Alhamdulillah. Insyallah pada keesokkan hari kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha atau bahasa melayunya Hari Raya Haji / Qurban. Hari Raya Haji unyuk orang yang pergi menunaikan haji manakala Hari Raya Qurban adakah untuk orang yang menunaikan Qurban.
Kepentingan Qurban pada kita sebagai umat Islam ialah apakah kita benar-benar sayangkan Allah. Bukan senang kita nak keluarkan duit beratus atau beribu hanya untuk menunaikan perintah agama. Kalau bersedekah RM 10.00 itu normal tetapi untuk jumlah yang banyak adakah jiwa kita bersedia dan redha? Disitulah terletaknya kasih kita pada agama. Jika kita bertujuan Qurban sekadar untuk menunjuk sedara mara atau rakan taulan, adakah setakat itu sahaja iman kita? BerQurbanlah semata-mata kerana Allah kerana tinggi martabatnya disisi Allah. Tanda-tanda Qurban kita diterima Allah ialah hati kita semakin dekat dengan Allah. Semakin sayang dan cintakan Allah.
Manakala Hari Raya Haji adalah untuk orang yang menunaikan haji. Di padang Arafah mereka akan melakukan wukuf. Wukuf adalah amalan dimana seseorang perlu berzikir, bertasbih, membaca Al-Quran dan mengenang dosa-dosa silam semoga diampunkan. Proses wukuf di padang Arafah sebenarnya adalah gambaran sebenar di pandang Mahsyar di akhirat kelak selepas kiamat apabila kita dibangkitkan kelak. Dengan keadaan panas dan bersesak-sesak, Allah menguji keimaan hambanya. Di dunia Tabung haji sediakan khemah untuk berteduh tetapi diakhirat hanya sejengkal sahaja matahari diatas kepala. Semoga kita semua menjadi orang-orang yang beriman dan di berikan hidayah oleh Allah. Amin...
Dengan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA UNTUK PEMBACA SWEET MOM BLOG yang telah banyak menyokong saya. Insyallah saya akan terus berkongsi ilmu yang bermanafaat atau apa sahaja untuk korang!!
0 comments:
Post a Comment