Hai all. Siang tadi taman perumahan saya menganjurkan gotong royong bagi membersihkan taman. Almaklumlah semakin menjadi-jadi demam denggi. Terbaru ini melibatkan kematian. Menakutkan aje. Alhamdullillah dikurniakan jiran-jiran yang bagus walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa. Masing-masing saling bantu membantu.
Tidak hanya usaha tenaga, sumbangan duit, perkakasan seperti plastik sampah, ridsect, lori sampah juga di berikan oleh jiran-jiran yang tidak dapat mengambil bahagian gotong royong. Time ni lah baru kenal siapa jiran-jiran.. hehe..
Misi utama ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Fuh! Banyak tin-tin cat kosong yang ditemui dan dibuang. Ada juga rumah yang macam stor. Yang macam stor tu memang memerlukan kerja yang lebih.
Lepas je abis bergotong royong, ada sedikit makan-makan hasil sumbangan jiran-jiran. Heppy giler masing-masing dapat makan. Bukan sebab dapat makan tau tapi dapat merapatkan ukhwah. Jadi derang mencadangkan supaya program macam ini dapat di lakukan setiap 4 bulan sekali. Pada saya tiada halangan sebab saya memang suka benda-benda macam ni.. Dapat juga bercampur dengan orang.. hehehe..
Jom banteras aedes!!
Jom banteras aedes!!


