PETUA KESUBURAN - MAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN JIKA INGIN HAMIL


Kehamilan adalah sesuatu ciptaan indah dari tuhan yang diciptakan oleh-Nya untuk manusia. Ada orang yang senang hamil, ada orang yang memerlukan usaha yang gigih untuk hamil. Selalunya orang akan cari mana-mana ubat, tempat berurut, rawatan kesuburan untuk hamil. Tetapi tahukah kita aspek pemakanan juga perlu dijaga. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh kita kuat dan mampu menampung keperluan bayi di dalam kandungan.

Antara makanan yang perlu dielakkan jika ingin hamil ialah:


Kafein – Kadar pengambilan kafien yang tinggi akan mengurangkan tahap kesuburan.  Kajian mendapati pengambilan sehari segelas minuman berkafein akan mengurangkan setengah tahap kesuburan. Jika anda sedang merancang untuk hamil, pengurangan pengambilan kafein dapat meningkatkan kadar kesuburan.


Dadah/ Ubat Sintetik – Ubat sintetik seperti sesetangah pil penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan. Ubat penahan sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan mengeringkan rembesan servik (yang boleh mengganggu pergerakan sperma). Dadah terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran, kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.



Toksin - Lelaki dan wanita zaman sekarang terdedah kepada toksin akibat penggunaan racun serangga dan tumbuhan, penggunaan bahan kimia dalam pencuci di rumah dan cat serta pendedahan kepada persekitaran yang tercemar. Toksin boleh mengganggu kesuburan.


Nikotin - amai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa dilahirkan). Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil. Walaupun bakal ibu atau bapa tidak merokok, tetapi sebagai perokok pasif pun nikotin boleh memberi kesan kepada kadar kesuburan anda


Alkohol - Alkohol sememangnya tidak boleh diambil sama sekali oleh Muslim. Ia didapati mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. Pengambilan alkohol yang sangat tinggi boleh menyebabkan kecacatan


Mandian air panas
Memang seronok dapat berendam dalam tub mandi yang dipenuhi dengan air panas atau berada di bawah pancuran air panas. Tapi awas! suhu yang tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.


Pencuci Intim Wanita
Mungkin ramai yang suka gunakan pencuci intim wanita yang ada di pasaran sekarang. Memang best sebab baunya wangi, cucian pun rasa segar dan bersih. Tapi berhati-hati juga kerana cucian yang terlalu kerap boleh 'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan terutamanya cucian yang menggunakan kaedah 'douching'


Diet - Elakkan mengawal diet anda secara ekstrem ketika cuba untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya mengurangkan kesuburan


Berat badan tidak ideal - 12% kes ketidaksuburan yang dilaporkan adalah berpunca dari masalah berat badan. Jika anda kurang berat badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif - kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang normal dan kesihatan reproduksi. Sebaliknya, berat badan berlebihan (overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses kehamilan. Tapi berita baik bagi masalah ini ialah - kadar kesuburan dapat dipulihkan kepada normal dengan segera setelah anda mendapat berat badan ideal.


Terlalu aktif sukan/ aktiviti fizikal - Ahli sukan wanita didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak normal. Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya terhadap kesuburan sekiranya ada.


Seluar dalam ketat - Testikel lelaki perlu berada pada suhu yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi. Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki


Minuman berais – Orang dulu-dulu memang berpantang dengan ais kerana akan menyebabkan rahim longgar, berangin dan berair. Ini akan menyebabkan proses persenyawaan gagal berlaku.


Makanan Segera/ makan proses – Makanan segera/ proses sangat tinggi kandungan garam, lemak dan bahan perisa makanan. Sudah diketahui sangat tidak elok jika di ambil secara berlebihan.


 Selamat mencuba!! ;)

Saya agen Shaklee anda:
Nama: Nuraini Bte Mohd Ridzuan
ID: 881668
No. Tel: 016-6684862

FB:  Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini


4 comments:

  1. orang perempuan kena ambil tahu gak nih. hoho..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good info. Untuk kesan yang lebih padat, pemakanan yang betul juga memberi sumbagan besar. Ditambah dengan workout, perghh! Boleh ke blog saya untuk

      info-info kekal cantik dan slim-melim.

      >>> Kurus & Sihat Semula Jadi!<<<

      Delete
  2. Makanan yang Harus Dielakan Ketika Haid. (Datang Bulan)
    http://lemangpanas90.blogspot.my/2015/06/makanan-yang-harus-dielakan-ketika-haid.htm

    ReplyDelete
  3. bnyk info menarik...tq admin :)

    ReplyDelete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in