Assalamualaikum mommy dan daddy.. Hari ini saya nak share tips bagaimana nak mengatasi masalah susah tidur ketika mengandung. Teringat saya ketika mengandungkan anak yang kedua, bila malam je memang menakutkan sebab susah nak tidur. Dapat lelap pon dah nak dekat jam 4 pagi.. Hmm. pagi-pagi dah nak siap ke pejabat. Dah memang macam Zombie kampung pisang.. Hehehe..
Okey... saya nak kongsi tips kepada mummy-mummy yang sedang menghadapi masalah ini. Insyallah jika diamalkan pasti berjaya.
1. Tidur dalam keadaan mengiring ke kiri bagi memudahkan aliran oksigen di dalam darah sentiasa lancar terus ke fetus, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur secara telentang.
2. Elakkan makanan yang pedas, berempah dan bergoreng dalam kuantiti yang banyak kerana ia akan menyebabkan perut sebu dan rasa penuh.
3. Amalkan pengambilan makanan ringan seperti biskut cracker supaya perut sentiasa terasa terisi dan mengelakkan rasa loya dan termuntah.
4. Amalkan pengambilan air sehingga 8 gelas sehari tetapi apabila ingin masuk tidur, kurangkan pengambilan air kerana dikhuatiri akan kerap ketandas bila malam hari.
5. Pastikan susana bilik sejuk dan tidak panas kerana wanita yang hamil selalunya merasa badan panas akibat perubahan hormon.
6. Elakkan minuman berkafien yang berlebihan.
7. Selalu bersenam untuk memudahkan peredaran darah dan mengelakkan kekejangan kaki.
8. Mandi dengan air suam sebelum tidur.
9. Meminta pertolongan suami untuk mengurut badan isteri bagi meredakan ketegangan.
10. Gunakan bantal yang bersesuaian untuk ibu hamil atau alas perut dengan bantal.
Semoga tips-tips ini dapat membantu mommy-mommy sekalian. Sekiranya mommies inginkan suplement tamban untuk masalah sakit pinggang ketika hamil sila klik link ini. Terima kasih.
Akhirnyaa… Selepas Lama Bertahan.. CUCKOO King Top Water Filter in the
House Yo!
-
Aku nie memang sejenis spesis yg ketinggalan ketapi dlm mengikutiiii
penggunaan barangan semasa… orang dah lamaaa pakai.. aku plak baru
terhegeh-hegehhh na...
5 years ago
0 comments:
Post a Comment