Kehamilan adalah sesuatu ciptaan indah dari tuhan yang
diciptakan oleh-Nya untuk manusia. Ada orang yang senang hamil, ada orang yang
memerlukan usaha yang gigih untuk hamil. Selalunya orang akan cari mana-mana
ubat, tempat berurut, rawatan kesuburan untuk hamil. Tetapi tahukah kita aspek
pemakanan juga perlu dijaga. Ini bertujuan untuk menyediakan tubuh kita kuat
dan mampu menampung keperluan bayi di dalam kandungan.
Antara makanan yang perlu dielakkan jika ingin hamil ialah:
Kafein – Kadar pengambilan kafien yang tinggi akan
mengurangkan tahap kesuburan. Kajian
mendapati pengambilan sehari segelas minuman berkafein akan mengurangkan
setengah tahap kesuburan. Jika anda sedang merancang untuk hamil, pengurangan
pengambilan kafein dapat meningkatkan kadar kesuburan.
Dadah/ Ubat Sintetik – Ubat sintetik seperti sesetangah pil
penahan sakit dan antibiotik boleh menurunkan kadar kesuburan. Ubat penahan
sakit contohnya akan menyebabkan ovulasi terganggu dan mengganggu sistem imun
tubuh. Ubat antihistamin pula dikatakan akan mengganggu pembentukan sperma dan
mengeringkan rembesan servik (yang boleh mengganggu pergerakan sperma). Dadah
terlarang seperti Marijuana, kokain dan sebagainya boleh menyebabkan keguguran,
kelahiran pra-matang dan merosakkan otak bayi.
Toksin - Lelaki dan wanita zaman sekarang terdedah kepada
toksin akibat penggunaan racun serangga dan tumbuhan, penggunaan bahan kimia
dalam pencuci di rumah dan cat serta pendedahan kepada persekitaran yang
tercemar. Toksin boleh mengganggu kesuburan.
Nikotin - amai dah sedia maklum kesan nikotin kepada bayi
yang dikandung (seperti keguguran, kecacatan dan berat badan kurang semasa
dilahirkan). Tapi mungkin tak ramai sedar nikotin juga boleh menyebabkan kadar
kesuburan menurun dan mengurangkan peluang untuk hamil. Walaupun bakal ibu atau
bapa tidak merokok, tetapi sebagai perokok pasif pun nikotin boleh memberi
kesan kepada kadar kesuburan anda
Alkohol - Alkohol sememangnya tidak boleh diambil sama
sekali oleh Muslim. Ia didapati mengganggu keseimbangan hormon termasuk hormon
yang mengawal kitaran haid dan ovulasi. Pengambilan alkohol yang sangat tinggi
boleh menyebabkan kecacatan
Mandian air panas
Memang seronok dapat berendam dalam tub mandi yang dipenuhi
dengan air panas atau berada di bawah pancuran air panas. Tapi awas! suhu yang
tinggi boleh merosakkan kualiti sperma. Elakkan berendam terlalu lama dalam
mandian air panas atau laraskan kepada suhu yang lebih rendah.
Pencuci Intim Wanita
Mungkin ramai yang suka gunakan pencuci intim wanita yang
ada di pasaran sekarang. Memang best sebab baunya wangi, cucian pun rasa segar
dan bersih. Tapi berhati-hati juga kerana cucian yang terlalu kerap boleh
'mengeringkan', mengurangkan cecair serviks dan mengubah pH vagina seterusnya
boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvik yang boleh menjejaskan kesuburan
terutamanya cucian yang menggunakan kaedah 'douching'
Diet - Elakkan mengawal diet anda secara ekstrem ketika cuba
untuk hamil. Ia akan mengganggu sistem tubuh dan hormon anda, seterusnya
mengurangkan kesuburan
Berat badan tidak ideal - 12% kes ketidaksuburan yang
dilaporkan adalah berpunca dari masalah berat badan. Jika anda kurang berat
badan (underweight) disebabkan pemakanan tak seimbang atau terlalu aktif -
kitar haid akan terganggu kerana 22% lemak badan diperlukan untuk ovulasi yang
normal dan kesihatan reproduksi. Sebaliknya, berat badan berlebihan
(overweight) boleh mengubah hormon secara kimia dan menghalang proses
kehamilan. Tapi berita baik bagi masalah ini ialah - kadar kesuburan dapat
dipulihkan kepada normal dengan segera setelah anda mendapat berat badan ideal.
Terlalu aktif sukan/ aktiviti fizikal - Ahli sukan wanita
didapati kerap mengalami masalah kesuburan akibat kitaran haid yang tidak
normal. Jika anda seorang yang sangat aktif bersukan/ melakukan aktiviti
fizikal/ aktiviti ekstrem, berbincanglah dengan doktor mengenai kesannya
terhadap kesuburan sekiranya ada.
Seluar dalam ketat - Testikel lelaki perlu berada pada suhu
yang lebih rendah dan tidak boleh dibiarkan berada dalam suhu yang tinggi.
Memakai seluar dalam ketat mungkin boleh mengganggu kesihatan reproduksi lelaki
Minuman berais – Orang dulu-dulu memang berpantang dengan
ais kerana akan menyebabkan rahim longgar, berangin dan berair. Ini akan
menyebabkan proses persenyawaan gagal berlaku.
Makanan Segera/ makan proses – Makanan segera/ proses sangat
tinggi kandungan garam, lemak dan bahan perisa makanan. Sudah diketahui sangat
tidak elok jika di ambil secara berlebihan.
Saya agen Shaklee anda:
Nama: Nuraini Bte Mohd Ridzuan
ID: 881668
No. Tel: 016-6684862
FB: Sila add saya dahulu sebagai friend Ain Ridzuan, kemudian hantar mesej ke www.facebook.com/messages/
FB Fanpages: Set Bersalin Shaklee untuk mengetahui promosi terkini

orang perempuan kena ambil tahu gak nih. hoho..
ReplyDeleteGood info. Untuk kesan yang lebih padat, pemakanan yang betul juga memberi sumbagan besar. Ditambah dengan workout, perghh! Boleh ke blog saya untuk
Deleteinfo-info kekal cantik dan slim-melim.
>>> Kurus & Sihat Semula Jadi!<<<
Makanan yang Harus Dielakan Ketika Haid. (Datang Bulan)
ReplyDeletehttp://lemangpanas90.blogspot.my/2015/06/makanan-yang-harus-dielakan-ketika-haid.htm
bnyk info menarik...tq admin :)
ReplyDelete