Showing posts with label Hari Raya Qurban. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya Qurban. Show all posts

HARI RAYA QURBAN YANG SEMPURNA

Alhamdulillah. Seperti tahun-tahun lepas kami sekeluarga beraya di rumah mentua pada tahun ini. Masa memula kahwin memang ler tak syok bila cakap beraya rumah mentua tetapi bila dah ada anak-anak ni dah macam best pula. Hehehe... Anak-anak ipar duai pon ada sekali.
Qurban

Saya selalu sampai di rumah mentua pada malam raya kerana malam sebelumnya tidur di rumah mak saya. Adakah itu tanda diriku mengelak daripada memasak? Hanya menantu hantu sahaja yang memahami.. hahaha.. Pagi hari raya selalunya kami bertakbir raya dan solat Subuh secara berjemaah bersama-sama. Orang lelaki kena bergilir-gilir menjadi imam. Ini dah memang tradisi keluarga suami sejak dari arwah atok nya. Ini bagi tujuan untuk merapatkan hubungan ahli keluarga. Dah macam masa kecik-kecik dulu disamping mendengar nasihat ayah mentua.


Lepas je selesai solat Subuh secara berjemaah bersama-sama, kami bersarapan. Menu juadah pagi raya ialah Nasi Impit, kuah kacang, Nasi Dagang dan roti jala. Nengok je menu mesti takut kalorinya dan minyak. Huhu... tak pe dah standby dengan Phytocol yang membantu menghalang penyerapan kolestrol dan Omega Guard sebagai pemusnah kolestrol di dalam salur darah. Kedua-dua ini memang vitamin wajib yang saya bawa bila balik raya dikampung.

Selesai je bersarapan, kami pergi menziarahi makcik dan bertakbir disana. Selesai semuanya kitaorang pergi ke masjid untuk menunaikan solat hari raya aidil adha.
Tahun ini mertua ada ambil bahagian dalam Qurban. Jadi kami pon join sekali, join nengok. Hehehe.... tetapi saya tak tengok pon sebab takut..

Suami dan ipar ku sibuk melapah daging. Dapat la sepeha lembu. Menu seterusnya ialah sup tulang. Memang mabelesss!!! Tetapi hati-hati ye untukbpesakit darah tinggi silap-silap boleh beraya di Hospital. Heheh.. Pape pon beringat lah sebelum terkena. Orang-orang tua kat sini tak join sekali makan sup daging sebab pantang makan. Orang muda lak pantang nampak. Hehehe...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK KORANG!!

Alhamdulillah. Insyallah pada keesokkan hari kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau bahasa melayunya Hari Raya Haji / Qurban. Hari Raya Haji unyuk orang yang pergi menunaikan haji manakala Hari Raya Qurban adakah untuk orang yang menunaikan Qurban.


Kepentingan Qurban pada kita sebagai umat Islam ialah apakah kita benar-benar sayangkan Allah. Bukan senang kita nak keluarkan duit beratus atau beribu hanya untuk menunaikan perintah agama. Kalau bersedekah RM 10.00 itu normal tetapi untuk jumlah yang banyak adakah jiwa kita bersedia dan redha? Disitulah terletaknya kasih kita pada agama. Jika kita bertujuan Qurban sekadar untuk menunjuk sedara mara atau rakan taulan,  adakah setakat itu sahaja iman kita? BerQurbanlah semata-mata kerana Allah kerana tinggi martabatnya disisi Allah. Tanda-tanda Qurban kita diterima Allah ialah hati kita semakin dekat dengan Allah. Semakin sayang dan cintakan Allah.


Manakala Hari Raya Haji adalah untuk orang yang menunaikan haji. Di padang Arafah mereka akan melakukan wukuf. Wukuf adalah amalan dimana seseorang perlu berzikir, bertasbih, membaca Al-Quran dan mengenang dosa-dosa silam semoga diampunkan. Proses wukuf di padang Arafah sebenarnya adalah gambaran sebenar di pandang Mahsyar di akhirat kelak selepas kiamat apabila kita dibangkitkan kelak. Dengan keadaan panas dan bersesak-sesak, Allah menguji keimaan hambanya. Di dunia Tabung haji sediakan khemah untuk berteduh tetapi diakhirat hanya sejengkal sahaja matahari diatas kepala. Semoga kita semua menjadi orang-orang yang beriman dan di berikan hidayah oleh Allah. Amin...

Dengan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK PEMBACA SWEET MOM BLOG yang telah banyak menyokong saya. Insyallah saya akan terus berkongsi ilmu yang bermanafaat atau apa sahaja untuk korang!!

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in