GST MEMBEBANKAN ATAU TIDAK JIKA INGIN MERANCANG KELUARGA?

Assalamualaikum w.b.t. Rasanya sekarang ini ramai para ibu bapa tengah runsing dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Tambahan pula kerajaan telah memperkenalkan GST 6% untuk menstabilkan ekonomi negara. Untuk orang yang telah berkeluarga sudah tentu perkara ini agak membebankan terutamanya jika bakal menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat ini. Sebab itu jika ada jualan murah atau apa sahaja expo bayi amat di galakkan membeli kelengkapan bayi. Tetapi jika korang sanggup bertahan berebut di expo sila lah pergi. Hehehe..

Jom kita nengok apa di kenakan GST dari ibu mengandung hingga ke anak sekolah menengah. Pendek kata dari mengandung sehingga besar memang tidak boleh lari dari GST.


Antara perkara-perkara yang akan terlibat dengan GST kit ujian kehamilan, vitamin dan suplemen, susu untuk ibu mengandung dan menyusukan manakala perkara yang tidak di kenakan GST ialah pemeriksaan ibu mengandung dan ubat-ubatan yang di senaraikan dalam pengecualian GST.



Untuk bayi pula hanya susu formula bawah 1 tahun sahaja yang tidak di kenakan GST yang lain seperti lampin pakai buang, alat mandian bayi, breastpump, minyak bayi, botol susu, puting dan pelbagai lagi. Penyelesaiannya sila lah menyusu badan. Jimat dan mudah!


Untuk anak-anak yang setahun keatas GST hanya di kecuali kan untuk Oats dan beras.  Perkhidmatan kanak-kanak seperti taska, susu tepung, tisu basah, lampin pakai buang, baju, barang mandian semuanya di kenakan GST. Pada peringkat ini kos agak meningkat. Bayangkan dalam sebulan kanak-kanak itu minum 4 tin susu dan memakai lampin pakai buang. Mau berlubang poket ayah nya..


GST di kenakan kepada murid prasekolah termasuk buku, peralatan tulis , ubat gigi, beg sekolah dan lain-lain lagi. Hanya yuran taska tidak di kenakan GST samada tanggungan kerajaan atau swasta.


Bagi anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah, GST yang di kenakan agak berkurangan sedikit. Yuran persekolahan, makanan di sekolah dan tambang bas di kecualikan daripada GST tetapi dari segi peralatan persekolahan di kenakan GST. 

Jadi ibu bapa sekarang ini memang tersepit meneruskan kelansungan hidup. Nak berbelanja perlu berkira terlebih dahulu. Kena ada duit selit-selit. Duit gaji? Bertapa kat gunung pun belum tentu duit tambah turun dari langit. Duit gaji adalah statik. Contohnya gaji sebulan RM 2500.00. Tolak duit rumah sewa, duit kereta bulanan, pinjaman pelajaran, duit minyak pergi balik pergi sekolah, yuran taska anak dah tinggal berapa? Saki bakinya memang menyakitkan hati.

Saya juga pernah mengalami keadaan seperti itu. Nak meminjam memang malu. Lagipun sampai bila asyik nak meminjam kan. Jatuh maruah tau kalau asyik meminjam. Fikir punya fikir kena usaha dengan cara berniaga dan Shaklee membuka peluang berniaga dari rumah dengan kos modal yang sangat rendah iaitu RM 75.00 sahaja tanpa perlu menyimpan stok. Senang pun senang.. mengadap je depan komputer dan handphone.

Alhamdulillah pucuk di cita ulam mendatang.. 

Bersambung lagi.....

MINUMAN TAHAN MENGANTUK SEMASA MEMANDU YANG MEMBUATKAN ANDA RASA NAK PECUT

Assalamualaikum w.b.t. Hari ini saya agak keletihan di samping virus demam semakin menjelma. Kali ini pakej lengkap penyakit iaitu sakit gigi, demam selsema dan ulser mulut. Memang terbaik la kalau nak kurus masa ini. Hehe.. Tekak sakit, mulut sakit, gigi pun sakit. Walaubagaimapun kesakitan itu tidak menghalang saya untuk menulis entry buat pembaca blog tercinta... cheeewah!


kenpenatan melampau


Siapa kat sini bila buka buku je mengantuk? Bila masuk kelas je dah sangap macam kawah? Dengar isteri membebel je dah tersenguk-senguk (eh!) Hahaha... ini jangan di buat main-main ye.. Ada orang sambil memandu boleh tertidur hingga menyebabkan kemalangan. Saya juga mengalami masalah mengantuk ketika memandu. Kalau bawa kereta tu memang huyung hayang.

Memang menakutkan bila di fikirkan memandu dalam keadaan merbahaya. Macam-macam cara saya buat antaranya letak wangian yang boleh hilangkan mengantuk, buka tingkap kereta besar-besar, menyanyi ala micheal Jackson kuat-kuat dalam kereta tetapi semuanya tidak mendatangkan hasil.

Penyelesaiannya saya kerap makan untuk hilangkan mengantuk. Bila memandu sambil makan ni sedar tak sedar dah makan berkalori-kalori dan berat pun makin bertambah ... whoa! Jadi penyelesaiannya saya ambil Cinch Tea. Cinch Tea ni boleh hilangkan mengantuk dan kuruskan badan tau. Maknanya dapat 2 kebaikan iaitu dah tidak mengantuk semasa memandu dan dapat kuruskan badan.. yeayy! 


ubat tahan mengantuk
Add caption


Cinch Energy Tea ni ada kawan cadangkan sebab beliau nengok masalah saya ni dah tahap kronik. Ada satu hari tu, kitaorang pergi shopping bersama-sama naik kereta saya. Akhirnya beliau sangat takut dengan pemanduan saya.. hahaha....Oh ya, suami saya kalau di kena travel jauh-jauh memang saya beri minum dan bekalkan untuk perjalanan. Alhamdulillah dah tidak perlu minuman tambah tenaga yang bahaya jika diambil secara berlebihan. Untuk makluman korang Cinch Energy Tea ni boleh diambil oleh ibu mengandung. Kandungan di dalam Cinch Tea ialah Tea Merah, Teh Putih, Teh Hijau Matcha dan Rooibos Tea yang membantu kecergasan tubuh.

Kakak ini pon dah takjub dengan dengan kesan Cinch Energy Tea.


Kalau korang tengah mencari pengganti kopi untuk hilangkan mengantuk, korang boleh cuba Cinch Energy Tea ini. Kopi ni jika diambil terlalu banyak akan memudatkan diri. Yang penting teh ini tanpa dadah dan selamat digunakan.

Untuk tempahan hubungi saya di no. 016-6684862 (Ain)

BETULKAH KEPUTUSAN UJIAN KEHAMILAN HOMEMADE BOLEH DI PERCAYAI?

Assalamualaikum w.b.t. Selamat pagi... Hari ini saya nak cerita bab ujian kehamilan yang isteri-isteri yang lewat datang period suka buat terutamanya jika sedang menantikan kehadiran cahaya mata. Harga pregnancy test di pasaran agak mahal dan yang paling murah yang saya pernah jumpa RM 2.00. Yang paling mahal sekitar 36.00 keatas. Kit ujian kehamilan yang mahal sikit ini boleh mengesan hormon kehamilan walaupun belum sampai waktu haid lagi. Kiranya sebelum datang period kita boleh tahu kita mengandung tak. Kit ujiaan kehamilan seperti ini membantu jika wanita tersebut terlibat dengan aktiviti lasak atau dah memang dah tak sabar lagi menunggu period datang. hehehe..


Ada bermacam-macam cara ujian kehamilan buat sendiri di rumah seperti dengan menggunakan bahan peluntur (Clorox), ubat gigi dan cuka. Setakat ini kebenarannya masih di pertikaikan kerana ada ibu mengandung yang buat tetapi tetapi tidak menjadi iaitu hormon kehamilannya tidak dapat dikesan.

Bagaimana hendak tahu sama mengandung atau tidak jika buat ujian kehamilan homemade?


  • Bahan peluntur - Campurkan air kencing pertama pagi hari dengan sedikit bahan peluntur. Jika berbuih banyak maknanya mengandung, jika tidak hasilnya negatif.
  • Cuka - Campurkan air kencing pertama pagi hari dengan sedikit cuka. Jika warna air kencing bertukar menjadi semakin gelap maknanya mengandung, jika warnanya semakin memudar hasilnya negatif.
  • Ubat gigi - Campurkan air kencing pertama pagi hari dengan sedikit ubat gigi. Jika berbuih banyak maknanya mengandung, jika tidak hasilnya negatif. Kacau ya air kencing itu dengan ubat gigi.
  • Walaubagaimanapun kebenarannya masih lagi di pertikaikan tetapi kalau nak cuba apa salahnya boleh juga cuba suka-suka. Ada yang buat menjadi. Disini saya lampirkan video keberkesanan ujian kehamilan homemode ini dengan kit ujian kehamilan untuk tatapan korang.



Walauapapun jangan lah letakkan harapan setinggi gunung jika tidak merana diri. Untuk ujian yang lebih tepat silalah beli kit ujian kehamilan untuk keputusan yang sebenar.

Klik disini untuk membaca artikel:
Waktu yang paling sesuai untuk membuat ujian kehamilan
Cara cepat hamil untuk pasangan yang dah lama berkahwin
Punca keguguran ibu mengandung

5 SEBAB RAHIM KEMBANG PUNCA SUSAH DAPAT ANAK

Assalamualaikum w.b.t. Sebenarnya saya baru pertama kali dengar tentang rahim kembang. Yang selalu di dengari ialah rahim jatuh, rahim terbalik, rahim tinggi dan lain-lain lagi. Rahim adalah organ yang paling penting wanita. Tanpa rahim tidak sempurna kejadiaan sebagai wanita. Di rahim wanitalah tempat kejadian asal usul kejadian manusia. Bayangkan di dalam rahim wanita itu lah tempat seorang manusia hidup makan dan minum selama 9 bulan.


Ok. berbalik kepada rahim kembang. Kawan saya baru-baru ini di sahkan oleh doktor mempunyai rahim kembang. Terkejut sakan beliau bila mengetahuinya. Beliau juga sedang berusaha untuk mempunyai zuriat sendiri. Selalunya orang perempuan jarang menyedari terkena rahim kembang. apabila keadaan semakin teruk barulah disedari. Setelah di selidiki berikut adalah tanda-tanda seseorang wanita mempunyai rahim mengembang:

bahaya dan rawatan rahim kembang

Tanda-tanda rahim kembang:


  • Banyak keputihan keluar daripada kemaluan
  • Seluar dalam sentiasa dalam keadaan basah 
  • Selalu perut kejang
  • Period tidak menentu
  • Perut buncit
  • Sakit ketika melakukan hubungan dengan suami
  • Tumit kaki sakit

Punca rahim kembang ialah:

  • Kerap minum ais
  • Banyak mengambil makanan yang sejuk seperti sayur kangkung, kacang panjang, makanan bermalam
  • Apabila keguguran kandungan, wanita tidak berpantang dengan baik
  • Tidak berpantang dengan sempurna selepas melahirkan anak
Akibat daripada rahim kembang ini ialah suami tidak mendapat kenikmatan ketika bersama dengan isteri dan peluang untuk hamil juga rendah. Jadi apa yang perlu dibuat jika doktor sahkan anda mempunyai rahim kembang?

Rawatan Rahim Kembang

  • Elakkan daripada minum ais dan makanan sejuk
  • Elakkan diri dari penyaman udara dan kipas angin dari terkena kaki
  • Ambil herba untuk memanaskan rahim 
  • Buat senaman kagel
  • Buat senaman seperti "Anda baring tetapi kaki dan punggung sandarkan kepada diding, angkat punggung beberapa kali"
  • Pakai korset. Corset sebenarnya dapat meletakkan rahim di tempat yang betul. Sebab itu semasa dalam pantang digalakkan supaya memakai bengkung.
Jadi dah tahu dah rahim kembang tu macam mana kan Perkara nampak kecil dan ringan tetapi jika diabaikan merana hidup. Boleh bercerai berai suami isteri tau. Isteri lebih-lebih lagi jangan ambil mudah perkara ini.

Klik disini untuk:

WAKTU YANG PALING SESUAI MEMBUAT UJIAN KESUBURAN

Assalamualaikum w.b.t. Pasangan yang berkahwin sudah tentu inginkan cahaya mata. Perasaan semakin membuak-buak apabila orang sekeling mula bertanya "Bila nak ada anak?" Sebenarnya ini adalah soalan yang paling di elakkan untuk orang yang baru kahwin. Baru kahwin 2 bulan dah tanya "Dah ada ke?"

Rasa nak gelak guling-guling bila dapat soalan macam ini. Hehehe... Sebenarnya diawal perkahwinan suami isteri, proses perkenalan baru sahaja bermula. Jika semasa bercinta dahulu kita mengenal dari segi luaran, bila dah berkahwin ni baru nak mengenali hati nurani yang lebih mendalam pula. 

waktu yang sesuai buat urawatan kesuburan

Nak cipta keserasian suami isteri ini bukan ambil masa satu hari. Asal bersama sahaja ok dah serasi la tu.. Ada isteri yang malu-malu dengan suami walaupun dah 3 bulan berkahwin, ada suami yang masih gemuruh apabila bersama dengan isteri. Jadi jangan nak salahkan suami isteri yang lambat dapat anak.

Dalam rumahtangga ni perlu ada penyatuan dua hati. Hati suami dan isteri perlu seiringan untuk mempermudahkan urusan rumahtangga. Tu dia dah macam pakar motivasi rumahtangga pula.. hehehe.. bukannya apa ini berdasarkan pengalaman rakan-rakan dan pelanggan saya.

Jadi berbalik pada persoalan yang utama bilakah waktu yang sesuai untuk membuat ujian kesuburan? Selalunya doktor akan menasihatkan setelah 2 tahun berkahwin seandainya tiada apa-apa tanda kehamilan. Kalau dah tak sabar sangat semasa 1 tahun setengah pun dah boleh. Jika telah usia perkahwinan telah melebihi 2 tahun, korang boleh pergi ke Klinik LPKKN berdekatan. Ikut senarai menunggu pesakit. 

rawatan kesuburan

Ada yang perlu menunggu sehingga setahun untuk mendapatkan perkhidmatan. Bergantung kepada ramai pesakit di sesebuah klinik itu. Nak lagi cepat pergi sahaja hospital swasta cepat dan tidak perlu menunggu. Cuma yuran perkhidmatannya agak menakutkan la.. hehehe..

Tetapi kitaorang dah tak sabar nak timang cahaya mata sendiri ni... Kahwin pun dah lambat. Ni sekarang nak pulun buat anak ni. Amboi! Pertama sekali bersyukurlah korang mempunyai masa untuk bercinta suami isteri. Bercinta sebelum kahwin dan selepas kahwin lain tau. Jadi nikmati lah percintaan suami isteri yang membahagiakan itu. Abaikan apa yang orang cakap. Janji korang suami isteri loving couple gitu.


Sebelum membuat apa-apa rawatan kesuburan, perbincangan suami isteri dari hati ke hati perlu dilakukan bagi mengelakkan masalah di kemudian hari sebab bukan suami semua yang terbuka untuk menjalani rawatan kesuburan. Rawatan kesuburan juga perlu dihadiri oleh suami isteri. 

Jadi pergi lah kemana-mana tempat honeymoon yang best-best.. dalam negara pun boleh... yang buat korang suami isteri bahagia sangat. Pimpin dan peluklah pasangan bila berjalan.. ewahh! Daku pula lelebih.. hehe.. Perasaan romantik itu yang sebenarnya meransang kehamilan kerana homon oxytocin di keluarkan dengan banyaknya..

Jadi dah tahukan bila nak buat temujanji dengan doktor? Dah habis ikhtiar? Dah buat apa yang saya cadangkan? Jika sudah sila set date dan ambil cuti dan buat temujanji dengan doktor. Semoga berjaya!!

Klik disini untuk mengetahui: 
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in