JALAN-JALAN DI PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA

Petang-petang berekreasi bersama anak-anak memang seronok. Nak-nak time cuti sekolah. (Eh, ada ke anakku bersekolah?... hehe)..  Semalam balik kampung di Pengkalan Balak, Melaka. Jadi sempatlah menyinggah di pantai sambil melayan anak-anak.



Happy giler derang dapat main pasir. Sekali sekala melayan karenah anak-anak apa salahnya. Kali ini ayahnya tak dapat balik kampung sama sebab ada urusan. Nasib baik atoknya sporting temankan kami ke hulu ke hilir. Suami saya pesan kalau nak pergi mana-mana kena bawa mak atau abah sekali. Jadi diriku menurut perintah.. hehehe.. 



Memang sangat mendamaikan bila sekali sekala dapat berada di tepi pantai. Cerdik pandai kata, kalau kita nak tenangkan fikiran atau mencari idea pergilah ke tempat semulajadi seperti pantai atau di dalam hutan kerana semua tumbuh-tumbuhan dan binatang tidak henti-henti berzikir pada Allah. Kalau kita sentiasa mendekatkan diri pada alam semulajadi yang sentiasa berzikir, apatah lagi jika kita sendiri berzikir. Sudah tentu hati kita juga pasti tenang. Insyallah.

Cuba masa korang tengah dok saje-saje zikir 'Astagfirullahalazim'. Menusuk kalbu beb.. Salah satu khasiat mengamalkan istighfar dosa-dosa kita akan terhapus dengan rahmat Allah. Insyallah..

Selamat bercuti-cuti..

6 comments:

  1. la sis orang pengkalan balak melaka ke haa..

    kampung kita sebelah jer jot kuala sungai baru heee..la dah lama tak balik uh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... hai orang kampung.. dalam berblogging boleh berjumpe..

      Delete
  2. seronok juga dapat relaks di pantai..dah dekat sebulan lebih tak bawa keluarga beriadah dipantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Je joms bawa family ke pantai.. lebih asyik kalau buat barbecue sekali..

      Delete
  3. memang asal orang sana ker heee...

    jangan..sebut kg dah lama tak alik nik huwaa.......dulu sekolah mana?rahmat ke atau seolah dekat pekan masjid tanah heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye memang asal orang sana... dulu sekolah kat SMA Darul Falah.. time tu campur lagi budak lelaki dan perempuan.. hehe..

      Delete

 
Copyright © Sweet Mom Blog | All Rights Reserved | Designed by Whitey Mommy Back to Top|Sign in