Showing posts with label Senggugut teruk semasa haid. Show all posts
Showing posts with label Senggugut teruk semasa haid. Show all posts

6 PUNCA MASALAH HAID TIDAK TERATUR

Assalamualaikum wbt. Salah satu punca susah mendapat zuriat ialah haid tidak tidak teratur. Datang 2-3 bulan sekali dan ada yang tanpa henti. Keadaan ini amat menyukarkan kerana kita tidak tahu bilakah ovulasi sedang berlaku. Mengetahui masa ovulasi adalah sangat penting bagi pasangan yang inginkan zuriat. Ovulasi ialah tempoh telur/ovum keluar dari kilang ovari untuk di senyawakan. Tambahan pula ovulasi hanya berlaku selama 3 hari dalam satu tempoh kitaran haid.

masalah haid tidak teratur

Bagi mengatasi masalah ini jom kita nengok apakah masalah penyebab haid tidak teratur :

  • Amenorrhoea - Seseorang wanita yang tidak pernah datang haid pada umur 16 tahun atau haid berhenti sekurang-kurangnya 3 bulan tetapi tidak mengandung. Ia bukan penyakit tetapi ia di mungkin disebabkan oleh tekanan perasaan, terlebih bersenam, gangguan pola pemakanan (seperti anorexia), masalah hormon makan dan PCOS. Rawatan Amenorrhoea ialah dengan mencari punca masalah tersebut. Contohnya terlalu kuat bersenam, anda perlu kurangkan aktiviti bersenam. Jika mempunyai masalah berat badan, anda perlu mengurangkan berat badan. Gaya hidup perlu di ubah.


  • Oligomenorrhoea - Haid datang dalam kitaran 35-90 hari (kitaran normal 28 hari). Ini di sebabkan pengambilan pil hormon perancang dan ia berlaku kepada wanita yang menyusukan anak anak kerana hormon prolaktin tinggi di dalam badan. Pesakit PCOS juga mempunyai Oligomenorrhoea. Kebanyakkan remaja mempunyai masalah ini sebelum kitaran haid betul-betul tetap. Keadaan ini tidak membahayakan kerana hanya berkaitan keseimbangan hormon. Apabila berhenti mengambil pil perancang atau menyusukan anak, insyallah haid pasti normal.


  • Ovari pra-matang - Kilang Ovari berhenti mengeluarkan telur/ovum sebelum sampai waktunya. Contohnya, seorang wanita yang berusia 25 tahun tidak datang haid kerana Ovarinya telah menapous. Keadaan ini agak menakutkan bagi wanita yang inginkan cahaya mata. Jangan tidak percaya ovari juga boleh tua sebelum waktunya. Proses kehamilan agak sukar tetapi masih boleh di cuba dengan cara lain. Doktor selalunya akan memberikan pil hormon estrogen dan hormon-hormon lain bagi membantu ovari wanita mngeluarkan telur seperti biasa. 
fibroid dalam rahim


  • Fibroid rahim - Fibroid rahim adalah tumor tetapi bukan kanser. Ia selalu terjadi kepada wanita yang pernah melahirkan anak. Ia terjadi disebabkan terdapat darah haid tidak habis keluar atau darah nifas yang tidak di keluarkan dengan habis semasa proses berpantang. Ada wanita walaupun mempunyai fibroid masih lagi boleh mengandung tetapi ada sesetengah wanita tidak boleh hamil secara semulajadi. Tanda-tanda fibroid rahim ialah haid yang berpanjangan dan sakit senggugut yang kuat. Selalunya rawatan yang di cadangkan ialah dengan pemberian ubat melegakan kesakitan, melambatkan atau menghentikan pertumbuhan fibroid. Pembedahan juga boleh di lakukan untuk membuang fibroid.
period tidak teratur di sebabkan ketumbuhan di dalam rahim



  • Endometriosis - Ia berlaku apabila tisu yang biasanya tumbuh di dalam rahim tetapi ia berkembang di luar rahim. Endometriosis menyebabkan kesakitan sebelum dan semasa awal period. Endometriosis juga boleh menyebakan kemandulan. Antara rawatan yang di syorkan ialah pil tahan sakit, pil hormon atau pembedahan. Walaubagaimanapun bagi pasagan yang mahukan cahaya mata rawatan secara IVF (persenyawaan in vitro) boleh membantu meningkatkan tahap kesuburan wanita.


  • Dysmenorrhoea - Mempunyai sengugut yang teruk. Walaubagaimanapun ia tidak serius tetapi masih perlu di beri perhatian kerana di takuti berlaku di sebabkan jangkitan, endometriosis atau sista ovari.

Pendek kata masalah haid tidak teratur ini banyak di sebabkan oleh masalah hormon dan gaya hidup yang tidak sihat. Antara pencegahan yang boleh boleh kita sebagai boleh lakukan untuk mengelakkan sebarang masalah ialah:

  • Jaga kebersihan alat sulit. Elakkan daripada memakai pencuci wanita terlalu kerap kerana ia akan mematikan flora dan fauna di situ.
  • Jangan buat teknik douching (menyebur air masuk ke dalam vagina).
  • Amalkan pemakanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran.
  • Elakkan pemakanan yang bersifat hormon seperti ayam moden, daging lembu import, soya GMO dan pelbagai lagi kerana makanan ini menyebabkan kecelaruan hormon semakin bertambah dan ketumbuhan semakin membesar. Seelok-eloknya makan sumber protien seperti ayam kampung, ikan sungai, daging lembu yang tidak di cucuk dengan ubat hormon. 
  • Elakkan makanan segera kerana ia mempunyai kandungan garam dan bahan perisa yang tinggi
  • Mengambil vitamin yang boleh membantu menstabilkan kembali hormon.

Untuk khidmat rundingan tetang vitamin, anda boleh hubungi saya di:

016-6684862
Ain Ridzuan

Terima kasih

KETUMBUHAN FIBROID DALAM RAHIM

Masalah kesuburan masa kini banyak berlaku kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Rakan-rakan say juga yang masih bujang juga mengidap Fibroid. Jadi Fibroid hanya akan berlaku pada wanita yang dah berkahwin tidak benar. Fibroid berlaku kerana terdapat darah kotor dan sel-sel lama berkumpul di dinding rahim. Terdapat juga wanita yang telah berusia dan baru menyedari beliau ada Fibroid, rahim mereka terpaksa dibuang kerana Fibroid boleh merosakkan rahim. 

Punca Fibroid sehingga kini masih belum di kenalpasti sepenuhnya tetapi dari segi pembacaan saya punca-punca Fibroid ialah:

  • Hormon Estrogen dan Progesterone  tidak seimbang - Contojnya terlalu banyak hormon Estrogen dari hormon Progesteron
  • Stress atau tekanan perasaan
  • Gaya pemakanan yang tidak sihat - Mengambil terlalu banyak bahan perasa, pewarna, aditif dan lain-lain lagi)
Tanda-tanda Fibroid ialah:
  • Sakit senggugut yang teruk sebelum haid
  • Sakit ketika bersama suami
  • Darah haid berketul-ketul
  • Kerap kencing kerana kedudukan Fibroid menekan pundi kencing
  • Rahim jatuh (Prolaps)
  • Gangguan haid dimana haid jadi tidak tetap atau keluar darah haid terlalu lama dan terlampau banyak
  • Masalah kesuburan - Berkahwin lebih 2 tahun tetapi masih belum dikurniakan zuriat. Anda di nasihatkan untuk berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mengetahui masalah dengan lebih lanjut.
  • Gangguan emosi - Perasaan sentiasa berubah-ubah. Sentiasa rasa nak marah, sedih, bersendirian, gembira dan lain-lain lagi
  • Keputihan yang melampau
  • Sering rasa sakit tumit
  • Kerap keguguran kandungan jika hamil.
Rawatan Fibroid:

Antara rawatan yang sering di cadangkan ialah dengan melakukan pembedahan dan membuang Fibroid tersebut. Namun bergitu tidak semua Fibroid di rawat dengan cara pembedahan sahaja. Bagi wanita yang telah menapous, mereka telah kekurangan hormon Estrogen dan keadaan ini akan mengecutkan Fibroid dengan sendirinya. Terdapat juga cara rawatan mengecutkan Fibroid dengan menggunakan rawatan tradisional seperti menggunakan rempah ratus, akar kayu dan lain-lain. 

Di dalam Shaklee terdapat juga alternatif rawatan untuk pesakit Fibroid iaitu dengan pengambilan Vivix dan GLA Complex. Apakah fungsi-fungsinya?

Vivix di kenali sebagai anti oksidant yang paling tinggi membantu merawat kelainan sel dan menggantikan sel-sel lama kepada yang baru. Anggur Muscadine di dalam Vivix dapat membantu menghentikan kimia penyebab kanser, anti virus dan anti bakteria. Ia juga membantu memperbaiki sistem DNA yang telah rosak.

GLA Complex: Sumber GLA (gamma-linolenic-acid) yang terdapat di dalam GLA Complex yang diekstrak daripada Borage seed mengandungi 2 kali ganda daripada GLA dalam EPO. Ia membantu menstabilkan dan mengawalselia hormon wanita. Juga dikenali sebagai penghalang pembentukan kanser. 

Antara testimoni pengguna yang berjaya ialah:


Jika anda berminat untuk membeli Vivix dan GLA Complex anda boleh klik disini:

Saya ingin membeli Vivix Shaklee dan GLA Complex

Atau

Hubungi saya di 016-6684862 (Ain Ridzuan) untuk mendapat harga kasih sayang. Nak lagi jimat boleh daftar keahlian secara online disini: Daftar keahlian Shaklee secara online

Anda juga mungkin meminati:

Bahaya Ovarian Cyst
Atasi senggugut yang teruk

ATASI SENGGUGUT TERUK SEMASA HAID BERSAMA SHAKLEE

Ada sesetengah wanita mengalami senggugut teruk semasa haid. Antara tanda-tanda senggugut ialah sakit dibahagian ari-ari dengan rasa seperti mencengkam sehingga tidak boleh melakukan apa-apa, sakit pinggang, muntah-muntah, cirit birit dan mual. Senggugut juga boleh menjejaskan tahap kesuburan seseorang wanita.

Mengapakah senggugut boleh terjadi?

Senggugut boleh dialami seseorang selepas 6-12 bulan datang haid. Ia berlaku kerana berlaku pengecutan rahim secara paksa untuk mengeluarkan darah kotor yang tebal di dinding rahim. Senggugut juga boleh berlaku kerana disebabkan anda mempunyai ketumbuhan seperti cyst, Fibroid, Endometriosis, jangkitan dalam rahim, penggunaan alat perancang IUD dan rahim terbalik. 

Saya teringat semasa di sekolah menengah sesetengah rakan-rakan yang mempunyai senggugut yang teruk semasa haid minum minyak cap kapak campur dengan air suam untuk mengurangkan kesakitan semasa datang haid. Ada juga yang mengambil minuman bikarbonat atau makanan tajam untuk mempercepatkan pengeluaran darah haid. Memang menakutkan!  Ada juga rakan-rakan yang terpaksa ambil MC tiap kali haid. Ada juga rakan-rakan saya selepas berkahwin secara tiba-tiba terkena senggugut selepas kahwin tetapi ada juga semasa bujang kena senggugut yang teruk tetapi selepas bersalin terus hilang senggugutnya. 

Jadi apakah penyelesaiannya? Sampai bila nak menanggung derita? Pesakit senggugut juga berkemungkinan untuk mandul. Lebih baik kita berusaha terlebih dahulu sebelum terjadi apa-apa. Antara produk Shaklee yang saya cadangkan untuk mengurangkan dan menghilangkan senggugut ketika haid haid ialah:

SENGGUGUT TERUK SHAKLEE

GLA Complex: Membantu membentuk protaglandin yang mengawalselia hormon wanita. Mengurangkan sistem PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara. Selain itu ia juga membantu mengecutkan ketumbuhan seperti cyst, fibroid dan lain-lain lagi

Ostematrix: Membantu melegakan urat-urat rahim daripada tegang. Ostematrix adalah sejenis kalsium. Pengambilan kalsium sehari sebelum haid benar-beanr membantu mengurangkan kekejangan pada ari-ari perut.

Bcomplex: Membantu mengurangkan ketegangan atau mood swing ketika datang haid. Ia juga membantu merehatkan urat-urat di rahim. Orang perempuan bila marah-marah je mesti orang akan cakap datang bulan la tu. Ia sangat membantu dalam aspek meredakan kemarahan.

Testimoni pengguna yang mengambil Set Senggugut Shaklee:

Testimoni pertama:


Testimoni set senggugut teruk shaklee


Testimoni kedua:

Set Senggugut teruk lepas kahwin Shaklee


Untuk tempahan anda boleh terus order ke:


Atau boleh je terus hubungi saya untuk harga kasih sayang di 016-6684862 (Ain Ridzuan). Nak lagi jimat boleh daftar keahlian Shaklee terus dapat 20% diskaun setiap pembelian produk.

Hanya pembelian dengan saya sahaja akan mendapat khidmat rundingan terbaik:
  • Cara pemakanan vitamin dengan betul
  • Tips-tips kesuburan (jika anda ingin hamil)
  • Tips-tips menghilangkan sakit senggugut


Pastikan anda memilih pengedar Shaklee yang betul-betul berpengetahuan sebelum menggunakan produk. Ditakuti kesannya kurang memberansangkan.
 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in