Assalamualaikum w.b.t... Hari ini Selangor cuti Thaipusam. Jadi dengan relanya diriku bergolek-golek gaya ikan duyung di atas tilam. Masa inilah nak luruskan pinggang. Hehe.. Sambil bergolek bak ikan duyung tu, saya tiba-tiba terkenangkan perkara 5 tahun lepas dimana seseorang telah memarahi saya kerana mengambil vitamin ketika mengandung. Katanya bayi dalam perut nanti besar.
Terkesima mak tau! Apalah salahnya sebiji pil itu sehinggakan menyebabkan bayi dalam kandungan besar berbanding makan nasi berkilo-kilo. Masyarakat kita ini terlalu di sogokkan macam-macam perkara sampai tidak tahu mana betul mana salah tanpa sebarang kajian.
Sebenarnya keperluan suplemen untuk ibu mengandung itu sangat penting untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan. Ada yang cakap "Saya ambil makanan sebenar". Ya sebaik-baiknya ambil makanan sebenar tidak di nafikan. Tapi saya nak tanya ayam sebenar yang di jual di pasaran tu betul-betul selamat ke tanpa suntikan hormon? Sayur yang kita makan tu adakah di sembur dengan baja organik (tahi ayam) yang macam orang zaman dulu buat? Tepuk dada tanya diri sendiri.
Suplemen ini bukan pengganti makanan sebenar sampaikan semata-mata bergantung kepada suplemen. Suplemen hanyalah makanan tambahan yang mengisi lompong-lompong nutrisi yang kurang dalam badan. Contohnya, Puan Mario Gonzales selalu sakit pinggang dan sakit lutut selepas melahirkan anaknya. Itu adalah tanda beliau kekurangan kalsium. Tambahan pula Puan Mario Gonzales memang tidak minum susu. Rasa nak muntah katanya.
Nampak di situ? Saya ini memang pemakan suplemen yang tegar tetapi makanan sebenar seperti buah-buahan dan sayuran saya tidak abaikan. Malah saya masak sendiri dirumah. Ni bukan ayat nak gebang tau! Nak beritahu saya tidaklah menjadikan suplemen itu sebagai makanan ruji. Hehe..
Berbalik isu makan suplemen sebabkan bayi besar. Sebenarnya yang menyebabkan bayi besar kerana ibu menghidapi kencing manis semasa mengandung. Ye lah selalunya mak-mak apabila morning sickness berlalu mula nampak makanan ibarat sajian makanan sungguh menyelerakan. Macam saya mengandung anak pertama hari-hari wajib Milo ais tak kira siang malam. Hasilnya dapat penyakit kencing manis. Minuman yang berais selalunya mengandungi kandungan gula yang tinggi. Akhirnya saya bersalinkan Jasmine 3.14kg.. ok la tu kot... hehe..
Jadi ibu-ibu jangan takut ambil suplemen ketika mengandung kerana ia memang untuk keperluan bayi dan anda!
Baca di sini untuk: Tips elak keletihan semasa hamil
alhamdulillah bayi pertama saya cuma 2.76kg, walaupon saya makan pil yang doktor bekalkan hari2 tak miss..
ReplyDeletealhamdulillah...
ReplyDelete