SAYANG AWAK KETAT-KETAT!!

Assalamualaikum wb.t. Maafkan saya kerana dah lama tak kemaskini hampir 2 minggu kalau tidak silap. Terdapat beberapa perkara yang perlu saya uruskan antaranya saya dah ada 'rumah baru'.. hehehe... Kalau dalam online ni kalau rumah maksudnya blog. Tempat meluahkan rasa.... Nama rumah baru saya ialah http://www.ainridzuan.com. Jemput-jemput lah klik.. hehe


Di sana saya akan kongsikan tips-tips kehamilan yang akan membantu bakal ibu bapa di luar sana. Namun saya takkan tinggalkan blog kesayangan intan payung saya ni.. Banyak budi, banyak kenangan! Dengan blog ini lah saya bertemu dengan pelbagai jenis orang, belajar perkara yang mematangkan diri. Pendek kata sayang ketat-ketat lah dengan blog ini.


Pembaca blog ini jangan majuk-majuk eh! (Ada ke yang skodeng blog saya ni? hehehe.. Perasan sungguh diriku ini).. Tak pe perasan sikit.. hehe.. Erm... kalau korang nak saya share tentang apa-apa just email ke kedaivitaminsemulajadi@gmail.com. Contohnya tentang penyusuan ke, kehamilan ke, kesuburan ke dan lain-lain.

Tak nak syok sendiri. Kena ada interaktif antara dua pihak gitu... barulah hubungan mesra kekal abadi. Hehehe...

See yaa!!! Muah!

CARA URUS SUSU BADAN BEKU (EBM) JIKA BLACKOUT

Susu badan beku atau lebih dikenali sebagai Express Breastmilk (EBM) sangat di perlukan bagi ibu yang berkerja yang menyusukan anak. EBM ialah susu badan beku yang di kumpul dan disimpan di dalam peti ais atau Freezer untuk kegunaan bayi jika diperlukan terutamanya ketika susu ibu merudum atau semasa ketiadaan ibu. 

Cara uruskan susu badan ketika blackout

Walaubagaimanapun terdapat situasi bekalan elektrik terputus (blackout) tanpa notis. Situasi sebegini memang membuatkan ibu tidak senang duduk kerana EBM yang cair sepenuhnya tidak boleh di beri kepada bayi lagi. Ibu-ibu tidak perlu panik! Masih ada cara untuk menyelamatkan susu badan beku daripada cair.

Cara-caranya:
  1. Sediakan Thermos atau kotak polistrin yang sesuai dengan jumlah stok EBM.
  2. Lapikkan Thermos atau kotak polistrin dengan helaian surat khabar yang tebal.
  3. Taburkan ais yang mencukupi di dasar termos/polistrin sehingga menutupi ruang.
  4. Masukkan stok EBM ke dalam termos dan taburkan garam. Selang selikan stok EBM dengan ais dan garam
  5. Pastikan bahagian atas termos di tutup dengan ais secukupnya.
  6. Fungsi garam membantu melambatkan ais cair.
  7. Letak termos di tempat yang sejuk dan elak letak tempat yang panas.
  8. Akhir sekali letakkan sehelai tuala basah sebelum menutup termos/polistrin.
  9. Kaedah ini akan membantu stok EBM bertahan sehingga 10 jam. 

Untuk memastikan stok EBM masih boleh diminum atau tidak, jika EBM mencair tetapi masih ternampak kristal/ais maka ia masih boleh di minum tetapi jika EBM mencair sepenuhnya ia tidak boleh di gunakan lagi.

Selamat mencuba mama! 

TIPS PERCUTIAN UNTUK IBU MENGANDUNG YANG TERPAKSA MENGHADAPI PERJALANAN YANG JAUH

Musim cuti sekolah merupakan musim yang paling seronok bagi anak-anak. Masa ini lah masing-masing hendak menghabiskan cuti sekolah bersama keluarga. Ada yang balik ke kampung melawat atok dan nenek, ada yang pergi ke taman tema air tidak kurang juga pergi ke luar negara. Bagi ibu yang sarat mengandung perjalanan jauh merupakan dilema. Perjalanan jauh semasa hamil yang di tempuhi ibu berkemungkinan akan menjejaskan diri sendiri atau bayi kerana kepenatan.


Bagi menyelesaikan masalah ini saya ingin kongsikan tips percutian ibu-ibu mengandung yang boleh membantu anda!
  • Rancang percutian anda. Sebelum pergi ke sesuatu tempat, survey terlebih dahulu kawasan tersebut dan rancang waktu perjalanan yang betul. Perlu diingatkan semasa percutian akan ada sedikit masalah seperti kelewatan pengangkutan,cuaca dan kesesakan lalu lintas. Kesemua ini adalah perkara yang dijangka jadi kita perlu merancang masa sebaik-baiknya. 
  • Sediakan bekalan makanan yang mencukupi untuk perjalanan itu seperti biskut, Oat, Roti, Jus Rebina, buah-buahan dan lain-lain lagi. Perut ibu mengandung akan sentiasa lapar dan menggunakan banyak tenaga untuk berjalan. Elakkan perut kosong supaya anda tidak rasa loya dan muntah.
  • Bagi mereka yang menaiki kereta di galakkan supaya berhenti sekejap-sekejap di kawasan Rehat dan Rawat atau tempat yang bersesuaian untuk melegakan ketegangan urat dan mengambil udara segar. Ini bertujuan supaya darah dan oksigen berjalan lancar di salur darah. Anda boleh mencuba seperti senaman di bawah ini yang mana bersesuaian:

  • Jika anda perlu menaiki kapalterbang, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengetahui keadaan kehamilan anda terkini. Usia kandungan yang perlu mendapatkan surat kebenaran doktor menaiki kapal terbang ialah 28 minggu-34 minggu. Biasanya ibu mengandung yang mengalami masalah plasenta previa (uri kebawah) dan darah tinggi sangat tidak digalakkan daripada menaiki kapal terbang atau berjalan jauh kerana ia meningkatkan bebanan kepada kandungan. 
  • Pilih pakaian yang selesa yang tidak ketat. Pemilihan fabrik seperti cotton, kain kapas dan sifon sangat membantu memberikan keselesaan dan menyerap peluh. Elakkan fabrik jenis tebal dan tidak serap peluh seperti Denim, Satin, Kurdoroi dan labuci.
Selamat bercuti!

7 TAHUN MERANA MASALAH KULIT BERJERAWAT, CIK JAN KEMBALI DENGAN KULIT MULUS

7 tahun menderita kulit berjerawat dan parut jerawat! Macam-macam produk yang dia cuba tetapi kesannya kurang memberansangkan. Ni saya nak cerita tentang Cik Jan. Cik Jan ni memang ada masalah kulit berjerawat sejak dari tahun 2006 dan bermasalah nak hilangkan parut jerawat lama. Kira muka dah macam permukaan bulan. 


Kulit Cik Jan bermasalah kerana tersalah pilih produk. Produk yang di gunakan mempunyai bahan kimia yang tinggi dan hasilnya jerawat naik dengan jayanya! Jadi kawan-kawan Cik Jan ni bersimpati dengan nasib muka Cik Jan ni, mereka pun mencadangkan supaya membuat rawatan facial di pusat kecantikan. Nak tahu apa jadi? Masalah jerawat makin teruk! Jerawat makin mencanak keluar dan meninggalkan parut dalam. Parut jerawat dalam ni selalunya susah di hapuskan. Dah macam permukaan bulan muka Cik Jan.

Perasaan Cik Jan masa ini? Hanya Allah yang tahu. Rasa sedih dan malu nak keluar rumah. Ye lah bayangkan bila keluar bersama kawan-kawan kulit kita aje yang teruk. Tambahan pula masyarakat kita ni bila melihat muka orang penuh jerawat dan parut jerawat dengan pandangan sinis. Kesian Cik Jan. Akhirnya tahap keyakinan Cik Jan mulai turun dan merosot. Korang tau lah bila orang dah kurang tahap keyakinan selalunya murung, kerap marah dan jarang keluar rumah.

Lama kelamaan Cik Jan telah berjumpa dengan produk Shaklee. Pada peringkat awal Cik Jan mengambil Vitamin E untuk menghilangkan parut jerawat. Bila lihat hasilnya semakin bagus Cik Jan konsisten dengan pengambilan Vitamin C, kolagen (sekarang ni tengah promo kaw-kaw beli 3 kotak percuma 1 kotak) dan GLA Complex. 

Untuk kecantikan bahagian luaran pula Cik Jan menggunakan Set Kecantikan Nutriwhite yang terdiri daripada Gentle Deep Foaming Cleanser, Soothing Radiance Whitening Softener, make up remover, Daily Defense Whitening Essence dan Overnight Renewal Whitening Cream). Inilah produk-produk yang di ambil oleh Cik Jan.





Bagi menambah keyakinan korang supaya tidak sedih sangat dengan masalah berjerawat, saya belanja korang video pengakuan berani mati Cik Jan menggunakan Shaklee dan ini wajah terbaru Cik Jan. 


Kalau korang berminat nak cuba apa yang Cik Jan pakai ni, korang boleh hubungi saya terus untuk konsultansi dan mengetahui jenis kulit korang supaya saya dapat mencadangkan produk yang betul dan mengikut budget korang. Call/Wassup ke 016-6684862

Saya adalah pengedar sah Shaklee Kota Damansara. Hubungi untuk COD

YURAN TASKA NAIK SECARA MENDADAK TAHUN 2015?

Yuran taska tahun depan akan naik berganda! Tambahan pula tahun depan dengan GST Malaysia dan harga pasaran minyak turun naik. Rasa nak terbeliak mata mak bapak termasuk lah diriku. Kalau seorang dua anak boleh la tapi kalau 3-4 orang mau taknya pening kepala nak bayar yuran taska.


Taska tempat anak-anak saya mengenakan RM 350.00 seorang tak termasuk overtime. Selalunya kitaorang kena bayar dalam RM 850.00. Ada terkejut dan terkesima bila saya beritahu yuran taska tapi nak buat macam mana kadar yuran taska di kawasan Shah Alam memang macam ini. Jadi bayar je la.

Jadi bila keadaan macam ini kita hendak buat macam mana?

Program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR)


Saya ada terpandang banner di Taska anak saya tentang Program Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si KEMBAR) di bawah program Kerajaan Selangor. Kerajaan Selangor akan memberi bantuan yuran taska maksima RM 100.00 untuk seorang anak dan akan di bayar terus ke taska anak.

Ibu bapa yang menetap di Selangor boleh la cuba hantar permohonan ini. Borang Si KEMBAR boleh di ambil di Pusat Khidmat Dun Selangor atau mana-mana taska berdaftar di Selangor. Antara kelayakkan Si KEMBAR ialah:

  • Warganegara MALAYSIA (seperti tertera di dalam MyKad)
  • Ibu atau bapa rakyat Selangor atau menetap di Selangor atau;
  • Anak yang di lahirkan di Selangor atau menetap di Selangor
  • Atau ibu bapa telah bermastautin tetap di Selangor selama 5 tahun. Anda perlu mendapat pengesahan daripada Ketua Kampung/ Penghulu/ Pengerusi Kawasan Perumahan/ Senator/ ADUN/ Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan tempat tinggal
Dari segi pendapatan pula, anda layak jika pendapatan isi rumah:
  • RM 2,500.00 ke bawah yang menanggung 1 orang anak ATAU;
  • RM 3,000.00 kebawah yang menanggung 2 orang anak
  • Suami isteri berkerja
  • Menghantar anak ke nurseri/ taska
  • Terhad kepada 2 orang anak yang berusia 4 tahun ke bawah.

Rancang pebelanjaan keluarga

Berjimat cermat dalam menguruskan kewangan. Potong apa yang tidak perlu. Contohnya setiap bulan mesti isteri pergi pusat kecantikan untuk rawatan kecantikan. Apakata anda buat sendiri di rumah. Bab-bab menyental dan mengurut minta suami buatkan. Barulah mengeratkan hubungan suami isteri.. hehe..

Belajar menabung

Saya tak suruh anda menabung sehari RM 50.00 ke RM 100.00 sehari. Apakata duit syiling lebihan perbelanjaan kita seharian kita asingkan. Memang nampak sedikit tetapi lama-lama jadi bukit. Bila tabung dah penuh, masukkan ke dalam akaun yang anda takkan sentuh. Ni kena kuatkan hati sedikit. Duit ini boleh digunakan bila keadaan betul-betul mendesak seperti anak sakit atau berlaku kemalangan. Jangan sekali-kali teringat ada duit dalam akun tu.

Paling penting sekali bertenang dalam mengadapi tekanan ekonomi. Bila tak cukup duit ramai suami isteri bergaduh. Saya cukup pasti semua orang tak suka bila cukup bulan poket kosongkan? Cuba anda amalkan tips-tips yang di atas. Insyallah pasti serba sedikit akan membantu masalah kewangan anda!


Klik di sini untuk tahu: Tips bijak uruskan hutang

JALAN-JALAN DI PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA

Petang-petang berekreasi bersama anak-anak memang seronok. Nak-nak time cuti sekolah. (Eh, ada ke anakku bersekolah?... hehe)..  Semalam balik kampung di Pengkalan Balak, Melaka. Jadi sempatlah menyinggah di pantai sambil melayan anak-anak.



Happy giler derang dapat main pasir. Sekali sekala melayan karenah anak-anak apa salahnya. Kali ini ayahnya tak dapat balik kampung sama sebab ada urusan. Nasib baik atoknya sporting temankan kami ke hulu ke hilir. Suami saya pesan kalau nak pergi mana-mana kena bawa mak atau abah sekali. Jadi diriku menurut perintah.. hehehe.. 



Memang sangat mendamaikan bila sekali sekala dapat berada di tepi pantai. Cerdik pandai kata, kalau kita nak tenangkan fikiran atau mencari idea pergilah ke tempat semulajadi seperti pantai atau di dalam hutan kerana semua tumbuh-tumbuhan dan binatang tidak henti-henti berzikir pada Allah. Kalau kita sentiasa mendekatkan diri pada alam semulajadi yang sentiasa berzikir, apatah lagi jika kita sendiri berzikir. Sudah tentu hati kita juga pasti tenang. Insyallah.

Cuba masa korang tengah dok saje-saje zikir 'Astagfirullahalazim'. Menusuk kalbu beb.. Salah satu khasiat mengamalkan istighfar dosa-dosa kita akan terhapus dengan rahmat Allah. Insyallah..

Selamat bercuti-cuti..

KEMATIAN MENGEJUT AKIBAT SAKIT JANTUNG YANG GAGAL DI KESAN AWAL

Dua tiga hari sebelum ini saya dikejutkan dengan kematian kawan sepejabat saya kerana sakit jantung. Beliau tinggal 4 bulan lagi nak pencen. Sedih tak terkata kerana beliau seorang yang baik hati dan senang nak berurusan dengan beliau.


Beliau berkerja di Jabatan Kewangan. Jadi bila gaji atau claim mesti tanya dia " En. Aziz claim saya bila nak masuk?"... Uhuk.. sedih der.. Perasaan pilu semakin bertambah apabila lalu di tempat beliau yang masih tak berusik. Tapi rukun alam yang hidup pasti mati cuma cepat dan lambat aje. Dari segi pemakanan beliau memang jaga pemakanan tapi nak buat macam mana, Allah lebih sayangkan dia.


Sesedih macam mana pun yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan. Tujuan asas kita menumpang di bumi Allah ialah mencari keredhaanNya. Nikmat sihat itu Allah beri pada hamba-hambaNya.


Jadi untuk kita-kita yang perasan sihat ni kena ambil langkap proaktif untuk mengesan sebarang penyakit masa akan datang. Antara langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk mencegah sakit jantung ialah:

♡ Bersenam seminggu 3 kali - Jadikan rutin mingguan anda untuk rajin bersenam. Cukup sekadar 20 minit satu sesi. Tipsnya sambil-sambil memasak boleh buat squat tau! Hehe..

♡ Elakkan pemakanan yang manis dan berlemak. Makanan yang manis dan berlemak akan menyebabkan salur darah tersumbat.

♡ Kawal berat badan anda. Berat badan yang berlebihan boleh menganggu proses jantung kerana lemak berlebihan. Sebab tu orang gemuk selalu termengah-mengah bila nak tangga sebab salur pernafasan dan pendarahannya tersumbat.

♡ Elakkan makanan segera kerana makanan segera tinggi kalori dan lelemak.

♡ Selalu berfikiran positif. Apabila kita berfikiran positif secara automatik tekanan darah akan berada dalam keadaan normal dan mengelakkan tekanan darah tinggi.

♡ Ambil pemakanan yang menghalang pembentukan kolestrol dan penyingkir kolestrol seperti Omega-3, kekacang seperti badam dan gajus, teh hijau dan lain-lain lagi.

♡ Saya juga ada mengamalkan pemakanan Omega Guard (Omega-3) untuk mengeluarkan kolestrol lama yang  termendap di dalam salur darah dan Vivix untuk menghalang pembentukan kolestrol kerana mempunyai fungsi AGE. AGE ni ialah proses menukarkan gula kepada tenaga. Kebanyakkan punca kolestrol termendap kerana badan tidak dapat menukarkan gula kepada tenaga lalu menjadi kolestrol. Orang kata lebih baik mencegah dari merawat. Kos perubatan untuk pesakit jantung pula bukannya murah. Mahal!! Sediakan payung sebelum hujan lah kata kan..

Untuk korang-korang yang masih muda belia ni saya nasihatkan buatlah ujian kolestrol di klinik atau farmasi terdekat. Lebih baik tahu awal daripada terlambat.

Oh ya jika anda berminat Omega Guard dan Vivix untuk mencegah sakit jantung seperti saya, boleh terus order dengan saya. Harga ialah:

Omega Guard - RM 149.00 (90 capsul) 
Vivix - RM 495.00


Mahal? Cukuplah sekali pengalaman kawan saya menjadi pengajaran.

Nak harga murah dan jimat? Sila lah daftar keahlian Shaklee kerana penjimatannya sehingga 20%! Kat hospital tak boleh bagi diskaun tau.. hehe.. Klik link ini untuk pendaftaran ahli Shaklee secara online:


atau 

Sila lah hubungi saya di 016-6684862 (Ain Ridzuan) untuk pembelian atau pendaftaran..

Kalau kawasan yang berdekatan tu boleh je hubungi saya untuk pembelian secara tunai atau Cash on Delivery (COD). Ni kawasan COD:


PROMOSI KOLAGEN UNTUK KULIT CANTIK SAH SEHINGGA 31 DISEMBER 2014

Saya rasa jika anda mengidam sangat-sangat nak kulit cantik sambil dapat keahlian Shaklee secara PERCUMA inilah masanya! Kenapa saya cakap macam tu? Bulan ini secara drastiknya Shaklee buat tawaran berganda beli 3 kotak kolagen PERCUMA 1 kotak Collagen Shaklee. Jika anda merasakan tawaran ini kurang menarik cuba baca ni.


Shaklee tidak akan mengadakan sebarang promosi atau menjual kolagen pada tahun 2015 kerana Collagen Shaklee akan dihentikan jualannya buat sementara waktu untuk proses pendaftaran produk. Selalunya proses pendaftaran produk mengambil masa 9-12 bulan. Kira macam Sustained Released VitaC 500mg dulu. Dekat 2 tahun tiada dipasaran. Hampir penasaran pelanggan-pelanggan ku. Hehehe.. 


Jika korang memang sangat menjaga kecantikan wajah dan tubuh memang ini lah masanya untuk merembat peluang yang ada. Kumpul stok untuk setahun. Kerlas gituww. Hehe.. Jom terjah apakah kandungan yang berada di dalam Collagen Shaklee dan khasiatnya:

Collagen Shaklee diperbuat daripada sisik ikan merah dari laut dalam yang mempunyai kadar elastik yang tinggi. Ibaratnya jika kita bela kambing, antara kambing yang di bela dan dibiarkan di dalam kandangdan di beri makan dengan kambing yang di biarkan secara sendirian mencari makanan. Sudah tentu kambing yang di biarkan bersendirian mencari makanan tubuhnya lebih sihat bagus di ambil susunya. Samalah macam ikan di dalam laut dalam mereka servive untuk terus hidup. 


Selain itu, Collagen Shaklee antara Colagen yang paling halus dan paling mudah diserap tubuh. Haaa... jangan tak tahu collagen lain yang murah dan selalu kita beli di pasaran kebanyakkannya TIDAK HALAL tetapi jika Collagen Shaklee dah tentu ia HALAL kerana ia diambil dari sisik ikan merah.

Khasiat Collagen Shaklee ialah:

  • Mengurangkan liang pori-pori, kedutan dan garis-garis halus yang kelihatan.
  • Melembabkan kulit bagi orang yang mempunyai kulit kering 
  • Meningkatkan keanjalan, ketegangan kulit
  • Melicinkan kulit
  • Menggalakkan pertumbuhan kulit, rambut dan kuku yang sihat
  • Menganjalkan punggung dan payudara
  • Menghilangkan jeragat dan jerawat
  • Menghilangkan garis-garis halus
  • Menghilangkan lebam bawah mata
  • Memberikan keselesaan pada lutut dan sangat sesuai untuk orang tua yang selalu sakit lutut kerana Collagen shaklee melindungi rawan daripada haus.
Berikut ini adalah testimoni pengguna yang sangat sukakan Collagen Shaklee:

Testimoni 1:

Testimoni 2:

Testimoni 3:


Testimoni 4:



TAWARAN INI SAH SEHINGGA 31 DISEMBER 2014 SAHAJA! JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Jika anda berminat sangat-sangat dengan promosi ini dan nak dapatkan keahlian Shaklee secara PERCUMA sebab nak beli produk Shaklee dengan harga murah, boleh je klik link ini untuk pendaftaran keahlian Shaklee secara online:

SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH UNTUK ANAK-ANAK YATIM

Anak yatim adalah amanah Allah dan tanggungjawab kita menjaganya. Kita sebagai orang sihat, kuat bertenaga, mempunyai ilmu dan wang sangat dituntut untuk membantu mereka. Setiap kejadian di sekeling pasti ada kaitan dengan kita. Sambil-sambil jalan berblogwalking ini terjumpa pos ini di Denaihati. Jadi saya putuskan untuk menyebarkan di dalam blog kesayangan saya ini.


Antara peralatan persekolahan yang di perlukan ialah:
  • 2 pasang pakaian sekolah kebangsaan
  • 2 pasang pakaian sekolah agama
  • Sebuah beg sekolah
  • Sepasang kasut sekolah
  • Peralatan tulis
  • Yuran Kafa/ PIBG
Secara purata setelah dikira-kira, mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM 200.00 untuk seorang pelajar dan hampir RM 10,000.00 untuk menaja 50 orang pelajar.

Justeru itu saya dengan rendah hati menyeru kawan-kawan supaya menyumbang serba sedikit untuk pendidikan anak-anak ini. Setiap sumbangan anda sangat besar ertinya dan di pandang tinggi oleh Allah.

Untuk sumbangan anda boleh terus masukkan terus ke akaun:

Nama: Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih
Akaun Maybank: 5121 1003 6832  

Untuk sebarang pertanyaan hubungi mereka terus di talian 013-274 9573.

Boleh juga terjah Facebook mereka Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih .

Semoga usaha-usaha kita ini akan mendatangkan kebahagiaan kepada mereka dan keberkatan pada kita.

Sila share artikel ini atau maklumat ini di media-media sosial seperti wassup, FB, Instagram dan lain lain lagi. 

TIPS BUAT DUIT DARI RUMAH

Korang pernah rasa giveup tak bila buat bisness tak jadi? Dah melabur duit macam-macam tapi hasilnya hampa. Nengok orang sana-sini buat duit dari rumah senang aje. Siap tunjuk duit berkepuk-kepuk kat FB. Kalau lah realitinya diriku bergitu..

daftar keahlian shaklee
Dush... rentikan lah angan-angan tu diknon. Nak kaya raya dengan duit sekepuk macam tu petik jari aje mana boleh. Cuba nengok jutawan-jutawan sekarang seperti Tan Sri Sheikh Mokhtar, Tan Sri Anandand Krishnan, Mendiang Lim Goh Tong dan ramai lagi dulu nak kaya macam mana azabnya tak tidur malam, kena tipu, kena hina angan-angan besar dan macam-macam lagi. Kita ni baru seminggu tak tidur malam dah fikir give up. Kamon bebeh! 

Antara tips-tips saya yang menjadi panduan saya untuk berjaya ialah:

  • Dahulukan Allah - Allah is my best partner! Jaga Allah pasti Allah jaga kita. Jangan sebab kita nak dapat order jumlah RM 5,000.00 maka kita melewatkan atau meninggalkan solat. Allah lebih kaya daripada kita. Apalah sangat RM 5,000.00 pada pandangan Allah.. Allah  memandang usaha kita menuju kejayaan bukannya berapa nilai sale yang kita dapat pada hari itu.
  • Bersama-sama orang-orang positif dan soleh - Tidak dapat dinafikan persekitaran sekeliling akan mempengaruhi diri kita. Kalau kita asyik jumpa orang yang suka komplain orang je dah tentu kita juga akan jadi kaki komplen. Jika kita bercampur dengan geng-geng Masjid dah tentu suatu hari nanti kita akan pergi ke Masjid. 
  • Selalu positifkan diri - Kalau kita asyik salahkan orang je sampai bila kita tak perasan kesalahan kita. Jadi bila ada orang tegur tu, terima dengan hati terbuka.
  • Pilih bisness yang tidak memerlukan modal yang tinggi - Untuk anda yang masih baru menceburi dalam bidang perniagaan ini di galakkan supaya menceburi bisness yang rendah modal supaya kadar kerugian minima dan tidak perlu kumpul stok. 
  • Belajar ilmu perniagaan dengan orang yang betul- Ada orang ingat berniaga ni ibarat jual ikan di pasar, letak je terus ada orang beli.. No.. No.. Nak berniaga kena ada teknik dan ilmu. Kalau tiada teknik dan ilmu hancur leburlah perniagaan. 

Amacam ok tak tips-tips yang saya beri ni? Insyallah jika di berikan kudrat saya akan share lagi.

Klik di sini jika anda nak memulakan perniagaan dengan modal yang rendah

GIVEAWAY SAYA NAK KULIT CANTIK MACAM BIDADARI DENGAN SHAKLEE!

Assalamualaikum w.b.t. Bulan ini adalah bulan kelahiran saya Pn. Ain selaku owner Sweet Mom Blog. Jadi dengan berbesar hati saya nak buat GIVEAWAY! Hadiahnya yang pasti best! Lebih best dari Giveaway yang sebelum ini.. hehehe

produk kecantikan
Syarat-syaratnya ialah:

1) Buat satu entry tentang Set Kecantikan Shaklee. Sumber rujukan boleh merujuk kepada entry disini:



2) Backlink kan sekurang-kurangnya 3 link dari entry rujukan.

3) Bila dah siap entry, letakkan banner diatas dan backlink/tag entry tersebut dengan entry GIVEAWAY SAYA NAK KULIT CANTIK MACAM BIDADARI! 

4) Dah siap entry, sila comment dan letak entry berkaitan di bawah ini.

5) Tarikh penyertaan sehingga 31 Disember 2014!

6) Kriteria pemenang akan di pilih melalui artikel yang paling banyak maklumat dan catchy.

Hadiah-hadiah yang menawan kalbu ialah:

Tempat Pertama:
☆ RM 200.00

Tempat Kedua:
☆ RM 150.00

Tempat Ketiga:
☆ RM 100.00

Syarat penyertaan:
♡♡♡ Agen Shaklee tidak layak menyertai Giveaway ini

ZAFRI ALERGI KULIT ATAU GEGATA?

Pagi tadi bangun dari tidur, muka Zafri bengkak dan merah-merah kerana alergi kulit. Zafri memang ada alergi kulit sejak dari kecil. 

alergi kulit

Risau sangat bila nengok keadaan dia meregek je. Bila malam merengek sebab gatal di muka dan belakang badan. Seingat saya semalam Zafri memang ada makan telur tetapi di dalam kuantiti sedikit. Memang kebiasaannya dia makan telur ok je dan tiada apa-apa alergi jika makan telur. Tetapi saya perasan bila Zafri makan telur Omega-3 mesti akan naik alergi. Hmmm tak tau nak cakap apa..

Lagi satu Zafri alergi pada cendawan butang. Dia akan muntah-muntah sampai lembik. Sangat menakutkan tau! Hampir-hampir masuk ward sebab hilang banyak air di dalam badan dia. Selalunya doktor akan bagi ubat untuk menuetralkan asid di dalam perut dia. Bila Zafri macam ini memang saya akan ambil cuti dua hari sebab Zafri merengek dan totally lembik.. Sedih woo bila nengok anak menangis, muntah sampai lembik.

alergi kulit ekzema

Berbalik pada keadaan alergi gegata Zafri, saya memang ada standby Herbal Blend CreaƄm kat dalam handbag. Saya sapukan Herbal Blend Cream pada kulit Zafri. Alhamdulillah kurang meregek dan merah-merah pon semakin kurang.

Untuk pengetahuan korang, alergi sangat merbahaya jika di tak dijaga. Alergi berlaku kerana sistem pertahanan badan badan kita lemah.

Semoga pengalaman saya ini akan menjadi pengajaran ibu bapa diluar sana.

SET BERSALIN YANG PASTI MENYESAL JIKA TIDAK DIGUNAKAN SEMASA DALAM PANTANG

Assalamualaikum wbt. Berpantang merupakan perkara yang paling tidak di gemari oleh wanita yang baru lepas melahirkan anak. Banyak pantang larang yang perlu di patuhi. Namun ia perlu di lakukan untuk kesihatan ibu dan bayi.



Antara perkara yang paling selalu di alami oleh ibu berpantang ialah bayi demam kuning. Apabila bayi demam kuning, jamu tidak boleh di ambil oleh ibu kerana ia akan membebankan hati bayi yang berusaha mengeluarkan birubilin daripada hati. Maka berlaku lah episod ibu ulang alik ke klinik untuk memeriksa tahap kuning bayi. Ada juga ibu yang sampai jahitan terbuka kerana banyak berjalan. 

Selalunya demam kuning bayi akan hilang apabila berusia 2 minggu tetapi ada juga sehingga sebulan yang di kenali sebagai prolong jaundis. Jadi bila pula masanya nak makan jamu bersalin? Sudahnya tinggal sepi di rak hingga habis berpantang. Darah kotor juga masih bersisa di dalam rahim. Lepas 6 bulan bersalin macam-macam masalah berlaku vagina longgar, berbau, selalu sakit pinggang, suami dingin dan macam-macam lagi.

Jadi bagi mengelakkan masalah seperti diatas, adalah sangat di sarankan supaya mengambil set bersalin yang selamat dan bagus untuk bayi dan ibu iaitu Set Bersalin Shaklee. Set Bersalin ini sesuai diambil oleh ibu yang bersalin secara normal, pembedahan atau kelahiran pramatang.


Set Bersalin Shaklee berfungsi untuk menambah nutrien dan zat di dalam badan ibu yang telah hilang semasa proses kehamilan dan bersalin dengan cepat. Sebagai contoh pengambilan Vitalea berfungsi sebagai penambah darah untuk ibu yang kehilangan banyak darah semasa bersalin dan tidak perlu makan hati/ organ dalaman yang diketahui sediamaklum mempunyai toksin.

Selain itu Set Bersalin Shakle melengkapi keseluruhan aspek nutrien yang di perlukan badan. 

Apakah khasiat Set Bersalin Shaklee?


Vitalea 
  • Menambah darah ibu yang telah kehilangan banyak darah semasa bersalin
  • Memberi tenaga supaya ibu kekal cergas selepas bersalin dan boleh menyusukan bayi
  • Mengelakkan pening atau mata berpinar lepas bersalin
Bcomplex
  • Sebagai anti stress yang bertujuan untuk mengelakkan angin meroyan
  • Menukarkan gula kepada tenaga. Sebab itu jika anda menguruskan 2 orang anak dalam satu-satu masa, anda masih lagi bertenaga.
  • Mengelakkan rambut gugur lepas bersalin kerana ia mempunyai Biotin
  • Kulit berseri sepanjang berpantang kerana ia melembabkan kulit
Vitamin C
  • Mempercepatkan luka sembuh dan mencantikkan tempat luka
  • Meningkatkan antibodi badan supaya tidak mudah jatuh sakit
  • Mengelakkan tempat luka bernanah atau jangkitan kuman
  • Gabungan penyerapan hebat jika diambil bersama Vitalea
  • Wajah semakin berseri dan tidak pucat
Zinc
  • Mempercepatkan luka sembuh dan bercantum dengan baik
  • Mengelakkan rambut gugur selepas bersalin
  • Anti Inflamansi
Ostematrix
  • Mengelakkan sembelit semasa berpantang. Sesetengah amalan berpantang menegah pengambilan air secara berlebihan dan akan menyebakan sembelit. Pengambilan Ostematrix akan melancarkan sisitem pembuangan.
  • Mengelakkan tumpah darah kerana kalsium di dalamnya membantu mempercepatkan pembekuan platlet darah.
  • Menenang otot-otot yang stress lepas bersalin
ESP
  • Memperbaiki rahim atau bahagian dalaman yang luka dengan cepat.
  • Menghilangkan stretchmarks 
  • Mempercepatkan pengeluaran air susu ibu
  • Mengelakkan luka terbuka kembali
  • Sumber tenaga yang cepat
Ini adalah testimoni pelanggan saya yang sangat berpuashati dengan Set Bersalin Shaklee.

Pengguna 1:

Walaikumussalam kak. Alhamdulillah baby sihat sekarang masih dalam pantang. Nak bagi tau sis memnag sangat bagus lah sis berpantang dengan Shaklee ni. Rasa letih tu langsung tiada dan yang paling best luka bersalin hanya kering 8 hari je dah kering. Doktor pon terkejut bila pergi check.


Pengguna 2:



Video:





Untuk tempahan secara online:


Untuk tempahan dengan pembayaran bank transfer, cash deposit, COD anda boleh terus hubungi saya di:



Untuk penjimatan lebih 20%, anda digalakkan mendaftar keahlian untuk mendapat harga yang lebih murah! Sila klik ke link ini.


Kawasan COD: Shah Alam, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Klang, Pelabuhan Klang, Kota Damansara

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in