PUNCA KEGAGALAN PENYUSUAN SUSU IBU

3Zaman sekarang ini adalah evolusi penyusuan susu ibu. Rata-rata ibu mengandung yang ditemui kini ingin menyusukan anak dengan susu ibu walaupun berkerja. Ia adalah kesedaran yang membanggakan. Namun tidak terkecuali ada yang gagal dalam merealisasikan penyusuan susu ibu.
Apakah punca kegagalan penyusuan susu ibu?

♡ Kurang ilmu penyusuan. Ilmu penyusuan susu ibu sangat penting untuk menghadapi saat turun naik menyusukan anak. Ilmu penyusuan susu ibu boleh dicari di internet atau berjumpa dengan kaunselor penyusuan. Ia harus dipelajari sejak bayi di dalam kandungan lagi. Anda boleh sertai kelas-kelas penyusuan ibu yang dianjurkan NGO atau kumpulan sokongan ibu menyusukan.

♡ Tidak mendapat sokongan daripada pasangan atau orang sekeliling. Suami memainkan peranan penting dalam hal ini tetapi jika suami sendiri tidak menyokong penyusuan ibu bagaimana ya? Ibu-ibu boleh mengajak suami pergi ke kelas penyusuan ibu supaya suami lebih terdedah dengan kebaikan susu ibu. Anda juga boleh memberikan risalah daripada hospital atau buku penyusuan. Jika orang tua yang tidak menyokong penyusuan ibu, berbincanglah dengan baik tentang kepentingan dan khasiat susu ibu. Selalu mereka tidak menyokong penyusuan susu ibu kerana tiada pendedahan atau lebih mempercayai iklan susu Formula.

♡ Memberikan puting tiruan atau botol terlalu awal. Bayi selalunya keliru samada puting ibu atau puting tiruan. Selalunya bayi akan memilih puting tiruan kerana ia lebih mudah dan cepat mengeluarkan susu berbanding puting ibu yang mengambil masa. Walaupun susu ibu yang diletakkan di dalam botol susu, tetapi ia akan mengurangkan stimulasi di payudara ibu dan sekaligus akan mengurangkan pengeluaran susu ibu.

♡ Waktu mengepam susu yang tidak teratur dan selalu membiarkan payudara membengkak. Konsep asas penyusuan susu ibu ialah demand and supply. Jika anda mengurangkan sesi mengepam susu, otak akan menerima isyarat bahawa susu sudah mencukupi dan tidak perlu menghasilkan susu lagi dan susu ibu akan kurang.

♡ Tidak menjaga pemakanan. Pemakanan yang berkhasiat dan lengkap sangat penting dalam penghasilan susu ibu. Bahan utama penghasilan susu ibu ialah karbohidrat, protien dan serat. Jika anda mengambil pemakanan secara seimbang bagaimanakah susu ibu akan terhasil?

♡ Selalu berada dalam keadaan stress. Musuh utama penyusuan ibu ialah stress. Apabila ibu berada di dalam stress selalunya susu ibu akan merudum. Oleh itu elakkan stress dan cuba pelbagai aktiviti yang mencegah stress. Macam saya bila saya stress, saya lebih gemar window shopping bersama dengan rakan-rakan atau semasa mengepam susu saya gemar melayan media sosial sedar-sedar je susu dah penuh.

Nasihat saya untuk ibu yang menyusukan dan sedang mengalami saat susu merudum, penyusuan susu ibu ini memang penuh dengan cabaran dan hanya ibu-ibu yang kuat dan cintakan anak yang sanggup menghadapinya.

Saja juga pernah melalui susu merudum tetapi saya kuatkan semangat dan carikan ibu susuan untuk Zafri. Apabila pengeluaran susu ibu telah pulih, saya terus menyusukan anak dengan susu ibu sendiri. Tiada salahnya anak kita mempunyai ibu susuan. Bahkan bertambah erat kasih sayang sesama kita.

Anda juga meminati:

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in