Showing posts with label set penyusuan. Show all posts
Showing posts with label set penyusuan. Show all posts

DILEMA IBU MENYUSU DEMAM: PATUTKAH HENTIKAN PENYUSUAN?

Ibu menyusukan bayi tidak terlepas daripada demam dan cirit birit. Ada ibu menyusu demam dan cirit birit takut hendak menyusukan bayi sendiri kerana dikhuatiri akan menjangkiti bayi.Saya juga suatu ketika dulu sangat takut menyusukan anak apabila demam. Hendak mengurangkan kerunsingan yang berada di dalam kepala ini, saya tanya terus kepada pakar kanak-kanak. Semasa itu saya menyusukan Zafri.

ibu menyusu demam

Apa yang saya faham adalah selamat jika menyusukan bayi jika ibu sakit demam atau cirit birit. Ini kerana di dalam susu ibu telah mempunyai antibodi ibu sendiri bagi melindungi bayi daripada di serang jangkitan kuman. Untuk meningkatkan antibodi kuat, anda digalakkan supaya menjalani gaya hidup yang sihat, kurang tekanan dan mengambil Vitamin C.

Persoalan yang kedua adakah selamat ibu menyusu ambil panadol atau antibiotik? Ya, selamat berdasarkan perkripsi yang di berikan oleh doktor.

Setiap kali ibu menyusu demam atau sakit, anda perlu beritahu doktor bahawa anda sedang menyusukan bayi. Ubat untuk ibu menyusukan anak dosnya lebih rendah dah selamat untuk bayi. Terdapat segelintir ibu apabila makan antibiotik diberikan susu ibu kurang dan merudum. Jadi untuk mengelakkan susu merudum ketika sakit amat digalakkan supaya minum lebih air kosong supaya pengeluaran susu tidak terjejas.

Pengalaman saya menyusukan Zafri ketika demam atau sakit ialah Zafri memang akan terkena tempias demam sedikit seperti badan dedar terkadang terus demam. Jika anda menghadapi perkara yang sama dengan saya ini, ibu-ibu dan bapa-bapa jangan takut dan risau kerana tubuh bayi anda sedang membina antibodinya sendiri sambil dibantu oleh antibodi ibu tadi. 

Kali pertama bayi anda mungkin akan demam 2-3 hari. Kali kedua mungkin sehari semalam sahaja. Alhamdulillah Zafri sekarang susah sangat nak pergi hospital kecuali cari penyakit sendiri. Cari penyakit apa? Cari penyakit jatuh kerusi sampai kepala berdarah baru lah nampak kitaorang kat hospital. Hehehe...

CERITA PN. HIDAYAH YANG MENYUSUKAN BAYI PRAMATANG 32 MINGGU SEHINGGA BERJAYA

Bayi pramatang ialah bayi yang keluar awal sebelum 37 minggu usia kehamilan. Keperluan bagi setiap bayi pramatang ialah susu ibu. Kebanyakkan ibu yang melahirkan bayi pramatang mempunyai masalah susu lambat keluar kerana bayi tidak menyusu secara terus pada payudara ibu. 


Untuk penghasilan susu ibu dengan cepat anda digalakkankan meransang payudara dengan menggunakan pam susu. Pengambilan Set Penyusuan juga sangat membantu meransang pengeluaran susu dengan cepat di samping memulihkan badan ibu yang baru lepas bersalin dengan cepat. Ikuti pengalaman Puan Hidayah yang mengambil Set Penyusuan untuk menyusukan bayi pramatangnya.


Jika anda mempunyai masalah seperti Pn. Hidayah, jangan lupa terus hubungi saya untuk mengetahui set penyusuan dan bagaimana menyusukan anak. Izinkan saya membantu anda!




CARA AJAR BAYI MENYUSU BOTOL

Setiap kali nak naik kerja atau pergi kemana-mana pasti ibu menyusu dilema nak mengajar bayi menyusu botol. Ada ibu yang berbotol-botol jenama di tukar kerana bayi tidak mahu. Hati gundah gulana nak tinggalkan anak pada pengasuh. Kedua-dua anak saya menyusu badan dan tiada masalah ketika mengajar bayi menyusu botol. 

Di sini saya nak kongsi tips bagaimana nak ajar bayi menyusu botol tanpa sebarang masalah:

  • Jangan ajar bayi menyusu botol ketika dalam pantang kerana ia akan menyebabkan bayi keliru puting dan mengakibatkan bayi menolak menyusu badan atau menyusu botol. Ini kerana menyusu botol lebih mudah dan tidak memerlukan usaha yang banyak untuk mengeluarkan susu akibat puting botol lebih besar berbanding payudara ibu. Payudara ibu perlu ransangan untuk mengeluarkan susu. Ada bayi yang sanggup menunggu dan tidak.
  • Ketika waktu menyusukan bayi, ibu jangan berada di sisi bayi. Seelok-eloknya minta suami atau penjaga yang memberi susu ibu dalam botol. Selalunya bayi tidak mahu menyusu kerana ada ibu berdekatan. Ajar suami atau pengasuh teknik penyusuan susu botol dengan betul.
  • Gunakan botol susu yang menyerupai payudara ibu seperti Tomme Tippie atau Mijumi.


  • Ikut panduan atau cadangan Jadual Latihan Pemberian Susu Ibu secara berperingkat atau bersesuaian.
  • Banyakkan berdoa. Doa dengan tuhan supaya di permudahkannya.
Selamat mencuba!

Lagi tips penyusuan:

DULU SAYA SEDIH FIKIRKAN MACAM MANA BANYAKKAN SUSU IBU TETAPI KINI SUSU SAYA DAH PENUH PETI AIS

Masa saya menyusukan Jasmine, teringat lagi memang penat sangat sampai struggle nak banyakkan susu ibu. Dekat pejabat selalu tertidur. 

banyakkan susu ibu merudum

Tambahan pula mertua duduk serumah. Takkan balik kerja terus masuk bilik. Susu merudum jangan cakap lah. Saya pernah dapat sekali pam hanya 3 oz. Hampa betul perasaan. Nengok kengkawan lain dapat 8-10 oz sekali pam memang cemburu sangat. Oh ya! Jasmine tidak menyusu badan secara terus. Setiap hari saya akan pam susu dan berikan susu ibu melalui botol. Dalam sehari saya wajibkan diri untuk mengepam sekurang-kurangnya 8 kali sehari. Saya dah macam zombi.


Bila mengandungkan anak yang kedua saya tekad saya mesti berubah! Saya nak susukan anak yang kedua ini sampai 2 tahun dengan penyusuan ibu secara terus. Apa yang saya buat persediaan menyusukan anak ialah:
  • Belajar dengan orang yang lebih berpengalaman dalam penyusuan
  • Sertai kumpulan sokongan penyusuan
  • Membaca blog berkaitan penyusuan
  • Mengamalkan pengambilan suplemen
Macam-mana saya buat? Meh sini saya nak share:

Belajar dengan orang yang lebih berpengalaman dalam penyusuan

Kebanyakkan orang-orang lama di dalam penyususan ibu telah mempunyai pengalaman menyusukan anak sehingga 2 tahun. Boleh di katakan setiap hari saya kan mesej inbox meraka untuk inginkan kepastian. Antara orang-orang yang saya maksudkan ialah kaunselor penyusuan ibu seperti Malaysian Breastfeeding Peer Conselor (MBPC). Anda boleh hubungi mereka untuk mengetahui kaunselor penyusan yang terdekat.


Sertai kumpulan sokongan penyusuan

Kalau duduk sensorang memang tak jadi apa. Akibatnya diri sendiri merana. Sertai kumpulan sokongan penyusuan. Kumpulan ini akan membimbing dan membantu dalam setiap permasalahan penyusaan anda. Kebanyakkan ahli kumpulan ini terdiri daripada wanita yang menyusukan anak. Perbincangan sesama ahli akan membantu. Antara kumpulan sokongan yang saya sertai ialah Kumpulan Ibu Menyusukan,

Membaca blog berkaitan penyusuan.

Sekarang ini dah macam-macam blog yang berkongsi tentang penyusuan susu ibu. Termasuk blog Sweet Mom Blog ini.. hehe. Cara penyimpanan susu ibu, cara banyakkan susu ibu, cara mengendalikan stok semasa traver dan lain-lain lagi. Memang seronok bila membaca pengalaman ibu-ibu ini.Kita juga bolrh bertukar-tukar pengalaman.


Mengambil suplemen atau makanan tambahan

Saya memang mempunyai masalah kepenatan badan yang melampau. Jadi saya ambil suplemen untuk memberikan tenaga sepanjang hari. Tambahan pula susu badan semakin lama semakin merudum. Jadi saya perlu cuba pelbagai alternatif untuk mencuba makanan banyakkan susu ibu. Tak sanggup nak berikan anak susu formula.. Alhamdulillah saya berjumpa Shaklee dan pengalaman hitam saya menyusukan akan hilang! Stok susu pon bertingkek-tingkek.. hehehe. Ada orang kata mereka tidak perlukan suplemen susu banyak juga. Oh, saya bukan jenis macam tu! Saya kalau penat sangat sampai mengigil dan tertidur semasa memandu. Ngeri aje..

Alhamdulillah. Sampai sekarang saya masih menyusukan si comel Zafri ni. Dah nak masuk 3 tahun pun. Hehe...Wean off? Rasa macam sedih lak..

Jika anda mengalami masalah susu merudum seperti saya usahakan! Jangan putus asa! Susu ibu adalah hak anak. Jika anda mengalami masalah penyusuan, anda boleh terus hubungi saya. Insyallah saya akan membantu sedaya mungkin.. 

See ya!


TESTIMONI ESP HILANGKAN PEDIH ULU HATI

Masalah sakit pedih ulu hati memang sangat menyiksakan. Lebih-lebih lagi jika lepas makan makanan pedas dan makan dalam keadaan tergesa-gesa. Rasa macam ada sesuatu yang tak lepas je kat ulu hati. Macam-macam cara nak hilangkan sakit pedih ulu hati tapi tak berkesan. 

masalah pedih ulu hati

Ada juga produk untuk melegakan pedih ulu hati lepas makan seperti Gaviscon, ENO dan macam-macam lagi. Tapi sampai bila nak bergantung pada produk tersebut.

Saya memang pengamal tegar ESP ni sebab saya suka rasanya. Pastu boleh buat macam-macam smoothies. Boleh camput strawberry ke, mangga ke, nenas ke atau macam-macam. Kira ala-ala macam smoothies yang mahal-mahal kat restoran tu. Nak beli hari-hari macam tak mampu lak. Baik buat sendiri di rumah.

Lagipun macam-macam khasiat boleh dapat bila minum ESP ni walaupun suka-suka. Tak de lah membazir sangat. Kenyang dapat.. sihat pon dapat. 

Antara khasiat ESP ialah:
● Memutihkan kulit
● Menganjalkan kulit
● Mencantikkan kulit supaya tidak kusam
● Menghilangkan pedih ulu hati. Sangat sesuai untuk pesakit gastrik kerana ia mengawal kadar asid di dalam perut.
● Menguatkan rahim
● Memberi tenaga yang pantas dan berpanjangan.
● Membantu menguruskan badan
● Memperbanyakkan air susu ibu
● Mempercepatkan luka pembedahan pulih
● Meransang penghasilan susu badan dengan cepat.
● Menghilangkan parut jerawat , parut pembedahan


Bestkan? Sambil-sambil minum minuman kegemaran semakin cantik dan sihat. Ni lah wajahku setelah mengamalkan ESP secara konsisten. Nak interprem sket..


Ini adalah testimoni pengguna yang telah hilang pedih ulu hati atau gastrik kerana mengamalkan ESP.

Testimoni ESP Shaklee

Harga 1 canister ialah RM 150.00. Nak jimat? Daftar keahlian Shaklee untuk penjimatan kesemua produk Shaklee..

PUNCA KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU

3Zaman sekarang ini adalah evolusi penyusuan susu ibu. Rata-rata ibu mengandung yang ditemui kini ingin menyusukan anak dengan susu ibu walaupun berkerja. Ia adalah kesedaran yang membanggakan. Namun tidak terkecuali ada yang gagal dalam merealisasikan penyusuan susu ibu.
Apakah punca kegagalan penyusuan susu ibu?

♡ Kurang ilmu penyusuan. Ilmu penyusuan susu ibu sangat penting untuk menghadapi saat turun naik menyusukan anak. Ilmu penyusuan susu ibu boleh dicari di internet atau berjumpa dengan kaunselor penyusuan. Ia harus dipelajari sejak bayi di dalam kandungan lagi. Anda boleh sertai kelas-kelas penyusuan ibu yang dianjurkan NGO atau kumpulan sokongan ibu menyusukan.

♡ Tidak mendapat sokongan daripada pasangan atau orang sekeliling. Suami memainkan peranan penting dalam hal ini tetapi jika suami sendiri tidak menyokong penyusuan ibu bagaimana ya? Ibu-ibu boleh mengajak suami pergi ke kelas penyusuan ibu supaya suami lebih terdedah dengan kebaikan susu ibu. Anda juga boleh memberikan risalah daripada hospital atau buku penyusuan. Jika orang tua yang tidak menyokong penyusuan ibu, berbincanglah dengan baik tentang kepentingan dan khasiat susu ibu. Selalu mereka tidak menyokong penyusuan susu ibu kerana tiada pendedahan atau lebih mempercayai iklan susu Formula.

♡ Memberikan puting tiruan atau botol terlalu awal. Bayi selalunya keliru samada puting ibu atau puting tiruan. Selalunya bayi akan memilih puting tiruan kerana ia lebih mudah dan cepat mengeluarkan susu berbanding puting ibu yang mengambil masa. Walaupun susu ibu yang diletakkan di dalam botol susu, tetapi ia akan mengurangkan stimulasi di payudara ibu dan sekaligus akan mengurangkan pengeluaran susu ibu.

♡ Waktu mengepam susu yang tidak teratur dan selalu membiarkan payudara membengkak. Konsep asas penyusuan susu ibu ialah demand and supply. Jika anda mengurangkan sesi mengepam susu, otak akan menerima isyarat bahawa susu sudah mencukupi dan tidak perlu menghasilkan susu lagi dan susu ibu akan kurang.

♡ Tidak menjaga pemakanan. Pemakanan yang berkhasiat dan lengkap sangat penting dalam penghasilan susu ibu. Bahan utama penghasilan susu ibu ialah karbohidrat, protien dan serat. Jika anda mengambil pemakanan secara seimbang bagaimanakah susu ibu akan terhasil?

♡ Selalu berada dalam keadaan stress. Musuh utama penyusuan ibu ialah stress. Apabila ibu berada di dalam stress selalunya susu ibu akan merudum. Oleh itu elakkan stress dan cuba pelbagai aktiviti yang mencegah stress. Macam saya bila saya stress, saya lebih gemar window shopping bersama dengan rakan-rakan atau semasa mengepam susu saya gemar melayan media sosial sedar-sedar je susu dah penuh.

Nasihat saya untuk ibu yang menyusukan dan sedang mengalami saat susu merudum, penyusuan susu ibu ini memang penuh dengan cabaran dan hanya ibu-ibu yang kuat dan cintakan anak yang sanggup menghadapinya.

Saja juga pernah melalui susu merudum tetapi saya kuatkan semangat dan carikan ibu susuan untuk Zafri. Apabila pengeluaran susu ibu telah pulih, saya terus menyusukan anak dengan susu ibu sendiri. Tiada salahnya anak kita mempunyai ibu susuan. Bahkan bertambah erat kasih sayang sesama kita.

Anda juga meminati:

BUTIK PAKAIAN IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU ONLINE

Ibu-ibu yang mengandung dan menyusu pasti mempunyai citarasa yang tinggi dan ingin kelihatan cantik di mata suami dan orang sekeliling. Sekarang ini dah banyak butik pakaian menyusu online yang cantik-cantik bajunya untuk digayakan. Sangat selesa dan cantik. Saya juga memang selalu rambang mata dengan rekaan-rekaan mereka yang cantik. Antara butik-butik yang saya lelalu terjah ialah:

ANTARA BUTIK PAKAIAN ONLINE IBU MENGANDUNG DAN MENYUSU IALAH:


  1. http://www.ibumanja.com/
  2. http://leneleen.com/
  3. http://zaifaavalleys.blogspot.com/
  4. http://norzibeautilicioushouse.blogspot.com/
  5. http://www.hafreen.com/
  6. http://aqeela-muslimah.com/
  7. http://guguproduct.blogspot.com/
  8. http://www.autumnz.com/
  9. http://www.butikdeeja.com/
  10. http://mumdreams.com.my/
  11. http://www.cikguazleen.com/
  12. http://www.adrinis.com/
Jom layan beberapa keping gambar baju menyusu.. Nanti boleh sambarr..

Set penyusuan susu ibu Shaklee


Set Penyusuan susu ibu Shaklee

Kalau nak cari Set Penyusuan Bayi untuk ibu yang susu ibu sikit, susu ibu merudum, nak tambah berat badan anak saya ada sediakan. Boleh juga jika nak menimba ilmu penyusuan susu ibu. Jangan malu dan segan untuk hubungi saya untuk mengetahui set penyusan yang sesuai.

CARA MEMUJUK BAYI NURSING STRIKE

Ibu menyusukan anak pasti runsing hendak meninggalkan bayi jika pergi berkursus berada di luar kawasan. Selain hendak menguruskan stok susu EBM, ibu menyusukan anak juga perlu bersedia untuk menghadapi keadaan Nursing -Strike iaitu keadaan bayi menolak untuk disusukan. Apakah Nursing Strike? Nursing Strike ialah penolakkan bayi menyusu badan.

Bayi menolak menyusu badan


Punca-punca Nursing Strike ialah:
  • Mastitis - Susu ibu berkurangan setelah demam atau jangkitan kuman dan kandungan garam tinggi di dalam badan menjadikan susu sedikit masin.
  • Theeting - Proses pertumbahan gigi. Ada bayi yang menyusu kerap dan ada juga yang tidak mahu menyusu langsung. Zafri pada waktu ini di memang suka sangat menggigit.
  • Masalah kesihatan - Bayi yang demam, sakit tekak, hidung tersumbat dan sakit telinga juga boleh menganggu penyusuan. Anda boleh menyusukan bayi dalam keadaan footbal atau duduk.
  • Diganggu adik beradik lain ketika menyusu
  • Berpindah ditempat baru
  • Ibu berjauhan lama dengan bayi
  • Ibu over react ketika bayi menggigit puting.


Bagaimana hendak memujuk bayi yang mengalami Nursing Strike:
  • Bayi mungkin tidak mahu menyusu kerana aliran susu terlalu laju. Ibu-ibu boleh perahkan terlebih dahulu sebelum menyusukan bayi agar aliran susu berada dalam keadaan yang baik dan puting lebih panjang.
  • Kerapkan menyusu. Susukan bayi sebelum bayi terlalu lapar atau sebelum bayi menangis.
  • Susukan bayi dalam keadaan bayi mengantuk atau baru terjaga dari tidur.
  • Cari tempat menyusu yang lebih sesuai, tanpa gangguan, bilik yang sunyi dan malap.
  • Susukan dalam keadaan bergerak seperti berjalan, berendoi dan mengenjut.
  • Lakukan sentuhan kulit ke kulit sekerap yang mungkin.
  • Latih bayi menghisap jari telunjuk atau jari kelingking untuk melatih bayi menjatuhkan lidah sebelum menyusu.
  • Jika bayi tidak mahu menyusu kerana aliran susu perlahan, pastikan ibu tidak memerah sebelum menyusukan.
  • Sekiranya bayi membuat ragam ketika ibu memujuk, berhenti dulu dan tenangkan bayi, cuba lagi sehingga berjaya.
Biasanya tempoh ini tidak akan lama (bergantung pada bayi). Ibu-ibu juga perlu memerah susu seperti biasa untu mengelakkan susu ibu berkurangan. Penggunaan botol perlu dielakkan. Ibu-ibu boleh mencuba menggunakan picagari, sudu atau cawan. Ini bagi bertujuan mengelakkan bayi keliru puting. Jika terdesakl, guna pusting yang lambat aliran keluarnya.

Selamat mencuba!!

SAAT TERINDAH - MENYUSUKAN ANAK

Menyusukan anak adalah perkara yang paling terindah bagi seorang wanita yang bergelar ibu. Saya suka bila lihat bayi yang di kandung itu membesar dengan susu daripada syurga. Pelbagai cabaran menyusu yang di tempuhi seperti luka, digigit, susu merudum, tiada sokongan ahli keluarga dan lan-lain menyebabkan saya kuat untuk memberikan anak yang terbaik.

Menyusukan anak ini, tidak mengikut keturunan ada susu banyak ke tidak, payudara kecil sikit susu tapi payudara besar banyak susu... Salah tu adik..adik... Konsep asas penyusuan ialah 'Demand and Supply'... Lagi banyak permintan lagi banyak susu akan dikeluarkan..

Jangan bergantung harap kepada milkbosster sebab nanti anda yang merana.. Sesuatu milkbosster itu tidak akan bertahan lama jika anda tidak mengamalkan konsep demand and supply ni.. 

Antara milkboster saya menyusukan anak ialah:

  • Sambil pam sambil melayan FB atau media sosial lain. nengok-nengok je dah penuh... hehehe.. otak kita pon jadi leka dan tidak stress memikirkan susu cukup atau tidak
  • Pam ikut masa yang di tetapkan - jangan skip!!! Nanti bengkak... sakit!! Lepas tu susu mesti kurang... bila susu kurang mesti stress... Susu kurang sebab otak terima signal jangan keluarkan susu sebab susu dah cukup..
  • Walaupun berkursus saya tetap mengepam dan meminta 'excuse' daripada penceramah tentang niat saya mengepam susu ibu... Jangan tak percaya, rata-rata semuanya menyokong penyusuan ibu... Buat apa nak malu!! Vangga mak nak!!
  • Set Penyusuan Shaklee - Ni bukan semata milkboster aje tau tapi sebagai makanan pelengkap mana nutrien yang terkurang. Saya ni nak kata minum susu 2 gelas sehari tidak la.. makan sayur pun kalau jumpa aje la.. hehehe. Bila stress konpem susu merudum, bila sakit konpem susu merudum jadi penyelesaiannya Set Penyusuan Shaklee la.. hehehe.. (konsep asas wajib di patuhi ye..
Jom layan gambar yang super comel ni!! Anak saya sebijik macam ni tau siap korek hidung mak dia.. Sabauuu jer la!!!


GIGI RAPUH SEMASA KEHAMILAN DAN PENYUSUAN

Ibu mengandung seringkali di bekalkan oleh klinik kesihatan asid folic, zat besi dan obimin. Jarang sekali mereka dibekalkan KALSIUM sedangkan kalsium adalah salah satu nutrient yang sangat penting dalam tumbesaran bayi di dalam kandungan. Permasalahan yang sering dihadapi oleh ibu hamil dan menyusu ialah gigi rapuh, gigi berlubang, kaki kejang, sakit pinggang dan sakit kepala.


Keperluan kalsium setiap orang

Kalsium merupakan nutrient yang penting untuk semua peringkat umur bukan hanya untuk bayi dan orang tua. Ibu hamil dan menyusu memerlukan kalsium tambahan lebih daripada orang biasa kerana untuk menampung tumbesaran tulang bayi. Bercerita pada pengalaman saya, saya mengandungkan anak yang pertama dan kedua agak rapat. Tahun 2012 dan 2013. Semasa mengandungkan anak yang kedua saya masih menyusukan anak yang pertama kerana pada masa itu anak yang pertama baru 7 bulan setengah. Memang terasa sangat badan lemah-lemah, selalu kejang kaki dan lutut sakit ketika mengandung. Padahal waktu itu kandungan baru berusia 3 bulan. Saya minum fresh milk tapi tak banyak sebab tak lalu. Jadi penyelesaiannya, saya mengambil Ostematrik, Ostematrix adalah pil kalsium untuk orang yang tidak boleh minum susu. Gigi dan lutut pun dah jarang sakit.

Apakah Ostematrix?



Ostematrix Shaklee diperbuat daripaa kalsium, magnesium, fosforus dan vitmin D, zinc, kuprum, manganes dan boron iaitu mineral daripada Laut Mati. Kajian membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang berumur secara berkesan.

Vitamin D: Mampu merawat penyakit ricket. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus dan meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan rangka, Individu yang patut mengambil vitamin D ialah orang yang kurang terdedah daripada matahari, individu yang berur lebih daripada 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak.

Magnesium: Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. . Ia membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf otak, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, menghalang endapan kalsium,

Zinc, boron, manganes dan kuprum: Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.



Tips pemilihan tablet kalsium premium:


  • Pilih produk yang mempunyai Vitamin D dan Magnesum
  • Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses penyerapan mineral.
Ingin membeli Ostematrix? Sila klik disini:


Sila hubungi saya untuk mengetahui cara makan.

TIPS MENGEKALKAN PENGELUARAN SUSU IBU

Pengeluaran susu ibu ada pasang surutnya. Ada masa banyak, ada masa sedikit. Selalunya ibu dalam pantang mempunyai susu ibu yang banyak kerana pada waktu ini hormon prolaktin (hormon penyusuan) sangat tinggi dan badan masih belum pandai untuk menyeimbangkan hormon ini. Apabila bayi hampir ke 2 bulan barulah badan pandai menyeimbangkan hormon prolaktin. Sebab itu, ramai para ibu mengeluh kerana susu ibu sikit bila habis pantang.

Saya dulu masa menyusukan anak yang pertama juga macam tu sebab tidak faham rupanya semasa berpantang kena pam susu untuk mengekalkan momentum penghasilan susu ibu! Jadi apakah penyelesaiannya? Antara tips yang saya akan kongsikan untuk panduan ibu-ibu untuk mengekalkan kuantiti susu ibu yang saya amalkan ialah:

  • Breastpump yang efektif
Pam yang berkualiti sangat membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan proses pengepaman. Pam heavy duty sangat diperlukan untuk proses pengepaman yang kerap. Selalunya pam yang kurang berkualiti akan menyebabkan payudara sakit dan akan membantutkan pengeluaran susu ibu. Pam yang bagus ialah pam yang tidak menyakitkan!

  • Ketetapan masa mengepam
Ketetapan waktu mengepam sama penting dengan kekerapan mengepam kerana tanpa waktu yang tetap badan akan konfius dengan signal yang diberikan.Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Jika mengepam susu secara tidak teratur, anda akan merasa susu seperti ada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini anda pam jam 7 pagi esoknya anda pam jam 10 pagi. Payudara akan membengkak dan akan menghantar signal pada otak yang susu dah cukup. Jadi pada hari berikutnya susu akan sedikit pada jam 7 pagi dan semakin merudum. Pengepaman masa yang teratur sepatutnya dilakukan sebanyak 5-8 kali. Lakukan pada waktu yang sama setiap hari. 

  • Buat jadual pengepaman susu ibu yang sistematik  
Buat jadual untuk memudahkan proses mengepam. Lakukan seperti bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali. Dengan jadual penyusuan ibu, ibu akan lebih berdisiplin lagi. Zaman sekarang teknologi semakin canggih, terdapat beberapa perisian di dalam iTune atau Play Store tentang jadual penyusuan ibu.

MENYUSU KETIKA MEMANDU

Ada sesetengah ibu tidak dapat mengelak daripada menyusukan ketika memandu. Keadaan ini berlaku kerana tiada orang lain seperti suami atau orang terdekat membantu. Keadaan ini sangat membahayakan kerana ia merbahaya pada ibu dan anak serta orang sekelilingnya.

Namun bergitu terdapat segelintir ibu 'terpaksa' melakukannya kerana tiada orang lain. Dahulu ketika anak-anak saya masih bayi, saya juga mengalami benda yang sama. Selagi tidak disusukan, selagi tu lah dia melalak.

Apa yang saya buat dalam situasi ini saya akan berhenti kereta di tempat yang selamat dan menyusukannya. Selain itu, saya akan memasang CD al-quran atau zikir untuk mententeramkan bayi. Selalunya bayi yang menangis ini samada dia lapar, mengantuk atau buang air besar. Jika kesemuanya ok insyallah bayi jarang meragam. Tidak ketinggalan juga, berikan soft toy pelbagai tektur untuk melekakannya.

Peringatan untuk ibu-ibu yang memandu ketika menyusu, kelajuan melebihi 40 km/sejam akan menyebabkan bayi anda terpelanting keluar. Fikirkan ketika break kecemasan, bagaimanakah keadaaan bayi ketika tersepit di stereng kereta. Walau apapun alasan fikirkan anak dan keluarga yang tersayang..  Renung-renungkan, selamat beramal...

PUNCA SUSU IBU KURANG IALAH.....

Assalamualaikum everibadi... Sorry semalam tak hapdate blog sebab terpengsan bersama anak-anak. Hehehe.. Bila anak-anak dah tidur baru ibu dia boleh buat kerja. Okeyy, hari ini saya nak share kenapa susu ibu kurang. Sedihkan bila kita betul-betul berhajat nak susukan anak kita tiba-tiba susu ibu kurang.. Ishk! Nak nanges rasanya.. Dalam pantang banyak je tapi habis jer pantang terus susu merudum.. Huhuhu... Maka bertanyalah para ibu yang kesedihan ini pada kengkawan dan media sosial. Ayat yang biasa keluar ialah 'Nak banyakkan susu makan ape eh?' Isk... ishk.. ishk.. nanges lagi ni.. tambahan pula bayi meraung-raung nages nak susu.


Okeyy, soalan itu sepatutnya di tukarkan kepada 'Nak banyakkan susu kena buat apa eh?' Tapi sebelum tu saya nak terangkan punca-punca susu ibu kurang. Sebenarnya banyak aspek tetapi antaranya:


  • Tidak menyusukan bayi pada waktu yang di tetapkan- sepatutnya 2 jam sekali
  • Skip waktu menyusukan bayi-bila bayi terus tidur atau kejutkan atau tidak mengepam
  • Skip waktu mengepam- Bila ada hari-hari yang sibuk jer mesti skip mengepam sampai sakit-sakit payudara. Tidak boleh buat macam ni sebab nanti kilang susu akan bagi isyarat susu dah cukup dan tidak perlu keluarkan susu.
  • Tidak makan makanan yang berkhasiat- Makan jajan, fast food, makanan yang tidak seimbang
  • Stress- Kepala terlalu semak nak memikirkan masalah anak-anak, suami, pejabat dan seangkatan dengannya.
  • Menggunakan puting tiruan- Nak bagi bayi senyap je terus sumbat puting kosong. Huhuhu... tak boleh sayang-sayang sebab nanti bayi akan keliru puting. Bila dia dah keliru puting terus tak nak menyusu dengan kita. Masa yang seelok-eloknya nak ajar gunakan puting botol ialah 2 minggu sebelum masuk kerja. Gunakan puting menyerupai payudara ibu seperti jenama Tomme Tippie, MAM, Pigeon dan lain-lain jenama.
  • Mengandung- Semasa mengandung hormon prolaktin akan bertukar kepada hormonestrogen dan progesteron yang akan menyebabkan susu ibu kurang.



Jadi apakah cara untuk tingkatan penghasilan susu ibu?

KONSEP ASAS PENYUSUAN IALAH 'DEMAND AND SUPPLY'. Selagi ada permintaaan penyusuan selagi itu lah susu banyak. Semakin banyak kita menyusukan bayi semakin banyak susu ibu. Bukannya apa, ransangan hisapan bayi itu sangat penting untuk stimulasi pengeluaran susu. Walau kita makan seberapa banyak makanan penggalak susu ibu tetapi tidak amalkan konsep 'demand and supply' jangan harap la susu ibu akan banyak. Yang penting sekali SEMANGAT! SEMANGAT! SEMANGAT! NAK SUSUKAN ANAK SEBAB NAK BERIKAN TERBAIK UNTUK ANAK! NAK ANAK MEMBESAR SIHAT DAN BIJAK! SABAR! SABAR! SABAR! ADA GANJARAN YANG ALLAH BERIKAN PADA IBU-IBU YANG SABAR! BANYAKKAN DOA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN PENYUSUAN! AMEENN..

Nakkan tip-tips banyakkan susu ibu? sila baca link ini.. selamat beramal...

SET BERPUASA SHAKLEE

Assalamulaikum korang... Moga sentiasa sihat dan dilindungi Allah. Hari ini saya nak share tentang cara mengatasi keletihan berpuasa di bulan Ramadhan. Saya tau bila masuk bulan Rejab dan Sya'ban jer masing-masing pecut nak ganti puasa (termasuklah saya hehehe). Tambahan pula ketika itu tengah menyusukan anak, lagilah risau susu merudum. Takut susu tak cukup untuk anak. Jangan risau dan buat bertenang.. Hehehe.. Masuk tahun ini dah hampir 2 tahun saya menyusukan Zafri, memula tu memang lah rasa takut susu tak cukup tapi saya lawan perasaan hati dan berfikir secara positif susu sentiasa ada, alhamdulillah susu banyak dan Zafri tidak meragam. Jadi apa yang saya makan dan lakukan untuk kekal cergas di bulan puasa?


Antara perkara yang saya lakukan ketika bulan puasa untuk memastikan badan sentiasa cergas dan susu banyak ialah:

1. Melewatkan sahur - Agak-agak lagi setengah jam nak imsak dah boleh mula bersahur.
2. Bersahur dengan makanan tinggi karbohidrat dan protien kerana karbohidrat membantu memberi tenaga manakala protein membantu meransang penghasilan susu.
3. Berbuka awal - Jangan lambatkan masa berbuka puasa. Berbuka sekurang-kurang sebiji kurma dan segelas air. Apabila Selesai solat baru lah menjamah makanan berbuka puasa.
4. Memerah susu pada waktu yang ditetapkan dan menambah waktu perahan jika hasil perahan sedikit. Ibu seharusnya menambah waktu perahan pada waktu malam kerana hormon penyusuan sangat banyak ketika ini.
5. Mengamalkan Set Berpuasa Shaklee iaitu Set Mighty Gem yang terdiri daripada Mealshake, ESP dan Performance Drink. Alhamdulillah rasa kepenatan teramat tu kurang dan susu sentiasa ada. Set ini juga sangat sesuai diambil untuk kita yang lewat bangun sahur. Jom lihat apa yang ada dalam Set Berpuasa Shaklee:


MEALSHAKE
Mengandungi 24 jenis vitamin dan mineral yang penting untuk tumbesaran. Ia juga kaya dengan protien yang membantu menyihatkan sel-sel tubuh.
Lengkap dengan vitamin B-Complex dan Besi untuk membentuk sel darah merah yang sihat.
Minuman multivitamin perisa vanilla yang lengkap tanpa pewarna dan gula tiruan.
Ia juga kaya dengan serat larut yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan dari kolon dan perut.

PERFORMANCE DRINK
Merupakan minuman elektrolik yang membekal tenaga dan mencegah tubuh daripada kekurangan air.Ia juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Ia juga amat sedap dan berperisa Oren. Performance Drink juga membantu ibu menyusu kekal cergas dan memastikan bendalir di dalam tubuh stabil kerana menyusu.

Energizing Soy Protein (ESP)
Membantu memberikan rasa kenyang berpanjangan sepanjang hari dan memberikan tenaga dengan pantas. Ia juga sangat sesuai untuk ibu menyusu tetapi mahu kurus kerana kandungan asasnya adalah non-GMO soy protien. Protien sangat bagus untuk penghasilan susu badan yang cepat.

Cara makan: Korang boleh campurkan ketiga-ketiga minuman ini bersama minuman kegemaran. Saya selalu makan bersama oat biskut creaker aje,

Jadi tempahlah sekarang untuk memastikan hari-hari berpuasa korang bukan waktu yang menyiksakan...


Untuk pertanyaan lanjut dan konsultansi boleh terus hubungi saya:

Saya adalah agen Shaklee anda!!

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668

FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/

FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:

:) Jadual pemakanan PERCUMA

:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..

RAHSIA SUSU IBU BANYAK

Assalamualaikum.. Rasa terpanggil amat nak share tentang pengalaman saya menyusukan anak yang kedua ini. Alhamdulillah sudah hampir tahun saya menyusukan Zafri. Zafri pun seperti tidak mahu 'wean-off'. Insyallah saya akan extended breastfeeding. Saya tahu ramai para ibu teringin sangat nak menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu seawal 0 - 6 bulan seterusnya sehingga 2 tahun. Namun begitu terdapat beberapa cabaran penyusuan susu ibu terpaksa dihadapi seperti susu ibu sedikit, susu ibu merudum, tiada sokongan ahli keluarga dan lain lain lagi. Baiklah, disini saya kongsikan sedikit tips rahsia susu ibu banyak untuk panduan ibu-ibu tersayang dan kaum bapa yang memahami.

RAHSIA SUSU BANYAK 1:

Sebaik sahaja bayi dilahirkan ciptalah bonding yang pertama dengan bayi iaitu meletakkan bayi di dada ibu. Perasaannya amat lain. Bayi akan segera dan pandai mencari puting payudara ibu. Ibu bapa boleh meminta kebenaran daripada jururawat untk meletakkan bayi di dada. Susu kan bayi dengan susu ibu sewal jam pertama kelahiran. Pada awalnya memang ada sesetengah bayi tidak pandai menghisap puting payudara ibu, tetapi ibu boleh mencuba dengan memasukkan sedikit jari kelingking di dalam mulut bayi dan bawa mulut bayi itu ke puting payudara. Apabila bayi telah pandai menghisap, lepaskan perlahan-lahan dan masukkan mulut bayi ke puting payudara. Pastikan keseluruhan ‘areola’ (kawasan puting) dipenuhi dengan mulut bayi. Ini bertujuan untuk mengelakkan rasa sakit dan perit ketika menyusu. Pada peringkat ini, pasti ada individu akan cakap bayi tak kenyang minum susu ibu dan perlu ditambah dengan susu formula/ nestum. ABAIKAN!! Kerana perut bayi baru sebesar buah anggur, jika bayi menangis dia hanya nak bonding dari ibunya sahaja dekat dengan jantung. Selama 9 bulan 10 hari bayi dengar denyupan bayi ibunya, secara tiba-tiba bunyi itu hilang dan digantikan bunyi bising. Bayi takut dan menangis adalah salah satu espresi meluhkan perasaan.

RAHSIA SUSU BANYAK 2:

Susu kan bayi sekerapnya untuk ransangan / stimulasi pengeluaran susu ibu dengan segera. Lagi banyak waktu bayi menyusu bersama ibu, lagi banyak susu akan keluar. Menyusukan bayi sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Pada saat ini, ada sesetengah ibu mengalami puting luka kerana hisapan bayi. Petua puting luka ialah sapukan kembali air susu ibu di tempat yang luka itu. Ibu-ibu haruslah bersabar menghadapi situasi ini kerana secara jelas proses itu adalah lambang kasih sayang ibu kepada anaknya yang sanggup berkorban. Para bapa haruslah memberikan kata-kata semangat pada ibu meneruskan penyusuan ibu.

RAHSIA SUSU BANYAK 3:

Perah susu ibu seawal 4 hari kelahiran bayi. Ibu boleh memerah dengan menggunakan tangan, pam susu manual atau pam susu elektrik (mengikut keselesaan). Pam yang bagus ialah pam yang tidak menyakitkan dan menyerupai hisapan bayi. Pada permulaan proses mengepam memang akan hanya keluar angin sahaja kerana otak masih belum menerima signal ‘demand’ pertambahan keperluan susu ibu. Lakukan pemerahan pada waktu yang sama. Macam saya dulu, lepas bayi menyusu saya akan terus mengepam. Tetapi jika bayi terlambat menyusu saya akan mengepam dahulu. Jangan risau kerana susu yang dikeluarkan itu akan terhasil dengan cepat dan bayi akan kenyang.

RAHSIA SUSU BANYAK 4:

Semasa di dalam pantang / berada di rumah seelok-eloknya beri bayi susu ibu secara terus kerana khasiat susu ibu terpelihara daripada susu ibu perahan (EBM) kerana tidak terdedah dengan perubahan suhu panas sejuk. Susu susu ibu perahan boleh digunakan jika ibu kembali berkerja atau pergi keluar rumah.

RAHSIA SUSU BANYAK 5:

Amalkan konsep ‘Demand and Supply’. Selagi mana ada permintaan kepada payudara, selagi itulah susu akan keluar dengan banyaknya. Jangan biarkan payudara membengkak kerana bayi tidak menyusu atau mengepam. Ia akan menyebabkan susu berkurangan secara automatic kerana payudara menghantar signal ke otak susu sudah mencukupi.

RAHSIA SUSU BANYAK 6:

Disiplin dan jati diri dalam penyusuan sangat penting kerana ia melibatkan diri sendiri. Katakanlah bayi memerlukan 18 oz sehari semasa dihantar ke penjaga/ taska, maka ibu harus membawa balik dari pejabat sebanyak 18 oz. Jika tidak mencukupi 18 oz sehari maka ibu perlu menambah waktu mengepam untuk mencukupkan 18 oz itu. Ibu bole bangun pagi untuk memerah susu kerana waktu pagi dinihari , hormone penyusuan sedang banyak dan susu juga akan banyak. Waktu perahan saya ialah sebelum pergi kerja (6.30 pagi), 10.30 pagi, 2.30 petang dan 5.30 petang (sebeum balik kerja). Alhamdulillah, boleh membawa pulang 30 oz sehari.

RAHSIA SUSU BANYAK 7:

Perbanyakkan Doa moga ditambahkan susu ibu dan di permudahkan perjalanan menyusukan sehingga 2 tahun. Antara zikir yang boleh diamalkan ialah Ya-Matin 1000 x (ikut kemampuan). Klik disini untuk doa memperbanyakkan susu ibu.

RAHSIA SUSU BANYAK 8:

Banyak berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang menyokong penyusuan susu ibu. Sekarang ini dah bermacam-macam Breastfeeding Support Group yang di tubuhkan. Galilah ilmu, banyakkan bertanya jika tidak faham.

RAHSIA SUSU BANYAK 9:

Dapatkanlah sokongan daripada keluarga terdekat terutamanya suami tentang penyusuan ibu. Kebanyakkan suami tidak menyokong kerana tidak faham Kehebatan Penyusuan Ibu dan terpedaya dengan iklan-iklan di televisyen. Ibu-ibu boleh mengambil risalah daripada Hospital Rakan Bayi yang menyokong penyusuan susu ibu ini dan berikan pada suami, ibu-bapa, mertua dan ipar duai serta rakan sekerja.

RAHSIA SUSU BANYAK 10:

Mengambil makanan tambahan untuk menambah susu ibu. Makanan tambahan untuk menyusukan bayi perlu jika ibu kerap penat dan letih serta tidak dapat memenuhi pyramid pemakanan. Seperti saya, saya mengamalkan Set Penyusuan Premium Shaklee untuk kesan yang lebih optimum. Sepanjang saya menggunkan Set Penyusan Shaklee, badan kurang rasa penat, kurang stress dan susu pun banyak. Apabila kita tidak stress, secara automatic susu akan keluar dengan banyak kerana hormone prolactin adalah hormone yang anti-stress.
Terdapat beberapa Set Penyusuan Shaklee yang di cadangkan iaitu:

Set Penyusuan Budget (ESP + Alfalfa)

ESP: RM 150.00
ALFALFA (S): RM 53.75


Set Penyusuan Optimum (Bcomplex + VitaC + Vitalea + Alfalfa + ESP + Ostematrix)

ESP: RM 150.00
VitaC: RM 92.50 (180 biji)
BComplex:RM 53.75 ((120 biji)
Vitalea: RM 88.75 (120 biji)
Alfalfa (S): RM 53.75 (330 biji)
Ostematrix: RM 61.00 (120 biji)

Multivitamin ini tahan sehingga 3-4 bulan


Untuk pertanyaan lanjut dan konsultansi boleh terus hubungi saya:

Saya adalah agen Shaklee anda!!

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668

FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/

FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:

:) Jadual pemakanan PERCUMA

:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..

KHASIAT SUSU IBU DAN PENYUSUAN BADAN

Saya teringat masa mula-mula saya mengambil keputusan untuk menyusukan anak. Ramai yang mencebik seolah-olah susu ibu ini tiada kualiti. Memang sangat susah nak meyakinkan orang terutama sekali suami yang langsung tidak percaya kebaikan susu ibu. Dia lebih terpengaruh dengan iklan-iklan di media massa. Katanya saya suka makan benda merapu atau tidak berkhasiat nanti susu anak jadi tidak berkhasiat. Setelah saya berdoa dan menyakinkan suami dengan risalah-risalah kebaikan susu ibu barulah dia boleh terima. Dia masih lagi mencari susu yang terbaik untuk diberikan kepada Jasmine bawah setahun tetapi tak jumpa dan rata-rata di tin susu formula tertulis ‘Susu ibu adalah yang terbaik’ barulah dia benar-benar percaya.



Saya ingin memberikan susu ibu kepada anak-anak saya kerana saya percaya dengan khasiat dan kebaikkannya. Ini adalah bukti dan kajian yang dilakukan tentang keberkesanan susu ibu. Saya ambil keratan akhbar ini di Berita Harian bertarikh 31 Disember 2013.


Bestkan? Memang banyak sangat khasiat susu ibu dan penyusuan badan ini. Jom saya kongsikan kebaikan susu ibu.

Antara khasiat susu ibu ialah:

  • Bayi jarang terkena serangan penyakit kerana di dalam susu ibu mempunyai antibodi yang tinggi yang membantu bayi melawan serangan penyakit.
  • Bayi lebih mudah belajar dan menerima ilmu kerana susu ibu meningkatan tahap perkembangan otak dan sistem saraf
  • Bayi lebih mudah menghadam susu ibu dan dapat mengelakkan kolik dan risiko sembelit yang teruk
  • Sistem immune bayi bertambah kuat dan dapat mengelakkan daripada alergi, asthma, obesiti dan lain-lain lagi.
  • Susu ibu terhindar daripada bahan kimia merbahaya. Kita pernah dikejutkan di dalam susu fomula terdapat sejenis bahan kimia ‘melamine’ dan boleh menyebabkan kanser dan tumbesaran bayi terbantut.
  • Penyusuan badan membantu membangunkan emosi rohani dan sahsiah bayi
  • Rasa susu ibu berubah-ubah mengikut apa yang ibu makan sekaligus memperkenalkan pelbagai jenis makanan pada bayi. Saya selalu cakap dengan Zafri ‘Hari ini kita minum susu durian ye’

Apakah kebaikkan susu ibu pada ibu?

  • Rahim/ uterus ibu cepat mengecut
  • Vagina bertambah ketat
  • Membantu ibu kurus dengan lebih cepat kerana semasa penyusuan tubuh membakar sebanyak 500 kalori.
  • Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.

Apakah kebaikan susu ibu kepada bapa?
  • Kaum bapa tidak perlu mengeluarkan belanja untuk membeli susu fomula.
  • Hubungan seksual lebih bermakna kerana penyusuan ibu merapatkan faraj. Ibu menyusukan tidak perlu memakan jamu untuk merapatkan faraj selepas bersalin.

Bagaimana kaum bapa boleh melibatkan diri dalam penyusuan susu ibu?
  • Bapa boleh memberikan bayi susu ibu melalui botol. Bayi juga akan menerima sentuhan kasih sayang (bonding) daripada bapa.
  • Urut isteri yang keletihan menyusukan anak dan sediakan secawan susu suam. Apabila suami buat sebegini pasti isteri gembira.
  • Belikan isteri makanan tambahan (supplemen) untuk kesihatan. Tidak perlu tunggu isteri mengadu kepenatan sebab menyusukan anak, mengurus hal rumahtangga dan berkerja memang sangat memenatkan. Isteri berkorban untuk suami juga jadi apa salahnya berikan hadiah yang bernilai kepadanya.


Saya adalah agen Shaklee anda!!
Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.


 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in