Showing posts with label Kelengkapan bayi. Show all posts
Showing posts with label Kelengkapan bayi. Show all posts

TIPS JIMAT KETIKA MEMBELI KELENGKAPAN BAYI

Assalamualaikum w.b.t. Saat  membeli kelengkapan bayi yang bakal lahir sangat mengujakan. Lagi mengujakan jika membeli sama kelengkapan ibu bersalin bersama suami tercinta. Saya dulu masa mengandungkan anak-anak, tidak tahu online shopping ni. Beli dekat pasaraya je.. hehe.. Boleh jimat! Lagipun baju bayi baru lahir ni bukannya lama boleh di pakai. Paling lama sehingga 6 bulan.

kelengkapan bayi

Jadi ibu-bapa yang merancang nak beli kelengkapan bayi ni boleh la ikuti tips yang saya berikan ini. Ye lah orang baru dapat anak ni banyak yang kena pakai duit. Tambahan pula keadaan ekonomi negara kita yang tidak menentu.

  • Asingkan duit secara bulanan apabila mengetahui isteri mengandung. Contohnya sebulan RM 300.00 dengan mencampurkan simpanan suami isteri. Yang ini korang boleh buat tabungan namanya 'Tabung Bersalin'. Pastikan disiplin apabila memasukkan duit di dalam tabung itu. Kalau korang cengelat, korang yang tanggung bila anak dah bersalin nanti.
  • Senaraikan keperluan yang perlu dibeli. asingkan mengikut kategori seperti kelengkapan berpantang, perkakas mandian anak, dan lain-lain lagi. Bila korang senaraikan begini secara tidak langsung boleh nampak apa yang perlu beli dan apa yang tidak. Ini adalah senarai checklist kelengkapan bayi yang korang boleh buat rujukan... Checklist kelengkapan bayi
  • Buat perbandingan harga di antara kedai barangan bayi dan pasaraya. Ambil masa satu hari berjalan dengan suami untuk menyemak harga. Selalu semasa expo bayi barang akan sedikit murah.
  • Jangan pentingkan jenama. Apa yang penting bayi selesa pakai pakaian tersebut dan tidak mendatangkan ruam.
  • Guna pakai barang yang sedia ada seperti stroller, baby coat, walker, buaian dan banyak lagi. Ini kerana peralatan ini hanya di gunakan sekejap sahaya. Bila anak dah jalan langsung derang tak pandang stroller tu. Korang juga boleh beli website www.mudah.my atau kumpulan yang menjual pre-loved item bayi.
  • Kalau teringin sangat nak buat majlis cukur jambul macam Scha Al-yahya tu, korang boleh decorate sendiri. Mahal tu nak sewa pelamin bagai. RM 500- RM 1000.00 tau! Duit tu boleh masuk tabung anak.
Amacam ok tak tips yang saya beri ni? Apa yang penting disiplin dan jangan rasa nak pengsan bila nengok baju bayi yang comel-comel tu. Berbelanjalah dengan berhemah...

BELI KELENGKAPAN BAYI DAN BERSALIN DI MOM & BABY EXPO SHAH ALAM, SELANGOR

Ibu-ibu dah beli kelengkapan bayi dan kelengkapan untuk bersalin? Nak beli barangan bayi juga perlukan perancangan. Boleh pengsan bila kena belanja sekaligus. Lain lah jika simpan duit dulu lepas tu beli semua sekali. Waktu yang paling sesuai untuk membeli kelengkapan bayi, kelengkapan penyusuan dan set bersalin ialah seawal 6 bulan atau 6 bulan setengah sebab berdasarkan pengalaman mengandungkan 2 orang cahaya mata, masuk je 7 bulan dah tak larat nak jalan dan berdiri lama. Kalau 6 bulan ke 6 bulan setengah tu kira cun-cun la.

Kelengkapan bayi set bersalin shaklee

Bulan ini ada satu expo yang akan diadakan bakal membantu ibu-bapa mencari kelengkapan bayi samada baru lahir atau berumur dua tahun kebawah. Ia diadakan di IDCC Shah Alam, Selangor. Jadi orang-orang Selangor yang berdekatan jangan lepaskan peluang ini! Kelebihan membeli-belah di Mom & Baby Expo ini ialah ia One Stop Centre. Senang nak cari semuanya ada! Dan ia berlansung selama 3 hari iaitu dari 31 Oktober 2014 - 1 November 2014. Selalunya kalau pergi hari Jumaat memang tak ramai orang. Kalau hari Sabtu Ahad tu boleh jadi raksasa gorgon nak mengadap orang ramai. So korang laki bini boleh ambil cuti atau separuh hari untuk shopping barang bayi.

Baby carrier set penyusuan shaklee
Saya suka pergi ke Mom & Expo Baby sebab harga yang berpatutan disamping promosi-promosi yang di jalankan oleh Syarikat-syarikat berkaitan. Antara produk atau brand yang mengambil bahagian ialah Combi (Stroller), Autumn (Kelengkapan penyusuan), Pigeon (kelengkapan Bayi), Medela (Breastpump), Lampin pakai buang dan pelbagai lagi. Nak tulis pon tak ingat.. hehehe.. Joms layan beberapa promo yang derang buat sempena Expo ini.













Bila korang nengok ni boleh lah budget-budget dengan suami mana nak beli. Tips pembelian Stroller kalau korang memang kaki jalan atau kaki Shopping adalah digalakkan membeli Stroller tapi kalau korang bukan kaki shopping memang tidak digalakkan membeli Stroller sebab membazir kerana bayi konpem nangis tak nak duduk dalam Stroller.. last-last berdokong. Lagi satu tips pembelian Stroller pastikan Stroller tu mudah dilipat dan tak tidak merumitkan serta muat masuk dalam bonet kereta. 

Keperluan Baby Seat ni pula sangat penting jika nak hantar anak ke rumah pengasuh atau taska. Sebab sangat bahaya tau bila letak cam tu je anak kat seat kereta. Seriau! Buatnya break emergency.. terus bergolek baby ke bawah... Huhuhu... Nauzubillah!!


Kalau saya, saya memang suka jenis baby carrier sebab senang nak menyusukan anak. Lagipun bonding antara ibu dan anak kuat. Kalau kaum bapa nak pakai pon boleh. 

So korang dah ready nak shopping? Hahaha... Sila tahan nafsu bila nengok baju-baju bayi yang comel dan kiut.. hehehe

Kalau korang nak nengok checklist barang bayi dan ibu selepas bersalin boleh klik link ini:

Kalau korang nak cari Set Bersalin Shaklee boleh klik link ini:

Kalau korang nak produk untuk banyakkan susu badan boleh klik link ini:

Kalau korang nak belajar tentang penyusuan ibu boleh klik link ini:



 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in