MASALAH SUAMI ISTERI GEMUK SUSAH MENGANDUNG TURUN 30 KG DALAM MASA 4 BULAN

Tahukah anda salah satu punca wanita susah mengandung sebab masalah kegemukan? Suami juga tidak terlepas dari masalah ini. Suami yang gemuk selalunya mempunyai sperma yang tidak berkualiti atau lembam. Jadi apakah perkara utama yang perlu dilakukan jika anda gemuk tetapi nak mudah hamil?

Ubat kurus hara

Selalunya saya akan cadangkan supaya turunkan berat badan terlebih dahulu kerana berat badan yang berlebihan akan menyebabkan komplikasi semasa hamil seperti keguguran, bayi pramatang, kencing manis, darah tinggi semasa hamil dan lain-lain lagi. Saya pasti anda mesti telah mencuba pelbagai jenis produk pelansingan yang berlambak di pasaran. Tetapi pernahkah anda terfikir dengan keselamatan produk tersebut? Kesannya apabila anda mengambil produk pelansingan tetapi tidak mengetahui sedang hamil. Sudah pasti ia meninggalkan kesan buruk kepada bayi tersebut.

Saya nak kongsikan pengalaman sebenar saya ketika berusaha berikhtiar nak mengandungkan anak yang pertama. Masa tu berat saya naik mendadak. Ye lah laki risau sangat bini tak cukup makan lepas tu memang wajib memasak setiap hari. Jadi badan bagai di pam-pam. Ada juga pergi kelas senaman aerobik area rumah tapi tak jalan. Jadi saya beranikan hati beli produk kuruskan badan yang sangat popular ketika itu. Sekotak RM 220.00 dan ada 15 sachet aje.. Mahal memang mahal tapi nak kurus punya pasal tutup mata aje lah. Masa memula makan sachet yang ke 2, jantung saya jadi berdebar-debar, badan pula sentiasa panas dan rasa macam nak marah aje di samping rasa mual. Saya teruskan sampai sachet yang ke 4 saya hentikan pengambilannya sebab rasa dah tak sedap badan.

Know what? saya mengandung sebenarnya! Baru 5 minggu.. Nasib baik saya sempat 4 sachet aje kalau tidak tak tahu lah nasib kandungan saya. Nasib baik Allah gerakkan hati saya supaya hentikan ubat kurus itu. Jadi bakal ibu mestilah memilih ubat kurus yang selamat di ambil supaya tiada perkara buruk berlaku.

Antara ubat kurus atau produk pelansingan yang selamat ialah Set Kurus Shaklee. Kenapa saya cakap selamat? Sebab ia semulajadi dan Shaklee melabur lebih 30 juta USD untuk ujian dan kajian. Apakah kandungan yang berada di dalam di dalam Set Kurus Shaklee?


Herblax: Terdiri daripada herba Alfalfa, herba Senna, Anise leaves, blue malva flower, bukhorn back, Licorice root, Rhubarb root, Fennel Seed dan Culver Roots. 
  • Membantu membersihkan najis yang tersekat di dalam usus.
  • Meransang usus supaya supaya mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat dan tersimpanlama di dalam badan kita.
  • Mengempiskan perut
  • Membuang toksin di dalam badan

Alfalfa: Terdiri daripada daun Alfalfa (Medicago sativa) yang di kenali sebagai raja tumbuh-tumbuhan.
  • Mencuci hati, darah dan usus. 
  • Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, gastrik, hepatitis dan sembelit.
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol
  • Melegakan keletihan


Omega Guard: Terdiri daripada minyak ikan lautan dalam. Ia telah di suling sebanyak 3 kali untuk mengasingkan toksin dan merkuri yang terdapat di dalam minyak ikan. Omega Guard adalah Omega-3 yang membantu meransansang kehamilan.
  • Menyingkirkan lemak dan kolestrol
  • Sesuai di ambil pesakit PCOS dalam menurunkan badan
  • Meningkatkan antibodi badan supaya susah sakit


Energizing Soy Protien (ESP): Terdiri daripada kacang soya Non-GMO. Soya Non GMO ialah soya yang tidak diubah secara genetik. Maksudnya Shaklee tidak menggunakan baja sintetik tetapi hanya menggunakan baja semulajadi. Macam nenek-nenek kita dulu pakai najis tahi ayam buat baja. Selain itu ia dibasuh dengan menggunakan air paip biasa dan bukan dengan alkohol.
  • Memberikan rasa kenyang yang berpanjangan
  • Menguatkan otot rahim bagi wanita yang kerap keguguran
  • Mengeluarkan ovum/telur yang sihat
  • Sentiasa rasa sihat kekal bertenaga.

Bcomplex: Mengandungi asid folic yang sangat penting untuk mengelakkan kecacatan pada bayi.

Berikut adalah testimoni pengguna yang telah berjaya menggunakan Set Kurus Shaklee ini:



Untuk pembelian secara bank transfer, Cash deposit dan tunai hubungi saya di:


Pembelian secara kad kredit atau kad debit boleh klik di sini:


Untuk pembelian yang lebih jimat, anda boleh klik link ini untuk pendaftaran ahli Shaklee:


Ketahui kawasan COD disini:

DULU SAYA SEDIH FIKIRKAN MACAM MANA BANYAKKAN SUSU IBU TETAPI KINI SUSU SAYA DAH PENUH PETI AIS

Masa saya menyusukan Jasmine, teringat lagi memang penat sangat sampai struggle nak banyakkan susu ibu. Dekat pejabat selalu tertidur. 

banyakkan susu ibu merudum

Tambahan pula mertua duduk serumah. Takkan balik kerja terus masuk bilik. Susu merudum jangan cakap lah. Saya pernah dapat sekali pam hanya 3 oz. Hampa betul perasaan. Nengok kengkawan lain dapat 8-10 oz sekali pam memang cemburu sangat. Oh ya! Jasmine tidak menyusu badan secara terus. Setiap hari saya akan pam susu dan berikan susu ibu melalui botol. Dalam sehari saya wajibkan diri untuk mengepam sekurang-kurangnya 8 kali sehari. Saya dah macam zombi.


Bila mengandungkan anak yang kedua saya tekad saya mesti berubah! Saya nak susukan anak yang kedua ini sampai 2 tahun dengan penyusuan ibu secara terus. Apa yang saya buat persediaan menyusukan anak ialah:
  • Belajar dengan orang yang lebih berpengalaman dalam penyusuan
  • Sertai kumpulan sokongan penyusuan
  • Membaca blog berkaitan penyusuan
  • Mengamalkan pengambilan suplemen
Macam-mana saya buat? Meh sini saya nak share:

Belajar dengan orang yang lebih berpengalaman dalam penyusuan

Kebanyakkan orang-orang lama di dalam penyususan ibu telah mempunyai pengalaman menyusukan anak sehingga 2 tahun. Boleh di katakan setiap hari saya kan mesej inbox meraka untuk inginkan kepastian. Antara orang-orang yang saya maksudkan ialah kaunselor penyusuan ibu seperti Malaysian Breastfeeding Peer Conselor (MBPC). Anda boleh hubungi mereka untuk mengetahui kaunselor penyusan yang terdekat.


Sertai kumpulan sokongan penyusuan

Kalau duduk sensorang memang tak jadi apa. Akibatnya diri sendiri merana. Sertai kumpulan sokongan penyusuan. Kumpulan ini akan membimbing dan membantu dalam setiap permasalahan penyusaan anda. Kebanyakkan ahli kumpulan ini terdiri daripada wanita yang menyusukan anak. Perbincangan sesama ahli akan membantu. Antara kumpulan sokongan yang saya sertai ialah Kumpulan Ibu Menyusukan,

Membaca blog berkaitan penyusuan.

Sekarang ini dah macam-macam blog yang berkongsi tentang penyusuan susu ibu. Termasuk blog Sweet Mom Blog ini.. hehe. Cara penyimpanan susu ibu, cara banyakkan susu ibu, cara mengendalikan stok semasa traver dan lain-lain lagi. Memang seronok bila membaca pengalaman ibu-ibu ini.Kita juga bolrh bertukar-tukar pengalaman.


Mengambil suplemen atau makanan tambahan

Saya memang mempunyai masalah kepenatan badan yang melampau. Jadi saya ambil suplemen untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Tambahan pula susu badan semakin lama semakin merudum. Jadi saya perlu cuba pelbagai alternatif untuk mencuba makanan banyakkan susu ibu. Tak sanggup nak berikan anak susu formula.. Alhamdulillah saya berjumpa Shaklee dan pengalaman hitam saya menyusukan akan hilang! Stok susu pon bertingkek-tingkek.. hehehe. Ada orang kata mereka tidak perlukan suplemen susu banyak juga. Oh, saya bukan jenis macam tu! Saya kalau penat sangat sampai mengigil dan tertidur semasa memandu. Ngeri aje..

Alhamdulillah. Sampai sekarang saya masih menyusukan si comel Zafri ni. Dah nak masuk 3 tahun pun. Hehe...Wean off? Rasa macam sedih lak..

Jika anda mengalami masalah susu merudum seperti saya usahakan! Jangan putus asa! Susu ibu adalah hak anak. Jika anda mengalami masalah penyusuan, anda boleh terus hubungi saya. Insyallah saya akan membantu sedaya mungkin.. 

See ya!


MAKANAN DIET UNTUK MUDAH HAMIL

Wanita yang berbadan besar selalunya mempunyai masalah mudah hamil. 


makanan diet untuk mudah hamil

Ramai yang mencuba pelbagai makanan diet tetapi masih lagi gagal. Orang ramai selalunya menyalahkan isteri yang gempal apabila susah mendapatkan anak. Rata-rata pelanggan dan kawan-kawan saya mengalami masalah berat badan agak susah hamil. Berat badan yang berlebihan akan menyebabkan hormon tidak stabil dan membuatkan rasa tidak yakin dengan suami dan rakan. Antara penyakit akibat kegemukan? Ia adalah:

  • PCOS - Polycystic Ovari Syndrome - Ovum/Telur tidak matang kerana hormon tidak seimbang
  • Obesiti ketika mengandung
  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Keguguran jannin
  • Placenta Previa
  • Kelahiran pra-matang


Untuk mudah hamil bagi wanita yang mengalami masalah berat badan yang paling penting perlu kuruskan badan terlebih dahulu. Apabila badan dah kurus barulah hormon di dalam badan seimbang dan badan bersedia untuk menerima 'orang baru'. Tahukah anda tiub fallopio boleh tersumbat akibat lemak jahat?

Saya sebenarnya agak sedih bila dengar orang berkahwin lama tetapi masih lagi belum di kurniakan anak. Kakak-kakak juga mesti sedihkan bila nengok anak orang lain atau anak buah sendiri. Jadi jika nakkan anak/ zuriat, kakak-kakak kena kuatkan semangat untuk turunkan berat badan. Kakak-kakak kenalah rajin bersenam, jaga pemakanan (bukan langsung tak makan tau!) dan jangan tension-tension..

Meh sini saya nak sharekan produk kuruskan badan yang selamat dan sangai sesuai di ambil untuk wanita mudah hamil. Selain dapat kuruskan badan ia juga membantu badan untuk hamil iaitu:

Lecithin / Omega Guard



Lecithin membantu mengemulsi lemak dari makanan yang diambil dari kulit dan tisu. Kiranya seperti menarik lemak keluar di bawah kulit dan tisu.

Omega Guard membantu membersihkan salur darah daripada kolestrol jahat. Ia juga mampu mencair lemak-lemak tepu dan degil. Lagipun Omega Guard terdiri daripada minyak ikan Omega-3 yang sangat penting untuk pesakit PCOS. Ia juga membantu mengurangkan water retention iaitu masalah gemuk air. Selain itu Omega Guar membantu meningkatkan hormon leptin. Hormon Leptin ialah hormon yang memberi signal kat otak 'hai.. saya dah kenyang'. Bila kita rasa dah kenyang, kita takkan makan.

Alfalfa Complex / Herblax


Alfalfa mengandungi serat, vitamin dan mineral yang berfungsi melancarakan peredaran darah. Apabila Lecithin / Omega Guard buat kerja iaitu mencairkan lemak, maka Alfalfa akan mengangkut lemak-lemak tersebut untuk dibuang di sistem perkumuhan.

Herblax berperanan sebagai pencuci usus dan detoks sebagai penarik lemak. Kalau kakak-kakak mempunyai masalah perut buncit sangatlah sesuai. Memang leper perut lepas sebulan ambil.


Energizing Soy Protien


Saya suka sangat ESP ini sebab ia adalah sejenis protien soya yang Non-GMO. Non GMO ialah tumbuhan yang tidak diubah suai genetiknya. Kira kalau kat Malaysia pakai baja tahi ayam bukan baja sintetik. ESP ini selain dapat memberikan rasa kenyang yang berpanjangan, ia juga dapat menguatkan rahim tau. Kiranya ia menguatkan otot-otot rahim. Sebab wanita selalu keguguran kerana otot pangkal rahim mereka lemah dan embrio yang tidak menjadi. Embrio yang tidak menjadi ini selalunya berpunca daripada ibu kekurangan nutrisi atau sperma suami yang tidak normal. ESP juga membantu membina sel-sel yang sihat.

GLA Complex



GLA Complex berperanan untuk menstabilkan hormon. Kandungannya terdiri daripada Minyak Borage, minyak matahari dan Vitamin E yang tinggi antioksidan. Ada orang susah betul nak kurun badan meskipun dah buat macam-macam seperti bersenam, zumba, berjogging, jaga makan dan lain-lain. Ini sebab hormon dalam badan kacau bilau dan tidak stabil. Selalunya ia dialami pesakit PCOS iaitu hormon Testosteron melebihi daripada hormon Progesterone. Pengambilan GLA Complex sangat membantu anda. 

Testimoni pengguna boleh dilihat disini:

Testimoni mudah hamil

Untuk tempahan secara online boleh klik disini:


Untuk tempahan secara bank transfer, cash deposit, COD boleh terus hubungi saya.


Senarai COD disini:

Kawasan penghantaran COD


KAITAN KESUBURAN LELAKI DENGAN KESIHATAN SPERMA

Nak dapat cepat mengandung dan dapat anak kena suami isteri sihat. Selalunya kaum isteri yang sibuk bagai nak rak makan macam-macam dan buat ujian kesuburan tetapi suami buat tidak tahu aje. Kebanyakkan pelanggan saya mengambil Set Kesuburan Shaklee terdiri daripada wanita saja. Suami tidak minat nak mengambil ubat kesuburan lelaki atau mana-mana suplemen. Anak ini dihasilkan atas hasil usaha bersama ibu-bapa jadi sangat penting kefahaman suami isteri.

Saya nak kongsikan tentang betapa pentingnya sperma yang sihat. Salah satu faktor masalah kesuburan lelaki ialah sperma lelaki tidak sihat atau cacat. Jom kita intai menda apa sperma ni ye..

ubat kesuburan lelaki shaklee

Sebelum itu mari kita lihat tentang kepentingan sperma pada video ini:


Kualiti sperma ditentukan daripada beberapa faktor iaitu:
  • Kuantiti: Terdapat 15 juta sperma pada ejakulasi yang pertama dan ini sangat menentukan tahap kesuburan seorang lelaki. 
  • Kualiti: Sperma yang sihat mestilah berkepala bujur dan mempunyai ekor yang panjang. Semakin normal bentuk sperma maka semakin suburlah anda.
  • Pergerakan: Sperma perlu bergerak untuk sampai dan menembusi ovum. Sperma perlu menggeliat, berenang melalui serviks, rahim dan tiub fallopio. Ini di panggil sebagai mobiliti. Jangan tak tahu sperma juga mempunyai perlu ada GPS kalau tidak sperma akan terpusing-pusing di dalam serviks wanita. Tidak tahu arah mana yang perlu ditujui. Jika 40%s sperma bergerak lebih meningkatkan peluang kesuburan.

Bagaimana mendapatkan sperma yang sihat dan berkuatili?

  • Mengamalkan seks yang selamat: Amalkan kebersihan ketika bersama kerana terdapat kuman jenis chlamydia dan gonorrhea yang menyebabkan ketidaksuburan. Elakkan bertukar-tukar pasangan. 
  • Makan makanan yang sihat dan seimbang: Amalkan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan yang antioksidan untuk meningkatkan kesihatan sperma. Antioksida berfungsi untuk memperbaiki sel-sel yang rosak.
  • Berat badan yang unggul: Berat badan yang berlebihan akan menjejaskan kesihatan, bilangan dan pergerakan sperma. Aktifkan diri anda bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Kajian mendapai semakin seorang lelaki boroi, semakin kurang tahap kesuburannya.
  • Elakkan tekanan: Tekanan yang berlebihan akan menganggu hormon yang mengeluarkan sperma serta fungsi seksual. Amalkan gaya hidup sihat seperti melancong, berekreasi, bersosial bersama keluarga dan teman.
  • Selalulah sentiasa bergerak untuk kekal aktif. Jadikan sebagai aktiviti harian.

Sperma boleh rosak, cacat atau sakit berdasarkan faktor cuaca, haba dan persekitaran yang bertoksik. Untuk mengatasinya amalkan tips ini:

  • Elakkan persekitaran panas kerana haba panas akan menyebabkan tahap pengeluaran sperma akan berkurangan. 
  • Elakkan pemakaian seluar yang ketat dan duduk terlalu lama. Sesekali bagun untuk rehatkan diri. 
  • Elak meletakkan komputer riba di pangku kerana ia mengeluarkan haba yang panas.
  • Elak mandi sauna atau air panas
  • Berhenti merokok. Rata-rata lelaki yang merokok mempunyai tahap kesuburan yang rendah kerana kandungan rokok itu sendiri mempunyai 4000 racun. Jika inginkan cahaya mata, berhentilah merokok. Dapatkan nasihat pakar dan sokongan keluarga/rakan untuk berhenti merokok.
  • Kurangkan pengambilan minuman keras kerana ia menganggu tahap kesuburan lelaki.
  • Elakkan pengambilan dadah seperti ganja atau kokain. Ia menyebabkan sperma cacat dan kurang pergerakkan.
  • Elakkan pengambilan pelincir faraj dan air liur kerana mengandungi banyak kuman dan asid yang membunuh/ mencacatkan sperma. Gunakan pelincir faraj yang di cadangkan oleh doktor.
  • Elakkan penggunaan bahan kimia secara terus dan berterusan. Kajian mendapati orang yang berkerja secara langsung dengan bahan kimia mempunyai tahap kesuburan yang rendah seperti saintis, penyembur racun dan lain-lain lagi.
  • Ambil suplemen yang membantu memperbaiki, meransang kesihatan dan mengelakkan kecacatan sperma. Antara suplemen yang membantu menambahbaik kesihatan sperma sekaligus meningkatkan peluang menimang cahaya mata ialah Zinc, VitaE Complex, COQ10  dan Vivix. 

Zinc Complex membantu meningkatkan mobiliti sperma. Apakah mobiliti? Mobiliti ialah GPS pergerakan sperma supaya ia sampai ketempat yang dituju. Tak de lah terpusing-pusing di dalam serviks. Selain itu memperbaiki sperma yang tidak normal atau cacat.


VitaE Complex - Sumber antioksida yang larut di dalam air terdiri daripada selenium dan biji anggur yang membantu  memelihara prostat. Kajian mendapati pengambilan secara berterusan VitaE dapat mengelakkan daripada kanser prostat. Ia juga dapat meningkatkan kepekatan air mani dan menambah bilangan sperma.


COQ10 Enzyme Health - Terdiri daripada gabungan Vitamn E dan Green Tea ektract berperanan untuk melindungi telur dan sperma daripada termusnah akibat proses oksidatif yang membawa kepada kematian sel. 


Vivix - Antioksidan yang paling terbaik daripada Shaklee kerana mempunyai kandungan yang bermutu tinggi. Ia membantu memperbaiki sel dari dalam lagi.Tubuh kita ini terdiri daripada sel-sel dan tisu.  Gabungan tisu dan sel terjadilah organ dan seterusnya sistem. Vivix membantu merawat sistem kesuburan lelaki dan wanita. Ia juga memberi tenaga kepada sel supaya badan kita sentiasa bertenaga dan sihat. 

Anda juga digalakkan supaya mengambil Set Kesuburan Suami Isteri. Klik di sini untuk Set Kesuburan Suami Isteri.

Untuk tempahan Set Kesuburan Lelaki ini boleh dibeli secara online melalui pembayaran kad kredit atau kad debit di sini:


Pembelian melalui bank transfer. Cash Deposit, COD (Cash On Delivery) boleh terus hubungi saya di:

Kawasan COD: Subang Bestari, Kampung Melayu Subang, Sungai Buloh, Kota Damansara, Shah Alam, Petaling Jaya dan Pelabuhan Klang.

Anda mungkin meminati artikel:


Sumber rujukan:



PELUANG BUAT DUIT UNTUK ORANG YANG SELALU TAK CUKUP DUIT

Hari ini saya menghadiri kelas nutrisi Shaklee untuk menambah ilmu yang sedia ada. Alhamdulillah bertemu dengan rakan-rakan sealiran dari empayar yang sama iaitu WAHMillionair membuatkan diri saya sangat teruja. Banyak betul aura-aura positif meresap dalam diriku. Kebanyakkan rakan-rakan saya ini suri rumah yang berpendapatan CEO. Kalau orang tak tahu memang nampak macam tak de apa.


Saya seronok betul join bisnes Shaklee ini sebab ia mesra keluarga. Masing-masing bawa anak. Ye lah dah jadi surirumah siapa yang nak jaga dirumah. kenalah di bawa sekali. Sambil-sambil ibu belajar, anak-anak pula bermain bersama-sama. Happening abis!


Nutritionist kami ialah Pn. Sarah memang cantik dan humbel. Sungguh diriku terpegun dengan kulitnya yang cantik itu. Hehe.. Pengamal tegar Shaklee katakan. Mesti tak tinggal Collagen Shaklee.

Saya mengambil keputusan membina perniagaan dan kejayaan dengan Shaklee kerana ia flexibel dan tidak memerlukan modal yang besar! Buat apa berniaga kalau stok bertimbun dekat rumah. Disamping itu saya mempunyai kumpulan sokongan yang sangat KUAT dan kompetitif dalam perniagaan Shaklee. 

Suami saya seorang memang tidak suka kan MLM katanya MLM ini menipu aje. Yang buat kerja orang bawah, orang atas goyang kaki. Tetapi apabila saya join MLM ini, terus dia sokong sebab dia nampak usaha isteri dia yang sibuk membaca buku, cari info, pergi seminar untuk tambah ilmu berkaitan produk kesuburan, kencing manis dan pelbagai lagi. Nak tulis entry, nak consult orang perlukan ilmu. Tidak boleh main hentam aje. Itu yang membezakan antara Shaklee Independent Distributor yang lain iatu ILMU.

Meh sini saya nak cerita sikit. Orang perempuan sekarang ini walaupun duduk dirumah jaga anak, bagus ada pendapatan sendiri. Yelah kita tidak tahu masa akan datang apa akan jadi. Tiba-tiba perniagaan suami jatuh rugi ke, kena buang kerja ke, kecacatan kekal ke, atau suami cari lain ke (opss!) mana tahu kannn. Macam kak Mah yang kena tinggal akibat suaminya yang curang. Jadi kena sediakan payung sebelum hujan. Apa-apahal sebelum banjir datang kena siapkan rumah yang tinggi dan kukuh agar tidak di lambung ombak.

Masa kita hidup selesa, suami kerja bagus memang kita tidak terasa beban dan sangat suka berada di zon selesa tetapi apabila berada dalam keadaan terdesak mesti nak buat semua jadi duit tetapi masa tu dah lambat sebab nak berniaga ini perlukan asas dan ilmu tak boleh main hentam aje.

Jadi apakah tindakan anda? Nak tunggu lagi ke?

Kelebihan Mendaftar di bawah empayar saya iaitu:

  • Bimbingan / Coaching 100% secara online!
  • Tidak perlu kumpul stok. Hanya perlu order secara online dan shaklee akan hantarkan kepada pelanggan.
  • Tidak memerlukan modal yang besar hanya RM 75.00 sahaja.
  • Bisnes yang mesra keluarga. Tidak perlu tinggalkan keluarga dan kerja pejabat untuk berbisnes.
  • Tidak perlu kerap pergi ke kelas. Hanya menghadiri kelas Nutrisi yang diadakan secara berkala yang dianjurkan Shaklee.
  • Tidak perlu keluar rumah mencari pelanggan.
Siapakah yang sesuai mendaftar di bawah empayar saya?
  • Orang yang dah lama makan shaklee tetapi masih lagi belum mendaftar.
  • Orang yang memikirkan masa depan sebagai persediaan masa akan datang
  • Orang yang banyak hutang dan terdesak memerlukan duit
  • Orang yang betul-betul nakkan duit.
Untuk pendaftaran ahli Shaklee, anda boleh terus hubungi saya untuk makluman lanjut atau klik link ini untuk pendaftaran keahlian Shaklee.


CARA CEPAT HAMIL UNTUK PASANGAN YANG DAH LAMA BERKAHWIN

Dah lama berkahwin tetapi masih lagi belum dikurniakan anak. Macam-macam cara cepat hamil di lakukan tetapi gagal. Mertua di kampung dah bising-bising bila nak ada anak sendiri. Adik ipar yang baru kahwin pun dah ada anak sendiri. Memang rasa tak nak balik kampung lah! Asal balik je 'Dah ada isi belum? Tekanan perasaan kan bila orang asyik tanya pasal anak ini. Lepas itu di tambah perasa kekasih lama suami dah berderet anaknya. Makan hati beb!

Set kesuburan Shaklee

Okey darling-darling... jangan stress ok. Lantak la apa orang nak cakap apa yang penting kita suami isteri rumah tangga aman bahagia. Think positif! Salah satu sebab susah mengandung ialah stress memanjang. Fikir sangat apa orang nak cakap. No.. no.. no..

Saya nak kongsikan dengan korang cara cepat hamil yang paling berkesan untuk pasangan yang dah lama berkahwin. Take note ye darling-darling. Kalau boleh print dan tampal kat dinding.. (hover tak mak.. haha).

Perkara pertama yang paling penting sekali petua cepat hamil ialah tahu bilakan masa ovulasi isteri yang betul sebab masa itu ovum mengeluarkan telur untuk disenyawakan. Kalau tidak jadi sia-sia. Bagaimana nak tahu masa ovulasi isteri? Meh sini..:

Cara mengetahui waktu subur

  • Gunakan kalendar untuk mengenalpasti corak haid korang. Lakukan selama beberapa bulan. Tanda kedatangan haid sejak hari yang pertama hingga hari terakhir. Biasanya ovulasi bagi kitaran haid 27 hari, hari ovulasi ialah pada hari ke 14. Namun bergitu ia bergantung pada kitaran haid setiap wanita. Ada hari yang ke 13 dan ada hari yang ke 16.
  • Perhatikan cecair yang keluar di bahagian intim. Jika cecair itu berwarna jernih seperti putih telur itu adalah petanda wanita sedang ovulasi tetapi apabila cecair menjadi seperti keruh atau hilang anda terlepas masa ovulasi.
  • Perhatikan suhu badan, Suhu badan ketika ovulasi selalunya sedikit meningkat 2-3 hari sebelum ovulasi. Lakukan ujian suhu termometer sejurus selepas bangun tidur.
  • Gunakan ovulasi kit yang terdapat di farmasi. Ia membantu mengesan hormon ovulasi di dalam badan anda. Lakukan seawal 2-3 hari sebelum tarikh anda di jangka ovulasi.
Dah tahu bila masa ovulasi yang sesuai amalkan tips-tips ini. Tips ini MESTI dilakukan untuk peluang kejayaan untuk hamil.
  • Lakukan hubungan seks dengan kerap: Lakukan hubungan seks seminggu dalam 2-3 kali semasa tarikh yang hampir dengan tarikh ovulasi iaitu waktu subur. Ini akan meningkatkan peluang untuk hamil. 
  • Jangan lakukan hubungan seks setiap hari jika menghampiri waktu subur kerana kepekatan sperma atau air mani akan sedikit menurun setiap kali selepas seks. Lakukan seks selang sehari atau dua hari sebelum waktu subur bagi meningkatkan kepekatan air mani dan sperma.
  • Amalkan gaya hidup sihat. Kekalkan berat badan yang unggul, ambil pemakanan yang berkhasiat, elakkan kafien dan elakkan tekanan. 
  • Amalkan pengambilan Bcomplex 2-3 bulan sebelum hamil kerana mengandungi asid folik yang mengurangkan kadar kecacatan pada bayi seperti spina bifida dan kecacatan tiub neural.
Perkara yang korang MESTI ELAKKAN untuk hamil ialah:
  • Jangan merokok. Asap rokok akan menyebabkan telur ovum tidak matang. Dapatkan nasihat doktor untuk berhenti merokok sebelum persenyawaan berlaku. Dikhuatiri jika persenyawaan berlaku janin akan cacat.
  • Jangan minum minuman yang berakohol kerana ia mengurangkan tahap kesuburan seseorang dan akan mengancam keselamatan bayi yang dikandungkankan. Seelok-eloknya sila berhenti minum alkohol.
  • Jangan ambil ubat-ubatan tanpa perkripsi doktor. Nyatakan kepada doktor yang anda merancang kehamilan  supaya ubat yang diberikan tidak mengganggu proses persenyawaan dan meningkatkan peluang kesuburan.
  • Jangan gunakan pelincir faraj kerana ia akan menyebabkan sperma mati dan mengurangkan kesuburan. Air liur juga mempunyai kesan yang sama. Jika anda memerlukan anda boleh mencuba minyak mineral atau minyak canola atau dapatkan nasihat doktor untuk mengetahui pelincir faraj yang sesuai.
  • Jangan bersenam secara keterlaluan. Kajian mendapati jika bersenam melebihi 5 jam dalam seminggu akan menurukan tahap kesuburan seseorang jika dia tidak mempunyai masalah berat badan walaupun hanya senaman aerobik.
Jika anda pasangan muda awal 30-an dan mempunyai kesihatan yang baik digalakkan mencuba sendiri dalam setahun tetapi jika tidak mendatangkan hasil sila berjumpa dengan pakar gynecology untuk mengenalpasti punca masalah ketidaksuburan.  

Sebelum merancang kehamilan, anda perlukan badan yang sihat untuk hamil samada isteri atau suami. Pengambilan suplemen membantu meningkatkan peluang untuk hamil. Antara suplemen yang membantu meningkatkan tahap kesuburan ialah:

Vitalea

cara cepat hamil dengan Shaklee

Vitalea merupakan multivimin yang lengkap 24 mineral di dalamnya yang membantu memberikan kecergasan kepada pengamalnya. Badan yang sentiasa lemah lesu lemau akan menganggu proses kesuburan.

Bcomplex


Cara cepat hamil dengan shaklee

Sebagai antistress (anti-tekanan). Punca susah mengandung berpunca kepada tingginya tahap tekanan. Apabila kita tertekan, sejenis hormon akan dirembeskan keluar untuk menghalang tahap kesuburan. Ia juga mempunyai asid folic yang membantu mengelakkan spina bifida atau kecacatan pada bayi.

Sustained Released 500 mg Vita-C

Vita-C merupakan antioksida yang bagus untuk memperbaiki sel-sel dalaman yang telah rosak. Sangat sesuai di ambil untuk suami yang kuat merokok. Untuk isteri ia membantu mengeluarkan telur yang sihat.

GLA Complex


Membantu membetulkan hormon yang kacau-bilau di dalam badan seperti masalah haid tidak teratur, senggut yang teruk, telur tidak matang (PCOS) dan faraj selalu kering ketika hubungan seks.

Alfalfa


Khasiatnya untuk mengeluarkan toksin yang terpendap lama di dalam badan. Ada wanita yang mempunyai period yang tidak teratur dan darah-darah lama yang terpendap didalam rahim. Ini tidak bagus kerana akan menyebabkan ketumbuhan di dalam rahim (cyst/ fibroid). Untuk suami pula jika merokok memang wajar sangat diambil kerana ia membuang racun-racun di dalam badan. Selain itu ia juga membuang angin jahat di dalam badan. Pernah dengar tak tentang angin di dalam faraj? Salah satu sebab susah mengandung kerana ada angin di dalam rahim dan menghalang persenyawaan berlaku.

Zinc


Membantu mengeluarkan sperma yang sihat dan aktif. Ada sperma yang sihat, lembam dan cacat. Zinc membantu memperbaiki kecacatan dan kesihatan sperma. Kalau sperma tidak sihat dan lembam macam mana nak sampai ke telur untuk persenyawaan? Habisnya sperma mati ditengah jalan.

Vita-E Complex


Merupakan vitamin cinta untuk pasangan suami isteri kerana ia meningkatkan keinginan untuk bersama dan memperbaiki tahap kesuburan suami isteri secara keseluruhan. Vitamin E juga mengandungi aktioksida yang tinggi.

Testimoni pengguna Set kesuburan ini:

Pengguna 1: 


Saya belum kahwin lagi. Saya period tidak teratur. Memang dari dulu lagi. Dah pernah jumpa pakar, ambil ubat hormon semua. Makan ubat datang la period. Tapi takkan selamanya bergantung pada ubat kan. Pernah juga amalkan vitamin EPO yang dari klinik, farmasi. Tapi tidak berkesan juga. Sehinggalah di perkenalkan oleh sahabat saya Nazirah Abdullah GLA Complex Shaklee ni. Lepas sebulan ambil, alhamdulillah period datang. Walaupun period belum betul-betul teratur lagi. tapi stilla ambil dengan konsistan. Sebabnya saya dapat pakej BONUS! Dengan tidak disangka berat saya turun sampai 4kg! Kulit muka pon jadi licin. Pada hal mula-mula ambil bukan untuk tujuan tu pun kan.. Best kan!! So siapa yang ada masalah period yang tidak teratur, boleh la ambil GLA neh. Boleh kawal berat badan dan licinkan kulit juga tau!



Testimoni Puan Suziana Hanafi:

Saya nak share testimonial saya menggunakan GLA selama 2 bulan.. alhamdulillah cyst saya dah pun mengecut dari 4cm (tak ingat yang tepat) ke 3.6 cm.. tadi saya buat checkup kat klinik nak nengok saiz cyst saya dan alhamdulillah. .. dan period saya pun dah tak keluar darah yang berketul-ketul lagi..makan GLA adalah salah satu usaha saya sebab doktor pernah cadangkan saya buat pembedahan tapi saya tolak dan mencuba GLA ni.. mudah-mudahan tahun 2013 nanti ada rezeki untuk saya pregnant pula.. doakan saya yer kawan-kawan.


Pengguna 3:




Untuk tempahan:

Tempahan secara bank transfer, cash deposit atau COD boleh terus hubungi saya atau sila isi borang tempahan disini. Klik disini untuk mengetahui kawasan COD:

Kak Long kawasan COD



Nak lagi jimat daftar keahlian Shaklee aje. Potongan sehingga 20% harga produk. Hanya RM 80.00 untuk seumur hidup

Anda juga mungkin meminati artikel:

JOM FOLLOW INSTAGRAM MAMA COMEL KIUT MIUT

Assalamualaikum w.b.t. kepada pembaca dan follower Sweet Mom Blog yang di sayangi. Semenjak aktif berblog sekarang ini saya bergitu sayangkan pembaca-pembaca setia saya. Saya tahu pembaca-pembaca blog saya selalunya mencari input tentang tips mudah hamil, tips menghadapi kanak-kanak susah makan, tips untuk kuruskan badan di samping membeli produk Shaklee yang disukai ramai itu. 

Bagi menambah bonding antara korang dengan saya, korang dijemput untuk follow Instagram (IG: mama_comel_kiut_miut) suapaya ikatan kasih sayang kita akan berpanjangan. Di Instagram saya banyak share tentang apa sahaja tips, pandangan dan produk supaya korang rasa lebih dekat lagi. Untuk makluman instagram mama_comel_kiut_miut baru sahaja di tubuhkan. Hehehe... sebelum ini tak dapat petunjuk lagi.


Ni instagram saya. Jemput follow ya!

Apa-apa pertanyaan just PM aje..

MAKANAN MENURUNKAN KANDUNGAN GULA DALAM DARAH

Ibu saya seorang pesakit kencing manis. Pemakanan memang kena jaga betul-betul. Kalau salah makan je mesti kandungan gula dalam darah naik mendadak dan bangun pagi kebas. Kalau terkurang makan dia akan jadi Diabetis hypo dimana kandungan gula di dalam darah sangat sedikit hingga boleh menyebabkan mengigil atau pengsan. Bila pengsan keadaan akan merbahaya. Ibu mertua kawan saya pernah pengsan dan kandungan gula di dalam darah tinggal 1 sahaja. Nasib baik keluarga cepat-cepat beri air manis baru pulih.


Sebenarnya sebagai pesakit kencing manis kita perlukan cara yang betul untuk mengawal gula di dalam darah ini. Jika kita main agak-agak sahaja ia lebih memburukkan keadaan. Diet pemakanan harian perlu betul dan makan pada masa yang ditetapkan. Jangan makan lewat malam. Bila kita skip makan dan makan lewat, insulin tidak dapat menukarkan gula kepada tenaga seterusnya kandungan gula dalam darah akan meningkat. 

Saya ingin kongsikan makanan-makanan yang boleh mengawal kandungan gula di dalam darah iaitu:

KAYU MANIS


Terdapat beberapa kajian menyatakan pengambilan kayu manis boleh merendah kandungan gula di dalam darah. Ia juga boleh mengurangkan kolestrol, triglycerides dan kolestrol jahat LDL dan meningkatkan kolestrol baik HDL.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa jenis kayu manis yang akan menyebakan darah cair. Pengambilan secara berlebihan akan membahayakan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

HALBA


Serat di dalam halba berfungsi untuk melambatkan pencernaan karbohidrat. Ini dapat menjelaskan kandungan gula di dalam darah. Ia juga penuh dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Halba boleh diambil secara pil, direndam atau masukkan ke dalam makanan.

BAWANG PUTIH


Bawang putih telah terbukti selama bertahun-tahun untuk menurunkan paras kolestrol. Bawang putih juga membantu menurunkan paras gula di dalam darah. Ekstrak di dalam bawang putih di dapati dapat meningkatkan kandungan insulin pesakit diabetis. 

AVOCADO


Avocado menunjukkan dapat mengurangkan risiko sindrom metabolik kerana mempunyai Asid Lemak Mono tak tepu (Mono saturated Fatty Acid -MUFA). Kajian membandingkan Diet karbohidrat yang tinggi bersama dengan diet MUFA menunjukkan kandungan glukosa yang rendah dalam darah. MUFA dapat memberikan rasa kenyang selepas makan, memberikan kesan yang sihat kepada tekanan darah dan masalah keradangan. Antara makanan yang tinggi dengan kandungan MUFA ialah kacang, buah zaitun, minyak zaitun, rami dan benih.

BLUEBERRY (BERRY HITAM)


Anthocyanincs adalah nutrien yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna warni. Buah-buahan yang berwarna biru, unggu, merah dan berkulit mempunyai kepekatan Anthocyanincs yang tinggi. 

Kajian mendapati orang gemuk di berikan minum smoothies blueberry semalam 6 minggu dan mendapati kanungan gula di dalam darah turun. Buleberry di dapat dapat meningkatkan paras insulin di dalam darah. 

CUKA EPAL


Cuka epal yang diambil bersama secawan air kosong sebelum makan apa-apa di dapati dapat meningkatkan kepekaan kepada insulin dan mengurangkan kandungan gula di dalam darah selepas makan makanan berkanji. Asis asetik di dalam cuka dapat mengurangkan enzim-enzim yang tertentu.

KOPI


Pengambilan kopi satu hari secawan bersama serbuk kayu manis akan membantu menurunkan kandungan paras gula. 

VIVIX


Kandungan Vivix yang terdiri daripada anggur muscadine, lobak unggu, elder berry tinggi kandungan Anthocyanincs, resveratrol dan ellagic acid membantu meningkatkan sensitiviti insulin terhadap gula di dalam darah. Pengambilannya satu hari sesudu membantu mengurangkan gula di dalam darah. Baca entry inin untuk mengetahui tentang vivix seterusnya: 



Harga Vivix ialah RM 475.00 sebotol. 

Pembelian 2 botol Vivix PERCUMA keahlian dan dapat CASH REBATE.

Klik disini untuk tempahan online melalui kad kredit atau kad debit


Jika ingin melakukan pembelian secara tunai, online transfer atau COD (Cash in delivery) boleh terus hubungi saya:

Sumber rujukan:

http://www.healthline.com/health-slideshow/foods-lower-blood-sugar#1
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in