SET BERSALIN YANG MENGATASI SEMBELIT KETIKA BERPANTANG

Assalamualaikum w.b.t.. Sebenarnya saya sangat teruja bila dapat membantu kawan-kawan bersalin dengan gembira tanpa kemurungan. Kebanyakkan wanita yang lepas bersalin mengalami kemurungan, rasa tertekan, sembelit yang teruk dan susu badan lambat keluar,


Saya jatuh cinta berkali-kali dengan Set Bersalin Shaklee kerana sepanjang saya berpantang perasaan sentiasa tenang, badan segar, susu badan keluar awal dan boleh menguruskan anak yang pertama. Pengalaman saya bersalinkan anak yang pertama memang menyedihkan. Setiap hari berendam air mata kerana bayi kuat menangis dan tiada rehat yang cukup. Akibatnya saya jadi Zombi hidup. Sampai suami terkejut lihat isterinya kurus kering dengan muka pucat.



Jadi saya tidak mahu korang mengalami perkara yang sama seperti saya. Ramai kawan-kawan dan pelanggan saya yang telah mencuba Set Bersalin Shaklee berasa teruja dan bersemangat semasa di dalam pantang. Tambahan pula mereka sudah mempunyai anak lain. Jadi cabaran nak menguruskan mereka lebih. 



Untuk pengetahuan korang di dalam Set Bersalin Shaklee terdapat:


set bersalin


Set Bersalin Shaklee budget:


  • VitaC
  • Bcomplex
  • Vitalea
  • Zinc
Set Bersalin Shaklee Premium:

  • VitaC
  • Bcomplex
  • Vitalea
  • Zinc
  • Ostematrix
  • Alfalfa
  • ESP
Beza antara kedua-duanya sudah pasti hasilnya yang memberansangkan. Disini saya kepilkan Video untuk menambah keyakinan korang supaya tidak menyesal menggunakan Set Bersalin Shaklee.

Korang boleh terus hubungi saya di 016-6684862 (Ain Ridzuan) untuk tempahan an konsultasi percuma ^_^

TANDA MENGANDUNG ANAK LELAKI ATAU PEREMPUAN

Perkara yang paling ayah dan ibu nak tahu apabila di sahkan mengandung ialah ingin mengetahui samada mengandung anak lelaki atau perempuan. Ada yang nak anak perempuan, ada yang nak anak lelaki. Kadang-kadang ayah dan ibu tidak kisah tetapi atok dan nenek yang lebih.. hehehe

Tanda mengandung anak lelaki atau perempuan

Korang jangan risau sebab saya pun mengalami perkara yang sama. Keluarga sebelah suami memang tiada cucu lelaki jadi mempunyai harapan tinggi nak cucu lelaki. Masing-masing dengan andaian masing-masing. Bagi mengurangkan teka-teki samada nak tahu korang mengandung anak lelaki atau atau anak perempuan jom kita skodeng tanda mengandung anak lelaki atau perempuan.

Anak lelaki

  • Tiada morning sickness. Pengalaman saya mabuk apabila waktu malam. Masa bangun bagi tiada pula. Jadi perkataan patut ditukar kepada night sickness (menakutkan je.. hehe)
  • Kulit selalu kering sehingga menyebabkan gatal-gatal. Saya selalunya sapukan butter losyen atau minyak zaitun untuk hilangkan kulit kering.
  • Suka makan makanan yang masam dan manis. Saya suka sangat makan makanan masam dan manis. Masa mengandung Jasmine dulu tak de pula hingin sangat dengan mangga ni. Masa mengandungkan Zafri secara tiba-tiba heran sangat dengan mangga. Sampai terkebil-kebil buat muka ayu nak minta mangga kat jiran sebelah rumah. Hehe..
  • Kerap sakit kepala dan perut. Bab sakit perut dan sakit kepala jangan cakap lah. Kalau saya minum air teh atau sesuatu yang berangin memang tak yah tunggu sejam, terus sakit sampai berguling-guling. Nasib baik suami sapukan ubat sapu buang angin khas untuk ibu mengandung. Terus kentut bagai nak rak.. Legaa..
  • Hidung kembang dan mekar. Macam bunga rose tengah kembang haa macam tu lah kembangnya hidungku.
  • Tiap kali nak keluar rumah mesti nak bersolek. Kalau tak bersolek tak sah!
  • Selalu merajuk dengan suami. Kalau sehari tak gaduh tak sah.. agaknya baby dalam perut tak nak kongsi kasi sayang dengan ayahnye kot.. hehehe
  • Perut nampak bulat dan condong ke bawah.
  • Aerola payudara bertambah gelap
Anak perempuan
  • Morning Sickness di awal trimester. Masuk apa pun tak lalu.
  • Lebih cerewet dari waktu biasa. Suami saya pernah beli makanan satu pasar ramadhan sebab dia tak tahu isteri dia nak makan yang mana satu. Mana taknya setiap kali bawa balik makanan asyik komplen aje.. Isterinya ini tak boleh bau langsung bau makanan yang sedang dimasak. Tu yang kena beli makanan di luar.
  • Tidak memperdulikan penampilan. Masa ini nak pakai apa je yang ada di dapan mata. Pernah balik kampung pakai t-shirt dengan kain batik je. Singgah kawasan Rehat dan Rawat rasa malu pulak nak keluar sebab selebet. Hehe..
  • Payudara kelihatan mengembang dan sebelah kiri lebih besar dari sebelah kanan.
  • Mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan jeragat.
  • Selalu sakit pinggang sebab berat kandungan lebih tertumpu pada pinggang dan punggung.
  • Perut kelihatan agak lonjong dan condong ke atas.
Amacam ada yang sama tak? Walauapapun jantina bayi di dalam kandungan yang pasti itu adalah ketentuan tuhan. Allah yang merancang..

DILEMA IBU MENYUSU DEMAM: PATUTKAH HENTIKAN PENYUSUAN?

Ibu menyusukan bayi tidak terlepas daripada demam dan cirit birit. Ada ibu menyusu demam dan cirit birit takut hendak menyusukan bayi sendiri kerana dikhuatiri akan menjangkiti bayi.Saya juga suatu ketika dulu sangat takut menyusukan anak apabila demam. Hendak mengurangkan kerunsingan yang berada di dalam kepala ini, saya tanya terus kepada pakar kanak-kanak. Semasa itu saya menyusukan Zafri.

ibu menyusu demam

Apa yang saya faham adalah selamat jika menyusukan bayi jika ibu sakit demam atau cirit birit. Ini kerana di dalam susu ibu telah mempunyai antibodi ibu sendiri bagi melindungi bayi daripada di serang jangkitan kuman. Untuk meningkatkan antibodi kuat, anda digalakkan supaya menjalani gaya hidup yang sihat, kurang tekanan dan mengambil Vitamin C.

Persoalan yang kedua adakah selamat ibu menyusu ambil panadol atau antibiotik? Ya, selamat berdasarkan perkripsi yang di berikan oleh doktor.

Setiap kali ibu menyusu demam atau sakit, anda perlu beritahu doktor bahawa anda sedang menyusukan bayi. Ubat untuk ibu menyusukan anak dosnya lebih rendah dah selamat untuk bayi. Terdapat segelintir ibu apabila makan antibiotik diberikan susu ibu kurang dan merudum. Jadi untuk mengelakkan susu merudum ketika sakit amat digalakkan supaya minum lebih air kosong supaya pengeluaran susu tidak terjejas.

Pengalaman saya menyusukan Zafri ketika demam atau sakit ialah Zafri memang akan terkena tempias demam sedikit seperti badan dedar terkadang terus demam. Jika anda menghadapi perkara yang sama dengan saya ini, ibu-ibu dan bapa-bapa jangan takut dan risau kerana tubuh bayi anda sedang membina antibodinya sendiri sambil dibantu oleh antibodi ibu tadi. 

Kali pertama bayi anda mungkin akan demam 2-3 hari. Kali kedua mungkin sehari semalam sahaja. Alhamdulillah Zafri sekarang susah sangat nak pergi hospital kecuali cari penyakit sendiri. Cari penyakit apa? Cari penyakit jatuh kerusi sampai kepala berdarah baru lah nampak kitaorang kat hospital. Hehehe...
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in