Apabila disahkan hamil

Rasa macam tak percaya je bila nampak double line kat kit ujian pengesahan kehamilan. Untuk pasangan yang sedang menunggu cahaya mata, pasti perasaan keterujaan itu membuak-buak.. rasa macam nak melompat je bila bila nengok double line tu.. yang pasti berita gembira itu akan dikongsi bersama keluarga dan rakan-rakan.. jadi apakah tindakan yang perlu dibuat setelah mendapati terdapat dua garisan di kit pengesahan kehamilan?



Perkara pertama sekali, anda perlu berjumpa dengan doctor untuk pengesahan kehamilan. Doktor akan melihat atau mengenal pasti samada anda mengandung atau sekadar kecelaruan hormon. Terdapat beberapa kes, ada wanita yang double line tetapi tidak hamil. Doktor juga akan memberi pil asid folik untuk keperluan janin bagi mengelakkan kecacatan tulang belakang janin.

Setelah doktor mengesahkan kehamilan,  seelok-eloknya ibu itu makan makanan yang menyihatkan seperti sayur-sayuran, ikan (ikan yang mempunyai merkuri tinggi perlu dielakkan seperti tuna, salmon, kembong dan lain-lain lagi), daging dan susu. Makanan sunnah seperti kurma dan kismis juga digalakkan kerana ia mempunyai zat yang mencukupi dan boleh menguatkan rahim dan memberi tenaga selain sedap.



Ibu-ibu hamil juga tidak digalakkan makan makanan secara mentah atau separuh masak kerana terdapat beberapa bakteria dan virus yang boleh menyebabkan keracunan dan menyerang bayi. Ini adalah kerana sistem immune ibu hamil sangat rendah dan penyakit senang berjangkit. Selain daripadaitu, sebagai umat islam kita haruslah bersyukur dan melakukan Solat Syukur tanda terima kasih kita kepada Allah. Seelok-eloknya suami isteri yang melakukannya. Bagi amalan rohani pula, digalakkan bapa dan wanita yang hamil mengamalkan membaca Surah Maryam, Surah Yusuff dan Surah Yasin. Ia bertujuan untuk menjaga emosi ibu itu disamping berdoa supaya anak yang dikandungkan menjadi anak yang soleh dan selamat sepanjang proses mengandungkan dan melahirkan.


Antara makan-makanan yang perlu dielakkan semasa awal kehamilan ialah nenas (ia bersifat asid), air kelapa, air tebu, durian, tapai dan rebung. Namun begitu, ia bergantung pada tubuh badan seseorang ada yang tidak boleh menerima da nada yang boleh menerima. Bagi wanita hamil yang mengalami masalah rahim lemah, digalakkan mengambil kurma dan Energizing Soy Protien (ESP) dimana ia membantu menguatkan rahim. Walaubagaimanapun sebagai ibu hamil, wajib untuk kita menjaga pemakanan, emosi, dan kerohanian demi permata hati yang tersayang.

Mabuk ketika diawal kehamilan

Ramai wanita yang mengalami morning sickness diawal kehamilan.Tambahan pula ada ibu hamil tak boleh masuk dengan makan-makanan tertentu seperti susu, air masak, sayur dan macam-macam lagi. orang tua-tua kata pembawakan budak.. tapi betul ker sebab pembawakan budak? jom kita nengok kenapa morning sickness terjadi..

Mabuk ketika hamil berlaku kerana peningkatan hormon kehamilan dimana ia membantu untuk menyuburkan kandungan dan ia juga melibatkan perubahan emosi yang meyebabkan rasa stress dan khuatir tentang kandungannya.

Jadi bagi mengurangkan rasa mual tersebut, terdapat beberapa-beberapa tips yang saya ingin berikan iatu:
1. Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berempah.
2. Elakkan perut kosong. Ibu hamil boleh mengambil sedikit biskut atau roti apabila bangun pagi. Sekiranya ibu hamil mabuk pada malam hari letaklah air dan biskut di tepi katil. 
3. Kurangkan pengambilan air berkabornat, air yang bergula seperti kopi, milo dan teh perlulah dikurangkan keran pengambilan minuman manis akan meningkat rasa dahaga yang melampau.
4. Makan makanan yang agakm asam bagi mengelakkan rasa mual.  Bagi masyarat melayu kita amat sinonim dengan Mangga epal.

Namun bergitu, ada juga ibu-ibu hamil yang mengalami morning sickness yang teruk sehingga dihidrasi. Bagi -ibu ini seperti itu amat penting bagi mereka mengelakkan diri daripada dihidrasi. kesan dihidrasi kepada bayi dalam kandungan sangat merbahaya. Bagi masalah mual ketika awal kehamilan saya akan mencadangkan Vitalea yang berfungsi untuk mengelakkan rasa mual ketika di awal kehamilan dan menambah isipadu darah (HB) 

Untuk yang berminat boleh terus hubungi 016-6684862 (Ain)

Kurus selepas bersalin

Ramai mommy yang nak sangat kurus selepas bersalin.. Ye lah semasa mengandung semuanya sedap dimakan tambahan pula mengidam macam-macam dan en. abang pon mengikutkan aje.. Tak mahu isteri kempunan.. tidak dinafikan selera makan bagi sesetengah wanita hamil akan meningkat secara mendadak. Macam saya pada awal trimester 1 berat saye turun secara mendadak kerana alahan mengandung yang teruk ditambah pula kekurangan darah. Doktor menasihatkan saya supaya tambah berat badan dan makan demi baby dalam perut.. nak tak nak ikutkan aje cakap doktor (risaukan bby dalam perut sebenarnya hehehe).

Masuk trimester 2, selera dah ok macam biasa berat pon dah naik cantik (happy sungguh time nih).. Masuk pulak trimester 3.. haaaa... time ni ler selera makan menjadi-jadi sampai member tegur saye makan untuk 4-5 orang... erk.. (Dalam hati dalam pantang kene jaga makan betul-betul nih)... maka keluarlah putera saya Ayril Zafri secara C-zer... C-zer? Terbayang tak leh nak pakai bengkung (walaupon dah beli macam-macam bengkung untuk bersalin c-zer) huhu.. sakit tau! So saye dengan bahagianya dan penuh keterujaan mencuba Set Berpantang + Slimming Shaklee... hehehe.. SANGAT AWESOME!!! Badan tak penat langsung walaupon si kecik kejap-kejap bangun menyusu malam (im exclusive breastfeeding ;)) ... Antara produk yang saye amek ialah ESP + VitaC + Bcomp + Vitalea + Omega Guard + Zink + Ostematrix + Alfalfa ...



Antara fungsi-fungsi vitamin ni ialah:
Energizing Soy Protien: Memberi tenaga dan rasa kenyang yang berpanjangan, mempercepatkan pengeluaran susu
VitaC: Mencantikkan kulit
Bcomp: Mengelakkan stress dan meroyan
Vitalea: Menambah darah kerana banyak darah keluar semasa bersalin
Omega Guard: Membuang kolestrol, mengelakkan salur darah tersumbat, memecahkan lemak
Zink: Membaiki luka, mengelakkan rambut gugur
Ostematrix: Menghindari rasa kejang dan sembelit
Alfalfa: Milk Booster susu ibu

Disamping itu antara amalan-amalan yang saya lakukan semasa berpantang ialah:
1. Menyusukan bayi dengan susu ibu kerana semasa menyusu ia akan membakar kalori sebanyak 600kcl sehari bersamaan 2 jam senaman aerobik tau...
2. Menjaga pemakanan yang seimbang... jangan mengambil makanan yang menggemukkan.
3. Memakai korset moden khas untuk wanita bersalin c-zer
4. Memakan ulam-ulaman

Untuk makluman lanjut boleh hubungi:
No. Tel : 016-6684862 (Ain)

RAHSIA SUSU BANYAK KETIKA BERPUASA

Morning darlingss...

Dah bersedia ke nak berpuasa? Tak sampai lagi 2 bulan nak berpuasa. Bagi ibu yang menyusukan pasti sangat risau sebab takut stok tidak mencukupi untuk simanja. Pening memikirkan itu saya ada beberapa RAHSIA SUSU BANYAK KETIKA BERPUASA.. Antaranya ialah:

1- Sahur dengan makanan yang seimbang (kaya protien, tinggi karbohidrat)
2- Minum air secukupnya ketika bersahur dan selepas berbuka puasa
3- Amalkan Tandem Nursing. Tandem Nursing ialah keadaan dimana bayi menyusu di sebelah payudara manakala susu di payudara sebelah lagi di keluarkan secara manual atau pam letrik. Ini akan meningkatkan 'permintaan' susu dan otak akan menghantar isyarat tambah pengeluaran susu pada payudara.
4- Tambah jumlah mengepam susu (pam susu di malam hari)
5- Letakkan air disebelah katil supaya senang bila terjaga dari tidur boleh terus minum air.
6- Amalkan pengambilan kurma (3 biji - 7 biji sehari).

Bagi ibu yang ingin kekal cergas bertenaga semasa berpuasa, saya sarankan pengambilan Energizing Soy Protien (ESP) + Mealshake + Performance Drink untuk menghindari diri anda dihirasi dan keletihan. Jom kita nengok apakah fungsi-fungsi produk di atas: 


Jika berminat boleh terus hubungi saya untuk maklumat lanjut. 
SMS/Whassup: 016-6684862 (Ain)

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in