CARA NAK KEMPISKAN PERUT

Asalamualaikum.. baru-baru ini saya diajukan soalan bagaimana nak kempiskan perut. Hmmm... Masalah orang perempuan kalau dah kahwin dan beranak mesti perut akan kedepan dan memboyang orang tua cakap. Dah macam beranak 4-5 bulan. Malu bila orang cakap 'Dah berapa bulan?' wat hal dalam perut tak ada apa-apa pun.


Okey disini saya akan kongsikan beberapa langkah untuk kempiskan perut:

1. Makan makanan yang tinggi fibre, kalori complex, ikan dan teh hijau
2. Tinggalkan makanan kudap-kudapan seperti Junk Food, Fast food, makanan yang bergoreng, 'deep frying' sebab ia akan berkumpul di perut akan menjadi lemak. Lebih-lebih lagi jika anda bekerja dalam keadaan sentiasa duduk. Perhatikan, kebanyakkan orang yang berpunggung besar adalah orang kerjanya sentiasa duduk.
3. Jangan makan lewat malam kerana jika kita makan lewat malam, kita selalunya akan tidur selepas makan. Bila kita terus tidur, selalunya gula di dalam darah tidak dapat ditukarkan menjadi tenaga dan terus di jadikan sebagai lemak.
4. Berhenti minum air soda, jus dan air bergula. Minuman ini mengandungi banyak kandungan gula dan kalori yang akan ditukarkan seterusnya menjadi lemak.
5. Lakukan senaman Kardio untuk membakar kalori untuk membakar kalori yang berlebihan. Jika rasa seksa sangat buat push-up, korang boleh try tarian ala-ala shakira iaitu zumba. memang best!!
6. Jangan minum ais. Pantang besar ni untuk orang perempuan..
7. Jangan minum air sekali harung satu cawan kerana akan membesarkan portion/ruangan di dalam perut.
8. Sapukan perut dengan limau dan kapur kemudian pakai bengkung sebelum tidur.
9. Kurangkan pengambilan garam laut kerana ia mengandungi natrium yang tinggi dan akan menakung air di dalam badan. Korang boleh cuba garam bukit kerana ia kurang natrium.

Haaa... senangkan? Yang penting jaga makan dan lakukan sedikit senaman kardio. Nak tips kempiskan perut lagi? Jomlik link ni.. Selamat mencuba!

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in