Assalamualaikum w.b.t. Saat membeli kelengkapan bayi yang bakal lahir sangat mengujakan. Lagi mengujakan jika membeli sama kelengkapan ibu bersalin bersama suami tercinta. Saya dulu masa mengandungkan anak-anak, tidak tahu online shopping ni. Beli dekat pasaraya je.. hehe.. Boleh jimat! Lagipun baju bayi baru lahir ni bukannya lama boleh di pakai. Paling lama sehingga 6 bulan.
Jadi ibu-bapa yang merancang nak beli kelengkapan bayi ni boleh la ikuti tips yang saya berikan ini. Ye lah orang baru dapat anak ni banyak yang kena pakai duit. Tambahan pula keadaan ekonomi negara kita yang tidak menentu.
- Asingkan duit secara bulanan apabila mengetahui isteri mengandung. Contohnya sebulan RM 300.00 dengan mencampurkan simpanan suami isteri. Yang ini korang boleh buat tabungan namanya 'Tabung Bersalin'. Pastikan disiplin apabila memasukkan duit di dalam tabung itu. Kalau korang cengelat, korang yang tanggung bila anak dah bersalin nanti.
- Senaraikan keperluan yang perlu dibeli. asingkan mengikut kategori seperti kelengkapan berpantang, perkakas mandian anak, dan lain-lain lagi. Bila korang senaraikan begini secara tidak langsung boleh nampak apa yang perlu beli dan apa yang tidak. Ini adalah senarai checklist kelengkapan bayi yang korang boleh buat rujukan... Checklist kelengkapan bayi
- Buat perbandingan harga di antara kedai barangan bayi dan pasaraya. Ambil masa satu hari berjalan dengan suami untuk menyemak harga. Selalu semasa expo bayi barang akan sedikit murah.
- Jangan pentingkan jenama. Apa yang penting bayi selesa pakai pakaian tersebut dan tidak mendatangkan ruam.
- Guna pakai barang yang sedia ada seperti stroller, baby coat, walker, buaian dan banyak lagi. Ini kerana peralatan ini hanya di gunakan sekejap sahaya. Bila anak dah jalan langsung derang tak pandang stroller tu. Korang juga boleh beli website www.mudah.my atau kumpulan yang menjual pre-loved item bayi.
- Kalau teringin sangat nak buat majlis cukur jambul macam Scha Al-yahya tu, korang boleh decorate sendiri. Mahal tu nak sewa pelamin bagai. RM 500- RM 1000.00 tau! Duit tu boleh masuk tabung anak.
Amacam ok tak tips yang saya beri ni? Apa yang penting disiplin dan jangan rasa nak pengsan bila nengok baju bayi yang comel-comel tu. Berbelanjalah dengan berhemah...
Klik sini untuk dapatkan Set Bersalin yang paling senang di gunakan dan lagend!
0 comments:
Post a Comment