Setiap ibu pasti nak bersalin ditempat yang selesa dan mesra pelanggan tetapi kecut perut bila dengar cerita hospital kerajaan banyak kerenah manakala hospital swasta dengan caj yang tinggi. Kalau dapat hospital bersalin yang mesra pelanggan dan murah rasa bahagia je. Alhamdulillah.. Allah mempermudahkan saya untuk bersalin di swasta sebab suami nak doktor perempuan muslim.
Bagi ibu-ibu yang tengah pening nak cari hospital mana untuk bersalin, meh sini saya berikan sedikit pandangan pro dan kontra bersalin di hospital kerajaan atau swasta.
Hospital Kerajaan
- Tidak boleh membuat pilihan samada doktor perempuan atau lelaki.
- Pelajar praktikal kejururawatan akan turut melakukan pemeriksaan atenatal untuk anda.
- Sesetengah hospital kerajaan membenarkan suami menemai isteri di dalam labour room, sesetengah tidak.
- Selepas bersalin bayi akan diletakkan bersama ibu untuk membina bonding. Ibu harus mengurus sendiri bayi. Tetapi pada peringkat awal selalunya jururawat akan mengajar anda cara memakai lampin bayi dan cara yang betul untuk menyusukan bayi. Jangan risau.
- Tiada waris yang boleh menunggu di wad.
- Lebih berpengalaman dan mempunyai kelengkapan yang mencukupi.
- Menempatkan ramai pesakit.
- Harga yang paling minima dari RM 50.00 hingga ke RM 500.00 sahaja mengikut kes.
Hospital swasta:
- Pemeriksaan hanya di lakukan oleh pakar Gynea dan nurse sahaja
- Boleh membuat permintaan doktor perempuan muslim
- Suami boleh menemani di dalam Labour Room.
- Bayi di letakkan di dalam nursery tidak bersama ibu. Ibu perlu membuat permintaan untuk menyusukan anak. Ini adalah kerana mereka beranggapan ibu perlukan rehat. Tetapi ada sesetengah hospital swata terus lepas bersalin beri terus bayi pada ibu untuk meransang bonding.
- Persiapan bayi seperti mandi, tukar lampin di dalukan nurse.
- Persiapan ibu seperti mandi, menukar pad bersalin di lakukan nurse.
- Terdapat kaunselor penyusuan yang akan mengajar tentang penyusuan.
- Boleh pilih bilik samada bilik perseorangan dan bilik berkongsi.
- Ahli keluarga boleh menunggu di wad.
- Harga diantara RM 5000 - RM 10,000.00. Biasanya bersalin normal RM 5,000.00. Jika bersalin secara pembedh dan mempunyai kes itu yang sampai RM 10,000.00.
Pendek kata tepuk dada tanya hati dan poket.. Hehe. Kalau ada duit nak bersalin dengan hospital swasta ok je. Tetapi jika anda mengalami masalah kencing manis atau darah tinggi semasa mengandung, sangat digalakkan bersalin di hospital kerajaan kerana selalunya hospital swasta tidak mahu menerima ibu hamil yang mempunyai risiko.
Ada yang kata daripada menghabiskan duit bersalin di hospital swasta baik beli barang kemas atau pergi umrah. Hehe.. pada pendapat saya la kan, saya memilih untuk bersalin dengan hospital swasta kerana saya ingin bersalin dengan harmorni dan tidak trauma sepanjang proses bersalin tersebut. Nak bersalin anak kedua, ketiga dah takut. Alhamdulillah, Allah perkenankan. saya berjumpa dengan doktor dan nurse yang baik-baik.
Apa yang penting DOA supaya dipertemukan doktor dan jururawat yang baik-baik tidak kira bersalin di hosptal swasta atau kerajaan sebab semuanya manusia. Manusia memang sentiasa ada kekhilafan masing-masing. Daa...
Jika anda mencari set bersalin sila klik disini:
Anda boleh terus hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau perundingan produk Shaklee. Cash on Delivery di kawasan Sungai Buloh, Subang Bestari, Kota Damansara, Shah Alam dan Pelabuhan Klang.
Bagi Kak Tun sama je sakitnya walau bersalin kat hospital swasta atau kerajaan... Cuma beza dari segi layanan dan bayarannya... Tapi hospital kerajaan sekarang pun bagus2...
ReplyDeleteTips Supaya Anak Cepat Bercakap
Kebiasaannya yang memilih hospital swasta adalah sebab privasi dan layanan VIP...tp bergantung kepada individu itu sendiri...di hospital swasta mereka bebas memilih doktor yang kebiasaannya mahukan doktor perempuan...tp saya belum berkesempatan lagi untuk melahirkan anak di hospital swasta....alhamdulilah ketiga-tiiga orang anak dilahirkan di hospital kerajaan...
ReplyDeleteTips Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin
Dua-dua ada perbezaan..kerajaan mampu bayar swasta yang budget lebih ok lah..tapi bagi saya sama je kot..hehe..sampaikan kawan saya mak dia takut nak jaga cucu rm15k..hihi
ReplyDeleteNebulizer Dengan MyImam
Sama jer..tp swasta bg yg bkmmpuan boleh la..
ReplyDeleteBagi Huda hospital kerajaan much more better kot. Walaupun service dia tak sehebat private tapi kalau jadi apa-apa boleh refer pakar terus. Apa-apa pun terpulang pada ibu yang nak bersalin+money..hehee
ReplyDeleteJommSihatDanCantik -> TUJUH SETENGAH BIJI OREN DALAM 1 TABLET
Wife papaglamz bersalin kat hospital kerajaan jer.. Tu je yg mampu..
ReplyDeleteJom terjah entri papaglamz
http://www.papaglamz.com/2014/11/tinta-papaglamz-ll-kehebatan-seorang.html?m=1
Saya memilih hospital swasta kerana mahukan doktor perempuan. Sekali sahaja bersalin di hospital kerajaan ketika anak ketiga kerana kemudahan sebagai org khidmat awam ni, so free. Tapi kalau ada duit lebih, suami laburlah ke hospital swasta, sbb hospital swasta, doktor yg menjaga adalah pakar obstetrician dan gynecology
ReplyDeleteSwasta atau kerajaan asalkan baby dan ibu selamat..saya pekerhj kerajaan jadi ketiga2 anak saya di hospital kerajaan..jimat..tak sampai RM20.00 pun...itu pun masa anak pertama jer bayar yang kedua dan ketiga tak bayar pun...
ReplyDeleteEpidural
Alhamdulillah.. 3 kali bersalin 3 kali ditempat berbeza.. semua dah merasa.. private, semi private and government.. semua ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.. yang penting, ibu dan baby sihat dan selamat.
ReplyDeleteBagi yang berkemampuan dan ada bajet lebih boleh lah pilih hospital swasta, tapi selama saya bersalin 3 orang anak ni tak pernah lagi dapat layanan yang buruk.
ReplyDeleteSaya bersalin di hospital kerajaan..labor room sorg ward pn sorg..kerajaan pn ada jgk executive room..lebih jimat dan best sgt consultation dan treatment..i ♡ Hosp Putrajaya
ReplyDeleteJemput baca: Atasi Suami Isteri Gaduh Besar Dengan 5 Langkah Mudah
Saya bersalin di pusat pakar bersalin. Masih murahlah. Normal baru rm1.6k++. Teringin bersalin di demc. Kata mereka biliknya cantik. Hehe. Tapi ni tengah tunggu hospital shah alam pula siap. Tak sabarnya. Peralatan pasti lebih canggih dan keadaan masih bersih dan teratur.
ReplyDeleteSy harap sy dapat bersalin dalam keadaan yang tenang, doktor wanita muslim,nurse yang nice dan keadaan sy serta baby sihat sejahtera je..tak kira la kat hospital kerajaan atau sebaliknya.kalo ada yg nak taja macam cik ta, lagi la dialu alukan hihi
ReplyDeleteResipi Puding Roti untuk Teatime or Supper
Saya bersalindi hospital kerajaan je. Alhamdulillah boleh buat pilihan dpt doc perempuan. Dan yg sambut baby pon semua nurse perempuan. Yg paling bersyukur suami dpt teman bersama di saat awal kesakitan sehinggalah bersalin.. Allah permudahkan.. aminn
ReplyDeleteKalau blh mmg kite nak je bersalin lt swasta kan.tpi bila tang bajet...trs fkr byk kali.hehee...
ReplyDeletealhamdulillah...dua2 anak saya bersalin kt hosp.kerajaan. ank 1st kat putrajaya...doktor bedah ppuan.ank 2nd kat kajang disbbkan hosp.putrajaya n serdang pnh.dpt doc ppuan.
Bersali kat mana2 pun tak pa..hehe
ReplyDeleteterpulang kepada kita nak bersalin dimana-mana...kalau kerajaan bajet ok..tapi swasta bajet kena lebih huhuu
ReplyDeleteBagi saya bersalin dimana saja sama. Yang penting kita sendiri bagaimana nak menghadapi masa persalinan itu sendiri. Hospital mana nak bersalin janji ibu dan bayi selamat dan sihat.
ReplyDeleteBagaimana nak tahu kanak-kanak itu Hiperaktif
Bersalinkan ketiga-tiga anak di hospital kerajaan..mmg ada pro dan kontra bersalin di hospital kerajaan dan swasta tp itu semua mengikut kemampuan...
ReplyDeletemakanan minda pintar untuk si manja
Bersalin di mana2 sama shja.. Beruntung pada pilihan Msg2.. Yg pnting Doa spya dpt yg terbaik.. ibu Dan anak sihat sgn pengambilan vitamin Mengandung dan bersalin..
ReplyDeleteCARA NAK TURUNKAN PARAS GULA DALAM DARAH
Bersalin di hospital Kerajaan pun dah ok sekarang ni, namun jika ada duit lebih dan nak bersalin di swasta, boleh aje :-)
ReplyDeleteJom Lawat Blog Raikankasih
saya bersalin di hospital kerajaan je.. doktor dan nurse pon baik.. tapi kalau diberi pilihan, teringin nak bersalin di hospital yang ada sediakan tempat bersalin dalam air.. yang penting sekali suami tetap kena ada bersama teman, tidak kira di hospital kerajaan atau swasta..
ReplyDeleteKetiga-tiga anak saya lahir kat hospital kerajaan..kalo dengar cerita orang memang ngeri.. Kita doa je la yang baik-baik.. Ada bajet lebih boleh ke swasta..
ReplyDeleteTips Elakkan Migrain Waktu Pantang