Okeyy, soalan itu sepatutnya di tukarkan kepada 'Nak banyakkan susu kena buat apa eh?' Tapi sebelum tu saya nak terangkan punca-punca susu ibu kurang. Sebenarnya banyak aspek tetapi antaranya:
- Tidak menyusukan bayi pada waktu yang di tetapkan- sepatutnya 2 jam sekali
- Skip waktu menyusukan bayi-bila bayi terus tidur atau kejutkan atau tidak mengepam
- Skip waktu mengepam- Bila ada hari-hari yang sibuk jer mesti skip mengepam sampai sakit-sakit payudara. Tidak boleh buat macam ni sebab nanti kilang susu akan bagi isyarat susu dah cukup dan tidak perlu keluarkan susu.
- Tidak makan makanan yang berkhasiat- Makan jajan, fast food, makanan yang tidak seimbang
- Stress- Kepala terlalu semak nak memikirkan masalah anak-anak, suami, pejabat dan seangkatan dengannya.
- Menggunakan puting tiruan- Nak bagi bayi senyap je terus sumbat puting kosong. Huhuhu... tak boleh sayang-sayang sebab nanti bayi akan keliru puting. Bila dia dah keliru puting terus tak nak menyusu dengan kita. Masa yang seelok-eloknya nak ajar gunakan puting botol ialah 2 minggu sebelum masuk kerja. Gunakan puting menyerupai payudara ibu seperti jenama Tomme Tippie, MAM, Pigeon dan lain-lain jenama.
- Mengandung- Semasa mengandung hormon prolaktin akan bertukar kepada hormonestrogen dan progesteron yang akan menyebabkan susu ibu kurang.
Jadi apakah cara untuk tingkatan penghasilan susu ibu?
KONSEP ASAS PENYUSUAN IALAH 'DEMAND AND SUPPLY'. Selagi ada permintaaan penyusuan selagi itu lah susu banyak. Semakin banyak kita menyusukan bayi semakin banyak susu ibu. Bukannya apa, ransangan hisapan bayi itu sangat penting untuk stimulasi pengeluaran susu. Walau kita makan seberapa banyak makanan penggalak susu ibu tetapi tidak amalkan konsep 'demand and supply' jangan harap la susu ibu akan banyak. Yang penting sekali SEMANGAT! SEMANGAT! SEMANGAT! NAK SUSUKAN ANAK SEBAB NAK BERIKAN TERBAIK UNTUK ANAK! NAK ANAK MEMBESAR SIHAT DAN BIJAK! SABAR! SABAR! SABAR! ADA GANJARAN YANG ALLAH BERIKAN PADA IBU-IBU YANG SABAR! BANYAKKAN DOA DIPERMUDAHKAN PERJALANAN PENYUSUAN! AMEENN..
Nakkan tip-tips banyakkan susu ibu? sila baca link ini.. selamat beramal...
0 comments:
Post a Comment