Showing posts with label Makanan turunkan kandungan gula dalam darah. Show all posts
Showing posts with label Makanan turunkan kandungan gula dalam darah. Show all posts

MAKANAN MENURUNKAN KANDUNGAN GULA DALAM DARAH

Ibu saya seorang pesakit kencing manis. Pemakanan memang kena jaga betul-betul. Kalau salah makan je mesti kandungan gula dalam darah naik mendadak dan bangun pagi kebas. Kalau terkurang makan dia akan jadi Diabetis hypo dimana kandungan gula di dalam darah sangat sedikit hingga boleh menyebabkan mengigil atau pengsan. Bila pengsan keadaan akan merbahaya. Ibu mertua kawan saya pernah pengsan dan kandungan gula di dalam darah tinggal 1 sahaja. Nasib baik keluarga cepat-cepat beri air manis baru pulih.


Sebenarnya sebagai pesakit kencing manis kita perlukan cara yang betul untuk mengawal gula di dalam darah ini. Jika kita main agak-agak sahaja ia lebih memburukkan keadaan. Diet pemakanan harian perlu betul dan makan pada masa yang ditetapkan. Jangan makan lewat malam. Bila kita skip makan dan makan lewat, insulin tidak dapat menukarkan gula kepada tenaga seterusnya kandungan gula dalam darah akan meningkat. 

Saya ingin kongsikan makanan-makanan yang boleh mengawal kandungan gula di dalam darah iaitu:

KAYU MANIS


Terdapat beberapa kajian menyatakan pengambilan kayu manis boleh merendah kandungan gula di dalam darah. Ia juga boleh mengurangkan kolestrol, triglycerides dan kolestrol jahat LDL dan meningkatkan kolestrol baik HDL.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa jenis kayu manis yang akan menyebakan darah cair. Pengambilan secara berlebihan akan membahayakan. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambilnya.

HALBA


Serat di dalam halba berfungsi untuk melambatkan pencernaan karbohidrat. Ini dapat menjelaskan kandungan gula di dalam darah. Ia juga penuh dengan vitamin, mineral dan antioksidan. Halba boleh diambil secara pil, direndam atau masukkan ke dalam makanan.

BAWANG PUTIH


Bawang putih telah terbukti selama bertahun-tahun untuk menurunkan paras kolestrol. Bawang putih juga membantu menurunkan paras gula di dalam darah. Ekstrak di dalam bawang putih di dapati dapat meningkatkan kandungan insulin pesakit diabetis. 

AVOCADO


Avocado menunjukkan dapat mengurangkan risiko sindrom metabolik kerana mempunyai Asid Lemak Mono tak tepu (Mono saturated Fatty Acid -MUFA). Kajian membandingkan Diet karbohidrat yang tinggi bersama dengan diet MUFA menunjukkan kandungan glukosa yang rendah dalam darah. MUFA dapat memberikan rasa kenyang selepas makan, memberikan kesan yang sihat kepada tekanan darah dan masalah keradangan. Antara makanan yang tinggi dengan kandungan MUFA ialah kacang, buah zaitun, minyak zaitun, rami dan benih.

BLUEBERRY (BERRY HITAM)


Anthocyanincs adalah nutrien yang terdapat di dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna warni. Buah-buahan yang berwarna biru, unggu, merah dan berkulit mempunyai kepekatan Anthocyanincs yang tinggi. 

Kajian mendapati orang gemuk di berikan minum smoothies blueberry semalam 6 minggu dan mendapati kanungan gula di dalam darah turun. Buleberry di dapat dapat meningkatkan paras insulin di dalam darah. 

CUKA EPAL


Cuka epal yang diambil bersama secawan air kosong sebelum makan apa-apa di dapati dapat meningkatkan kepekaan kepada insulin dan mengurangkan kandungan gula di dalam darah selepas makan makanan berkanji. Asis asetik di dalam cuka dapat mengurangkan enzim-enzim yang tertentu.

KOPI


Pengambilan kopi satu hari secawan bersama serbuk kayu manis akan membantu menurunkan kandungan paras gula. 

VIVIX


Kandungan Vivix yang terdiri daripada anggur muscadine, lobak unggu, elder berry tinggi kandungan Anthocyanincs, resveratrol dan ellagic acid membantu meningkatkan sensitiviti insulin terhadap gula di dalam darah. Pengambilannya satu hari sesudu membantu mengurangkan gula di dalam darah. Baca entry inin untuk mengetahui tentang vivix seterusnya: 



Harga Vivix ialah RM 475.00 sebotol. 

Pembelian 2 botol Vivix PERCUMA keahlian dan dapat CASH REBATE.

Klik disini untuk tempahan online melalui kad kredit atau kad debit


Jika ingin melakukan pembelian secara tunai, online transfer atau COD (Cash in delivery) boleh terus hubungi saya:

Sumber rujukan:

http://www.healthline.com/health-slideshow/foods-lower-blood-sugar#1
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in