Assalamualaikum w.b.t. Bebarapa hari kebelakangan ini saya banyak urusan diluar dan perlu menginap di hotel. Kalau bermalam di hotel sudah tentunya airnya macam teh o nipis dengan bau karat. Tak selara mak nak telan. Selalunya saya akan beli air mineral untuk minum. Kan bagus jika hotel menyediakan penapis air. Hehehe... Saya ada pengalaman air tanah keluar saat nak buat susu anak.
Bukannya apa kalau hotel lama bau airnya memang boleh pengsan lah tambahan pula nak beri suami dan anak-anak air ibarat macam beri air racun pula. Semasa saya mengandungkan Zafri dulu, saya langsung tidak boleh minum air masak keranan tidak tahan dengan baunya. Bila minum je mesti muntah balik. Akhirnya terpaksa beli air mineral. Mahal tu... Sebotol air mineral 2 litre RM 2.50. Bayangkan kalau seminggu 20 botol air mineral. Kaya raya taukeh air mineral.
Bagi mengatasi masalah ini, mak dan abah saya telah belikan saya penapis air C****.... Terharu habis bila mak dan abah belikan untuk anaknya ni. Ye la penapis air yang harganya beribu kot siapa yang tak suka. Namun begitu langit tidak selalunya cerah... chewah! Disebabkan mak dan abah belikan cash untuk tahun kedua kami kena bayar servis penyelenggaraan tahunan sebanyak RM 500.00.. Banyak wooo!!
Kalau tak nak bayar maknanya tiada penggantian filter la.. sedih ko.. minum air kotor.. Mengigil juga nak keluarkan RM 500.00 untuk 5 kali servis filter. Macam kena tipu pula dengan syarikat itu. Fikir punya fikir baru perasan Shaklee pon ada keluarkan penapis air. Adoi ai macam mana boleh tak perasan ni... Takjub sangat dengan benda beribu, benda murah tak perasan pula.
Jadi beranikan hati mencuba penapis air shaklee ini. Tak cuba kita tak tahukan. Masa memula pasang " Eh senangnya nak pasang penapis air ni, tak perlu panggil suami tolong pasang" Nampak sikit kebijakkan isterinya di situ... hehehe... Ok dah pasang dah cun.. masukkan air pula. Penapis air ini ada penanda aras bila waktu yang perlu di tukarkan filter.
Bila penunjuk warna merah maknanya kena tukar filter yang lain. Sebiji filter tu selalunya boleh menapis air sebanyak 80 gelen air bersamaan 303 litre air dan tahan dalam 4 bulan. Selalunya kalau ambil pakej penapis air ini mesti akan di beri sekali 3 biji biji filter tambahan. Jadi jangka hayat penggunaan kesemua filter adalah setahun lebih bergantung kepada penggunaanya.
Oh ya! Penapis air ini tidak perlu guna elektrik tau. So pembaziran elektrik tidak akan berlaku dan boleh kemana-kemana walaupun untuk percutian bersama keluarga. Pendek kata kalau masuk hutan minum air sungai dah tiada masalah.
Lagipun ada juga isu sesetengah penapis air tidak halal kerana pada filternya terdapat tulang b***. Filter penapis air ini di perbuat daripada arang dan tempurung kelapa. Jadi sangat-sangat semulajadi dan halal. Tambahan pula penapis air yang comel kecil molek ini diiktiraf oleh Water Quality Association (WQA). Apabila badan professional mengiktriraf penapis air ini sudah tentu ianya bagus dan selamat di minum.
Saya juga ada membuat eksperimen menggunakan air ribena. Nah, ini hasilnya! Nampak ketakjuban disitu... bayangkan kalau air paip kita bergitu.. memang power!
Harganya murah banget dong! RM 460.00 untuk housing kit dan 4 filter untuk kegunaan setahun lebih! Tidak perlu penyelenggaraan secara tahunan hanya perlu tukar filter yang hanya RM 161.00 untuk setahun. Murahnyaaa! Boleh meracau nengok penjimatannya.
0 comments:
Post a Comment