Semalam semasa kami sekeluarga berada di meja makan, berlaku situasi yang mendebarkan dimana Zafri terjatuh daripada kerusi sehingga kulit kepala terkoyak. Sebelum ini Zafri pernah jatuh tangga sebanyak 5 anak tangga. Memang rasa nak tercabut nyawa bila nengok di tergolek-golek. Zafri memang agak lasak dan bijak budaknya. Macam-macam nak di cuba. Bila secara tiba-tiba kita menghadapi situasi kecemasan seperti anak terjatuh tangga, anak jatuh katil, kemalangan dan pelbagai lagi apakah tindakan kita sebagai ibu bapa?
Antara perkara pertama yang saya dan suami lakukan apabila berhadapan dengan situasi kecemasan ialah:
♡ Jangan panik apabila melihat anak terjatuh, kepala berdarah dan pelbagai lagi. Situasi panik akan menyebabkan kita tidak boleh berfikir secara waras dan akan menyebabkan keadaan semakin buruk. Cuba tarik nafas sedalam-dalamnya dan tenangkan diri. Apabila diri sudah tenang barulah fikirkan perkara yang perlu dibuat samada tunggu di rumah atau pergi ke hospital.
♡ Berhenti salahkan pasangan. Kejadian kemalangan tidak dapat dihindari walaupun berada di dalam pengawasan kita. Tiada ibu bapa yang ingin menyakiti anak sendiri. Jadi berhenti salahkan pasangan dan cuba cari penyelesaian.
♡ Jika bayi bawah setahun jatuh katil, perhatikan samada bayi tersebut muntah atau tidak, demam panas, semakin lemah dan tidak berinteraksi jika dipanggil dalam masa 6 jam, pastikan ia dibawa ke hospital dengan segera. Ini adalah tanda gegaran otak.
♡ Jika terdapat sebarang tanda hidrasi pada bayi atau kanak-kanak seperti lingkaran hitam di bawah mata dan muka semakin cengkung sila bawa bawa ke hospital dengan segera untuk masukkan air. Selalunya bayi dan kanak dihidrasi kerana kekurangan air dalam badan akibat muntah-muntah dan cirit birit secara berterusan.
Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat membantu ibu bapa menghadapi kecemasan.
0 comments:
Post a Comment