Showing posts with label Demam Denggi. Show all posts
Showing posts with label Demam Denggi. Show all posts

GOTONG ROYANG BANTERAS NYAMUK DENGGI

Hai all. Siang tadi taman perumahan saya menganjurkan gotong royong bagi membersihkan taman. Almaklumlah semakin menjadi-jadi demam denggi. Terbaru ini melibatkan kematian. Menakutkan aje. Alhamdullillah dikurniakan jiran-jiran yang bagus walaupun terdiri daripada pelbagai bangsa. Masing-masing saling bantu membantu.

Tidak hanya usaha tenaga, sumbangan duit, perkakasan seperti plastik sampah, ridsect, lori sampah juga di berikan oleh jiran-jiran yang tidak dapat mengambil bahagian gotong royong. Time ni lah baru kenal siapa jiran-jiran.. hehe..

Misi utama ialah menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes. Fuh! Banyak tin-tin cat kosong yang ditemui dan dibuang. Ada juga rumah yang macam stor. Yang macam stor tu memang memerlukan kerja yang lebih.

Lepas je abis bergotong royong, ada sedikit makan-makan hasil sumbangan jiran-jiran. Heppy giler masing-masing dapat makan. Bukan sebab dapat makan tau tapi dapat merapatkan ukhwah. Jadi derang mencadangkan supaya program macam ini dapat di lakukan setiap 4 bulan sekali. Pada saya tiada halangan sebab saya memang suka benda-benda macam ni.. Dapat juga bercampur dengan orang.. hehehe.. 

Jom banteras aedes!!

TIPS MERAWAT DENGGI BERDARAH

Baru-baru Univeriti Putra Malaysia telah memperkenalkan daun betik muda sebagai alternatif untuk merawat demam denggi. Demam denggi merupakan demam yang merbahaya jika tidak dikawal dengan betul. Tanda-tanda demam denggi ialah demam yang tinggi suhu sehingga melebihi 40 celcius, muntah-muntah, cirit birit, lenguh dan bisa seluruh badan, bintik-bintik merah di kulit, tiada selera makan dan kelur darah dimana-mana rongga seperti lubang hidung atau faraj.

Baru-baru ini negara kita telah dilanda musim panas yang melampau dan berpanjangan. Disebabkan fenomena sedemikian, wabak demam denggi semakin menular. Jadi penyelesaiannya UPM telah menjumpai satu kaedah baru untuk meningkatkan platlet darah dengan pantas. Inilah resepi cara-cara membuat jus betik. Rasanya memang pahit tak ingat tetapi ubat mana ada sedapkan.. telan je lah

Selain itu korang boleh mencuba sup ketam (paberet ku ini) tapi dengan syarat jangan masuk garam. Nanti tak jadi ubat. Tak tau kenapa. Mak saya masa adik-adik-adik saya kena demam denggi dia masakkan ini. Terkulat-kulat derang habiskan. 

Tetapi jika ingin menambah alternatif lain, anda juga boleh klik link ini.

ALTERNATIF PENAWAR DEMAM DENGGI

Ketika cuaca yang tak tentu hala ni, mesti keadaan kesihatan kita dan anak-anak sedikit sebanyak terjejas. ye lah.. sekejap hujan, sekejap panas. Dalam keadaan cuaca seperti ini, risiko untuk mendapat sakit demam denggi sangat tinggi. Apa yang perlu kita buat ketika ini ialah buang semua air yang berada di dalam takungan bagi mengelakkan nyamuk Aedes membiak dan minum banyak air. Air membantu menhidrasi tubuh daripada terhidrasi. Antara petua-petua orang tua jika terkena sakit demam denggi ialah minum air sup ketam, makan buah durian belanda, minum air betik muda, minum air kelapa dan macam-macam lagi. Saya juga tidak ketinggalan merasai 'tempias' kesakitan demam denggi. Sakit kepala Allah sahaja yang tahu. :'(..
Antara tanda-tanda awal demam denggi ialah suhu badan yang tinggi, terdapat bintik-bintik merah di tubuh, sakit kepala yang melampau, muntah dan cirit birit. Produk Shaklee yang bersesuaian jika demam denggi ialah Nutriferon dan minuman Performance Drink. Apakah fungsi mereka? Nutriferon membantu meningkatkan sistem pertahanan tubuh/immune kita dimana ia merupakan satu-satunya interferon yang dihasilkan secara semulajadi. Nutriferon Shaklee bertindak sebagai pelindung daripada virus, influenza dengan mengaktifkan sistem pertahanan badan untuk membunuh T-cell dan B-cell. Ia juag mampu meningkatan platlet darah dengan cepat.

Manakala minuman Performance Drink adalah minuman elektrolit yang kurang gula pula bertindak sebagai minuman yang mengekalkan air di dalam tubuh. Apabila air kekal di dalam tubuh, suhu badan akan menjadi rendah. Minuman elektrolit ini berperisa Oren bukan sahaja membekalkan air di dalam tubuh tetapi menmbekalkan lebihan tenaga berpanjangan. Lagipun ia tidak mempunyai gula berlebihan.

Berikut adalah testimoni-testimoni pengguna yang menggunakan Nutriferon dan Performance Drink:



Untuk penghantaran yang CEPAT dan SELAMAT. Boleh la beli secara online. Nanti En. GDEX akan hantarkan.

 
Untuk maklumat lanjut boleh terus hubungi saya Puan Ain Ridzuan:

Saya adalah agen Shaklee anda!!

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668

FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/

FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:

:) Jadual pemakanan PERCUMA

:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA

:) Kos Penghantaran PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in