TIPS MENCARI PENGASUH BAYI YANG PENYAYANG DAN BAIK HATI

Takutnya bila nengok lagak ngeri pengasuh bayi dan kanak-kanak yang tersebar di surat khabar dan media sosial. Ada yang kena ikat, kena balut balut dengan kain sambil salotep mulut, bagi makan sampai nak tercekik bayi tu.. Seram habis!


Semalam saya dengar Radio IKIM.FM tentang penderaan pengasuh pada bayi dan kanak-kanak. Pakar kanak-kanak menyatakan terdapat beberapa tips yang boleh kita gunakan untuk mencari pengasuh anak yang bagus. Antaranya:

  • Sebelum pemilihan pengasuh bayi, ibu-bapa perlu membina hubungan dengan pengasuh seperti pergi sendiri ke rumah pengasuh untuk melihat keadaan rumahnya dari segi saiz rumah dan lantai. Kalau rumah sempit, bersepah, lantai pula melekit-lekit tak payah la ambil. Kita nak orang jaga anak kita sudah tentu perlukan tempat yang selesa dan bersih. Sistem pengudaraan rumah juga perlu betul. Tingkap kena buka utuk peredaran udara yang baik.

  • Semasa sesi suai kenal perhatikan emosi pengasuh bayi tersebut. Jika asyik sentap, merajuk, guna ayat nak marah je, baik tak payah ambil sebab bayangkan kalau dia menjaga anak kita. Ada masa baik dan ada masa hangin satu badan. Siapa yang jadi mangsa? Anak-anak juga.

  • Pagi-pagi masa hantar anak atau nak ambil anak bersembang lah dengan pengasuh anak. Jangan hantar anak kat pengasuh macam kita letak anak kat tepi pintu pastu cakap dengan pengasuh macam order makan kat kedai. Contohnya: Kak, ni ubat demam bagi 5ml dua kali sehari, ubat selsema 2 kali sehari, jangan bagi ais krim.. bla.. bla... bla... Pastu terus pergi kerja. Ingat pengasuh tu tukang ambil order makanan ke? Memang kita perlu cepat pergi kerja tetapi bila kita melakukan hubungan dengan manusia WAJIB menjaga emosi mereka. Sebab tu jadi macam-macam kes hantar ke rumah pengasuh ok je tapi bila ambil balik dari rumah pengasuh merah kena gigit nyamuk la, ruam la, lebam sebab jatuh la... sebab tiada connection hati antara ibu dan pengasuh. 

  • Layan pengasuh seperti anda melayan kaum keluarga sendiri. Contohnya pagi-pagi belikan kuih lebih untuk anak kita dan pengasuh, bila raya bagi lah sebalang dua kuih raya, mesra dengan ahli keluarganya. Bila ibu positif, dengan sendirinya pengasuh akan positif dengan anak kita. Jangan anggap mereka sebagai orang gaji atau orang lain dalam hidup kita. Orang yang membesarkan anak kita tu.. 90% apa yang di lakukan pengasuh akan ditiru oleh anak-anak.

  • Jangan berburuk sangka dengan pengasuh! Sebab apa yang kita fikirkan betul-betul akan jadi pada anak kita. Kalau kita fikir anak kena pukul dengan pengasuh, gelombang negatif akan sampai pada pengasuh. Gelombang itu tidak bagus. Senyum pada pengasuh.. jangan tarik muka 100 darjah. Letakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah. Jika kita berbuat baik pada manusia sudah pasti Allah akan membantu kita. 
Anda boleh jadikan serba sedikit tips ini sebagai panduan untuk mencari pengasuh yang baik untuk anak-anak.

Semoga berjaya!

Anda juga mungkin meminati:


3 comments:

  1. salams ain,

    kak mieja bw sini:)
    syukur anak2 akak dah besar2...kalau kecik2 lagi akak pon sussah hati ...
    cabaran ibu bapa skrg sgt besar....

    ReplyDelete
  2. Memang ngam sangat kena berkenalan & berbaik2 dengan keluarga pengasuh. After all, diorang dah jaga anak kita, kira part of family la kan?
    Ibu bapa perlu bijak juga cari pengasuh

    ReplyDelete
  3. ye betul tu. sebelum serahkan anak untuk dijaga pengasuh, kena selidik n teliti dulu pengasuh. yela, nak jaga anak kita kan...haruslah cari yang boleh jaga betul2.

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in