TIPS UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN

Anda pernah tak cuba bermacam-macam bisness tetapi satu pun tak jadi. Sampai melabelkan diri sendiri tidak pandai berniaga. Sebenarnya tips untuk berjaya dalam perniagaan ialah fokus. Bila kita nak tambah pendapatan maknanya kerja kita juga makin bertambah. Macam orang menanggung tugas, kerja hakiki dan kerja tanggungan kena diselesaikan. Nak berjaya dalam perniagaan haruslah mempunyai usaha yang keras dan jiwa yang kental untuk berjaya.
pendaftaran join ahli shaklee

Teringat saya kisah penulis novel Harry Potter. Karya beliau hampir 60 kali telah ditolak oleh pihak penerbitan. Akhirnya beliau kini berjaya. Nah! Lihat lah. Nak berjaya bukan sahaja beli buku tentang perniagaan berkotak-kotak, pergi seminar siang malam tetapi perlu semangat dan jiwa yang kuat. Jika kita gagal sekali, bagkit semula dan jangan ulangi kesalahan lalu. Gunakan strategi baru.


Selain itu, jika sebelum ini kita balik kerja terus uruskan anak-anak dan suami, memasak dan 
mengemas rumah maka selepas anda mengambil keputusan untuk membuat kerja sampingan maka anda harus berkorban sedikit masa rehat. Saya selalunya buat perniagaan Shaklee selepas suami dan anak-anak tidur. Ye nak berjaya memang perlu berkorban. Kita pasti tersenyum apabila mendapat hasil yang memberansangkan pada akhir bulan.

Jika ingin berjaya untuk permulaan kena tinggalkan sinetron (tv) dan scroll newsfeed sebab memang tidak ada masa nak buat kerja-kerja lagho. Hehe... memula memang lah rasa macam tak best je tetapi alah biasa tegal biasa. Nak berjaya lama kena ada akar yang kukuh.

Kita juga perlu ada rasa cinta atau passion pada perniagaan kita. Contohnya saya melakukan perniagaan Shaklee secara online maka saya wajib untuk mengkaji apakah kandungan dan produk yang sesuai dan selamat apabila pelanggan menggunakannya dan tidak hanya sekadar menjual untuk mendapat keuntungan. Jika anda minat menjahit, pastikan anda belajar teknik atau fesyen terbaru. Baru lah kita rasa seronok apa yang kita lakukan.

Sebenarnya kita kena tanya diri sendiri samada ini kah kehidupan yang betul-betul kita mahukan? Adakah sekadar gaji RM 5000.00 cukup makan anak isteri, sesekali berjalan bawa keluarga jalan-jalan dan beri ibu bapa RM 50.00 sebulan? Cukup-cukup je untuk kita sekeluarga. Tepuk dada tanya iman. Tidak mahukah kita menambah saham akhirat? Contohnya gaji kita RM 5000.00 sebulan, setiap kali solat Jumaat kita mesti beri RM 1.00 untuk tabung derma. Adakah cukup RM 4.00 sahaja sebulan kita menderma daripada gaji RM 5000.00 yang Allah kurniakan? Fikir-fikirkan...

Jika anda ingin menjana pendapatan sampingan bersama Shaklee, anda boleh terus hubungi saya untuk pendaftaran keahlian Shaklee. Modalnya juga tidak banyak. Hanya RM 65.00 sahaja untuk seumur hidup. Saya akan membantu anda mencapai impian dan menambah keluarga. Saya tidak boleh cakap join Shaklee boleh terus untung beribu-ribu. Ia bergantung pada usaha anda. Wajib ada urat dawai dan jiwa yang kental untuk berjaya. Kena kuat semangat!

Ain Ridzuan: 016-6684862

4 comments:

  1. perkongsian yang bagus...

    berkobar kobar semangat nak berjaya bila baca artikel ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah.. kita semua ada potensi untuk berjaya..

      Delete
  2. Moga berjaya dalam Shaklee sweet mom. Teruskan berusaha.

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in