Showing posts with label Keguguran. Show all posts
Showing posts with label Keguguran. Show all posts

PUNCA KEGUGURAN IBU MENGANDUNG

Keguguran kandungan ibu mengandung amat mengecewakan. Lebih-lebih buat pasangan yang bergitu mengharapkan kehadiran cahaya mata. Kalau sekali dua keguguran masih boleh diterima lagi tetapi hampir 3-4 kali keguguran. Hati wanita mana yang tidak sedih. Tambahan pula orang sekeliling dan mentua semakin mendesak. Faktor makanan juga penyebab punca keguguran.

Saya kongsikan sebab-sebab keguguran kandungan kerap berlaku di kalangan ibu mengandung:

  • Otot rahim yang lemah - Rahim tidak mampu menampung berat janin yang semakin membesar. Penyelesainnya kerap melakukan senaman kagel. Senaman kagel ialah senaman yang menguatkan otot rahim. Caranya seperti kemut menahan air kencing. Lakukan dengan kerap.
  • Kerap makan makanan segera yang tinggi garam dan kolestrol. Kajian mendapati orang yang kerap makan makanan segera akan kurang tahap kesuburannya. Contohnya seperti sekarang, zaman dahulu tok nenek kita senang sahaja hamil dan mendapat zuriat tetapi sekarang tahap kesuburan sudah semakin menurun.
  • Amalan pemakanan yang tidak sihat seperti mengamalkan pengambilan alkohol, makanan berlemak punca kegemukan, makanan sejuk seperti makanan yang disimpan semalaman dan minuman berais, makanan tinggi gula, makanan tinggi kandungan asid seperti Nenas, Rebung dan lain-lain lagi.
  • Stress - Tahap stress yang tinggi juga menjadi punca keguguran kandungan. Apabila seseorang di himpit tekanan, sejenis hormon akan keluar iaitu Kortisol, Adrenalin dan Norepinephrine dan merencatkan tumbesaran kandungan.
  • Gaya hidup yang tidak sihat seperti jarang bersenam, kurang bersosial dengan teman (akan meningkatkan hormon kegembiraan).
  • Persekitaran yang beracun dan toksin. Sekiranya anda berkerja di bahagian yang melibatkan bahan kimia, digalakkan untuk berhenti kerja kerana jika anda hamil, ia akan menjejaskan kandungan dan menyebabkan kecacatan kandungan.

MAKANAN UNTUK MENGUATKAN RAHIM:


Antara makanan untuk menguatkan rahim pula ialah:
  • Kurma
  • Madu
  • Protien
  • Jus Delima
  • Habbatus Sauda'
  • Tauhu
Anda juga boleh mencuba set untuk elak keguguran kandungan. Ia patut diambil jika anda bercadang untuk hamil kembali. 

Makanan elakkan punca keguguran

Makanan elakkan punca keguguran


Sebelum kehamilan berlaku lagi iaitu dengan pengambilan Energizing Soy Protien (ESP) dan Bcomplex. Suplement ini membantu menguatkan rahim dari dalaman. Ia membantu menggantikan sel-sel lama yang lemah kepada sel-sel baru yang kuat. Asas pembentukan sel ialah protien. Manakala Bcomplex membantu mengurangkan tekanan perasaan dan juga sebagai persediaan untuk hamil kerana di dalam kandungannya terdapat asid folik yang bagus untuk perkembangan janin. Untuk tempahan dan konsultasi anda boleh hubungi saya di 016-6684862 (Ain Ridzuan).

IBU MENGANDUNG LUAR RAHIM

Kehamilan luar rahim ialah janin tidak berada ditempat yang sepatutnya di uterus (rahim) tetapi ia berada di tiub fallopio atau ovari. Kehamilan luar rahim biasanya dapat di kesan seawal usia kandungan 6 minggu ke 10 minggu. Tanda-tanda awal kehamilan luar rahim ialah rasa sakit di bahagian kiri atau kanan ari-ari, pendarahan semasa kehamilan, ujian kehamilan positif,  rasa loya dan mual. Kehamilan luar rahim boleh di kesan melalui ujian ultrasound. Selalunya doktor akan mengimbas perut atau memasukkan kamera ke dalam rahim.

Ibu mengandung kehamilan luar rahim

BAGAIMANAKAH KEHAMILAN LUAR RAHIM BOLEH TERJADI?


  • Endometrosis
  • Pernah mengandung luar rahim sebelum ini
  • Pernah kemalangan yang teruk
  • Pernah membuat pembedahan tiub fallopio
  • Pernah menjalani rawatan kesuburan
  • Merokok
  • Usia melebihi 35 tahun
  • Pernah mengalami keradangan selvik

RAWATAN KANDUNGAN LUAR RAHIM


Proses pertama yang dijalankan jika kandungan masih kecil, doktor akan memberikan suntikan ubat Methotrexate di dalam kantung untuk mencairkan kandungan dan membiarkan tubuh menyerap secara semulajadi. Jika kandungan telah besar, pembedahan membuang kandungan akan dilakukan bagi mengelakkan ia pecah. Apabila kandungan luar rahim pecah, ia akan membahayakan nyawa ibu. Ia perlu di lakukan dengan segera.

ADAKAH IA MENJEJASKAN KESUBURAN UNTUK HAMIL KEMBALI?


Ini adalah perkara yang paling merisaukan bagi setiap wanita yang mengalami kehamilan luar rahim. Selalunya ia akan berulang untuk kehamilan seterusnya namun bergitu terdapat juga wanita yang terus hamil kembali dalam masa setahun dengan satu ovari. Banyakkan berdoa pada tuhan untuk dikurniakan zuriat dalam rahim sendiri.

CARA BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN KANDUNGAN

Keguguran kandungan seawal 2 bulan adalah disebabkan rahim lemah dan tidak kuat untuk menampung berat janin, pembentukan janin tidak sempurna, jangkitan kuman, kelainan pada rahim dan mempunyai masalah kesihatan tertentu seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan obesiti. Gaya hidup yang tidak sihat juag menyumbang pada keguguran kandungan.

Apabila anda telah disahkan oleh doktor mengenai keguguran kebiasaannya anda akan melalui proses mencuci rahim bagi mengelakkan janin tertinggal di dalam rahim. Risiko kandungan tertinggal di dalam rahim ialah jangkitan kuman atau tumpah darah.

Sebenarnya cara berpantang selepas keguguran kandungan lebih susah berbanding berpantang selepas melahirkan kerana ia melibatkan emosi ibu dan sisa janin di dalam rahim. Pada waktu ini, sokongan suami dan keluarga terdekat sangat membantu.

Sebaik sahaja selesai proses mencuci rahim selesai, ibu perlu memakai stokin tebal dan mengikat rambut seperti orang berpantang seperti biasa. Ini kerana dikhuatiri angin meroyan akan masuk ke dalam badan. Risiko angin meroyan masuk kedalam tubuh ialah ibu akan rasa bisa-bisa seluruh badan, berhalusinasi (beranggapan bayi masih ada lagi di dalam rahim) dan rahim akan sakit rasa seperti berdenyut-denyut. Dari segi pemakanan juga perlu dijaga seperti jangan minum ais, jangan makan sayur-sayur sejuk (nangka, kangkung, kobis dan lain-lain).

Angin gugur atau angin jahat akan berada di dalam tubuh ibu tadi sehingga ibu melahirkan anak yang seterusnya. Barulah ia akan pulih sepenuhnya. Jadi jangan ambil mudah berpantang selepas keguguran. Kelak merana badan. Selalunya disyorkan berpantang selama 44 hari termasuk berjimak dengan suami.

Antara set berpantang yang sesuai untuk ibu tersebut ialah:


Set Berpantang selepas keguguran

Vitalea - Di lengkapi dengan 23 mineral dan vitamin yang penting untuk tubuh untuk mengekalkan kesegaran tubuh. Membantu mempercepatkan penghasilan darah merah akibat kesat keguguran dan mengelakkan daripada wajah lesu pucat tidak bermaya.

B-Complex - Dikenali sebagai anti tekanan dan mengelak ibu daripada terkena angin meroyan. Ia juga membantu membentuk sel darah merah. Selain itu, ia juga sebagai agen penukar makan kepada tenaga.

Sustained Released VitaC - Memperbaiki sel-sel yang rosak dan dikenali sebagai antioksidant yang paling konsisten. Sebagai agen merawat kulit wajah dan tubuh dengan membekalkan kolagen secara semulajadi. Ia juga meningkatan sistem pertahanan badan daripada terkena sebarang penyakit.

Zinc Complex - Zinc adalah agen yang terbaik dalam menyembuhkan luka dalaman dan luaran. Gamat adalah haiwan yang mempuyai zinc yang tinggi sebab itu sesiapa yang menjalani pembedahan amat digalakkan. Walaubagaimanapun, gamat asli hanyir sebagai alternatif anda boleh mengambil Zinc Complex dalam bentuk tablet.

Energizing Soy Protien (ESP) - Sejenis protien soya yang membantu menghasilkan sel-sel yang sihat dan mencantikkan kesan luka. Ia juga berperanan dalam menguatkan rahim yang telah terluka. Ia juga alternatif untuk menyerikan wajah dan ingin kuruskan badan.

Berminat? Anda boleh membelinya secara online disini:


Jika anda ingin membeli set keguguran dengan harga kasih sayang, sila hubungi saya di:

016-6684862
Ain Ridzuan
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in