Assalamualaikum w.b.t. Nak cepat dapat anak ni banyak perkara yang perlu dilakukan jika korang menghadapi masalah kesuburan. Lebih-lebih lagi jika korang tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat. Makan ikut suka hati, bersenam lansung tidak (bersenam mengeliat atas katil tidak diambil kira ye), berenang seminggu sekali pon tiada (harap berenang dalam air liur basi je) .
Jika ini yang korang amalkan dalam kehidupan sekarang, saya pohon cuba cubit diri sendiri. Kalau sakit maknanya korang tidak bermimpi lagi.
Maaf cakap untuk menerima cahaya mata atau orang baru dalam kehidupan, kita kena bersedia mental dan fizikal. Badan kena sihat dan mental kena sentiasa positif. Antara langkah permulaan yang korang perlu buat untuk senang hamil ialah jaga pemakanan. Suami isteri kena jaga makan.
Oleh itu saya nak kongsi tips pemakanan yang perlu suami ambil untuk meningkatkan kesuburan. Para isteri kena ambil tanggungjawab ini untuk menyediakan makanan yang sihat dan berkhasiat untuk suami.
- Ambil pemakanan yang tinggi sumber protien seperti ikan, tauhu, susu, telur dan daging. Sehari di cadangan mengambil 2-3 hidangan protien sehari. Protien membantu penghasilan hormon, memperbaiki tisu lama dan menggantikannya dengan tisu baru, ketahanan badan dan pelbagai lagi.
- Vitamin C sangat penting di ambil kerana ia antioksida dan boleh meningkatkan sistem pertahanan badan. Jika orang lelaki kekurangan Vitamin C di dalam badan akan menyebabkan sperma mudah rosak, cepat mati dan tidak berkualiti. Lebih-lebih lagi jika suami perokok. Banyak kandungan Vitamin C yang termusnah.
- Ambil pemakanan yang tinggi Zinc seperti tiram, daging merah, kekacang dan makanan laut. Pengambilan makanan yang tinggi Zinc akan meningkat paras Testosteron dan simen lelaki. Bukan simen buat rumah tu tau... ha korang jangan ingat simen buat rumah tu lak. Simen ni lah yang buatkan sperma berenang bagai jaguh tak terkalah lagi hensem ke ovum isteri. Zinc ni penting untuk menghasilkan sperma yang sihat lagi bergaya. Ia juga meningkatkan jumlah sperma yang sihat. Apalah maknanya kalau 15 juta sperma yang dikeluarkan tetapi hanya 10 ribu sperma yang hidup. Tak mampu dik nak sampai ke ovum isteri..
- Kalsium dan Vitamin D boleh meningkatkan kesuburan suami.
Ramai suami tidak mahu mengaku tentang keadaan mereka. Kita sebagai isteri kena faham betul-betul suami kita. Masak sedap-sedap. Elakkan makan di kedai kerana sudah tentu penggunaan bahan perisa digunakan sebagai penyedap. Lagipun bila isteri memasak di rumah lagi abang sayang rumah tangga makin hari harmoni.. Ameen..
Klik disini untuk dapatkan sperma yang sihat dan kacak
0 comments:
Post a Comment