Siapa Saya?

SIAPA SAYA?

Assalamualaikum wbt. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya ini. Siapa saya? Saya adalah seorang isteri dan ibu dua orang cahaya mata yang bernama Nuraini.


Saya merupakan seorang ibu yang tidak sanggup melihat anak di jaga oleh orang lain dan bertekad untuk berhenti kerja untuk menjaga anak dengan air tangan sendiri. Pedih hati bila melihat anak yang kita kandung selama 9 bulan di herdik dan di marah oleh pembantu rumah. Depan kita "ya ibu" belakang kita "mampus kau budak, asyik menangis aja kerjanya". Astaghfirullahalazim... luruh jantung saya bila melihat pembantu rumah memperlakukan sebegitu kepada anak saya. Saya kira rata-rata ibu yang melihat kejadian seperti itu rasa macam nak berhenti kerja dan duduk di rumah menjaga anak.



Jadi saya mengambil keputusan untuk menyertai bisnes ini untuk merealisasikan impian saya duduk dirumah menjaga anak. Pada awalnya saya memang tidak tahu apa-apa tentang bisnes ini. Nak buat blog lagi la tak pandai lansung tetapi saya paksa diri sendiri untuk merealisasikan impian saya. Tidak sanggup rasanya bila melihat anak di herdik seperti itu.

Pada asalnya ketika awal-awal terjebak dengan bisnes Shaklee ini di sebabkan saya menggunakan Set Bersalin. Lama-lama jadi suka pula sebab saya juga menyusukan anak. Kawan-kawan pun nampak saya nampak lain sejak menggunakan Set Bersalin ini. Nampak bertenaga dan berseri katanya. Apalagi saya pun cucuk jarum dan mereka terus membeli. Keuntungan kali pertama saya jual Set Bersalin, saya buat modal untuk daftar keahlian. Maka bermulalah pengalaman saya sebagai bisnesswomen dan perunding kesihatan. Cheewah!

Terus terang saya cakap saya seorang pemalu nak jumpa orang pastu kena jual barang apatah lagi nak cari orang join bawah saya. Nak cakap pon kena fikir dulu nak susun ayat.. hehe.. Tapi apabila saya menjalan bisnes ini secara online masalah itu hilang. Ye lah secara online mana nampak muka kan? Lain la kalau buka aplikasi Skype memang la nampak muka. Proses penjualan menjadi senang. Orang datang terus order barang dan join jadi ahli. Dah tidak perlu ketuk pintu rumah, paksa orang beli produk, atau simpan stok bawah katil. Menyayat hatikan kalau buat bisness macam tu?

Pelanggan dan kawan-kawan pula datangnya dari seluruh Malaysia. Bukan sahaja setakat teman sepejabat, teman setaman dan teman sepengajian. Mereka adalah orang-orang hebat yang pernah saya jumpa. Masing-masing dengan misi yang sama iaitu ingin menjadi suri rumah menjaga anak dengan pendapatan yang mengkagumkan serta mempunyai pilihan.

Dari segi kelas atau mesyuarat saya tidak perlu keluar malam-malam tinggalkan anak dan keluarga. Segalanya di lakukan secara online. Sambil dodoikan anak, sambil makan malam di rumah masih lagi dapat join kelas yang di lakukan. Cuma kadang-kadang jika terdapat sebarang permintaan nak berjumpa secara live barulah diadakan. Itu pun secara potluck atau kelas yang boleh bawa anak-anak sekali.

Alhamdulillah dengan pendapatan bisnes online ini, saya tanamkan niat di dalam hati untuk menambah tabungan zakat dan membantu emak dan abah menunaikan haji. Ini juga salah satu sebab saya berbisness. Nak membantu orang yang memerlukan. Insyallah. Dari segi bonus tu boleh saya cakap setakat ini, ia memberikan keselesaan kepada kami sekeluarga dan tidak terlalu bergantung harap kepada suami. Suami senyum je bila isterinya jarang minta duit. Tak nak cakap lebih tentang bonus, yang dah merasa tahulah kebahagiannya.....

______________________________________________________

Kalau korang masih lagi tercari-cari pendapatan tambahan untuk meneruskan kelansungan hidup atau mempunyai impian yang besar, sertai keluarga besar kami. Insyallah pasti tidak akan menyesal.
Sertai kami dengan mengisi borang ini:

atau hubungi
016-6684862 (Ain)

0 comments:

Post a comment

0 comments:

Post a comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in