SALOON RAMBUT MUSLIMAH DI SHAH ALAM

Minggu lepas diriku pergi memanja rambut di Saloon Rambut Siti Zahrah di Seksyen 7, Shah Alam sebab dah rasa macam sakai.. Hahaha... Almaklumlah dah jadi mak budak ni tak sempat nak duduk berejam dalam bilik air. Salon Rambut ini khas untuk muslimah aje.

Sebenarnya saya tak biasa sangat dengan Pusat Perniagaan Seksyen 7 ni. Jadi agak menganggau mencarinya. Nasib baik ada Google Maps ada. Rupanya salon rambut ni betul-betul dekat dengan SugarScarf, Fareeda dan Pearl Haya. Ia berada di tingkat 2.  Saya parking dekat parking tertutup yang dekat Roshini. RM 1.00 je.

Bila sampai je kat depan pintu kedai terdapat sofa khas untuk para suami/lelaki duduk jadi tak delah nampak orang dalam. Di dalamnya di ruang menunggu pula ada sofa dan televisyen. Tak delah boring sangat menunggu bila bawa anak kecil.

Saya cuci rambut aje. Memang puas hati. Pernah juga kengkawan yang pergi cuci rambut ke saloon yang lain. Derang pakai kuku ko! Habis rabak kulit kepala. Kat sini pon ada juga rawatan SPA. Tapi hari tu tak sempat nak wat SPA sebab sampai pon dah lewat jadi cuci rambut dan blow aje lah..

Salon rambut ini tutup hari Selasa. So kalau nak pergi secara berjemaah atau beramai-ramai harus buat appoinment terlebih dahulu tau.. kang tak pepasal kena tunggu lama.

Ni alamat dan no. telefon:

Shah Alam:
14B, Jalan Plumbum Q, Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
No. Tel: 03-55239211

Bangi:
Unit B-17-1, Bangi Gateway Complex, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi, Selangor
No. Tel: 03-89120387

Sri Rampai/ Wangsa Maju:
No.16-1, Rampai Business Park South,Jalan Rampai Maju, Taman Sri Rampai 53300 Setapak, Wilayah Persekutuan.
No. Tel: 03-41316386

Seri Manjung:
P9, Fasa 1C 3, 32040, Seri Manjung, Perak.
No. Tel: 05-6887570





7 comments:

  1. Jom memanjakan rambut.. tapi.. wa xdak rambut camner sis.. ahaha..

    Tapi nnti wa try bawa wife ke sini memanjakan rambutnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bawa jangan tak bawa... t mesti dia kembang kuncup bila hasben sponsor... hehe

      Delete
  2. dekat je ngn tmpt yaya..xpernh p lagi..
    lame xg salon rmbt ni.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila lah pergi... hehe... sekali sekala memanjakan kepala...

      Delete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in