Ramai kalangan kita yang
mahukan zuriat tetapi tak tahu atau kurang mahir tentang ‘ovulasi’ atau waktu
subur sendiri.. Waktu subur penting kerana pada masa itu telur di ovum telah
keluar dari kilangnya untuk disenyawakan. Jadi apakah tanda-tanda kesuburan dan
bagaimana ingin mengetahui waktu subur wanita?
Pertama: Melalui kiraan dari
hari pertama period/ datang bulan. Hari yang ke 12, 13, 14, 15 adalah waktu
ovulasi dan paling sesuai untuk bersama. Contoh kiraan, hari pertama period
katakanlah 1 hrbln Oktober maka waktu subur bermula pada 12 hrbln sehingga 15
hrbln. Selepas dari tarikh ini tidak dikira subur lagi.
Kedua: Suhu badan meningkat. Tubuh
rasa sedikit panas. Untuk kepastian anda boleh cuba menggunakan ‘ovulation test
kit’ yang banyak dijual di farmasi. Sekiranya double line, itulah masa yang
benar-benar anda sedang subur.
Ketiga: Perasaan berahi untuk
melakukan hubungan kelamin membuak-buak. Hormon estrogen pada masa ini
meningkat.
Keempat: Kulit terasa licin
dan perasaan terasa diri amat cantik ketika melihat cermin. (Akibat hormon
estrogen).
Kelima: Keluar sedikit
lendiran berwarna putih cair di vagina.
Keenam: Payudara menegang.
Sebaik-baiknya jika
betul-betul mahukan zuriat, ambillah cuti dan rehatkan diri dan pasangan. Ciptalah
suasana romantik. Jangan berada dalam keadaan tertekan. Saya doakan sesiapa
yang membaca entri ini akan beroleh apa yang dihajati.. Insyallah.. Ameen
Saya agen Shaklee anda:
Nama: Nuraini Bte Mohd
Ridzuan
ID: 881668
No. Tel: 016-6684862
FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

0 comments:
Post a Comment