jari sedalam mungkin (dalam 3 ruas jari) sambil merehatkan peha, ari-ari dan perut. Bagi yang masih dara, cukup hanya memasukkan satu ruan jari sahaja. (Sila rujuk gambar).
  3. Korek di celah-celah dinding faraj. Korang akan rasa mengerutu. Pusing dan korek sisa, darah haid, keputihan dan air mani. 
Dalam proses ini, akan merasa kemantapan faraj anda jika rasa mengerutu dan keras seperti gigi maknanya faraj anda bersih tetapi jika tiada rasa menggerutu, keras dan berair maka faraj anda tidak bersih.

Pada peringkat awal anda akan rasa nyeri sedikit jika tidak biasa melakukannya. Cuba tenangkan diri dan tarik nafas. Lakukan secara perlahan. Rasanya sedikit nyilu tetapi kebaikkan sepanjang hayat!! 

Jika anda ingin mencuba rahsia keanggunan wanita di hadapan suami, anda boleh mencuba Alfalfa kerana ia ibarat kacip fatimah. Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan. Kelebihan Alfalfa ialah:
  • Menghilangkan keputihan
  • Mengetatkan faraj
  • Membuang toksin di dalam badan
  • Membuang angin di dalam badan
  • Menghilangkan bau busuk faraj
  • Memperbanyakkan air susu ibu
Anda boleh hubungi saya terus untuk mengetahui tentang produk dengan lebih lanjut di 016-6684862 (Ain Ridzuan)

KAEDAH MENYUSUKAN BADAN UNTUK MENJARAKKAN KEHAMILAN

Ada pendapat menyatakan menyusu badan dapat menjarakkan kehamilan. Ia merupakan kaedah perancangan keluarga yang paling jimat dan efisyen. Ya ia adalah kaedah perancangan keluarga yang paling selamat dan saya mengamalkannya. Alhamdulillah dapat menjarakkan kehamilan sehingga anak kini berusia 2 tahun setengah.

Ibu menyusu badan menjarakkan  kehamilan

Cara yang betul untuk merancang kehamilan melalui teknik menyusu badan


Semasa penyusuan bayi, hormon prolaktin adalah hormin penyusuan dan di keluarkan oleh badan untuk memperbanyakkan air susu ibu. Hormon proklatin adalah salah satu hormon untuk menghalang kehamilan dan penyebab lambat datang haid selepas bersalin.

Teknik menjarakkan kehamilan dengan menyusu badan akan berkesan jika wanita melahirkan bayi kurang daripada enam bulan, tidak pernah datang haid selepas bersalin dan bayi diberikan susu badan secara ekslusif selepas berpantang. Tahap keberkesanan kejayaan kaedah perancangan keluarga ini bergantung kepada hormon seseorang. Lagi kerap ibu menyusukan anak lagi kurang risiko untuk hamil kerana hormon prolaktin sangat tinggi. Penyusuan ibu yang dicadangkan ialah:

  • Mendakap bayi dengan erat
  • Menyusukan bayi dengan kerap
  • Memberikan susu badan sepenuhnya tanpa makanan lain
  • Menyusu sambil berbaring
  • Tidak memberikan puting tiruan
Walaubagaimanapun terdapat juga ibu menyusukan hamil walaupun menyusukan anak. Ia bergantung pada hormon anda. Jika sudah di takdirkan rezeki anak rapat terimalah dengan hati yang buka. Tuhan mengetahui yang terbaik untuk kita. Semasa saya mengandungkan anak kedua, anak pertama baru sahaja 7 bulan setengah lahir secara pembedahan. Saya mengamalkan Exclusive Pumping (EP Mom). Bayi tidak mahu menyusu badan secara terus. Memang nampak ada hikmahnya kerana anak pertama terselah kepimpinannya dan sayang sangat dengan adiknya. 

USAHA. DOA. TAWAKKAL
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in