Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

RESEPI DAGING BLACK PEPPER

Raya Qurban hari tu banyak betul dapat daging Qurban. Resepi yang selalu saya masak ialah Daging Masak Black Pepper. Kami sekeluarga suka sangat makan Daging Black Pepper sebab senang dan simple. Pendek kata sambil tidur pon boleh masak. Haha..
Untuk kengkawan yang baru nak belajar memasak dan nak masak yang ringkas aje boleh la cuba resepi ini:


Bahan-bahannya:
  1. 2 sudu minyak masak
  2. 3 ulas bawang merah
  3. 2 ulas bawang putih
  4. 1 inc halia
  5. 1 sudu Lada hitam yang telah di tumbuk
  6. Kicap 4 sudu
  7. Daging  (tidak perlu rebus)
  8. Seulas bawang holland
  9. Air 1 cawan
  10. Garam secukup rasa


Cara-caranya:
  • Tumbuk bawang merah, bawang putih dan halia sekali.
  • Panaskan minyak di dalam kuali. Apabila minyak telah panas tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga kekuningan dan naik bau.
  • Masukkan kicap dan kacau
  • Masukkaan air dan daging
  • Masukkan kicap, garam dan tunggu sehingga daging lembut dan mendidih.
  • Masukkan bawang holland. Potong bulat-bulat.
  • Apabila bawang Holland kelihatan layu, tutup api dan hidangkan.

Sedia dimakann.. selamat mencuba!!

BIHUN GORENG SINGAPORE AWESOME!!!

Bihun goreng Singapore memang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Salah satu sebabnya anak-anak saya tidak makan pedas.Rasanya juga boleh tahan enak. Jom saya kongsi resepi:



Bahan-bahannya:

  • Setengah bungkus Bihun Faiza (saya suka sebab senang masak rendam seminit aje)
  • Sedikit Minyak masak 
  • Seulas bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1/2 cawan air
  • 1 ketul fish cake
  • 6 ekor udang galah
  • 2 ekor sotong (dipotong dan dibuang kulitnya)
  • Setengah kiub ayam Knorr
  • Sesudu serbuk Pasti Sedap Knorr
  • 1 biji lobak (di mayang)
  • 1 biji telur (yang telah digoreng hancur)
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji cili merah (di mayang)
  • Daun sup (di mayang)
Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali.
  2. Apabila minyak panas, tumiskan bawang putih dan bawang merah
  3. Masukkan kiub ayam Knorr dan hancurkan
  4. Masukkan air
  5. Campurkan udang galah, sotong dan fish cake bersama. Tunggu sehingga mendidih dan masukkan lobak yang telah dimayang.
  6. Masukkan garam secukup rasa.
  7. Masukkan Bihun Faiza yang telah lembut direndam
  8. Kacau sehingga sebati dan air kering.
  9. Masukkan sesudu perencah Pasti Sedap Knorr dan telur hancur.
  10. Kacau sehingga sebati dan tutup api.
  11. Masukkan di dalam mangkuk dan taburkan dengan cili dan daun sup.
  12. SEDIA DI HIDANG!!!

RESEPI MASKER VITA-C SHAKLEE

Tahukah anda Sustained Released Vita-C Shaklee boleh dibuat masker? Hasilnya sangat menakjubkan! Selain boleh dimakan untuk meningkatkan sistem ketahanan badan, ia juga boleh mencantikkan kulit. Dah tak perlu nak pergi ke SPA untuk ambil suntikan vitamin C. Suntikan Vitamin C di pusat kecantikan agak mahal, berbanding suplemen VitaC Shaklee boleh digunakan untuk makan dan membuat masker.

Tanpa berlengah lagi, saya akan kongsikan resepi masker wajah yang paling murah dan menyebakan kulit anda licin, gebu, anjal dan cerah! Cheewah!! Masker ini buoleh buat dirumah aje tau..


Watak utamanya ialah:

Sebiji vitaC Sustained Released (patah 2) - lagi separuh simpan untuk kegunaan seterusnya.
Sebiji VitaE (ambil separuh) - selebihnya simpan
Sesudu soda bikarbonat
Sedikit air

Cara-caranya:

Sebatikan kesemua bahan dan pastikan sukatan air yang dimasukkan tidak terlalu cair. Cukup sahaja kelihatan likat.

Sapu antara 10 min -15 min untuk hasil yang maksima.

Korang jangan terkejut ye kalau para suami asyik nak cium aje pipi tu..

Resepi yang kedua pula:



Selamat mencuba!!


Mahu harga jimat dengan jadi ahli?
Anda mahu daftar ahli Shaklee dan ingin mengetahui bagaimana daftar ahli Shaklee? Klik disini.. 

Untuk pertanyaan lanjut dan konsultansi boleh terus hubungi saya:

Saya adalah agen Shaklee anda!!

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668

FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/

FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:

:) Jadual pemakanan PERCUMA

:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..



RESEPI MAC AND CHEESE

Jeng... jeng.. jeng... hari ini tetiba rasa nak kongsi resepi Mac and Cheese yang sangat sedap. Resepi ini saya jumpa di sebuah blog tapi saya lupa. Hehehe... resepi ini saya ada ubah sikit-sikit ikut citarasa. Suami dan anak-anak menmang sukakan resepi ini.. Korang boleh la cuba ya!
Resepi selalunya boleh siap dalam masa setengah jam sahaja (guna kuasa turbo.. hehe).


MAC AND CHEESE MELELEH

Bahan-bahannya:
Bahan A:
Macaroni jenis besar setengah paket
Minyak
Garam
Air

Bahan B:
2 biji Bawang putih (hiriskan)
1biji bawang merah (hiriskan)
Daging kisar (anggaran 2 orang makan)
Sos prego setengah tin
3 sudu Cili kisar ( kalau tak nak pedas tak perlu letak)
Garam
Mix herb dan daun oregano
Minyak masak/minyak zaitun

Bahan C:
1 sudu mentega
1 sudu tepung gandum
250 ml susu segar
2 keping cheese cheddar
1 sudu parmesan cheese

Bahan D:
Cheese Mozarella.

Cara-caranya:
Masukkan bahan A kesemuanya dan rebus sehingga masak. Apabila sudah masak asingkan.
Sementara menunggu macaroni masak panaskan minyak zaitun di dalam kuali terlebuh dahulu.. 

Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau dan kekuning-kuningan.
Masukkan cili dan kacau sehingga garing.
Masukkan daging kisar dan kacau sehingga daging masak sepenuhnya.
Masukkan 3/4 sos prego kedalam kuali dan kacau.
Masukkan mix herb dan oregano.
Masukkan garam secubit rasa.
Tutup api dan kacau sebati bersama macaroni yang direbus tadi.
Asingkan.

Panaskan periuk berasingan untuk membuat sos cheese.
Masukkan mentega, setelah cair masukkan tepung gandum.
Kacau dan jangan biarkan bergentel.
Apabila sebati, masukkan susu segar.
Biarkan sehingga mendidih. Apabila mendidih sedikit, masukkan cheese cheddar dan cheese parmesan.
Apabila sos likat tutup api.

Masukkan macaroni secara selang seli dengan sos putih dengan cepat bagi mengelakkan sos putih beku. Akhir sekali tabur cheese Mozarella diatasnya.

Bakar 200° selam 10 minit.

Dah siap!! Selamat mencuba...

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in