DEMAM DAN SELSEMA YANG BERPANJANGAN

Masuk hari ini, nak dekat 2 minggu saya selsema dan sakit tekak. Tak baik-lagi. Huuu... saya ada mengambil vitaC untuk menguatkan sistem pertahanan badan tetapi kali ini tak jalan pula. Jadi penyelesaiannya saya terpaksa pergi ke klink setelah hampir 6 bulan tak jejak klinik.

Doktor beritahu zaman sekarang ini dah macam-macam virus baru yang ada jadi badan tengah berusaha melawan virus yang masih baru itu. Sebab itu lambat baik. Oooo... baru ku tahu.

Jika saya ingin mengamalkan vitaC untuk meningkatkan sistem pertahanan badan ketika demam selsema, dos pengambilan harus ditingkatkan dan tidak boleh ambil dos 500 mg sahaja sehari macam biasa. Macam vitaC Shaklee (Sustained released VitaC) ini dia special sangat sebab pelepasan vitaCnya secara beransur-ansur, jadi tak de lah masalah membazir. Jika anda takut ia akan menjejaskan buah pinggang, anda perlu minum air sekurang-kurangnya 3 litre sehari bagi membantu proses penyerapannya.

Anak saya Zafri pun terkena jangkitan selsema. Saya beri di VitaC Chewable. Alhamdulillah dah kering hingus dia. Buat masa ini Nutriferon tengah out of stok di gudang Shaklee. Jadi kene gunakan VitaC sepenuhnya.

Tambahan pula sekarang ini, musim jerebu. Lagilah memburukkan keadaan. Jadi alternatif saya ialah menggunakan VitaC dan sedaya upaya mengelak daripada penggunaan antibiotik. Penggunaan antibiotik yang kerap akan menyebabkan sistem pertahanan badan semakin lemah kerana antibiotik akan memusnahkan antibodi yang sedia ada. Semoga kita dilindungi daripada mara bahaya dan penyakit. Amin.

1 comments:

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in