Showing posts with label SET KEHAMILAN. Show all posts
Showing posts with label SET KEHAMILAN. Show all posts

RAHSIA KAKAK INI BERJAYA ATASI KELETIHAN SEMASA BERPUASA WALAUPUN KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum w.b.t. Rata-rata ibu mengandung takut nak berpuasa ketika hamil. Saya juga pernah mengalami perasaan itu semasa mengandungkan anak yang pertama. Tambahan pula ketika itu usia kandungan baru mencecah 12 minggu. Macam-macam perasaan yang berkecamuk di hati. Semasa saya mengandungkan anak yang pertama, saya mengalami masalah tekanan darah rendah tambahan pula dilanda morning sickness di awal kehamilan. Makan apa semuanya muntah balik.



Saya juga bertanya pada pakar agama apakah hukum ibu mengandung yang tidak berpuasa. Jawapannya terbahagi kepada 2 iaitu:



Jika ibu mengandung sihat tetapi risaukan kandungan/ bayi dan meninggalkan puasa kerana bayinya, ibu perlu mengganti puasa dan membayar fidyah selama mana puasa yang di tinggalkan.


Jika ibu mengandung itu tidak rasa sihat dan bimbang akan kesihatan dirinya maka beliau di bolehkan berbuka puasa dan hanya perlu menggantikan puasa yang ditinggalkan tanpa membayar fidyah.

Rujukan pembayaran fidyah boleh di rujuk di Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.



Jadi pada situasi saya ketika itu, saya hanya perlu menggantikan puasa tanpa membayar fidyah. Walaupun telah melahirkan dan perlu menggantikan puasa tersebut, agak mencabar juga sebenarnya. Ye lah.. saya juga menyusukan anak. Sesekali tekak terasa memanggil-manggil berbuka puasa. Nak-nak bila masa banyak kerja memang lembik badan. Saya rasa ramai juga ibu-ibu mengalami masalah seperti saya dulu. 


atasi keletihan semasa berpuasa

Tetapi sesungguhnya pengalaman mengandung ini sambil berpuasa pasti yang paling saya ingati sebab saya pernah sampai menggigil dan hampir pitam bawa kereta. Akhirnya saya di marahi suami kerana degil sangat nak puasa. Mau taknya mak-mak lain bangga sangat bila tidak perlu ganti puasa. Hrmm.. sebenarnya ia mengikut kemampuan badan seseorang. Islamkan agama yang mudah dan banyak kemudahan yang Islam berikan pada penganutnya.



Alhamdulillah semasa mengandungkan anak yang kedua saya sudah berkenalan dengan Shaklee. Segalanya di permudahkannya. Pengalaman mengandung anak yang pertama dan kedua memang amat berlainan. Semuanya atas izin Allah yang mempermudahkannya.. Jom ikuti Video kakak ini yang menggunakan set kehamilan shaklee semasa berpuasa..







Klik disini untuk:

BENARKAH MAKAN SUPLEMEN BAYI BESAR?

Assalamualaikum w.b.t... Hari ini Selangor cuti Thaipusam. Jadi dengan relanya diriku bergolek-golek gaya ikan duyung di atas tilam. Masa inilah nak luruskan pinggang. Hehe.. Sambil bergolek bak ikan duyung tu, saya tiba-tiba terkenangkan perkara 5 tahun lepas dimana seseorang telah memarahi saya kerana mengambil vitamin ketika mengandung. Katanya bayi dalam perut nanti besar.


Terkesima mak tau! Apalah salahnya sebiji pil itu sehinggakan menyebabkan bayi dalam kandungan besar berbanding makan nasi berkilo-kilo. Masyarakat kita ini terlalu di sogokkan macam-macam perkara sampai tidak tahu mana betul mana salah tanpa sebarang kajian.

Sebenarnya keperluan suplemen untuk ibu mengandung itu sangat penting untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan. Ada yang cakap "Saya ambil makanan sebenar". Ya sebaik-baiknya ambil makanan sebenar tidak di nafikan. Tapi saya nak tanya ayam sebenar yang di jual di pasaran tu betul-betul selamat ke tanpa suntikan hormon? Sayur yang kita makan tu adakah di sembur dengan baja organik (tahi ayam) yang macam orang zaman dulu buat? Tepuk dada tanya diri sendiri.

Suplemen ini bukan pengganti makanan sebenar sampaikan semata-mata bergantung kepada suplemen. Suplemen hanyalah makanan tambahan yang mengisi lompong-lompong nutrisi yang kurang dalam badan. Contohnya, Puan Mario Gonzales selalu sakit pinggang dan sakit lutut selepas melahirkan anaknya. Itu adalah tanda beliau kekurangan kalsium. Tambahan pula Puan Mario Gonzales memang tidak minum susu. Rasa nak muntah katanya.

Nampak di situ? Saya ini memang pemakan suplemen yang tegar tetapi makanan sebenar seperti buah-buahan dan sayuran saya tidak abaikan. Malah saya masak sendiri dirumah. Ni bukan ayat nak gebang tau! Nak beritahu saya tidaklah menjadikan suplemen itu sebagai makanan ruji. Hehe..

Berbalik isu makan suplemen sebabkan bayi besar. Sebenarnya yang menyebabkan bayi besar kerana ibu menghidapi kencing manis semasa mengandung. Ye lah selalunya mak-mak apabila morning sickness berlalu mula nampak makanan ibarat sajian makanan sungguh menyelerakan. Macam saya mengandung anak pertama hari-hari wajib Milo ais tak kira siang malam. Hasilnya dapat penyakit kencing manis. Minuman yang berais selalunya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Akhirnya saya bersalinkan Jasmine 3.14kg.. ok la tu kot... hehe..

Jadi ibu-ibu jangan takut ambil suplemen ketika mengandung kerana ia memang untuk keperluan bayi dan anda!

DOA UNTUK ELAK KECACATAN PADA BAYI DALAM KANDUNGAN

Sebagai ibu yang hamil sudah pasti risau tentang keadaan bayi di dalam kandungan samada sempurna atau cacat kah. Selalunya orang tua-tua bila bayi lahir je mesti nengok jari bayi samada cukup atau tidak. Terdapat juga kononnya jika ibu mengandung apabila melihat cerita seram atau makhluk asing akan menyebabkan janin didalam kandungan terkenan. 

Sebenarnya meh sini saya nak cerita tentang pantang larang semasa mengandung dulu-dulu. Kalau orang tua dulu-dulu tak bagi nengok cerita seram dan makluk asing sebab ia akan menganggu emosi ibu nanti. Maklumlah orang mengandung ni, emosinya cepat tersentuh dan mudah teringat-ingat. Bila sudah teringat-ingat ia akan menyebabkan tekanan dan ia tidak baik untuk kandungan.

Pantang larang semasa mengandung yang lain pula ialah tidak boleh bunuh binatang. Ye yang ini saya memang setuju sangat sebab tujuannya supaya ibu dan bayi sentiasa kasih dan sayang sesama manusia dan binatang. Ada juga kawan di pejabat saya mengandung pada musim katak yang banyak, pergi mana je mesti ada katak. Dia tidak bunuh katak cuma menghalau katak di dalam bilik air. Apabila lahir bayinya tak de lah rupa macam katak cuma dari segi tabiat tu seperti tidur macam katak iaitu menangkup sehingga dewasa. Jadi masa mengandung ini baik kita jaga hubungan bersama Allah, manusia dan binatang. Kalau suami pula bekerja sebagai nelayan nak buat macam mana pulakan. Hanya Allah sahaja tempat kita bergantung.

Banyakkan berdoa dan berzikir semasa mengandung. Amalkan surah-surah seperti Surah Yasiin, Surah Yusuff, Surah Maryam dan Al-Mathurat untuk menghalang gangguan jin.  

Disini saya nak kongsikan tentang doa untuk mengelakkan kecaatan pada kandungan atau bayi. Semoga bermanafaat untuk ibu-bapa sekalian.


CARA ATASI TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL

Tekanan darah tinggi ketika hamil sangat merbahaya jika tidak dikawal. Tekanan darah yang normal bagi ibu mengandung ialah 110-70 atau 120-80. Bagaimanakah cara membaca tekanan darah? Nombor yang pertama atau diatas menunjukkan tekanan darah ketika jantung anda berdengup dan menolak darah keseluruh badan manakala nombor yang kedua ialah tekanan darah apabila jantung anda berehat diantara dengupan.

RISIKO DARAH TINGGI KETIKA HAMIL


  • Organ dalaman boleh rosak dan menyebabkan strok
  • Boleh menyebabkan kematian kepada ibu dan bayi
  • Plasenta atau uri yang membekalkan bayi oksigen dan makanan lekang (tertanggal) awal 
  • Kelahiran pramatang kerana terpaksa melahirkan bayi awal melalui kaedah Cesarean

TIPS MENGATASI TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL


  • Elakkan makanan tinggi garam seperti makanan segera dan makanan ringan
  • Elakkan makanan yang diproses seperti nugget, sosej dan lain-lain.
  • Elakkan makanan bergoreng seperti Donat, telur goreng dan lain-lain lagi kerana ia tinggi kolestrol. Kolestrol akan menyebabkan salur darah sempit.
  • Amalkan minuman atau makanan yang tinggi Vitamin C seperti Avokado, Jus oren. Anda juga boleh mengamalkan pemakanan yang sihat semasa hamil.
  • Amalkan pengambilan kalsium atau susu sehari 2 kali. Pengambilan susu akan meredakan urat daripada ketegangan.
  • Rancang aktiviti harian supaya tidak kelam-kabut. Keadaan kelam-kabut akan menyebabkan anda berada dalam keadaan tertekan.
  • Luangkan masa 10-15 minit untuk menenangkan diri di dalam bilik yang sunyi. Tarik nafas dalam-dalam.
  • Pakai harum-haruman seperti Lavender, lilin wangi untuk menghidupkan suasana tenang samada di rumah atau di pejabat.
Anda juga boleh mengawal tekanan darah tinggi semasa mengandung dengan mengambil B-Complex, Ostematrix dan Omega Guard.

B-Complex: Membantu meredakan stress atau tekanan. Selain itu, Bcomplex juga berfungsi menukar makanan kepada tenaga dengan segera. Di dalamnya juga terdapat asid folic yang penting untuk tumbesaran bayi.

darah tinggi ketika hamil shaklee

Ostematrix: Meredakan urat-urat yang tegang. Pendek kata berfungsi merehatkan otot. Ia juga berperanan mengelakkan kekejangan dan sakit pinggang semasa hamil. Ia juga menjadikan tulang bayi di dalam kandungan kuat.

Kedua-dua vitamin ini boleh diambil semasa mengandung dan selepas bersalin. Jadi tidak rugi anda mencubanya!

Untuk tempahan sila hubungi saya di 016-6684862 (Ain Ridzuan). Anda akan dapat:
  • Konsultansi PERCUMA!
  • Cara pemakanan vitamin dengan betul
  • Dimasukkan di dalam kumpulan yang ohsem!

TIPS ELAK KELETIHAN SEMASA HAMIL

Keletihan semasa hamil memang tidak dapat di elakkan. Lebih-lebih lagi mabuk diawal kehamilan dan kerap muntah-muntah. Rasa macam mak tidur je dirumah. Muka pucat lesi akibat tiada selera dan mood swing. Ketahuilah keletihan semasa hamil adalah proses normal bagi ibu yang mengandung kerana tanda janin anda sihat. Keadaan ini disebabkan badan sedang menukar hormon sedia ada kepada hormon kehamilan. Bertabahlah wahai ibu-ibu... sesungguhnya setiap detik kesusahan dan kepayahan mu mengandungkan zuriat pasti dapat ganjaran daripada Allah.

Disini saya nak sharekan tips-tips untuk elak keletihan semasa hamil:

  • Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pilih buah-buahan yang tinggi karbohidrat seperti pisang kerana ia memberikan tenaga. Jika tidak boleh telan anda boleh jadikannya sebagai smooties bersama Energizing Soy Protien (ESP).
  • Makan sedikit tetapi kerap. Ia membantu mengatasi perut masuk angin dan mengurangkan rasa mual. Selain itu ia memberi tenaga secara berterusan.
  • Minum air kosong dari peti sejuk sememangnya menyegarkan! Ambil lebih air masak untuk elak tubuh terhidrat.
  • Pastikan anda dapat tidur yang lena dengan meletakkan bantal di celah-celah kaki. Bila tidur anda lena pasti hari anda akan segar dan ceria!
  • Minta tolong suami serba sedikit kerja rumah. Kan kita sedang kandung anak dia.. sekurangnya-kurangnya tolong sidai kain, sapu lantai dan bersihkan halaman.
  • Minum secawan susu sebelum tidur untuk mendapat tidur yang berkualiti
  • Duduk dan letakkan kaki anda yang tinggi selama 5 minit dan ia akan membantu melancarkan peredaran darah.
  • Tidur petang selama 30 minit akan melegakan keletihan sepanjang hari!
Makanan tambahan juga membantu menghilangkan keletihan semasa hamil. Ia adalah Set kehamilan Shaklee yang terdiri daripada Vitalea, Bcomplex, VitaC dan Ostematrix. Fungsi-fungsinya ialah:


tips elak keletihan semasa mengandung

Vitalea: Multivitamin yang mempunyai lebih 23 zat dan vitamin di dalamnya yang membantu mengelakkan keletihan sepanjang hari. Ia juga membantu ibu hamil yang mempunyai tekanan darah rendah atau HB rendah yang boleh membahayakan kesihatan bayi dalam kandungan.

Bcomplex: Sebagai agen penenang ibu hamil. Ibu hamil kerap marah ketika mengandung disebabkan oleh tekanan emosi yang baru diterokai oleh tubuh. Selain itu ia juga menukarkan makanan kepada tenaga. Ia juga membantu mengelakkan ibu mengandung dari terkena angin meroyan.

VitaC: Membantu meningkatkan sistem pertahanan badan supaya jarang sakit. Ibu mengandung tidak digalakkan kerap demam ketika hamil kerana dikhuatiri akan menjejaskan janin. Ia juga membantu mencantikan kulit daripada hitam berkerak.

Ostematrix: Membantu anda untuk tidur lena dan mengelakkan kekejangan semasa kehamilan. Ia membantu merehatkan otot saraf daripada kekejangan dan sakit pinggang. Ostematrix adalah sejenis pil kalsium. Jika anda tidak boleh minum susu, Ostematrix adalah penggantinya. Selain itu ia membantu tulang dan gigi ibu serta bayi kuat dan mengelakkan tulang rapuh. 

Testimoni pengguna:

Pengguna 1:
Baby Shaklee.. Start ambil Shaklee sejak preggy anak ke 2. Lahir 3.6 kg., 1 bulan 4.9 kg, 2 bulan 6 kg, 3 bulan ni baru 7 kg. Still fully breastfeed. Ambil ESP, Alfalfa. Niat nak Fully breastfeed sampai 2 tahun.



Pengguna 2:

Alhamdulillah. Berkat ambil suplemen Shaklee mengandung yang ini tagging (penanda kesihatan di buku merah) puti je. Tiada masalah. Sukur sangat. Memang kuasa Allah juga tapi macam bertenaga je. HB pon ok. Amal Vitalea dan VitaC.



016-6684862
Ain Ridzuan

Untuk harga yang superduper jimat dan murah, digalakkan supaya mendaftar keahlian. Pasti tidak akan menyesal..

Kawasan COD: Sungai Buloh, Shah Alam, Kota Damansara, Klang, Pelabuhan Klang, Petaling Jaya


TANDA-TANDA KEHAMILAN YANG PALING SENANG

Apabila lambat datang period pasti hati berdebar samada dah mengandung ke belum? Jika anda yang sedang menantikan kedatangan cahaya mata, saat inilah yang paling menakutkan! Takut-takut berkecai hati. Tanda-tanda kehamilan pun tidak pasti macam mana. Tanda-tanda kehamilan ialah:



  • Lambat datang bulan
  • Perut rasa kejang
  • Payudara rasa sakit
  • Mengidam (teringin rasa nak makan macam-macam padahal sebelum ini tek pernah nak makan pun makanan tu)
  • Warna aerola pada puting payudara gelap
  • Sering keletihan
  • Demam, selsema batuk
  • Deria bau dan rasa berubah
  • Muntah dan loya di pagi hari
  • Ujian kehamilan positif
Jadi apakah yang perlu saya lakukan untuk memastikan ia menjadi tempoh kehamilan yang membahagiakan?

Pada awal kehamilan selalunya, ibu-ibu akan rasa penat, loya dan tidak selera makan dan ini akan menyebabkan badan letih dan lesu. Bagi mengelakkan keadaan sebegini saya mencadangkan anda mencuba Set Kehamilan Asas yang sangat bagus untuk ibu dan bayi dalam kandungan. Kebanyakkan ibu akan mengambil MC pada awal kehamilan dan ini akan menjejaskan kerja dan orang sekeliling. Apakah yang ada di dalam Set Kehamilan Shaklee Asas.

cepat hamil set mengandung

Vitalea - Adalah tablet multivitamin yang lengkap dengan 23 vitamin dan zat yang penting untuk ibu dan anak. Ia juga dilengkapi dengan spirulina yang membantu memberikan kecergasan pada ibu. Vitalea juga berfungsi sebagai penambah darah kerana ia iron tablet. Vitalea membantu menambah darah membekalkan oksigen pada kandungan.

set cepat hamil ibu mengandung

B-Complex - Terdiri daripada asid folic yang penting bagi mengelakkan kecacatan tulang belakang pada bayi. Selain itu ia adalah anti tekanan. Perbezaan Bcomplex Shaklee dan Bcomplex lain ialah Bcomplex Shaklee diperbuat daripada bahan semulajadi dan selamat dan ia bukannya sintetik.

cepat hamil ibu mengandung

ViitaC - Memberi sokongan kepada Vitalea dan Bcomplex untuk memberikan kesan penyerapan yang maksima. Selain itu, ia juga memmbantu meningkatkan sistem pertahanan badan dan mencantikkan kulit sepanjang kehamilan. Ia juga dapat mengelak daripada kulit berkerak semasa mengandung.

Saya mengamalkannya ketika hamil anak yang kedua dan Alhamdulillah tiada masalah sepanjang kehamilan. HB cantik kencing manis pun tiada!

Hubungi saya untuk tempahan Set Kehamilan Asas Shaklee di 016-6684862 (Ain Ridzuan).


GIGI RAPUH SEMASA KEHAMILAN DAN PENYUSUAN

Ibu mengandung seringkali di bekalkan oleh klinik kesihatan asid folic, zat besi dan obimin. Jarang sekali mereka dibekalkan KALSIUM sedangkan kalsium adalah salah satu nutrient yang sangat penting dalam tumbesaran bayi di dalam kandungan. Permasalahan yang sering dihadapi oleh ibu hamil dan menyusu ialah gigi rapuh, gigi berlubang, kaki kejang, sakit pinggang dan sakit kepala.


Keperluan kalsium setiap orang

Kalsium merupakan nutrient yang penting untuk semua peringkat umur bukan hanya untuk bayi dan orang tua. Ibu hamil dan menyusu memerlukan kalsium tambahan lebih daripada orang biasa kerana untuk menampung tumbesaran tulang bayi. Bercerita pada pengalaman saya, saya mengandungkan anak yang pertama dan kedua agak rapat. Tahun 2012 dan 2013. Semasa mengandungkan anak yang kedua saya masih menyusukan anak yang pertama kerana pada masa itu anak yang pertama baru 7 bulan setengah. Memang terasa sangat badan lemah-lemah, selalu kejang kaki dan lutut sakit ketika mengandung. Padahal waktu itu kandungan baru berusia 3 bulan. Saya minum fresh milk tapi tak banyak sebab tak lalu. Jadi penyelesaiannya, saya mengambil Ostematrik, Ostematrix adalah pil kalsium untuk orang yang tidak boleh minum susu. Gigi dan lutut pun dah jarang sakit.

Apakah Ostematrix?



Ostematrix Shaklee diperbuat daripaa kalsium, magnesium, fosforus dan vitmin D, zinc, kuprum, manganes dan boron iaitu mineral daripada Laut Mati. Kajian membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang berumur secara berkesan.

Vitamin D: Mampu merawat penyakit ricket. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus dan meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan rangka, Individu yang patut mengambil vitamin D ialah orang yang kurang terdedah daripada matahari, individu yang berur lebih daripada 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak.

Magnesium: Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. . Ia membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pengecutan saraf otak, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, menghalang endapan kalsium,

Zinc, boron, manganes dan kuprum: Memelihara metabolisma kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk memperbaiki tulang, rawan dan menghalang artritis.



Tips pemilihan tablet kalsium premium:


  • Pilih produk yang mempunyai Vitamin D dan Magnesum
  • Elakkan produk yang diperbuat dari tulang dan dolomite untuk mengelakkan keracunan plumbum
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses penyerapan mineral.
Ingin membeli Ostematrix? Sila klik disini:


Sila hubungi saya untuk mengetahui cara makan.

KEHAMILAN DENGAN RAHIM TERBALIK

Anda mempunyai rahim terbalik tetapi anda hamil. Adakah ia membahayakan? Mari kita kupaskan..
Pertama sekali tahniah atas kehamilan  anda. Bukan semua wanita yang mempunyai rahim terbalik mempunyai peluang hamil. Saya contohnya mempunyai rahim terbalik tetapi alhamdulillah saya hamil.

Perkara pertama apabila anda melihat pregnancy test dua line, anda perlu berjumpa segera doktor untuk mengesahkan kehamilan. Pada usia kandungan 5-6 minggu, dah boleh scan untuk melihat kantung dan jantung janin.

Selalunya doktor akan memberi asid folic yang berwarna kuning sebagai suplemen di awal kehamilan. Asid folic diawal kehamilan sangat penting kerana ia membantu mencegah kecacatan tulang belakang bayi. Salah satu alternatif sumber asid folic yang lain ialah bcomplex. Selain mencegah kecacatan tulang belakang bayi, ia juga membantu menghilangkan tekanan pada ibu hamil dan cepat menukarkan gula kepada tenaga. Jadi risiko kencing manis semasa kehamilan dapat dielakkan. Selain itu ia juga mencegah anemia ketika hamil.

Akan tetapi jika kehamilan anda selalu bleeding, itu adalah tanda rahim lemah. Rahim lemah kerana otot uterus tidak kuat untuk menampung embrio akibat tidak mempunyai sel-sel yang tidak sihat. 

Antara sebab-sebab rahim lemah ialah:
  • Selalu angkat berat
  • Kerap meneran akibat sembelit dan batuk berpanjangan menyebabkan tekanan di bahagian abdomen berterusan
  • Berpantang pada kelahiran terdahulu sambil lewa
  • Berat badan berlebihan kerana berat badan yang berlebihan akan memberi tekanan kepada rahim
  • Faktor usia semakin lanjut kerana kekurangan hormon estrogen kerana semakin menapous
Selalunya saya akan mencadangkan ESP dan Alfalfa dimana ia sangat membantu menguatkan otot uterus sebagai persediaan untuk meneruskan kehamilan. Walaubagaimanapun Alfalfa tidak digalakkan diambil oleh ibu yang telah hamil.

Bagi ibu-ibu yang ingin membuat persediaan kehamilan mudah dan bayi yang sihat, anda boleh mengambil Set Kehamilan Shaklee yang paling asas tetapi lengkap dari segi nutrient nya kerana selalunya ibu hamil pada awalnya akan mengalami morning sickness. Set Kehamilan Shaklee sekurang-kurang akan melengkapi nutrient yang telah hilang. 




Fungsi Set Kehamilan Asas Shaklee ialah:

Sustained Released Vita-C ialah: 
Membantu meningkatkan immune system badan disamping memberikan tenaga yang berpanjangan sepanjang kehamilan.
Membekalkan antioksidant berpanjangan.

Vitalea: Membantu mengelakkan anemia  semasa kehamilan kerana Vitalea adalah sejenis tablet iron yang mana menambah darah di dalam badan. Ia mengelak daripada wajah pucat.

B-complex: Membantu mengelakkan stress. Mempunyai asid folic yang lengkap untuk tumbesaran dan menghindari kecacatan bayi.

Kesemua vitamin ini sangat membantu dalam memudahkan proses kehamilan dan melahirkan bayi yang sihat. Insyallah..

Untuk membeli Set Kehamilan Shaklee Asas sila klik disini:


Anda mahu daftar ahli Shaklee dan ingin mengetahui bagaimana daftar ahli Shaklee? Klik disini.. 

Untuk pertanyaan lanjut dan konsultansi boleh terus hubungi saya:

Saya adalah agen Shaklee anda!!

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668

FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/

FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:

:) Jadual pemakanan PERCUMA

:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..







TIPS ATASI MASALAH SUSAH TIDUR KETIKA MENGANDUNG

Assalamualaikum mommy dan daddy.. Hari ini saya nak share tips bagaimana nak mengatasi masalah susah tidur ketika mengandung. Teringat saya ketika mengandungkan anak yang kedua, bila malam je memang menakutkan sebab susah nak tidur. Dapat lelap pon dah nak dekat jam 4 pagi.. Hmm. pagi-pagi dah nak siap ke pejabat. Dah memang macam Zombie kampung pisang.. Hehehe..


Okey... saya nak kongsi tips kepada mummy-mummy yang sedang menghadapi masalah ini. Insyallah jika diamalkan pasti berjaya.

1. Tidur dalam keadaan mengiring ke kiri bagi memudahkan aliran oksigen di dalam darah sentiasa lancar terus ke fetus, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur secara telentang.
2. Elakkan makanan yang pedas, berempah dan bergoreng dalam kuantiti yang banyak kerana ia akan menyebabkan perut sebu dan rasa penuh.
3. Amalkan pengambilan makanan ringan seperti biskut cracker supaya perut sentiasa terasa terisi dan mengelakkan rasa loya dan termuntah.
4. Amalkan pengambilan air sehingga 8 gelas sehari tetapi apabila ingin masuk tidur, kurangkan pengambilan air kerana dikhuatiri akan  kerap ketandas bila malam hari.
5. Pastikan susana bilik sejuk dan tidak panas kerana wanita yang hamil selalunya merasa badan panas akibat perubahan hormon.
6. Elakkan minuman berkafien yang berlebihan.
7. Selalu bersenam untuk memudahkan peredaran darah dan mengelakkan kekejangan kaki.
8. Mandi dengan air suam sebelum tidur.
9. Meminta pertolongan suami untuk mengurut badan isteri bagi meredakan ketegangan.
10. Gunakan bantal yang bersesuaian untuk ibu hamil atau alas perut dengan bantal.

Semoga tips-tips ini dapat membantu mommy-mommy sekalian. Sekiranya mommies inginkan suplement tamban untuk masalah sakit pinggang ketika hamil sila klik link ini. Terima kasih.

PEMAKANAN YANG SIHAT KETIKA HAMIL

Secara asasnya, diet pemakanan yang bagus ialah menyediakan semua keperluan yang tubuh perlukan untuk mendapat kesihatan yang optima.  Semasa kehamilan keperluan terhadap sesetengah nutrient semakin meningkat tambahan pula bayi dalam kandungan membesar dengan cepat dan membuatkan tubuh anda terpaksa berkerja keras dan tertekan lebih dari biasa. Ramai wanita berangapan bahawa apabila hamil sahaja, perlu makan untuk dua orang. Mereka suka makan kek, coklat , makanan ringan yang mempunyai nutrisi yang rendah dan kesilapan ini mereka percaya ia adalah perkara biasa ibu-ibu hamil lakukan. Tetapi walaupun kalori diperlukan lebih dari biasa, ia hanya perlu sedikit sahaja dan anda tidak perlu makan sehingga dua orang. Ya, anda makan untuk dua orang tetapi bukan kuantiti tetapi kualiti makanan yang anda ambil lagi penting.

Anda perlukan makan yang mempunyai kualiti yang tinggi untuk anda dan bayi supaya dapat membesar dan berkembang secara sihat dan kuat dan ibu hamil dapat menghindari sesetengah sakit berkaitan kehamilan seperti sakit belakang, pedih ulu hati dan lain-lain.

Disini saya akan kongsikan carta pemakanan yang sihat untuk ibu hamil atau menyusukan bagi memenuhi keperluan anda dan bayi.


Untuk mendapat cahaya mata yang sihat dan tubuh yang seimbang ketika hamil, anda perlu mengikut cadangan/ saranan kesihatan yang dicadangkan oleh pakar makanan dunia.

Walaubagaimanapun terdapat segelintir ibu yang sukar menerima makanan ketika diawal kehamilan akibat ‘morning sickness’ , loya dan rasa tak lalu nak makan. Anda boleh mencuba Set Hamil Shaklee yang membantu memenuhi keperluan nutrisi yang hilang. Set Kehamilan Shaklee membantu anda kembali bertenaga disamping bayi yang sihat. 

Jom kita nengok apa yang kakak ni buat sampai jadi superhero masa mengandung..


Untuk pertanyaan sila hubungi:

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668
FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:
:) Jadual pemakanan PERCUMA
:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA
:) Kos Penghantaran PERCUMA
:) Keahlian pendaftaran sebagai ahli Shaklee PERCUMA dengan pembelian Full Set sahaja

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang.

Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in