BAHAYA KOLESTROL TINGGI

Assalamualaikum w.b.t. Sejak kebelakangan ini ada saja kes-kes kematian mengejut yang kita tidak sangkakan. Usia yang muda bukan jaminan untuk sihat dan mati awal. Gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam, stress, makan makanan yang berlemak dan manis, merokok dan lain-lain menjadi amalan dan penyebab kolestrol tinggi. Bila badan dah tidak sihat seperti sakit kepala, sesak nafas, demam selsema baru terhegeh-hegeh nak pergi klinik untuk dapatkan rawatan walhal perkara ini jika dicegah pasti tidak akan terjadi.

Penempatan pesakit di hospital juga semakin tinggi dan mesti dengar katil tak cukup lah, doktor tak cukup la. Orang-orang kita ni kalau bab makan memang nombor satu tetapi bila disuruh bersenam memang banyak alasan. Tak cukup masa lah, kaki sakit lah, banyak mesyuarat la tetapi bila dah sakit ada tak alasan tu semua keluar. Saya dulu juga macam itu, bila nak bersenam je mesti malas yang amat tetapi pada suatu hari pejabat saya ada buat saringan kesihatan menunjukkan kadar kolestrol saya agak tinggi iaitu 36.9. Terkejut mak! Instructor fitness tu cakap "you kena ubah sekarang cara hidup you dan perlu aktif bersenam juga jaga pemakanan, jika tidak kita tidak akan tahu penyakit akan datang"... Wah! sentap terus ai. Tak boleh jadi ni sebab anak-anak kecil lagi, kalau saya mati awal macam mana? Saya bukan takut mati awal tetapi memikirkan anak-anak yang memerlukan kasih sayang dan membela ibu-bapa yang sudah tua itu menyebabkan saya berfikir panjang. Kalau saya tidak sihat macam mana saya nak membahagiakan keluarga saya.

Jadi sebagai langkah pencegahan awal yang saya lakukan sekarang ialah:
-Kurangkan makanan yang berlemak dan berminyak
-Kurangkan makanan segera
-Memasak di rumah
-Lakukan senaman seminggu sekali (zumba bersama rakan-rakan di pejabat)
-Amalkan pemakanan sihat, lebihkan sayuran dan buahan dalam hidangan.

Alhamdulillah. Baru lah rasa hidup lebih tenang. Tidak ketinggalan juga saya mengamalkan beberapa makanan tambahan untuk menghindari dan membuang kolestrol dalam badan iaitu Omega Guard dan Phytocol-ST Shaklee. Memang sangat sesuai untuk kita-kita yang makan makanan yang tinggi kolestrol macam Nasi Briyani, Nasi Kandar (saya makan ni semua seminggu 2-3 kali), Ayam Goreng, Chesee Cake dan macam-macam lagi.

Antara fungsi dan peranan Omega Guard dan Phtocol-ST dalam usaha mencegah dan merawat kolestrol ialah:


Omega Guard mempunyai Fatty acid yang tidak dapat dihasilkan badan dan perlu diambil daripada pemakanan. Pengambilan Omega -3 dari asas tumbuhan tidak boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA secara berkesan oleh badan. DHA dan EPA di dalam Omega Guard boleh membantu menentang thrombosis, merendahkan kolestrol, menghindari darah beku dalam salur darah dan membantu mengekalkan tahap kesihatan trigliseridadan kolestrol LDL. Kolestrol LDL ialah kolestrol baik. Omega-3 juga membantu mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Pakar pemakanan sangat mengesyorkan pengambilan Omega di dalam diet seharian.


Phytocol-ST Shaklee pula ialah sejenis makanan tambahan yang membantu menghindari kolestrol masuk ke dalam salur darah di mana ia mempunyai lebih 2000 mg Fitosterol. Kiranya jika kita makan makanan yang berlemak dan berminyak, lemak dan minyak itu tidak dapat diserap oleh darah. Kan senang tu. Walaubagaimanapun jika anda mengambil sebarang ubatan daripada hospital, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah yang akan datang. Tetapi jika anda inginkan cara semulajadi bagi menghindari kolestrol, pengambilan Phytocol-ST Shaklee sangat membantu!

Ingin dapatkan harga ahli? Sudah pasti boleh! Daftar saja keahlian HANYA RM 65.00 (tambahan RM 10.00 untuk pengeposan, RM 20.00 untuk ke Sabah, Sarawak dan WP Labuan) untuk SEUMUR HIDUP kerana Shaklee telah membuat penyelarasan harga. Hanya ahli sahaja layak untuk mendapat harga ahli kerana banyak sangat dapat faedah jika daftar ahli! Klik sini untuk Borang Pendaftaran Keahlian.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in