Showing posts with label Pendapatan sampingan. Show all posts
Showing posts with label Pendapatan sampingan. Show all posts

GST MEMBEBANKAN ATAU TIDAK JIKA INGIN MERANCANG KELUARGA?

Assalamualaikum w.b.t. Rasanya sekarang ini ramai para ibu bapa tengah runsing dengan kos sara hidup yang semakin meningkat. Tambahan pula kerajaan telah memperkenalkan GST 6% untuk menstabilkan ekonomi negara. Untuk orang yang telah berkeluarga sudah tentu perkara ini agak membebankan terutamanya jika bakal menimang cahaya mata dalam masa yang terdekat ini. Sebab itu jika ada jualan murah atau apa sahaja expo bayi amat di galakkan membeli kelengkapan bayi. Tetapi jika korang sanggup bertahan berebut di expo sila lah pergi. Hehehe..

Jom kita nengok apa di kenakan GST dari ibu mengandung hingga ke anak sekolah menengah. Pendek kata dari mengandung sehingga besar memang tidak boleh lari dari GST.


Antara perkara-perkara yang akan terlibat dengan GST kit ujian kehamilan, vitamin dan suplemen, susu untuk ibu mengandung dan menyusukan manakala perkara yang tidak di kenakan GST ialah pemeriksaan ibu mengandung dan ubat-ubatan yang di senaraikan dalam pengecualian GST.



Untuk bayi pula hanya susu formula bawah 1 tahun sahaja yang tidak di kenakan GST yang lain seperti lampin pakai buang, alat mandian bayi, breastpump, minyak bayi, botol susu, puting dan pelbagai lagi. Penyelesaiannya sila lah menyusu badan. Jimat dan mudah!


Untuk anak-anak yang setahun keatas GST hanya di kecuali kan untuk Oats dan beras.  Perkhidmatan kanak-kanak seperti taska, susu tepung, tisu basah, lampin pakai buang, baju, barang mandian semuanya di kenakan GST. Pada peringkat ini kos agak meningkat. Bayangkan dalam sebulan kanak-kanak itu minum 4 tin susu dan memakai lampin pakai buang. Mau berlubang poket ayah nya..


GST di kenakan kepada murid prasekolah termasuk buku, peralatan tulis , ubat gigi, beg sekolah dan lain-lain lagi. Hanya yuran taska tidak di kenakan GST samada tanggungan kerajaan atau swasta.


Bagi anak-anak yang bersekolah rendah dan menengah, GST yang di kenakan agak berkurangan sedikit. Yuran persekolahan, makanan di sekolah dan tambang bas di kecualikan daripada GST tetapi dari segi peralatan persekolahan di kenakan GST. 

Jadi ibu bapa sekarang ini memang tersepit meneruskan kelansungan hidup. Nak berbelanja perlu berkira terlebih dahulu. Kena ada duit selit-selit. Duit gaji? Bertapa kat gunung pun belum tentu duit tambah turun dari langit. Duit gaji adalah statik. Contohnya gaji sebulan RM 2500.00. Tolak duit rumah sewa, duit kereta bulanan, pinjaman pelajaran, duit minyak pergi balik pergi sekolah, yuran taska anak dah tinggal berapa? Saki bakinya memang menyakitkan hati.

Saya juga pernah mengalami keadaan seperti itu. Nak meminjam memang malu. Lagipun sampai bila asyik nak meminjam kan. Jatuh maruah tau kalau asyik meminjam. Fikir punya fikir kena usaha dengan cara berniaga dan Shaklee membuka peluang berniaga dari rumah dengan kos modal yang sangat rendah iaitu RM 75.00 sahaja tanpa perlu menyimpan stok. Senang pun senang.. mengadap je depan komputer dan handphone.

Alhamdulillah pucuk di cita ulam mendatang.. 

Bersambung lagi.....

PELUANG BUAT DUIT UNTUK ORANG YANG SELALU TAK CUKUP DUIT

Hari ini saya menghadiri kelas nutrisi Shaklee untuk menambah ilmu yang sedia ada. Alhamdulillah bertemu dengan rakan-rakan sealiran dari empayar yang sama iaitu WAHMillionair membuatkan diri saya sangat teruja. Banyak betul aura-aura positif meresap dalam diriku. Kebanyakkan rakan-rakan saya ini suri rumah yang berpendapatan CEO. Kalau orang tak tahu memang nampak macam tak de apa.


Saya seronok betul join bisnes Shaklee ini sebab ia mesra keluarga. Masing-masing bawa anak. Ye lah dah jadi surirumah siapa yang nak jaga dirumah. kenalah di bawa sekali. Sambil-sambil ibu belajar, anak-anak pula bermain bersama-sama. Happening abis!


Nutritionist kami ialah Pn. Sarah memang cantik dan humbel. Sungguh diriku terpegun dengan kulitnya yang cantik itu. Hehe.. Pengamal tegar Shaklee katakan. Mesti tak tinggal Collagen Shaklee.

Saya mengambil keputusan membina perniagaan dan kejayaan dengan Shaklee kerana ia flexibel dan tidak memerlukan modal yang besar! Buat apa berniaga kalau stok bertimbun dekat rumah. Disamping itu saya mempunyai kumpulan sokongan yang sangat KUAT dan kompetitif dalam perniagaan Shaklee. 

Suami saya seorang memang tidak suka kan MLM katanya MLM ini menipu aje. Yang buat kerja orang bawah, orang atas goyang kaki. Tetapi apabila saya join MLM ini, terus dia sokong sebab dia nampak usaha isteri dia yang sibuk membaca buku, cari info, pergi seminar untuk tambah ilmu berkaitan produk kesuburan, kencing manis dan pelbagai lagi. Nak tulis entry, nak consult orang perlukan ilmu. Tidak boleh main hentam aje. Itu yang membezakan antara Shaklee Independent Distributor yang lain iatu ILMU.

Meh sini saya nak cerita sikit. Orang perempuan sekarang ini walaupun duduk dirumah jaga anak, bagus ada pendapatan sendiri. Yelah kita tidak tahu masa akan datang apa akan jadi. Tiba-tiba perniagaan suami jatuh rugi ke, kena buang kerja ke, kecacatan kekal ke, atau suami cari lain ke (opss!) mana tahu kannn. Macam kak Mah yang kena tinggal akibat suaminya yang curang. Jadi kena sediakan payung sebelum hujan. Apa-apahal sebelum banjir datang kena siapkan rumah yang tinggi dan kukuh agar tidak di lambung ombak.

Masa kita hidup selesa, suami kerja bagus memang kita tidak terasa beban dan sangat suka berada di zon selesa tetapi apabila berada dalam keadaan terdesak mesti nak buat semua jadi duit tetapi masa tu dah lambat sebab nak berniaga ini perlukan asas dan ilmu tak boleh main hentam aje.

Jadi apakah tindakan anda? Nak tunggu lagi ke?

Kelebihan Mendaftar di bawah empayar saya iaitu:

  • Bimbingan / Coaching 100% secara online!
  • Tidak perlu kumpul stok. Hanya perlu order secara online dan shaklee akan hantarkan kepada pelanggan.
  • Tidak memerlukan modal yang besar hanya RM 75.00 sahaja.
  • Bisnes yang mesra keluarga. Tidak perlu tinggalkan keluarga dan kerja pejabat untuk berbisnes.
  • Tidak perlu kerap pergi ke kelas. Hanya menghadiri kelas Nutrisi yang diadakan secara berkala yang dianjurkan Shaklee.
  • Tidak perlu keluar rumah mencari pelanggan.
Siapakah yang sesuai mendaftar di bawah empayar saya?
  • Orang yang dah lama makan shaklee tetapi masih lagi belum mendaftar.
  • Orang yang memikirkan masa depan sebagai persediaan masa akan datang
  • Orang yang banyak hutang dan terdesak memerlukan duit
  • Orang yang betul-betul nakkan duit.
Untuk pendaftaran ahli Shaklee, anda boleh terus hubungi saya untuk makluman lanjut atau klik link ini untuk pendaftaran keahlian Shaklee.


TIPS BIJAK URUSKAN HUTANG

Rasanya zaman sekarang ini kebanyakkan kita semuanya berhutang. Antaranya hutang PTPTN, hutang kereta dan hutang rumah. Tak sempat nak cari kerja surat hutang dah sampai. Ramai yang terjebak dengan hutang dan akhirnya muflis. Tahukah anda terdapat agensi kerajaan yang membantu memudahkan proses pembayaran hutang? Bukan tolong langsaikan hutang ye. Nama nya Jabatan Insolvensi atau AKPK. Jabatan Insolvensi akan menjadi orang tengah antara anda dengan bank atau pemiutang. Mereka membantu menjadualkan semula jadual pembayaran semula setakat penghutang yang mampu bayar balik hatta RM 50.00 sebulan pun diterima.

Berhutang ni bukannya tidak boleh tetapi kena bijak uruskan hutang. Kelak merana diri. Antara tips untuk menguruskan hutang ialah:
  • Gunakan transaksi seelok-eloknya tunai. Elakkan penggunaan kad kredit atau berhutang. Jika anda berjaya mengawal hutang, anda akan mempunyai aliran tunai yang baik.
  • Menambah kekayaan sedikit demi sedikit. Anda boleh menambah aset yang menjana kewangan seperti rumah sewa, sewa kedai.
  • Pastikan anda membayar hutang awal bagi mengelakkan peningkatan caj denda dan penalti di sebabkan kegagalan atau kelewatan  membayar hutang di bank.
  • Mengelak daripada sebarang tindakan undang-undang kerana jika anda telah dikenakan tindakan undang-undang agak sukar untuk berurusan dengan pihak bank dan lain-lain agensi pada masa akan datang.


Amacam? Boleh buat ke? Ya anda pasti boleh buat! Kuatkan hati dan tanam azam saya boleh bebas hutang!

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN

Anda pernah tak cuba bermacam-macam bisness tetapi satu pun tak jadi. Sampai melabelkan diri sendiri tidak pandai berniaga. Sebenarnya tips untuk berjaya dalam perniagaan ialah fokus. Bila kita nak tambah pendapatan maknanya kerja kita juga makin bertambah. Macam orang menanggung tugas, kerja hakiki dan kerja tanggungan kena diselesaikan. Nak berjaya dalam perniagaan haruslah mempunyai usaha yang keras dan jiwa yang kental untuk berjaya.
pendaftaran join ahli shaklee

Teringat saya kisah penulis novel Harry Potter. Karya beliau hampir 60 kali telah ditolak oleh pihak penerbitan. Akhirnya beliau kini berjaya. Nah! Lihat lah. Nak berjaya bukan sahaja beli buku tentang perniagaan berkotak-kotak, pergi seminar siang malam tetapi perlu semangat dan jiwa yang kuat. Jika kita gagal sekali, bagkit semula dan jangan ulangi kesalahan lalu. Gunakan strategi baru.


Selain itu, jika sebelum ini kita balik kerja terus uruskan anak-anak dan suami, memasak dan 
mengemas rumah maka selepas anda mengambil keputusan untuk membuat kerja sampingan maka anda harus berkorban sedikit masa rehat. Saya selalunya buat perniagaan Shaklee selepas suami dan anak-anak tidur. Ye nak berjaya memang perlu berkorban. Kita pasti tersenyum apabila mendapat hasil yang memberansangkan pada akhir bulan.

Jika ingin berjaya untuk permulaan kena tinggalkan sinetron (tv) dan scroll newsfeed sebab memang tidak ada masa nak buat kerja-kerja lagho. Hehe... memula memang lah rasa macam tak best je tetapi alah biasa tegal biasa. Nak berjaya lama kena ada akar yang kukuh.

Kita juga perlu ada rasa cinta atau passion pada perniagaan kita. Contohnya saya melakukan perniagaan Shaklee secara online maka saya wajib untuk mengkaji apakah kandungan dan produk yang sesuai dan selamat apabila pelanggan menggunakannya dan tidak hanya sekadar menjual untuk mendapat keuntungan. Jika anda minat menjahit, pastikan anda belajar teknik atau fesyen terbaru. Baru lah kita rasa seronok apa yang kita lakukan.

Sebenarnya kita kena tanya diri sendiri samada ini kah kehidupan yang betul-betul kita mahukan? Adakah sekadar gaji RM 5000.00 cukup makan anak isteri, sesekali berjalan bawa keluarga jalan-jalan dan beri ibu bapa RM 50.00 sebulan? Cukup-cukup je untuk kita sekeluarga. Tepuk dada tanya iman. Tidak mahukah kita menambah saham akhirat? Contohnya gaji kita RM 5000.00 sebulan, setiap kali solat Jumaat kita mesti beri RM 1.00 untuk tabung derma. Adakah cukup RM 4.00 sahaja sebulan kita menderma daripada gaji RM 5000.00 yang Allah kurniakan? Fikir-fikirkan...

Jika anda ingin menjana pendapatan sampingan bersama Shaklee, anda boleh terus hubungi saya untuk pendaftaran keahlian Shaklee. Modalnya juga tidak banyak. Hanya RM 65.00 sahaja untuk seumur hidup. Saya akan membantu anda mencapai impian dan menambah keluarga. Saya tidak boleh cakap join Shaklee boleh terus untung beribu-ribu. Ia bergantung pada usaha anda. Wajib ada urat dawai dan jiwa yang kental untuk berjaya. Kena kuat semangat!

Ain Ridzuan: 016-6684862
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in