RAHSIA SUSU IBU BANYAK

Assalamualaikum.. Rasa terpanggil amat nak share tentang pengalaman saya menyusukan anak yang kedua ini. Alhamdulillah sudah hampir tahun saya menyusukan Zafri. Zafri pun seperti tidak mahu 'wean-off'. Insyallah saya akan extended breastfeeding. Saya tahu ramai para ibu teringin sangat nak menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu seawal 0 - 6 bulan seterusnya sehingga 2 tahun. Namun begitu terdapat beberapa cabaran penyusuan susu ibu terpaksa dihadapi seperti susu ibu sedikit, susu ibu merudum, tiada sokongan ahli keluarga dan lain lain lagi. Baiklah, disini saya kongsikan sedikit tips rahsia susu ibu banyak untuk panduan ibu-ibu tersayang dan kaum bapa yang memahami.

RAHSIA SUSU BANYAK 1:

Sebaik sahaja bayi dilahirkan ciptalah bonding yang pertama dengan bayi iaitu meletakkan bayi di dada ibu. Perasaannya amat lain. Bayi akan segera dan pandai mencari puting payudara ibu. Ibu bapa boleh meminta kebenaran daripada jururawat untk meletakkan bayi di dada. Susu kan bayi dengan susu ibu sewal jam pertama kelahiran. Pada awalnya memang ada sesetengah bayi tidak pandai menghisap puting payudara ibu, tetapi ibu boleh mencuba dengan memasukkan sedikit jari kelingking di dalam mulut bayi dan bawa mulut bayi itu ke puting payudara. Apabila bayi telah pandai menghisap, lepaskan perlahan-lahan dan masukkan mulut bayi ke puting payudara. Pastikan keseluruhan ‘areola’ (kawasan puting) dipenuhi dengan mulut bayi. Ini bertujuan untuk mengelakkan rasa sakit dan perit ketika menyusu. Pada peringkat ini, pasti ada individu akan cakap bayi tak kenyang minum susu ibu dan perlu ditambah dengan susu formula/ nestum. ABAIKAN!! Kerana perut bayi baru sebesar buah anggur, jika bayi menangis dia hanya nak bonding dari ibunya sahaja dekat dengan jantung. Selama 9 bulan 10 hari bayi dengar denyupan bayi ibunya, secara tiba-tiba bunyi itu hilang dan digantikan bunyi bising. Bayi takut dan menangis adalah salah satu espresi meluhkan perasaan.

RAHSIA SUSU BANYAK 2:

Susu kan bayi sekerapnya untuk ransangan / stimulasi pengeluaran susu ibu dengan segera. Lagi banyak waktu bayi menyusu bersama ibu, lagi banyak susu akan keluar. Menyusukan bayi sekurang-kurangnya 2 jam sekali. Pada saat ini, ada sesetengah ibu mengalami puting luka kerana hisapan bayi. Petua puting luka ialah sapukan kembali air susu ibu di tempat yang luka itu. Ibu-ibu haruslah bersabar menghadapi situasi ini kerana secara jelas proses itu adalah lambang kasih sayang ibu kepada anaknya yang sanggup berkorban. Para bapa haruslah memberikan kata-kata semangat pada ibu meneruskan penyusuan ibu.

RAHSIA SUSU BANYAK 3:

Perah susu ibu seawal 4 hari kelahiran bayi. Ibu boleh memerah dengan menggunakan tangan, pam susu manual atau pam susu elektrik (mengikut keselesaan). Pam yang bagus ialah pam yang tidak menyakitkan dan menyerupai hisapan bayi. Pada permulaan proses mengepam memang akan hanya keluar angin sahaja kerana otak masih belum menerima signal ‘demand’ pertambahan keperluan susu ibu. Lakukan pemerahan pada waktu yang sama. Macam saya dulu, lepas bayi menyusu saya akan terus mengepam. Tetapi jika bayi terlambat menyusu saya akan mengepam dahulu. Jangan risau kerana susu yang dikeluarkan itu akan terhasil dengan cepat dan bayi akan kenyang.

RAHSIA SUSU BANYAK 4:

Semasa di dalam pantang / berada di rumah seelok-eloknya beri bayi susu ibu secara terus kerana khasiat susu ibu terpelihara daripada susu ibu perahan (EBM) kerana tidak terdedah dengan perubahan suhu panas sejuk. Susu susu ibu perahan boleh digunakan jika ibu kembali berkerja atau pergi keluar rumah.

RAHSIA SUSU BANYAK 5:

Amalkan konsep ‘Demand and Supply’. Selagi mana ada permintaan kepada payudara, selagi itulah susu akan keluar dengan banyaknya. Jangan biarkan payudara membengkak kerana bayi tidak menyusu atau mengepam. Ia akan menyebabkan susu berkurangan secara automatic kerana payudara menghantar signal ke otak susu sudah mencukupi.

RAHSIA SUSU BANYAK 6:

Disiplin dan jati diri dalam penyusuan sangat penting kerana ia melibatkan diri sendiri. Katakanlah bayi memerlukan 18 oz sehari semasa dihantar ke penjaga/ taska, maka ibu harus membawa balik dari pejabat sebanyak 18 oz. Jika tidak mencukupi 18 oz sehari maka ibu perlu menambah waktu mengepam untuk mencukupkan 18 oz itu. Ibu bole bangun pagi untuk memerah susu kerana waktu pagi dinihari , hormone penyusuan sedang banyak dan susu juga akan banyak. Waktu perahan saya ialah sebelum pergi kerja (6.30 pagi), 10.30 pagi, 2.30 petang dan 5.30 petang (sebeum balik kerja). Alhamdulillah, boleh membawa pulang 30 oz sehari.

RAHSIA SUSU BANYAK 7:

Perbanyakkan Doa moga ditambahkan susu ibu dan di permudahkan perjalanan menyusukan sehingga 2 tahun. Antara zikir yang boleh diamalkan ialah Ya-Matin 1000 x (ikut kemampuan). Klik disini untuk doa memperbanyakkan susu ibu.

RAHSIA SUSU BANYAK 8:

Banyak berjumpa dengan rakan-rakan seperjuangan yang menyokong penyusuan susu ibu. Sekarang ini dah bermacam-macam Breastfeeding Support Group yang di tubuhkan. Galilah ilmu, banyakkan bertanya jika tidak faham.

RAHSIA SUSU BANYAK 9:

Dapatkanlah sokongan daripada keluarga terdekat terutamanya suami tentang penyusuan ibu. Kebanyakkan suami tidak menyokong kerana tidak faham Kehebatan Penyusuan Ibu dan terpedaya dengan iklan-iklan di televisyen. Ibu-ibu boleh mengambil risalah daripada Hospital Rakan Bayi yang menyokong penyusuan susu ibu ini dan berikan pada suami, ibu-bapa, mertua dan ipar duai serta rakan sekerja.

RAHSIA SUSU BANYAK 10:

Mengambil makanan tambahan untuk menambah susu ibu. Makanan tambahan untuk menyusukan bayi perlu jika ibu kerap penat dan letih serta tidak dapat memenuhi pyramid pemakanan. Seperti saya, saya mengamalkan Set Penyusuan Premium Shaklee untuk kesan yang lebih optimum. Sepanjang saya menggunkan Set Penyusan Shaklee, badan kurang rasa penat, kurang stress dan susu pun banyak. Apabila kita tidak stress, secara automatic susu akan keluar dengan banyak kerana hormone prolactin adalah hormone yang anti-stress.
Terdapat beberapa Set Penyusuan Shaklee yang di cadangkan iaitu:

Set Penyusuan Budget (ESP + Alfalfa)

ESP: RM 150.00
ALFALFA (S): RM 53.75


Set Penyusuan Optimum (Bcomplex + VitaC + Vitalea + Alfalfa + ESP + Ostematrix)

ESP: RM 150.00
VitaC: RM 92.50 (180 biji)
BComplex:RM 53.75 ((120 biji)
Vitalea: RM 88.75 (120 biji)
Alfalfa (S): RM 53.75 (330 biji)
Ostematrix: RM 61.00 (120 biji)

Multivitamin ini tahan sehingga 3-4 bulan


Untuk pertanyaan lanjut dan konsultansi boleh terus hubungi saya:

Saya adalah agen Shaklee anda!!

Call/sms/wassup: Pn. Ain (016-6684862) ID:881668

FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/

FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

Setiap pembelian daripada saya layak mendapat:

:) Jadual pemakanan PERCUMA

:) Konsulatasi Ekslusif PERCUMA

COD di sekitar Subang Bestari, Kota Damansara, Petaling Jaya, Sungai Buloh, Shah Alam, Pelabuhan Klang, Klang. Penghantaran melalui pos ke seluruh negara (Malaysia, Indonesia, Brunei).

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit..

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in